Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Motivasi dan Pendekatan Sosiobudaya

Pendekatan sosiobudaya ialah hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan


pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan ahli
behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli kognitif ke
atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu. Pendekatan ini boleh
dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan murid. Pendekatan ini juga
mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti atau bertingkah laku agar dapat
mengekalkan identiti dan hubungan interpersonal dalam suatu masyarakat.

Tokoh sosiobudaya mengatakan bahawa motivasi adalah sesuatu yang bersifat sosial
dan oleh sebab itu mereka menekankan penglibatan guru dalam komuniti amalan. Hal
ini bermaksud murid-murid akan lebih bermotivasi untuk belajar sekiranya rakan sebaya
mempunyai motivasi untuk belajar dan masyarakat sekelilingnya juga menitikberatkan
soal pembelajaran.

Tokoh yang menjadi pelopor kepada pendekatan ini ialah Albert Bandura yang telah
banyak membuat kajian mengenai bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian,
peniruan dan peneguhan vicarious (mengharapkan peneguhan yang sama apabila
memerhati orang lain yang mendapat ganjaran apabila melakukan sesuatu tingkah
laku). Contoh kajian yang beliau pernah lakukan ialah melihat bagaimana kanak-kanak
belajar melalui modelling. Di samping itu, beliau juga telah mengkaji bagaimana
persepsi kita terhadap ancaman boleh mempengaruhi rembesan neurotransmitters
serta hormon yang berkaitan dengan tekanan ke dalam pengaliran darah. Oleh yang
demikian, beliau telah mengutarakan satu konsep iaitu efikasi kendiri. Selain itu,
Bandura telah berjaya mengembangkan sejenis teori kognitif sosial yang berkisar
mengenai bagaimana manusia berfungsi.

Albert Bandura (1963) telah menggabungkan teori psikologi tingkah laku dan psikologi
kemanusiaan ke dalam kerangka Model Efikasi Kendiri dan seterusnya model ini dapat
menerangkan dengan jelas tentang proses perubahan tingkah laku. Kebolehan murid
merubah tingkah laku mereka bergantung kepada tiga aspek kendiri yang utama. Aspek
yang pertama ialah keputusan murid tersebut sama ada ingin mencuba sesuatu
tindakan atau tidak melakukannya, aspek kedua pula ialah ketabahan murid untuk
melaksanakan sesuatu tindakan dan aspek yang ketiga ialah kejayaan seseorang murid
dalam menjalankan tugasnya atau kelakuan baru dengan kemahiran yang mencukupi
dan insentif yang bersesuaian.

Jika dilihat kepada teori pembelajaran sosial Bandura (1997), beliau menyarankan
betapa pentingnya pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious. Peneguhan
vikarious ialah keadaan apabila murid mengharapkan peneguhan yang sama jika
memerhatikan orang lain mendapat ganjaran hasil dari tingkah laku mereka. Salah satu
contoh daripada peneguhan vikarious ialah apabila murid memandang tinggi serta
mengagumi gurunya, maka dia akan tekun belajar kerana ingin menyerupai model yang
dikaguminya itu serta menginginkan peneguhan daripada gurunya itu. Kesimpulannya,
peneguhan vikarious dan peneguhan langsung amat penting dalam meningkatkan
efikasi kendiri murid terhadap sesuatu tugas dan seterusnya akan membawa ke
peringkat motivasi yang lebih tinggi.

Menurut Bandura lagi, seseorang individu akan bertingkahlaku berdasarkan kepada


kepercayaan mereka menilai kebolehan diri sendiri berbanding dengan apa yang
sebenarnya boleh dicapai oleh mereka. Ini bermaksud persepsi efikasi kendiri
membantu dalam menentukan bagaimana murid menggunakan kemahiran dan
pengetahuan yang diperolehi. Hal ini disebabkan oleh tingkah laku murid yang
kadangkala berbeza dengan kebolehan sebenar dan tingkah laku tetap berbeza
walaupun mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang sama.

Kepercayaan efikasi kendiri akan merangsang pencapaian murid dan seterusnya


mempengaruhi pilihannya terhadap tindakan yang akan diambil selanjutnya. Oleh itu,
murid lebih cenderung untuk memilih tugasan dan aktiviti yang mereka rasa kompeten
dan yakin. Mereka akan mengelak tugasan atau soalan yang dirasakan tidak mampu
untuk menjawabnya kerana walau apa jua faktor yang beroperasi, kepercayaan murid
terhadap dirinya sama ada boleh atau tidak mencapainya tetap menjadi asas utama.

