Jawapan Latihan PKPB Soalan 10

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SKEMA JAWAPAN

KEMAHIRAN SAINTIFIK

SAINS SPM
(1511/2)
KERTAS 2
(BAHAGIAN C)

TAHUN 2020
SKEMA JAWAPAN SOALAN ESEI NO. 10
Soalan Kriteria Pemarkahan
1 Hipotesis :
Logam adalah konduktor haba yang baik tetapi bukan logam adalah
konduktor haba yang lemah
Tujuan :
Untuk mengkaji kekonduksian haba antara logam dan bukan logam.

Pemboleh ubah:
Dimanipulasikan :Jenis bahan/ Jenis rod
Bergerak balas :Masa yang diambil untuk paku tekan jatuh/
Kekonduksian haba
Dimalarkan :Jarak antara paku tekan dan penunu Bunsen/
Diameter rod

Senarai radas dan bahan:


rod kuprum, rod kaca, plastisin, paku tekan, jam randik, kaki retort, pembaris
meter, penunu Bunsen,

dipanaskan dipanaskan

Kaedah/ Prosedur :
1. Paku tekan dilekatkan ke rod kuprum menggunakan lilin.
2. Jarak antara paku tekan dengan pnunu Bunsen ditetapkan pada 10cm.
3. Hujung rod besi dipanaskan menggunakan penunu Bunsen.
4. Masa yang diambil untuk paku tekan jatuh diukur dan direodkan
menggunakan jam randik.
5. Eksperimen ini diulangi menggunakan rod kaca.
Penjadualan data :

Jenis Bahan/ Jenis rod Masa yang diambil untuk paku tekan jatuh (s)
Rod kuprum
Rod kaca

Soalan Kriteria Pemarkahan


2 Hipotesis :
Logam boleh ditempa tetapi bukan logam tidak boleh ditempa.

Tujuan :
Untuk mengkaji kebolehtempaan bagi logam dan bukan logam.

Pemboleh ubah:
Dimanipulasikan :Jenis bahan
Bergerak balas : Kebolehtempaan bahan/ Keadaan bahan selepas diketuk
Dimalarkan : Jenis penukul/ Diameter rod
Senarai radas dan bahan:
rod besi, rod karbon, penukul besi, kaki retort/ bongkah logam

Kaedah/ Prosedur :

penukul besi penukul besi


kaki
retort kaki
retort

rod rod
besi karbon

1. Rod besi diletak di atas kaki retort/ bongkah besi yang tebal.
2. Rod besi diketuk dengan penukul besi.
3. Selepas rod besi diketuk, keadaan rod diperhatikan.
4. Eksperimen diulangi dengan menggunakan rod karbon.

Penjadualan data :
Jenis Bahan Keadaan rod selepas diketuk
Rod besi
Rod karbon

Soalan Kriteria Pemarkahan


3 Hipotesis:
1. Besi lebih reaktif daripada emas apabila bertindak balas dengan asid
2. Magnesium lebih reaktif bertindak balas dengan asid berbanding kuprum
dan zink
3. Jika magnesium bertindak balas dengan asid, maka bilangan gelembung
gas bertambah.
Tujuan:
1. Untuk mengkaji kereaktifan logam yang berbeza apabila bertindak balas
dengan asid.
2. Untuk mengkaji bilangan gelembung gas yang terhasil apabila logam
berbeza bertindak balas dengan asid.

Pemboleh ubah:
DimanipulasIkan:Jenis logam, Magnesium, zink dan kuprum
Bergerak balas:Kereaktifan logam/ bilangan gelembung gas
Dimalarkan:Jenis asid/ Isi padu asid
Senarai bahan dan radas
Asid hidroklorik cair, kepingan magnesium, kepingan zink , kepingan kuprum
dan tabung uji
Prosedur:
1. Asid hidroklorik dimasukkan ke dalam tabung uji.
2. Kepingan magnesium dimasukkan ke dalam asid
3. Bilangan gelembung gas diperhatikan dan dicatatkan.
4. Eksperimen diulangi menggunakan kepingan zink dan kuprum.

Bilangan gelembung gas dalam 5 minit direkodkan.


Penjadualan data:
Jenis logam Bilangan gelembung gas
Magnesium
Kuprum
Zink

Soalan Kriteria Pemarkahan


4 Hipotesis:
1. (Pagar) keluli lebih tahan kakisan/ karat (daripada (pagar) besi) //
2. Aloi lebih tahan terhadap pengaratan daripada logam tulen
Nota : Tolak jika calon tulis paku besi atau paku keluli

Tujuan:
1. Untuk mengkaji ketahanan terhadap kakisan pada paku keluli dan paku besi
(terhadap larutan natrium klorida)
2. Untuk mengkaji ketahanan terhadap pengaratan antara logam tulen dan
aloi.
Nota : Tolak jika calon tulis pagar besi atau pagar keluli

Pembolehubah:
(i) dimanipulasikan: Jenis paku/ Paku keluli dan paku besi/ aloi dan logam tulen
(ii)bergerak balas:Ketahanan terhadap kakisan/ Keadaan paku
(iii) dimalarkan:Isipadu/ kepekatan larutan natrium klorida/ Bilangan paku

Bahan dan Radas


Paku keluli, paku besi, larutan natrium klorida dan tabung uji/bikar

(iv) Prosedur:
1. Larutan natrium klorida dituangkan ke dalam tabung uji/ bikar // rajah
berlabel
2. Paku keluli di masukkan ke dalam tabung uji// rajah berlabel
3. Perhatikan sama ada paku keluli berkarat atau tidak selepas seminggu
4. Langkah 1 hingga 3 diulangi dengan menggunakan paku besi// rajah
berlabel
Penjadualan data:
Jenis paku Keadaan paku / Ketahanan terhadap pengaratan
Paku besi
Paku keluli
10 markah

Soalan Penerangan
5 Hipotesis:
Kehadiran antibiotik menghalang pertumbuhan bakteria.
Jika antibiotik hadir dalam agar-agar nutrien, maka diameter kawasan jernih
bertambah.

Tujuan:
Untuk mengkaji sama ada kehadiran antibiotik menghalang pertumbuhan
bakteria.

Bahan dan radas


larutan penisilin, air suling, cakera kertas turas, kultur bakteria , agar-
agar nutrien yang steril, pembaris dan piring petri.

Pemboleh ubah:
Dimanipulasikan :Kehadiran antibiotik
Bergerak balas :Petumbuhan bakteria/ Diameter kawasan jernih
Dimalarkan :Kuantiti agar-agar nutrien/ Kuantiti dan Jenis kultur bakteria

Bahan dan radas


larutan penisilin, air suling, cakera kertas turas, kultur bakteria , agar-agar
nutrien yang steril, pembaris dan piring petri.
Kaedah:

1. Cakera penisilin diletakkan di atas permukaan agar-agar nutrien.


2. Selepas dua hari, diameter kawasan jernih di sekitar cakera penisilin
diukur.
3. Eksperimen diulangi dengan menggunakan cakera air suling
Penjadualan data :
Kehadiran penisilin Diameter kawasan jernih (cm)
Cakera penisilin
Cakera air suling

You might also like