Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

NO.

ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

1. Kamus Pelajar Edisi Kedua (2011) mendefinisikan taksa sebagai mempunyai


makna yang kabur atau boleh menimbulkan lebih daripada satu makna.
Sehubungan itu, ketaksaan makna dalam tatabahasa khususnya ayat yang taksa
menyebabkan pembaca meneka makna ayat tersebut mengikut kefahaman mereka
sendiri. Namun, masalahnya timbul apabila ayat itu memberi makna lain jika konteks
ayat ditambah. Ketaksaan makna dalam konteks ayat taksa selain tidak
menyampaikan maksud yang lengkap kepada pendengar ataupun pembaca juga
tidak menepati peraturan tatabahasa yang tepat hingga menyebabkan kekeliruan.
Contohnya gejala lewah dalam makna boleh menyebabkan ketaksaan. Menurut
Kamus Edisi Keempat (2010) lewah ialah suatu keadaan yang berlebihan hingga
menyebabkan sesuatu pekataan disebut dengan melampau. Oleh itu, menurut
hukum tatabahasa ayat yang dinyatakan secara berlebih-lebihan ini dianggap lewah
dan tidak gramatis. Sebagai contoh, “pasukan bola sepak itu bermati-matian demi
untuk negara”. Berdasarkan ayat di atas, penggunaan perkataan demi dan untuk
sebernanya membawa makna yang sama. Sehubungan itu, penggunaan kedua-dua
perkataan yang sama maknanya diangap lewah kerana penggunaan salah satunya
sudah mencukupi.
Selain itu, kelewahan juga wujud apabila perkataan bahasa Melayu
diandingkan dengan padananya dalam bahasa Inggeris seperi “kasut boot” dan
“cuba try”. Terdapat juga beberepa ciri-ciri kelewahan yang merupakan
permasalahan dalam pengajaran makna iaitu penggandaan, imbuhan memper-kan
dan diper-kan untuk kata adjektif, imbuhan memper-i dan diper-i untuk kata kerja,
perkataan saling dengan gandaan separa dan kata penguat bagi kata adjektif darjah
penghabisan. Contoh bagi penggandaan ialah “banyak buah-buah”, ia sepatutnya
‘banyak buah’ atau ‘buah-buah’. Contoh kelewahan imbuhan memper-kan dan diper-
kan untuk kata adjektif ialah ‘memperlebarkan’, ia sepatutnya ‘memperlebar’ atau
‘melebarkan’. Contoh kelewahan bagi perkataan saling dengan gandaan separa
ialah ‘saling kejar-mengejar’, ia sepatutnya ‘saling mengejar’ atau ‘kejar mengejar’.
Selain itu, ayat taksa juga tidak tepat dari segi isi ataupun logiknya. Akan
tetapi, walaupun sesuatu ayat itu tepat dari segi tatabahasa, namun jika tidak dibaca
dengan intonasi yang betul akan menimbulkan ketaksaan makna. Ketaksaan makna
ini berhubung kait dengan ketaksaa struktur. Ketaksaan struktur berlaku disebabkan
struktur dalam ayat atau ujaran yang mengelirukan, misalnya struktur frasa dan
struktu ujaran. Struktur frasa merupakan satuan gramatikal gabungan perkataan
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

