Modul Matematik T1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

1.

0 Refleksi
Matematik adalah merupakan mata pelajaran yang dianggap sukar dan membosankan
kerana hanya memfokuskan kepada pengiraan dan penggunaan rumus-rumus yang
kompleks. Proses pengajaran matematik oleh kebanyakkan guru hanya tertumpu
kepada penghafalan formula atau rumus dan latihtubi. Pendekatan pengajaran guru
lebih kreatif dan menyentuh pelbagai aspek seperti kefahaman konsep-konsep abstrak,
penyelesaian masalah “visualization” aplikasi dan permodelan adalah perlu dalam
menyampaikan pengajaran kepada murid. Bagi memastikan murid-murid memahami
konsep matematik, guru-guru perlu menyediakan bahan bantu kepada murid untuk
murid melibatkan diri dengan aktiviti. Aktiviti-aktiviti yang dirancang seharusnya
menggunakan bahan-bahan maujud yang senang didapati bagi membolehkan  pelajar 
melihat  kesinambungan  antara  konsep-konsep  matematik tersebut  dan  mereka
dapat  membuat hubungkait  apa yang  dipelajari dengan kehidupan sebenar.

Kekurangan masa guru dalam penyediaan bahan bantu kepada murid adalah masalah
utama yang dihadapi oleh guru. Selain itu, kekurangan kreativiti guru dalam
menghasilkan bahan bantu mengajar menyebabkan guru mengambil tindakan mudah
iaitu mengajar menggunakan kaedah konvensional iaitu penyampaian isi pengajaran
menggunakan kaedah “chalk and talk”.

Justeru itu, dengan penghasilan BBMaths ini dapat memudahkan guru dalam mengajar
matematik tingkatan 1. Bahan-bahan pengajaran   bagi topik 1 hingga topik 10 telah
disediakan dalam  BBMaths. Bahan-bahan ini boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti
set induksi, pelaksanaan aktiviti pengajaran dan penilaian. Guru akan lebih
berkeyakinan untuk mengajar apabila bahan-bahan pengajaran telah siap disediakan.
Kaedah penggunaan bahan dalam BBMaths ini boleh diperoleh dari menual pengguna
yang disediakan di samping penggunaan BBMaths mengikut kreativiti guru.

2.0 Objektif

1.Sebagai satu set alat bahan bantu mengajar hampir keseluruhan topik bagi
matapelajaran Matematik Tingkatan 1.
2.Menggalakkan peyediaan bahan bantu mengajar oleh guru-guru bagi
mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid dalam aktiviti PAK 21.
3.Untuk meningkatkan kefahaman murid mengaplikasikan konsep matematik
dalam kehidupan seharian.
4.Memupuk minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
3.0 Kumpulan Sasaran
17 orang murid Tingkatan 3 Cekap

4.0   Konsep Pembelajaran


Murid-murid belajar menggunakan bahan-bahan maujud bagi membolehkan 
murid  melihat  kesinambungan  antara  konsep-konsep  matematik dalam
bentuk nombor seterusnya dapat  membuat hubungkait  apa yang  dipelajari
dengan kehidupan sebenar.

5.0   Intervensi

Menyedia dan menggunakan bahan maujud bagi meningkatkan kefahaman


murid dalam PdPc matematik berbanding dengan penggunaan buku teks yang
hanya memaparkan gambar-gambar berbentuk dua dimensi sahaja.

Selain itu juga, melalui penggunaan BBMaths ini guru dapat membuat
pembuktian formula yang terdapat di dalam buku teks dan bukan hanya
menunjukkan langkah penyelesaian masalah matematik berpandukan rumus dan
angka sahaja.

6.0   Bahan Inovasi


Set ini mengandungi:

Alatan  mengukur (pembaris, angkup Vernier, pita pengukur, jangka sudut),


Modul Penggunaan Bahan Bantu Mengajar, Mangkuk Kertas, Batang Ais Krim,
Buah Anggur Plastik, Correction tape, Cincin Berwarna dan Kotak Plastik
7.0 Kos Penghasilan

Peralatan Harga
1. Alatan mengukur :
Pembaris, angkup Vernier, pita pengukur dan jangka sudut RM 6.40
2. Cincin Berwarna. RM 2.00
3. Mangkuk Kertas RM 2.00
4. Batang Ais Krim RM 2.00
5. Buah Anggur Plastik RM 4.00
6. Correction tape RM 2.00
7. Kotak Plastik RM 8.00
Jumlah RM 26.40