Selain itu, kepercayaan efikasi kendiri juga membantu dalam menentukan berapa
banyak usaha murid boleh melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti, tempoh masa untuk
berusaha apabila berdepan dengan halangan serta betapa kuatnya diri mereka apabila
berada dalam situasi yang sukar. Semakin tinggi efikasi kendiri murid, semakin tekun
dan berusaha seseorang murid itu. Seseorang murid yang mempunyai kompetensi
peribadi yang tinggi akan menghadapi tugasan atau soalan-soalan yang diajukan
dengan tenang. Murid ini juga mempunyai motivasi dan minat intrinsik serta akan
melibatkan diri secara aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kepercayaan efikasi kendiri turut mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi
murid. Ini kerana efikasi kendiri akan membantu menenangkan murid apabila
menghadapi tugas atau masalah yang sukar. Individu yang mempunyai efikasi kendiri
rendah seperti percaya bahawa sesuatu perkara atau soalan lebih sukar daripada
sebenarnya dan kepercayaan ini akan menyebabkan wujudnya kebimbangan, stress,
kemurungan serta jalan penyelesaian yang sempit untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapinya.

Komuniti pembelajaran turut memainkan peranan penting dalam memotivasikan murid


kerana mereka merupakan sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak
secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi bersama serta
saling membantu dalam proses belajar. Komuniti pembelajaran merujuk kepada
sekecil-kecilnya kelompok manusia yang berkongsi cara hidup yang sama sehingga ke
sebesar-besar kumpulan masyarakat. Komuniti pembelajaran juga boleh merujuk
kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubung kait atau bersepadu dan
bukannya terpisah. Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran terdiri
daripada empat ciri iaitu keahlian, pengaruh, memenuhi keperluan individu dan
berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan. Selain itu, komuniti pembelajaran juga
merangkumi sekumpulan manusia yang berkongsi nilai dan kepercayaan dan secara
aktif belajar bersama-sama dan juga belajar dengan individu lain.

Sekolah dan bilik darjah merupakan satu komuniti pembelajaran yang tidak kurang
pentingnya sehingga boleh disamakan dengan satu keluarga yang rapat. Menurut
Poston, Stone dan Murther (1992), “A school is a reflection of the community it serves.
At the same time, a community is a reflection of its school”. Kenyataan ini membuktikan
sekolah dan komuniti tidak dapat dipisahkan kerana hubungan kedua-duanya ini saling
bergantungan antara satu sama lain. Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperakui
kepentingan hubungan ini. Sekolah memainkan peranan penting kerana apabila pihak
sekolah mengutamakan pencapaian yang tinggi dalam akademik dan kokurikulum,
murid-murid akan bermotivasi untuk mencapainya. Kepentingan hubungan sekolah dan
komuniti selaras dengan pendapat Poston et. al. (1992) iaitu, “You cannot build a great
school alone. The school needs the community and the community needs the school”.
Oleh itu, kenyataan ini menunjukkan terdapat faedah tertentu hasil hubungan yang erat
antara sekolah dan komuniti.

Komuniti pembelajaran memainkan peranan penting dalam memberikan motivasi


kerana mereka perlulah membenarkan ahlinya meluahkan perasaan dan pandangan,
mengeluarkan idea, saling membantu dan ajar apa yang patut. Lantaran, komuniti
pembelajaran dalam satu bilik darjah dapat bergerak sebagai satu kumpulan yang
mantap. Hal ini kerana pembelajaran dalam komuniti pembelajaran yang sihat akan
membentuk insan yang berkembang secara menyeluruh dan menjadi ahli masyarakat
yang positif.

