Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

922/2 STPM 2019

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF


KERTAS 2
(DUA JAM)
SET 1

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab tiga daripada enam soalan, iaitu satu soalan daripada Bahagian A, satu
soalan daripada Bahagian B, dan satu soalan daripada Bahagian C.

Anda boleh menjawab semua soalan daripada setiap bahagian tetapi hanya satu
jawapan pertama bagi setiap bahagian yang akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman 2 bercetak dan 1 halaman kosong.
BAHAGIAN A ( PEMBANGUNAN INSAN)

Pilih satu soalan sahaja

1. Keagamaan merupakan unsur yang penting dalam pembangunan insan. Huraikan


pernyataan tersebut dalam konteks pembangunan diri anda berdasarkan Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu ). [25]

2. Berdasarkan novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (SBDKL), bincangkan ilmu yang
terdapat dalam novel tersebut yang boleh dimanfaatkan dalam diri anda dalam konteks
pembangunan insan. [25].

BAHAGIAN B ( PEMBANGUNAN MASYARAKAT)

Pilih satu soalan sahaja

3. Huraikan aspek sosial yang membawa pembangunan masyarakat berdasarkan novel


Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. [25]

4 . Perpaduan salah satu elemen penting yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah
Melayu. Bincangkan elemen-elemen perpaduan yang terdapat dalam Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu). [25]

BAHAGIAN C ( PEMBANGUNAN NEGARA)

Pilih satu soalan sahaja

5. Bincangkan aspek kepemimpinan yang terdapat pada watak-watak Sultan di Melaka dalam
teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam konteks pembangunan Negara. [25]

6. a) Nyatakan lima jenis aktiviti ekonomi yang terdapat dalam Sulalatus Salatin (Sejarah
Melayu). [5]

b) Berdasarkan jenis aktiviti ekonomi dalam (a), bincangkan kepentingannya dalam


konteks Pembangunan Negara.
[20]

You might also like