8.  Potensi Sebaran


BBMaths ini dijangka mendapat sambutan daripada kalangan guru yang
mengajar matapelajaran Matematik Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
sebagai bahan bantu mengajar. Selain itu, ibu bapa juga boleh menggunakan
BBMaths ini sebagai alat permainan yang merangsang minda anak-anak di
rumah.
MATEMATIK TINGKATAN 1
BAB 1 : NOMBOR NISBAH
BAHAN-BAHAN :
1. Botol
2. Kayu ikan dan kayu kapal terbang

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
Mengenal nombor positif dan nombor negatif berdasarkan situasi
1.1 Integer 1.1.1
sebenar.

AKTIVITI 1 :
- Laraskan pergerakan ikan dari aras tanah ke awan
- Laraskan pergerakan kapal terbang dari aras tanah ke dasar laut.
OBJEKTIF BAGI SP 1.1.1
- Murid dapat mewakilkan pergerakan ke atas diwakili oleh nombor positif dan pergerakan
ke bawah diwakili oleh nombor negatif berdasarkan situasi sebenar.

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN

1.1 Integer 1.1.2 Mengenal dan memerihalkan integer.

AKTIVITI 2 :
- Kaji nombor-nombor di keliling botol.
- Murid menjawab secara lisan nombor integer dan bukan integer.
- Murid berbincang dan menerangkan bagaimana ia dapat
memperlihalkan maksud integer.

OBJEKTIF BAGI SP 1.1.2


- Pelajar dapat mengenal dan memerihalkan integer ialah
kumpulan nombor yang merupakan nombor bulat positif dan nombor bulat negatif
termasuk sifar.

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
1.3 Pecahan positif 1.3.1 Mewakilkan pecahan positif dan pecahan negatif pada garis nombor.
dan pecahan negatif
AKTIVITI 3 :
- Kaji nombor-nombor pecahan di keliling botol.
- Murid dapat mewakilkan pecahan pada garis nombor.
- Murid menerangkan pecahan positif adalah pecahan yang lebih besar dari sifar dan
pecahan negatif adalah lebih kecil dari sifar.

OBJEKTIF BAGI SP 1.3.1


- Pelajar dapat mewakilkan pecahan positif dan pecahan negatif pada garis nombor

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
1.4 Perpuluhan positif 1.4.1 Mewakilkan perpuluhan positif dan perpuluhan negatif pada garis
dan perpuluhan nombor.
negatif

AKTIVITI 4 :
- Kaji nombor-nombor perpuluhan di keliling botol.
- Murid dapat mewakilkan perpuluhan pada garis nombor.
- Murid menerangkan perpuluhan positif adalah perpuluhan yang lebih besar dari sifar dan
perpuluhan negatif adalah lebih kecil dari sifar.
BAB 2 : FAKTOR DAN GANDAAN

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
2.1 Faktor, faktor 2.1.1 Menentu dan menyenaraikan faktor bagi nombor bulat, dan
perdana dan faktor seterusnya membuat generalisasi tentang faktor.
sepunya terbesar (FSTB) 2.1.3 Menerang dan menentukan faktor sepunya bagi nombor bulat.
2.1.4 Menentukan FSTB bagi dua dan tiga nombor bulat.
2.1.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan FSTB.

BAHAN-BAHAN :
1. Buah Anggur Merah dan Anggur Hijau
2. Mangkuk kertas

AKTIVITI SP

- Dari buah anggur merah dan anggur hijau yang disediakan agihkan kedua-dua
jenis buah anggur sama rata dalam mangkuk kertas.
- Murid perlu mengagihkan anggur merah dan hijau yang sama bilangannya
dalam setiap mangkuk kertas dan tiada lebihan anggur yang tinggal
- Berapakah bilangan mangkuk anggur terbanyak yang boleh dihasilkan jika
terdapat 36 biji anggur merah dan 24 biji anggur hijau.
- Berapakah bilangan anggur merah dan anggur hijau yang terdapat dalam
setiap mangkuk kertas boleh diselesaikan dengan mengira FSTB
- FSTB bagi 2 atau lebih nombor ialah nombor terbesar yang membahagikan
dengan tepat kedua-dua nombor itu.
- Langkah penyelesaian :
o FSTB bagi 36 biji anggur merah dan 24 biji anggur hijau ialah
o Kaedah Menyenarai :
 Faktor bagi 36 : 1, 2, 3, 4, 6, 9, 12, 18, 36 2.1.1
 Faktor bagi 24 : 1, 2. 3, 4. 6, 8, 12, 24 2.1.3