Pengalaman pembelajaran murid bukan sahaja dipengaruhi oleh pengalamannya di


sekolah semata-mata tetapi lebih luas daripada itu. Pada hakikatnya, guru tidak dapat
mengawal persekitaran di luar sekolah murid dan oleh itu guru perlu mengambil kira
faktor konteks luar dan berusaha sebaiknya untuk mendapatkan kerjasama komuniti
serta masyarakat dalam usaha membentuk peribadi murid-muridnya. Kenyataan ini
berkaitan pula dengan Teori Bronfenbrenner yang terdiri daripada lima sistem iaitu
mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem dan kronosistem.
Jika dilihat kepada faktor ibu bapa, mereka tergolong dalam mikrosistem di mana
mereka adalah individu yang hampir dengan murid-murid. Hoover-Dempsey dan
Sandler (1997) telah mengemukakan model penglibatan ibu bapa dan dari perspektif
psikologinya, model ini menerangkan mengapa ibu bapa melibatkan diri dalam
pendidikan anak-anak mereka serta bagaimana penglibatan mereka boleh
mempengaruhi pencapaian anak mereka di sekolah. Model ini mempunyai aras dan
aras yang paling tinggi ialah pencapaian kanak-kanak manakala aras paling rendah
ialah penglibatan ibu bapa itu sendiri.

Menurut Solomon, Battishich, Watson, Schaps dan Lewis (2000), murid-murid yang
mempunyai perasaan jaminan komuniti lebih berkecenderungan bermotivasi dari segi
akademik, bertindak secara beretika dan altruistik serta berupaya membentuk
kecekapan sosial dan emosi. Guru juga perlu menyedari bahawa pencapaian murid
bergantung kepada motivasi diri mereka dan usaha guru yang mengajar mereka. Guru
perlu berusaha untuk membantu murid mereka yang bermasalah agar mereka tidak
kecundang dalam hidup.

Guru juga boleh menggunakan perkataan-perkataan yang khusus untuk memberi


penekanan dan perhatian terhadap murid yang bermasalah. Tujuannya ialah untuk
menonjolkan kekuatan yang positif yang terdapat dalam diri murid itu sendiri. Antara
perkataan yang boleh digunakan ialah “anda tidak akan berjaya selagi anda tidak
membuktikan kejayaan tersebut”. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan perkataan
ini memberi keputusan yang membanggakan. Guru juga perlu menyedari bahawa
peranan yang dimainkan oleh guru yang mengajar dalam kelas adalah lebih efektif
berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh kaunselor semasa sesi kaunseling.

Secara umumnya pengaruh sosial kepada motivasi pelajar terbahagi kepada tiga aspek
iaitu persaingan, sikap individu murid dan konsep kerjasama. Persaingan yang sihat
perlu dipupuk dalam kalangan murid kerana persaingan dapat meningkatkan motivasi
seseorang murid untuk belajar lebih tekun. Murid yang mempunyai pesaing juga dilihat
mempunyai keyakinan dan minat yang tinggi dalam pelajaran serta sentiasa
bersemangat di dalam kelas kerana semulajadinya setiap individu ingin menjadi orang
yang pertama.
Aspek kedua ialah sikap individu murid. Sikap murid itu sendiri merupakan perkara
paling penting kerana jika mereka tidak berminat dan tiada matlamat yang ingin dicapai,
maka guru tidak dapat berbuat apa-apa selain daripada memberi motivasi dan
dorongan yang termampu sahaja. Kadang-kala terdapat juga murid yang mempunyai
matlamat yang salah iaitu inginkan ganjaran yang ditawarkan oleh guru semata-mata
dan kebiasaannya tindakan ini hanya untuk dirinya sendiri sahaja. oleh itu matlamat
utamanya ialah mendapatkan apa yang diinginkan sahaja.

Aspek yang terakhir ialah konsep kerjasama yang mana memerlukan murid-murid
berusaha bersama-sama untuk mendapat kejayaan yang diingini. Sebagai murid yang
berada dalam komuniti pembelajaran yang sama, rakan sekelas yang berjaya perlu
memberi kerjasama yang baik untuk membantu rakan yang lemah dan bermasalah
agar sama-sama berjaya di dalam peperiksaan.

Kesimpulannya, pendekatan sosiobudaya adalah berkaitan konsep identiti dan identiti


pula berpunca daripada penglibatan dalam komuniti pembelajaran yang berada di
persekitarannya. Jika baik kedua-duanya, maka masalah murid yang tidak mempunyai
motivasi dapat ditangani dengan baik. Oleh itu murid perlu dimotivasikan untuk belajar
nilai serta amalan kumpulan, komuniti dan masyarakat di mana murid tersebut berada
agar dapat mengekalkan identitinya yang sebenar.