yang bersifat nonpredaktif. Sebagai contohnya, dalam ayat ‘guru Aminah yang tegas
itu memakai baju kurung merah’. Dalam ayat ini terdapat makna yang mengelirukan
sama ada guru Aminah yang tegas atau Aminah yang tegas. Struktur ujaran
merupakan salah satu penyebab pentafsiran makna suatu ujaran menjadi taksa.
Ujaran yang dilakukan perlu berdasarkan intonasi dan tanda baca yang betul.
Perkara ini amat penting disebabkan oleh intonasi dan tanda baca menyebabkan
makna yang berlainan dalam ayat yang sama, misalnya seperti dalam ayat ‘ibu,
makan nasi adik’ dan ‘ibu makan nasi, adik’. Dalam ayat pertama adik meminta ibu
makan nasinya manakala dalam ayat kedua ibu memberitahu adik bahawa dia
sedang makan nasi.
Ketaksaan makna seterusnya ialah ketaksaan yang berlaku pada peringkat
perkataan yang akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan.
Percanggahan makna dalam ayat ekoran dua perkataan yang tidak sama erti dan
berlawanan maksud menyebabkan ketaksaan [ CITATION Sit05 \l 1033 ]. Contohnya,
pekataan “mengundang” dan “menjemput”. Contoh ayat ialah “saya mengundang
anda ke majlis hari jadi anak saya” dan “saya menjemput anda ke majlis hari jadi
anak saya”. Berdasarkan ayat-ayat di atas, ketaksaan makna akan berlaku jika
penutur dan pembaca tidak dapat membezakan makna kedua-dua perkataan
mengundang dan menjemput. Pada kebiasaanya, kedua-dua perkataan tersebut
mempunyai makna yang sama. Akan tetapi, perkataan menjemput sebernanya
membawa maksud pergi ke rumah orang yang diundang dan membawanya ke majlis
hari jadi tersebut. Sebaliknya perkataan mengundang bermaksud sekadar
mempelawa seseorang ke majlis hari jadi tersebut tanpa menjemputnya dari rumah.
Ketaksaan makna sebernanya mempunya kaitan dengan kekaburan makna.
Perkara ini dinyata berdasarkan Kamus Dewasn Edisi Keempat (2010) yang
mendefinisikan taksa sebagai sesuatu yang mempunyai makna yang kabur,
menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau
tafsiran. Sehubungan dengan itu, kekaburan makna pula dapat dibahagikan kepada
empat jenis berdasarkan penggunaanya dalam bahasa, iaitu kekaburan rujukan,
ketidakpastian makna; kurang ketentuan pada makna item; dan pertentangan pada
penentuan makna item (Nathesan, 2008).
Kekaburan rujukan bermaksud makna yang hampir sama tapi fungsinya
dalam ayat berbeza. Contohnya, sahabat dan kawan iaitu secara tepatnya perkataan
sahabat menunjukkan perhubungan yang lebih rapat daripada kawan. Sehubungan
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

itu, ciri ketidakpastian makna pula membawa maksud item yang kabur dan tidak
jelas. Contohnya, dalam ayat “Selvi jiran saya”, perkataan jiran tidak menunjukkan
jarak sebenar tempat tinggal Selvi sama ada jauh ataupun dekat. Dengan
ketidakpastian makma , sesuatu item atau frasa itu boleh membawa kepada salah
tafsir yang menyulitakan. Seterusnya, ciri kekaburan makna yang ketiga iaitu kurang
ketentuan pada makna item bermaksud bahawa terdapat pengertian makna yang
tidak jelas kerana sesuatu ayat dinyatakan secara umum sahaja. Contohnya dalam
ayat ‘ budak itu terjatuh’, perkataan budak adalah kabur kerana tidak dijelaskan dari
segi jantina, bangsa dan umurnya. Situasi terjatuh pula tidak diketahui tempat dan
sebab-sebabnya. Akhirnya, ialah ciri kekaburan makna yang keempat, iaitu
pertentangan pada penentuan makna item. Dalam hal ini, pertentangan makna
bermaksud makna yang mempunyai tafsiran yang berlainan. Sebagai contohnya,
ayat “mesyuarat akan diadakan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat”.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat kekaburan dari segi pertentangan makna kerana
terdapat dua arahan yang kurang jelas sama ada mesyuarat yang dinyatalan akan
diadakan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat. Hal ini adalah disebabkan
oleh terdapat kemungkinan bahawa waktu asar adalah lebih awal daripada waktu
pulang dari pejabat.
Kesimpulannya ketaksaan makna menjadi penting dalam bahasa. Jika tidak,
bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh
difahami manusia kerana tidak jelas maknanya atau kerana wujud pertentangan
makna.
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

2. Semantik atau makna boleh dilihat dalam dua sudut iaitu pengembangan
makna dan penyempitan makna. Peluasan makna meliputi sintaksis dan pragmatik.
Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama. Contohnya
‘berlayar; dahulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai
layar, tetapi sekarang semua tindakan mengarungi lautan atau perairan dengan alat
apa saja disebut ‘berlayar’. Seterusnya penyempitan makna ialah gejala yang terjadi
pada kata yang pada mulanya mempunyai makna yang cukup luas, kemudian
menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja (Abdullah
Yusuf, 2009). Penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata
daripada makna yang lebih luas kepada lebih khusus dan spesifik. Sebagai contoh
kata’ahli’ membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak saudara atau orang-
orang yang memasuki sesuatu golongan. Walaubagaimanapun kata ‘ahli’ juga telah
disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau
disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.
Semantik juga mengalami anjakan makna. Dalam konteks semantik anjakan
makna bermaksud perkataan atau ayat tersebut mengalami proses perubahan dari
bentuk yang lama kepada bentuk yang baharu. Hal ini kerana bahasa sentiasa
menagalami perubahan kesan daripada pelbagai faktor seperti persekitaraan dan
komunikasi. Perubahan makna berlaku hasil daripada penggantian secara
keseluruhan daripada maksud asalnya. Namun, makna baharu itu mempunyai kaitan
dengan makna asal kata yang dipinjam. Contohnya, perkataan “gapura” yang
bermaksud pintu gerbang berbanding makna sebernanya dalam bahasa Arab iaitu
“ghafura” yang bermaksud maha pengampun (Yayat Sudarjat, 2004). Menurut Ulman
(1972), antara penyebab perubahan makna itu adalah disebabkan oleh pengaruh
bahasa asing, misalnya dalam bahasa Inggeris, paper bermakna kertas (Faridah &
Faiziah, 2014) . Namun dalam bahasa Melayu masa kini kata paper sering diertikan
dengan karya ilmiah yang dibentangkan di seminar. Selain itu, bahasa slanga
ataupun bahasa yang digunakan oleh remaja pada masa kini turut menyebabkan
perubahan makna walaupun belum diiktiraf sebagai bahasa Melayu standard.
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