o Faktor sepunya Terbesar (FSTB) : 12 2.1.4

- Bilangan mangkuk anggur terbanyak yang boleh dihasilkan dari 36 biji anggur 2.1.5
merah dan 24 biji anggur hijau ialah 12 mangkuk anggur.
- Dalam setiap mangkuk berapakah bilangan buah anggur hijau dan merah?
- Penyelesaian :
- Anggur Merah : 36 = 3 biji anggur merah
12
- Anggur Hijau : 24 = 2 biji anggur merah
12
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
2.2 Gandaan, gandaan 2.2.1 Menerang dan menentukan gandaan sepunya bagi nombor bulat.
sepunya dan gandaan 2.2.2 Menentukan GSTK bagi dua dan tiga nombor bulat.
sepunya terkecil (GSTK) 2.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan GSTK.

BAHAN-BAHAN :
1. Batang aiskrim

AKTIVITI SP
- Batang aiskrim dibekalkan dalam plastik berlainan kuantiti dan warna 2.2.1
- Dua batang aiskrim berwarna kuning dalam setiap plastik
- Tiga batang aiskrim berwarna purple dalam setiap plastik
- Enam batang aiskrim berwarna Hijau dalam setiap plastik
- Murid perlu menggunakan batang aiskrim dalam bilangan yang sama bagi setiap
warna
- Berapa bilangan peket batang aiskrim berwarna kuning, purple dan hijau yang
diperlukan bagi menghasilkan set batang aiskrim yang sama bilangannya bagi
setiap warna
- Bilangan peket batang aiskrim berwarna kuning, purple dan hijau yang
diperlukan dengan menggunakan GSTK.
- Gandaan Sepunya Terkecil (GSTK) bagi dua atau lebih nombor ialah nilai
terkecil antara semua gandaan sepunya nombor itu.
- Langkah : 2.2.2
- Senaraikan gandaan bagi 2, 3 dan 6
- Gandaan 2 : 2, 4, 6, 8, 10, 12….
- Gandaan 3 : 3, 6, 9, 12….
- Gandaan 6 : 6, 12….
- GSTK bagi 2, 3 dan 6 ialah 6
- Untuk mendapatkan bilangan minimum peket batang aiskrim berwarna kuning, 2.2.3
purple dan hijau yang diperlukan bagi menghasilkan set batang aiskrim yang
sama bilangannya bagi setiap warna kita perlu mencari GSTK dan
membahagikannya dengan bilangan bilangan item dalam setiap peket.
- GSTK bagi sepeket 2 batang aiskrim berwarna kuning, 3 batang aiskrim
berwarna purple dan 6 batang aiskrim berwarna hijau ialah 6.
- Batang aiskrim berwarna kuning : 6 ÷ 2 = 3 peket
- Batang aiskrim berwarna purple : 6 ÷ 3 = 2 peket
- Batang aiskrim berwarna Hijau : 6 ÷ 6 = 1 peket
- Maka bilangan batang aiskrim yang perlu digunakan masing-masing ialah 3
peket batang aiskrim berwarna kuning, 2 peket batang aiskrim berwarna purple
dan 1 peket batang aiskrim berwarna hijau
BAB 3 : KUASA DUA, PUNCA KUASA DUA, KUASA TIGA DAN PUNCA KUASA TIGA

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
3.1 Kuasa dua dan punca 3.1.1 Menerangkan maksud kuasa dua dan kuasa dua sempurna.
kuasa dua 3.1.2 Menentukan sama ada suatu nombor adalah kuasa dua
sempurna.
3.1.3 Menyatakan hubungan antara kuasa dua dan punca kuasa dua.