Motivasi dan Pendekatan Kognitivisme

Pendekatan ini mencuba menunjukkan bahawa keinginan mengekalkan imej kendiri


adalah merupakan satu kuasa motivasi yang kental. Banyak daripada tingkahlaku kita
adalah bertujuan untuk mengekalkan standard yang kita kenakan pada diri kita sendiri.
Contohnya jikalau kita merasa diri kita orang yang amanah dan bertanggungjawab,
maka kemungkinan besar segala perbuatan kita akan mengambilkira nilai dalam diri
kita ini, walau pun dalam keadaan di mana tidak ada seorang pun yang memerhatikan
kita, kerana kita mahu kekalkan imej kendiri kita itu. Jikalau kita percaya diri kita cerdik
dan berkebolehan tinggi, maka kita akan bertindak cara yang sepatutnya bagi
menentukan kita sentiasa dalam keadaan selesa dengan imej kendiri itu. Walau
bagaimanapun tidak dinafikan adakalanya dalam keadaan tertentu perbuatan kita
bercanggah dengan imej kendiri serta nilai dan kepercayaan kita kerana menjaga
sesuatu kepentingan.

Pendekatan ini juga adalah hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pendekatan
behavioursme. Ahli-ahli dalam bidang ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah
ditentukan oleh pemikiran kita, bukan hanya disebabkan oleh kita diberikan ganjaran
atau telah dihukum dengan melakukan perbuatan itu (Schunk, 1996; Stipek, 1993).
Setiap tingkah laku yang dibuat adalah hasil daripada perancangan (Miller, Galanter, &
Pribram, 1960), matlamat (Locke & Latham, 1990), skema (Ortony, Clore, & Collins,
1988), pengharapan (Vroom, 1964), dan atribusi (Weiner, 1992). Andaian yang dibuat
dalam pendekatan ini ialah respon yang diberikan oleh kita bukan disebabkan oleh
situasi luaran atau keadaan fizikal tetapi sebaliknya berdasarkan interpretasi ke atas
situasi dan kejadian ini. Sebagai contoh, apabila kita begitu terlibat dalam sesuatu
projek kita lupa makan, dan tidak pula terasa lapar sehinggalah kita melihat jam pada
masa itu. Dalam pendekatan ini manusia dilihat sebagai aktif dan tinggi rasa ingin tahu,
dan sentiasa mendapatkan maklumat untuk menyelesaikan persoalan personal yang
relevan. Manusia bekerja keras kerana mereka suka bekerja dan kerana mereka ingin
memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ini bermakna pendekatan kognitif
menekankan motivasi intrinsik yang ada dalam diri seseorang itu.

Motivasi dan Pendekatan Humanistik

Pendekatan ini juga dikenali sebagai ‘third-force’ di awal tahun 1940an sebagai gerak
balas terhadap dua pendekatan yang dominan pada masa itu, iaitu behaviuorisme dan
psikoanalisis Freud. Pelopor bidang humanistik seperti Abraham Maslow dan Carl
Rogers berpendapat bahawa kedua-dua pendekatan behaviuorisme dan psikoanalisis
tidak dapat menerangkan dengan sepenuhnya mengapa seseorang itu bertindak.

Pendekatan humanistik mencuba menunjukkan bahawa keinginan intrinsik seseorang


itu adalah digerakkan oleh keperluan untuk mencapai “self-actualization” (Maslow,
1968, 1970), “inborn actualizing tendency” (Rogers & Freiberg, 1994), atau keperluan
kepada “self-determination” (Deci, Vallerand, Pelletier, & Ryan, 1991).

Pada dasarnya teori ini berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia dilahirkan
dengan keinginan untuk berusaha memenuhi potensi yang ada pada mereka. Dalam
pendekatan ini, memotivasikan pelajar adalah bermakna memberi ransangan kepada
resos dalaman yang ada pada setiap orang, iaitu antaranya rasa kompeten diri, harga
diri, autonomi, dan pemenuhan kendiri. Kajian mendapati pendekatan ini mencuba
menonjol ‘self-esteem movement’, iaitu satu pendekatan yang kontroversi dalam
memenuhi keperluan pelajar untuk mendapatkan kedudukan sosial melalui persoalan
harga diri dan digniti para pelajar
Motivasi dan Pendekatan Behaviuorisme

Dalam pendekatan ini, konsep motivasi dikaitkan secara jelas dengan prinsip ganjaran
dan peneguhan.Tingkahlaku yang telah diberikan peneguhan pada masa yang lalu
diandaikan lebih berkemungkinan diulangi berbanding dengan tingkahlaku yang tidak
diberikan peneguhan atau yang telah dikenakan hukuman.

