Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KAJIAN KES

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap


Mata Pelajaran : Sejarah
Kelas : Tahun 6
Tarikh Mula : 1 April 2020
Tarikh Hantar : 22 April 2020
Tempoh : 3 minggu

Masalah : Negara Malaysia berjaya melahirkan ramai atlet yang berbakat.Benarkah


pencapaian atlet-atlet di Malaysia sangat membanggakan? Buktikan.
Tajuk : Atlet Kebangsaan Kebanggaanku.
Objektif : Objektif kajian ini adalah untuk membolehkan murid;
i. Menyatakan pencapaian Malaysia dalam bidang sukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
[SP 12.1.2]
ii. Mengenali atlet yang telah mengharumkan nama negara.
Arahan : Laporan murid hendaklah menjawab persoalan-persoalan berikut;
1. Nyatakan 5 sukan antarabangsa yang telah disertai oleh atlet-atlet
Malaysia sehingga mengharumkan nama negara. Hasilkan dalam
peta i-think.
2. Pilih seorang atlet kebangsaan. Nyatakan biodata beliau dan
kejayaan-kejayaan beliau dalam bidang sukan. Kemudian, berikan 3
sebab mengapa anda memilih atlet tersebut.
3. Jelaskan 5 kepentingan penglibatan pelbagai kaum mengharumkan
nama negara dalam bidang sukan. Jawapan hendaklah di antara
60 -80 patah perkataan.
Rujukan : Murid boleh menggunakan 2 atau lebih rujukan sumber yang berikut;
- Buku/majalah
- Laman sesawang
- Orang sumber
- Surat khabar
- Dokumen/jurnal
Kaedah : Murid boleh memilih kaedah mengumpul maklumat berikut;
- Temu bual
- Pemerhatian
- Kajian perpustakaan
Laporan : i. Dibuat secara individu
ii. Laporan disediakan dalam bentuk buku skrap atau powerpoint
iii. Hasil laporan mengandungi 5 – 12 halaman.
iv. Laporan merangkumi Tajuk Kajian, Pendahuluan, Objektif Kajian,
Kaedah Pengumpulan Data, Hasil Kajian, Kesimpulan dan Rujukan.

Nota penting: Kajian kes ini akan membawa markah 40% yang akan dicampurkan dengan
markah ujian akhir tahun 60%.

Disediakan oleh : .........................................................


CIKGU NUR BARAA AH BINTI AHMAD NASPU
Ketua Panitia Sejarah 2020

You might also like