BAHAN-BAHAN :
1. Kepingan huruf Scrabble

AKTIVITI SP
- Dari kepingan huruf Scrabble yang disediakan susun kepingan huruf Scrabble 3.1.1
bagi membentuk segiempat sama yang berlainan saiz.
- Murid diminta menentukan hubungan antara panjang sisi dan luas segiempat
sama.
- Panjang sisi (unit) : 1, 2, 3, 4, ….
- Luas (unit2) : 1, 4, 9, 16, ….
- Penyelesaian : Luas segiempat sama ialah hasil darab panjang sisi segiempat
sama tersebut.
- Contoh : Luas = 2 x 2
= 22
= 4 unit2.
- Bilangan kepingan huruf Scrabble yang dapat membentuk segiempat sama 3.1.2
iaitu 1, 4, 9, 16, …. dikenali sebagai kuasa dua sempurna
- Panjang sisi (unit) : 1, 2, 3, 4, …. 3.1.3
- 12, 22, 32, 42, ….
- Luas (unit2) : 1, 4, 9, 16, ….
- Penyelesaian : Luas segiempat sama ialah kuasa dua panjang sisi segiempat
sama tersebut.
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
3.2 Kuasa tiga dan punca 3.2.1 Menerangkan maksud kuasa tiga dan kuasa tiga sempurna.
kuasa tiga 3.2.2 Menentukan sama ada suatu nombor adalah kuasa tiga
sempurna.
3.2.3 Menyatakan hubungan antara kuasa tiga dan punca kuasa tiga.

BAHAN-BAHAN :
1. Cube puzzle

AKTIVITI SP
- Dari Cube puzzle yang disediakan susun puzzle bagi membentuk kubus yang 3.2.1
berlainan saiz.
- Murid diminta menentukan hubungan antara panjang sisi dan isipadu Cube
puzzle.
- Panjang sisi (unit) : 1, 2, 3, ….
- Isipadu (unit3) : 1, 8, 27, ….
- Penyelesaian : Isipadu kubus ialah hasil darab panjang sisi kubus tersebut.
- Contoh : Isipadu = 2 x 2 x 2
= 23
= 8 unit3.
- Bilangan kepingan Cube puzzle yang dapat membentuk kubus iaitu 1, 8, 27,... 3.2.2
dikenali sebagai kuasa tiga sempurna
- Panjang sisi (unit) : 1, 2, 3, …. 3.2.3
- 13, 23, 33, ….
- Isipadu (unit2) : 1, 8, 27, ….
- Penyelesaian : Isipadu kubus ialah kuasa tiga panjang sisi kubus tersebut.
BAB 4 : NISBAH, KADAR DAN KADARAN

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.1 Nisbah 4.1.1 Mewakilkan hubungan antara tiga kuantiti dalam bentuk a : b : c.

BAHAN-BAHAN :
1. Kotak segitiga
2. Correction tape

AKTIVITI SP
- Dari kotak segitiga yang disediakan bandingkan ukuran sisi segitiga. 4.1.1
o Ukuran sisi kotak segitiga ialah 80 mm, 15 cm dan 170 mm
- Wakilkan hubungan sisi segitiga itu dalam bentuk a : b : c.
- 80 mm kepada 15 cm kepada 170 mm boleh diwakilkan dengan nisbah sebagai:
80 mm : 15 cm : 170 mm = 8 cm : 15 cm : 17 cm
= 8 : 15 : 17
- Dari Correction tape yang dibekalkan bandingkan jumlah pusingan roda bergigi
bersaiz kecil kepada roda bergigi bersaiz besar. Ungkapkan dalam bentuk
nisbah.

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.2 Kadar 4.2.1 Menentukan hubungan antara nisbah dan kadar.

BAHAN-BAHAN :
1. Correction tape

AKTIVITI SP
- Dari dua jenis Correction tape yang dibekalkan bandingkan panjang correction 4.2.1
tape dengan harga setiap jenis correction tape itu.
- Nyatakan kadar panjang correction tape dalam RM per cm.
- m/s 82
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
4.3 Kadaran 4.3.1 Menentukan hubungan antara nisbah dan kadaran.

BAHAN-BAHAN :
1. 2 cincin berwarna

AKTIVITI SP
- Dua cincin berwarna yang dibekalkan mempunyai jumlah diameter = 5 cm. 4.3.1
- Berapakah jumlah diameter bagi 11 cincin berwarna yang sama disusun secara
selari
- Penyelesaian : 5 cm x 11 cincin berwarna = 27.5 cm
2
BAB 5 : UNGKAPAN ALGEBRA

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
5.1 Pemboleh ubah dan 5.1.1 Menggunakan huruf untuk mewakilkan kuantiti yang tidak
ungkapan algebra diketahui nilai. Seterusnya menyatakan sama ada pemboleh ubah
itu mempunyai nilai yang tetap atau nilai yang berubah dengan
memberi justifikasi.