Sebagai contohnya, perkataan “sotong” yang merupakan makanan laut telah


digunakan oleh remaja sekarang sebagai “lelaki lembut”. Menurat Ulman terdapat
juga enam faktor lain yang menyebabkan berlakunya perubahan makna.
Perkembangan bahasa merupakan salah satu faktor berlakunya perubahan
makna. Bahasa berubah dari satu masa ke masa lainnya seperti yang dinyatakan
oleh Ullman, iaitu a language is change this continous way from one generation to
another. Perubahan bahasa kerana perjalanan waktu dapat terjadi dalam bentuk dan
maknanya. Oleh itu, kajian perubahan bentuk dan makna kata secara historis disebut
etimologi, misalnya kata “wanita” yang berkonotasi tinggi berasal daripada perkataan
“betina” yang berkonotasi rendah. Makna sesuatu perkataan itu akan berubaha
mengikut perubahan masa, teknologi dan hubungan sosial masyarakat. Misalnya,
perkataan “rawat”, makna umum “rawat” adalah menjaga dan mengubati orang sakit,
tetapi makna baharunya sekarang meliputi merawat sisa kumbahan, pokok dan
sebagainya. Demikian juga “tangan”, pada asalnya merujuk kepada salah satu
anggota badan. Tetapi makna diubah untuk mencakup makna ‘menguruskan’,
‘mengendalikan’, dalam ayat seperti “pihak polis menangani masalah itu secara
profesional”. Ada kalanya makna negatif berubah menjadi makna positif disebabkan
penggunaan dalam bahasa. Umpamanya kini kita sering menemukan ayat atau atau
ujaran, “gejala penukaran kod amat berleluasa dalam kalangan pengguna bahasa
Melayu”. Dalam contoh ini, kata gejala bukan dinyatakan sebagai unsur negatif,
tetapi sebagai suatu kejadian. Perubahan makna seperti ini banyak berlaku dalam
bahasa kerana sebab-sebab perubahan dalam bahasa itu sendiri.
Selain itu, makna kata dalam suatu bahasa berubah kerana dalam bahasa
terdapat bentuk samar, misalnya kata anu dan yang itu dalam kalimat berikut bersifat
samar. Miasalnya, “Doktor anunya sudah diambil?” atau “mana mak, yang itu?”
Akibat samar dan kaburnya maksud perkataan “anu” dan “yang itu” tersebut, maka
akan timbul perubahan makna. Perubahan makna muncul kerana tafsiran pendengar
mungkin berbeza daripada maklumat yang ingin disampaikan oleh penutur.
Seterusnya, bahasa bersifat taksa juga merupakan salah satu faktor
perubahan makna dalam bahasa Melayu. Bentuk taksa atau ambiguties merupakan
bentuk bahasa yang menimbulkan pelbagai tafsiran, misalnya perkataan “menggulai”
dalam ayat “ibu sedang menggulai ayam di dapur”. Perkataan “menggulai”
mengandungi dua tafsiran atau makna, iaitu “membuat gulai” dan “memasukkan
gula”.
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