Dalam pendekatan ini, soalan-soalan yang selalu ditanyakan adalah seperti berikut:
Mengapakah ada di kalangan mahasiswa yang semakin tercabar dan semakin gigih
berusaha apablia menghadapi kegagalan, tetapi sebaliknya ada pula yang terus
merasa kecewa dan mengundur diri? Mengapakah pula ada di kalangan mahasiswa
yang berusaha keras hanya semata-mata untuk memenuhi harapan kedua ibu bapa,
dan ada pula yang belajar semata-mata kerana minat terhadap mata pelajaran itu?
Mengapakah ada mahasiswa yang berjaya mencapai kejayaan lebih baik daripada
jangkaan kemampuannya, dan ada pula yang sebaliknya?

Untuk memahami persoalan seperti ini, ahli-ahli kaji behaviourisme menerangkan


motivasi melalui konsep ‘peneguhan/ganjaran’ dan ‘insentif’. Ganjaran ialah objek atau
situasi yang menarik yang diperolehi hasil daripada sesuatu perbuatan atau
tingkahlaku. Insentif pula ialah objek atau situasi yang menggalakkan atau tidak
menggalakkan tingkah laku itu diulang. Sebagai contoh, janji untuk memberi Sijil Dekan
kepada mahasiswa yang berusaha dengan gigih dan mendapat PNGK 3.5 ke atas
adalah satu insentif kepada pelajar. Mendapat gred A juga adalah merupakan satu
ganjaran dari usaha yang gigih. Oleh itu dari kacamata ahli behaviourisme, bagi
memahami motivasi mahasiswa untuk mencapai gred cemerlang, maka perlulah dibuat
satu analisis yang teliti berkenaan dengan sistem insentif dan ganjaran yang terdapat
dalam masyarakat, sebagai contoh, kaitan antara peluang kerjaya dengan pencapaian
akademik yang cemerlang.

Seterusnya, jikalau kita secara konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu


tingkahlaku yang diharapkan, dengan secara tidak langsung kita akan membentuk
kebiasaan dalam diri pelajar untuk bertindak dengan cara yang tertentu. Sebagai
contoh, jikalau mahasiswa-mahasiswa yang aktif dalam bidang sukan diberikan
ganjaran dalam bentuk pujian, wang ringgit, privilege, atau kedudukan tertentu kerana
peranan mereka sebagai juara sukan di peringkat universiti, maka dengan sendirinya
mereka akan berusaha mempergiatkan usahanya dalam bidang sukan berbanding
dengan bidang akademik bagi tujuan mendapatkan segala ganjaran itu.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Motivasi Intrinsik

i) Persepsi Kebolehan

Seseorang itu membentuk kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian berkenaan


kebolehannya oleh orang lain. Kebolehan yang dipersepsi daripada penilaian
berkenaan kebolehannya yang sebenar. Semakin tinggi pencapaian seseorang pelajar,
semakin besar kemungkinan pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan.
Kebolehan yang dipersepsi ini mempengaruhi bagaimana pelajar itu rasa berkenaan
dirinya. Pelajar yang mempunyai kebolehan yang dipersepsi yang tinggi kemungkinan
besar mempunyai keyakinan diri sendiri. Pelajar ini sukakan cabaran, mempunyai sifat
ingin tahu dan bertindak bebas bagi mencapai kemahiran.

ii) Persepsi kawalan

Menurut Cole dan Chan (1987), pendapat pelajar berkenaan punca kawalan iaitu
sebab-sebab kejayaan dan kegagalan adalah persepsi kawalan. Kajian-kajian yang
dijalankan oleh Harter (1981), Nicholls (1984) dan Weiner (1984) menunjukkan, pelajar
menyatakan kejayaan dan kegagalan mereka di sekolah disebabkan oleh punca-punca
dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri dan berupaya berusaha dalam
keadaan sebenar.

iii) Perasaan dalam pembelajaran

Perasaan merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang ditunjukkan oleh individu
pada sesuatu benda, perkara ataupun orang. Di sekolah, perasaan yang ditunjukkan
oleh pelajar berkait dengan mata pelajaran yang dipelajari, guru dan sekolah.
Seseorang pelajar mungkin mempunyai perasaan positif pada sesuatu mata pelajaran.
Dia lebih sukakan mata pelajaran ini daripada mata pelajaran lain. Dia akan berusaha
dengan giat bagi mendapatkan gred yang tinggi bagi mata pelajaran ini. Gred yang baik
akan meyakinkannya yang dia betul-betul berkebolehan dalam bidang itu. Di sini, dapat
dikatakan yang perasaan pelajar pada sesuatu mata pelajaran mempengaruhi
pencapaiannya dan pencapaian ini mempengaruhi motivasinya.