  5.1.2 Menerbitkan ungkapan algebra berdasarkan ungkapan aritmetik


yang mewakili suatu situasi.
  5.1.3 Menentukan nilai ungkapan algebra apabila nilai pemboleh ubah
diberi dan membuat perkaitan dengan situasi yang sesuai.

 5.2 Ungkapan algebra 5.2.1 Menambah dan menolak dua atau lebih ungkapan algebra.
yang melibatkan operasi
asas aritmetik 5.2.2 Membuat generalisasi tentang pendaraban berulang ungkapan
algebra.
5.2.3 Mendarab dan membahagi ungkapan algebra yang mengandungi
satu sebutan.

BAHAN-BAHAN :
1. Mangkuk Kertas
2. Cincin berwarna

AKTIVITI SP
- Ambil 3 mangkuk kertas yang berlainan warna untuk mewakilkan hubungan: 5.1.1
x + y = z
Jika : x + 3 = 5
Maka: x = 2
- Warna yang berlainan menunjukkan pembolehubah yang berlainan.
- Dengan menggunakan mangkuk kertas dan cincin berwarna, bina ungkapan algebra 5.1.2
berdasarkan ungkapan aritmetik yang mewakili suatu situasi (Buku Teks m/s 107)
1. Satu mengkuk kertas = x
2. 3 cincin dimasukkan dalam mangkuk kertas = x + 3
3. 4 cincin berwarna dikeluarkan dari mangkuk kertas = x – 3
4. Bilangan cincin berwarna dalam mangkuk kertas dibahagikan sama rata dengan 2
orang murid = x / 2
5. 2 mangkuk kertas masing-masing mengandungi x cincin berwarna = 2 x
6. 2 mangkuk kertas masing-masing mengandungi x cincin berwarna manakala 1
mangkuk kertas mengandungi Y cincin berwarna dan ditambah dengan 2 cincin
berwarna = 2 x + x + 2
7. 2 mangkuk kertas masing-masing mengandungi x cincin berwarna dengan jisim
setiap cincin alah p gram.

- Dengan menggunakan mangkuk kertas dan cincin berwarna, tentukan nilai ungkapan 5.1.3
algebra apabila nilai pemboleh ubah diberi.
- Contoh diberi x = 2, dan y = 3, cari 2 x + y + 1.
- Penyelesaian 2 mangkuk kertas berwarna biru (x) yang mengandungi 2 cincin
berwarna ditambah dengan 1 mangkuk kertas berwarna merah (y) yang mengandungi
3 cincin berwarna ditambah dengan 1 cincin bewarna.
- Dengan menggunakan mangkuk kertas dan cincin berwarna, lakukan operasi 5.2.1
menambah dan menolak dua atau lebih ungkapan algebra.
- ontoh : cari nilai (2 x + y) + (3 x + 2y) + 1.
- Penyelesaian 2 mangkuk kertas berwarna biru (x) ditambah dengan 1 mangkuk kertas
berwarna merah (y) ditambah 3 mangkuk kertas berwarna biru (x) ditambah dengan 2
mangkuk kertas berwarna merah (y) ditambah dengan 1 cincin bewarna.
- Kumpulkan mangkuk yang serupa iaiatu 5 mangkuk kertas berwarna biru (x) ditambah
dengan 3 mangkuk kertas berwarna merah (y) ditambah dengan 1 cincin bewarna
- Lakukan pendaraban berulang : 5.2.2
- x x x = x2
- Jika x = 3, lakukan pendraban berulang sama mengira luas segiempat sama
bersisi 3 unit
- (x + y) x (x + y) = (x + y)2
- x x x = x2
- Andaikan x = 1 + 2, lakukan pendraban berulang sama mengira luas segiempat
sama bersisi 1 + 2
BAB 6 : PERSAMAAN LINEAR

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
6.1 Persamaan linear 6.1.1 Mengenal pasti persamaan linear dalam satu pemboleh ubah dan
dalam satu pemboleh menghuraikan ciri-ciri persamaan tersebut.
ubah
6.1.2 Membentuk persamaan linear dalam satu pemboleh ubah
  berdasarkan suatu pernyataan atau situasi, dan sebaliknya.