Faktor seterusnya ialah bahasa kehilangan motivasi. Dalam perkembangan


kajian bahasa di Yunani telah dibezakan dua pandangan tentang makna, iaitu
naturalis dan pandangan konvensional. Pandangan naturalis beranggapan bahawa
antara bunyi dan makna memiliki hubungan misalnya, perkataan “cicak” muncul
akibat ada binatang yang berbunyi cak-cak-cak. Perkataan seperti itu disebut kata
yang memiliki dasar(motivasi) yang biasanya disebut gejala onomatopia. Suatu
perkataan kadang-kadang kehilangan motivasi atau tidak diketahui lagi asal usul
bentuk dan bunyinya. Jika terjadi demikian, maka perkataan itu mudah berubah,
misalnya kata “buah” dalam ungkapan “buah baju” sudah kehilangan motivasi. Hal ini
sesuai dengan pandangan konvensional bahawa hubungan antara bunyi dan makna
bersifat konvensional, sesuai dengan perjanjian sosial. Dengan kata lain, tidak ada
hubungan langsung antara bunyi dan maknanya.
Seterusnya, bahasa memiliki struktur leksikal juga merupakan salah satu
faktor perubahan makna. Struktur leksikal merujuk kepada pelbagai hubungan
makna dalam leksikon atau kosa kata seperti sinonim, antonim, homonim, hiponim,
dan polisem. Oleh sebab terdapatnya struktur leksikal, makna dalam sesuatu bahasa
akan mudah berubah misalnya, perkataan “buku” bermakna “batas atau kitab”.
Perkataan ini jika digunakan dalam ayat akan mengubah makna.
Bahasa dengan makna berganda juga merupakan faktor perubahan makna
dalam bahasa Melayu. Istilah makna berganda atau aneka makna lazimnya disebut
polisem yang sebernanya termasuk struktur leksikal. Kata-kata yang mempunyai
makna berganda atau berpolisem jika digunakan dalam ayat akan mempermudah
perubahan makna, setidak-tidaknya kerana tafsiran yang berbeza oleh pendengar
ataupun pembaca, misalnya kata “korban” dalam ayat, “sekarang dia yang menjadi
korban”. Berdasarkan ayat ini, perkataan “korban” mungkin membawa maksud
meninggal dunia ataupun menjadi mangsa.
Selain enam faktor ini perubahan makna juga boleh berlaku disebabkan
perubahan tanggapan penutur. Akibat daripada tanggapan dalam keadaan dan
tujuan tertentu oleh penutur sesuatu bahasa makan makna bagi sesuatu perkataan
mengalami perubahan. Sebagai contoh perkataan “kaki dan tangan” adalah nama
yang diberikan kepada “anggota tubuh badan” tetapi “kaki tangan” juga dimaksudkan
kepada “pembantu atau pekerja-pekerja”. Jadi tanggapan orang kepada makna
perkataan tersebut telah mengalami perubahan.
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

Seterusnya, perubahan boleh berlaku disebabkan peluasan maksud. Sebagai


contohnya perkataan “semangat”. Makna asal perkataan ini ialah “jiwa atau roh”.
Tetapi kemudian perkataan ini diperluaskan maksudnya dengan “perasaan” misalnya
kemahuan atau keinginan yang amat sangat. Selain itu, perubahan makna juga
boleh berlaku disebabkan pembatasan maksud. Makna bagi sesuatu perkataan
boleh dibataskan atas tujuan-tujuan tertentu. Contohnya perkataan “sarjana” yang
asalnya bermaksud “orang yang pandai” tetapi kemudiannya di dalam istilah
pendidikan perkataan “sarjana” dikhususkan kepada kelulusan di peringkat universiti.
Akhirnya, perubahan makna juga boleh berlaku kerana tujuan simbolik dan stilistik.
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi. Perkataan “kumbang” dan “bunga”
missal-nya mempunyai makna yang tertentu iaitu “lelaki” dan “perempuan”, bukan
lagi ditujukan kepada sejenis binatang atau tumbuhan. Begitu juga dengan beberapa
nama seperti “merah” yang dimaksudkan kepada “keberanian”, “putih” kepada
kesucian dan “hitam” lambang kesedihan. Contoh -contoh seperti ini menunjukkan
keindahan bahasa dan merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan
sesauatu dengan indah dan menarik.

Rujukan

Abdullah Yusuf. (2009). Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Penerbit Icon Regian Sdn Bhd.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2014). Semantik Dan Peristilahan Bahasa
Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Kedua. (2011). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nathesan. (2008). Makna dalam Bahasa Melayu: Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Norzehan Bordin. (2005). Semantik Bahasa Melayu: Ketaksaan dalam Ayat.
Nota BBM 5205. Universiti Putra Malaysia.

Yayat Sudarjat. (2004). Prinsip-prinsip Studi Semantik. Bandung: Raksa Cipta.


NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123
NO. ANGKA GILIRAN :2017192340044 KOD KURSUS : BMMB3123

You might also like