Kelakuan dan tugasan individu dipengaruhi oleh kebolehan dan caranya mengawal
keadaan. Konsep kendiri positif memberi keyakinan kepada individu yang dia mampu
melakukan sesuatu tugasan. Selain itu, individu dapat menentukan sendiri tugasannya.
Dia akan melibatkan diri dalam tugasan itu dan juga matlamat yang mendatangkan
kejayaan kepadanya. Individu hanya akan mempunyai konsep kendiri yang dia
berkebolehan dan dapat mengawal usahanya sekiranya dia mempunyai motivasi
intrinsik untuk berusaha tinggi. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan bagi
membantu pelajar dalam mempertingkatkan motivasi intrinsik mereka. Ramalan
keadaan Rothaum, Weisz dan Synder (1982) berpendapat, cara bagi memper-
tingkatkan persepsi diri pelajar pada kebolehan dan kawalan usaha adalah dengan
mewujudkan keadaan yang dapat diramalkan bagi membolehkan mereka belajar.
Tingkah laku produktif wujud sekiranya keadaan dapat diramal. Bandura (1986) pula
mengatakan, individu mengalami ketegangan sekiranya dia bekerja dalam suasana
yang dia tidak dapat mengawalnya dan dia tidak mempunyai kebolehan. Ini
mendatangkan dua implikasi. Pertama, dia mungkin menarik diri iaitu tidak melakukan
tugasannya. Kedua, dia mungkin menjadi terlalu bergantung pada orang lain dalam
melakukan tugasannya. Guru dapat memainkan peranan dalam mengurangkan
ataupun menangani ketegangan ini. Contohnya, dengan menganjurkan program
orientasi kepada pelajar baru. Ini dapat mendedahkan mereka kepada situasi baru di
sekolah itu.

Minat intrinsik dalam pelajaran dapat dikekalkan dengan memberi tugasan yang
seimbang. Tugasan itu perlu seimbang iaitu ada soalan yang mudah dan ada soalan
yang sukar. Yang penting, persepsi diri pelajar tidak terjejas. Pelajar perlu melahirkan
kebolehan yang baru bagi mengekalkan motivasi intrinsik.

iv) Bantuan pengajaran

Faktor yang dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar berkenaan kebolehannya


adalah kejayaan dalam sesuatu tugasan. Biasanya pelajar memerlukan bimbingan guru
dalam melaksanakan tugasan yang sukar. Guru biasanya memberitahu pelajar
prosedur bagi menyelesaikan tugasannya. Guru jarang memberi peluang kepada
pelajar memikirkan cara tersendiri bagi memperoleh kejayaan dalam tugasannya. Guru
sebaik-baiknya mendedahkan pelajar kepada kemahiran membuat keputusan sendiri.
Biarkan pelajar membuat keputusan sendiri tetapi dengan bimbingan guru. Ini dapat
meningkatkan motivasi intrinsik pelajar. Cara lain yang dapat dilakukan adalah dengan
memberi bantuan pengajaran kepada mereka. Ini dapat dilaksanakan melalui tiga cara:

1. Menunjukkan contoh

 Guru perlu menunjukkan contoh berkenaan apa yang pelajar perlu lakukan. Ini
lebih baik daripada memberitahu pelajar berkenaan apa yang mereka perlu buat.
Ini membolehkan pelajar menghayati sifat-sifat yang terdapat dalam contoh itu.
Dalam keadaan ini, guru memberi peluang kepada pelajar supaya berfikir,
mengawal usaha dan menentukan bagaimana serta sejauh mana pelajar
bergantung pada contoh-contoh yang diberi.