BAHAN-BAHAN :
1. Mangkuk Kertas
2. Cincin berwarna

AKTIVITI SP
- Ambil 3 mangkuk kertas yang berlainan warna untuk mewakilkan hubungan: 6.1.1
x + y = z
Jika : x + 3 = 5
Maka: x = 2
Jika : x + x + 3 = 5
Maka 1 + 1 + 3 = 5
- Dengan menggunakan mangkuk kertas dan cincin berwarna, dapat menyelesaikan 6.1.2
persamaan linear dalam satu pemboleh ubah menggunakan tiga kaedah iaitu :
o Kaedah cubajaya
2x + 1 = 7
Masukkan cincin berwarna dalam mangkuk kertas (x) supaya nilai di kiri dan
kanan persamaan adalah sama.
o Aplikasi konsep kesamaan
2x + 1 = 7
Sediakan 2 mangkuk kertas (x) dan 1 cincin berwarna = 7 cincin berwarna
Keluarkan 1 cincin berwarna disebelah kiri dan sebelah kanan persamaan.
Jumlah yang tinggal dibahagikan kepada 2 mangkuk kertas supaya bilangan
setiap mangkuk kertas adalah sama.
o Kaedah pematahbalikan
2x + 1 = 7
Operasi yang terlibat ialah:
x x2 +1 =7
Menggunakan kaedah pematahbalikan, kita perlu mempertimbangkan
operasi yang berbalik supaya 7 dapat menjadi nilai x.
x ÷2 -1 =7
Maka dari 7 cincin berwarna, keluarkan 1 cincin, kemudian dibahagikan
dengan 2. Jumlah cincin yang tinggal adalah nilai x.
BAB 7 : KETAKSAMAAN LINEAR
BAHAN-BAHAN :
1. Botol

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
7.1 Ketaksamaan 7.1.1 Membanding nilai nombor, memerihal ketaksamaan dan seterusnya
menerbitkan ketaksamaan algebra.

AKTIVITI 1 :
- Kaji nombor-nombor di keliling botol.
- Murid membandingkan pasangan nombor yang
diberi dengan memplotkan pada garis nombor.
- Murid berbincang dan menulis perbandingan dua
nombor dengan menulis simbol matematik iaitu ¿
bermaksud lebih besar daripada dan ¿ bermaksud
lebih kecil daripada.
STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
7.2 Ketaksamaan 7.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan ketaksamaan linear dalam
linear dalam satu satu pembolehubah.
pemboleh ubah

BAHAN-BAHAN :
1. Mangkuk Kertas
2. Cincin berwarna

AKTIVITI
- Selesaikan ketaksamaan linear yang berikut :
Soalan : x - 2 ≤ 6
x - 2 + 2 ≤ 6 + 2
x ≤ 8
- Buktikan jawapan dengan menggunakan mangkuk kertas dan cincin berwarna untuk
menjalankan kaedah cuba-jaya bagi memastikan nilai x ≤ 8 memenuhi
ketaksamaan x - 2 ≤ 6

- Selesaikan ketaksamaan linear yang berikut :


Soalan : 2x ≥ 6
2x ≥ 6
2 2
x ≥ 3
Buktikan jawapan dengan menggunakan mangkuk kertas dan cincin berwarna untuk
menjalankan kaedah cuba-jaya bagi memastikan nilai x ≥ 3 memenuhi
ketaksamaan 2x ≥ 6
BAB 8 : GARIS DAN SUDUT
BAHAN-BAHAN :
1. Jangka lukis yang diubahsuai

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
8.1 Garis dan 8.1.4 Memerihalkan sifat sudut pelengkap, sudut penggenap dan sudut
sudut konjugat.

AKTIVITI 1 :
- Laraskan jangka lukis yang diubahsuai supaya dapat memperihalkan hasil tambah dua
sudut sebagai sudut pelengkap, sudut penggenap dan sudut konjugat.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

8.3 Sudut yang berkaitan dengan garis 8.3.5 Mengenal dan mewakilkan sudut dongak dan sudut
selari dan garis rentas lintang tunduk dalam situasi kehidupan sebenar.

AKTIVITI 1 :
- Dari jangka lukis yang diubahsuai dapat mengukur nilai sudut tunduk dan sudut dongak.
- Dalam mengira sudut tunduk dari A ke B kita letakkan jangka sudut di A, laraskan pembaris
ke B. Nilai sudut dari aras mata ke objek adalah nilai sudut tunduk yang berwarna hijau.
- Gunakan akronim, apabila tunduk, nampak rumput berwarna hijau.
- Sebaliknya untuk mengira sudut dongak, laraskan pembaris ke arah titik C, kita lihat
kawasan berwarna biru pada jangka sudut menunjukkan nilai sudut dongak iaitu bila dongak
nampak awan berwarna biru.
BAB 9 : POLIGON ASAS
BAHAN-BAHAN :
1. Kotak penyimpanan peralatan dalam Magic Box yang berbagai bentuk.

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
9.1 Poligon 9.1.1 Menyatakan hubung kait antara bilangan sisi, bucu dan pepenjuru
poligon.

AKTIVITI
- Guru boleh menggunakan kotak menyimpan peralatan dalam pelbagai bentuk bagi
memperkenalkan polygon.
BAB 10 : PERIMETER DAN LUAS
BAHAN-BAHAN :
1. Piring dan telur permainan
2. Kertas Grid segi empat sama pada kotak Magic Box

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
10.1 Perimeter 10.1.2 Menganggar perimeter pelbagai bentuk

AKTIVITI
- Murid boleh menganggar perimeter piring dan telur permainan dengan menggunakan kertas
grid segi empat sama pada kotak Magic Box

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

10.2 Luas segitiga, segiempat 10.2.1 Menganggar luas pelbagai bentuk dengan menggunakan
selari, lelayang dan trapezium pelbagai kaedah.
AKTIVITI
- Murid boleh menganggar luas piring dan telur permainan dengan menggunakan kertas grid
segi empat sama pada kotak Magic Box

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

10.2 Luas segitiga, segiempat 10.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan luas segi tiga, segi
selari, lelayang dan trapezium empat selari, lelayang, trapezium dan gabungan bentuk-
bentuk tersebut.
BAHAN-BAHAN :
1. Kotak penyimpanan peralatan dalam Magic Box yang benbentuk segitiga bersudut tegak
dan segiempat.
AKTIVITI
- Murid boleh menganggar luas piring dan telur permainan dengan menggunakan kertas grid
segi empat sama pada kotak Magic Box
- Dua kotak segitiga ini dapat membuktikan formula segitiga adalah sebahagian dari segi
empat. Bagi formula segi empat ialah panjang darab lebar, formula segitiga pula ialah
setengah darab tapak iaitu panjang segi empat darab tinggi iaitu lebar bagi formula
segiempat tadi.
- Murid juga boleh menerbitkan rumus segiempat selari dengan menggunakan dua kotak
segitiga dan satu kotak segiempat yang disediakan.
***********************

STANDARD
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN
7.2 Ketaksamaan 7.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan ketaksamaan linear dalam
linear dalam satu satu pembolehubah.
pemboleh ubah

BAHAN-BAHAN :
3. Mangkuk Kertas
4. Cincin berwarna

AKTIVITI SP
- Ambil 2 mangkuk kertas yang sama warna untuk mewakilkan hubungan: 6.1.1
x - 2 ≤ 6
Masukkan 6 cincin berwarna dalam mangkuk kertas di sebelah kiri dan sebelah kanan
persamaan supaya nilai di kiri dan kanan persamaan adalah sama.
x - 2 ≤ 6
Operasi - 2 dalam ketaksamaan linear memerlukan kita menambahkan dua guli di
dalam mangkuk kertas di sebelah kiri dan kanan persamaan.
Jumlah cincin berwarna dalam mangkuk kertas adalah 8.
Jadi nilai x ≤ 8
Lakukan kaedah cuba jaya untuk membuktikan ketaksamaan x - 2 ≤ 6
adalah benar jika x ≤ 8

Soalan : 2x ≥ 6
- Ambil 2 mangkuk kertas yang sama warna untuk mewakilkan hubungan nilai 2x:
dan satu mangkuk kertas yang dibasukkan 6 cincin di sebelah kanan persamaan
Masukkan 6 cincin berwarna dalam mangkuk kertas di sebelah kiri dan sebelah kanan
persamaan supaya nilai di kiri dan kanan persamaan adalah sama.
x - 2 ≤ 6
Operasi - 2 dalam ketaksamaan linear memerlukan kita menambahkan dua guli di
dalam mangkuk kertas di sebelah kiri dan kanan persamaan.
Jumlah cincin berwarna dalam mangkuk kertas adalah 8.
Jadi nilai x ≤ 8
Lakukan kaedah cuba jaya untuk membuktikan ketaksamaan x - 2 ≤
6 adalah benar jika x ≤ 8

You might also like