2. Pembahagian tugas

 Strategi ini membolehkan guru memberi tugasan yang mencabar kepada pelajar.
Tugasan dapat dibahagi kepada bahagian-bahagian kecil dan setiap bahagian
dilakukan oleh beberapa orang pelajar. Contohnya, sebelum guru meminta
pelajar mengarang sebuah esei, guru akan meminta pelajar menyediakan rangka
esei. Guru terlebih dahulu membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan
kecil dan setiap kumpulan diberi tugasan kecil seperti bahagian pengenalan, isi-
isi penting dan penutup. Perbincangan diadakan sebelum setiap pelajar
mengarang esei itu secara individu.

3. Berkongsi tugasan

 Pendekatan ini hampir sama dengan pendekatan pembahagian tugasan. Kedua-


dua pendekatan ini memerlukan tugasan dibahagi-kan kepada tajuk-tajuk
ataupun bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contohnya, dalam aktiviti
menghasilkan dokumen berkenaan sejarah Malaysia. Tajuk ini dapat dipecahkan
kepada beberapa contoh kecil dan kumpulan kecil pelajar hanya perlu membuat
satu tajuk kecil. Kemudian, maklumat tajuk-tajuk kecil ini digabungkan bagi
menghasilkan satu dokumen yang lengkap.

JENIS-JENIS MOTIVASI

Pengenalan

Motivasi berpunca dari dalam ataupun dari luar diri seseorang. Dalam pembelajaran,
guru perlu tahu sama ada pelajarnya cenderung kearah motivasi yang timbul dari dalam
ataupun dari luar diri mereka. Ini perlu supaya guru dapat bertindak dengan sewajarnya
bagi memberikan rangsangan kepada pelajarnya supaya berusaha. Motivasi yang
berpunca dari dalam diri iaitu yang didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu
disebut ‘motivasi intrinsik’. Motivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat
sesuatu bagi mendapatkan ganjaran adalah ‘motivasi ekstrinsik’

Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan


menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif
bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada
seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu
meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan
kepada tingkahlaku seseorang pelajar.

Di dalam kelas, guru perlu tahu jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap
mana ia perlu diberikan. Ada peneguhan yang dapat diberikan dengan kerap,
contohnya pujian sokongan ataupun pujukan. Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih
berkesan sekiranya diberikan dengan kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh
itu, semasa pelajar mula mempelajari sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-
baiknya diberikan pujian dan sokongan dengan kerap. Hukuman ataupun deraan
adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan ia sebaik-baiknya tidak diberikan.
Hukuman lazimnya digunakan oleh guru bagi menghapuskan kelakuan pelajar yang
tidak baik. Hukuman ini mungkin sebagai kerja tambahan, kelas tahanan, deraan fizikal
dan pelbagai jenis hukuman lagi. Guru juga menggunakan sindiran, kemarahan dan
kritikan bagi mengawal kelakuan pelajar. Hampir semua jenis hukuman memberikan
kesan buruk kepada pelajar. Oleh itu, peneguhan jenis ini lebih baik dielakkan.
Hukuman boleh diberikan sekiranya jenis hukuman itu dibenarkan oleh pihak sekolah,
Jabatan Pendidikan ataupun Kementerian Pendidikan.

Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia


terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa
mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan,
Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan
mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan
semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intrinsik
dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan.
Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan
motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter
(1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang
pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan
minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas
berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk
kejayaan.

Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang
mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi
memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred
yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada
bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu
sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat
penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa
bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian.

Menurut Deci (1975), motivasi intrinsik dapat diterangkan sebagai suatu keadaan
psikologi yang diakibatkan apabila individu menganggap diri mereka berkebolehan dan
dapat menentukan sesuatu dengan sendiri. Seseorang itu mengalami motivasi intrinsik
yang tinggi sekiranya dapat melakukan sesuatu yang digemari seperti memandu kereta,
melawat tempat-tempat yang disukai, memilih tempat penginapan dan memilih
makanan yang diidamkan. Sekiranya dia diberikan hadiah seperti lawatan ke tempat-
tempat yang ditentukan oleh badan penganjur, tempat penginapan dan jenis makanan
juga ditentukan oleh pihak itu, dia tidak mendapat peluang hendak menentukan segala-
galanya sendiri. Oleh itu, motivasi intrinsiknya menjadi terlalu rendah.

Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu
mewujudkan suasana akademik yang memberi peluang kepada pelajar mengawal.
Guru juga perlu menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam
keadaan itu. Walau bagaimanapun, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar itu
mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Sekiranya mereka tidak
mempunyai persepsi seperti itu, peluang-peluang yang diberikan bagi mengawal tidak
akan digunakan dengan sempurna.

Kaitan antara Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik

Setiap manusia dapat dimotivasikan secara intrinsik ataupun ekstrinsik. Individu yang
bermotivasi intrinsik mempunyai dorongan dalaman. Mereka melakukan sesuatu atas
kesedaran diri sendiri. Mereka tidak memerlukan unsur-unsur luar seperti orang lain
ataupun peristiwa luar bagi menggiatkan mereka mencapai sesuatu matlamat. Mereka
sendiri menentukan objektif dan seterusnya mencapai objektif itu.

Deci dan Ryan (1985) berpendapat, manusia akan bermotivasi intrinsik apabila mereka
mempunyai persepsi ataupun konsep kendiri yang mereka berkebolehan dan mampu
membuat keputusan sendiri. Sebaliknya, orang yang bermotivasi ekstrinsik tidak yakin
mereka berkebolehan ataupun mampu membuat keputusan. Mereka bergantung pada
orang lain dalam membuat keputusan dan melaksanakan tugasan mereka. Kadang-
kadang mereka bekerjasama dengan orang lain yang lebih berkebolehan bagi
mendapatkan kebaikan. Mereka juga kadang-kadang memberontak pada orang yang
lebih berkebolehan.

Seseorang yang tidak mempunyai mempunyai motivasi intrinsik perlu diberi motivasi
ekstrinsik agar lama-kelamaan motivasi intrinsik akan terbina dalam dirinya dan
seseorang yang telah mempunyai motivasi intrinsik perlu juga diberi motivasi ekstrinsik
agar motivasi intrinsik yang ada terus berkekalan dalam dirinya. Manusia biasanya tidak
akan berada pada satu jenis motivasi sahaja. Kadang kala, individu bermotivasi intrinsik
dan kadang-kadang bermotivasi ekstrinsik. Ini bergantung pada situasi dan keperluan
individu.

MOTIVASI & PEMBELAJARAN

Definisi Motivasi

Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun
hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk
kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada
kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan
bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun
keduanya sekali. Ahli psikologi memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai
motivasi iaitu :

1. Apakah yang menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku?


2. Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke arah matlamat atau impian?
3. Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak mencapai impian
itu?

Motivasi berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna


bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda
yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang
dilakukan.

Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu proses untuk menggalakkan sesuatu


tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu.

Menurut Kimble, et al(1984) motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang
menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya
penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu
demi mencapai suatu tujuan.

Santrock (2008) mengatakan “motivation is the reason why people behave the
way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained”. Motivasi
adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur
yang penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping
menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah
dan menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)

KONSEP MOTIVASI

Apakah perkara yang menggerak dan menentukan tingkah laku seseorang itu? Antara
traits yang selalu dikaitkan dengan konsep motivasi ialah : Keinginan (drives),
keperluan (needs), insentif, rasa takut (fears), matlamat (goals), tekanan sosial (social
pressure), kepercayan diri (self-confidence), minat (interests), rasa ingin tahu
(curiousity), kepercayaan (beliefs), nilai (values), pengharapan (expectations), dan
berbagai lagi.

Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau traits. Sebagai
contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan sesuatu disebabkan keinginan yang
tinggi untuk berjaya; tetapi ada pula yang bertindak disebabkan takut untuk gagal;
mungkin juga mereka bertindak kerana minat yang sangat mendalam dalam perkara itu,
dan mungkin pula semata-mata disebabkan rasa bertanggung jawab kepada kedua
ibubapa yang menaruh harapan begitu tinggi terhadap mereka.

Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi dirujukkan kepada
keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh, semua pensyarah yang
mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh perhatian terhadap kuliah hari itu
kerana mereka tahu apa yang diajar penting untuk ujian kenaikan pangkat. Pada
dasarnya, motivasi yang terbentuk pada sesuatu ketika itu adalah gabungan antara
traits diri dan keperluan pada masa itu. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri
sendiri: Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai
ilmu, atau adakah kerana saya perlu menduduki ujian?

Satu kesimpulan boleh dibuat bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu
faktor dalaman dan faktor luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik
dan motivasi ekstrinsik.

You might also like