Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MODUL PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN (PJPK) TINGKATAN 3

NAMA : …………………………………………………….

KELAS : ……………………………………………………..

TAJUK : PERMAINAN KATEGORI SERANGAN

NOTA RINGKAS

1. BADMINTON SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar

Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di

Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan

pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934. Selaku

Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala sempena

namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan selama 3 tahun

sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu pertandingan badminton yang

paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis Wimbledon. Negara kita Malaysia,

telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama pasukan badminton negara memenangi

Piala Thomas ialah pada 1949. Kejayaan ini kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu

pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi

oleh Keluarga Sidek, sekali lagi berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara

yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang,

Silvia Ng, Misbun Siden, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau

BAM telah ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia.

Sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan pasukan

ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.


2. BOLA BALING SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Permainan ini agak baru dikenali umum sebagai permainan yang mirip kepada bola

keranjang. Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1936. Sebelum itu,

ia popular di negara-negara seperti Denmark, Czekoslovakia, Jerman dan negara-negara bekas

Soviet Union. Di Malaysia, permainan bola baling diperkenalkan pada tahun 1976 oleh seorang

guru yang bertugas di Jabatan Pendidikan Selangor, Encik Lim Hock Han kepada satu kumpulan

guru dan pelajar di beberapa buah sekolah di Selangor. Kepopularan permainan ini terbukti

dengan berlangsungnya Kejohanan Pertama Pertandingan Terbuka Bola Baling anjuran Selangor

dan Wilayah Persekutuan pada tahun 1982. Kejohanan ini disertai oleh 12 buah pasukan dari

Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pahang dan Universiti Malaya. Ini diikuti dengan

penubuhan persatuan bola baling di negeri-negeri di Malaysia dan disusuli pula dengan

penubuhan Persekutuan Bola Baling Malaysia pada tahun 1985. Kini permainan bola baling

dipertandingkan di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM).

3. HOKI SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Sejenis permainan yang menyerupai hoki telah mula dimainkan oleh orang-orang Parsi,

Greek dan Rom sejak 2000 tahun Sebelum Masihi. Menurut sesetengah ahli sejarah, permainan ini

mula dimainkan semula di England pada tahun 1365 tetapi kemudian diharamkan disebabkan

berlakunya kekecohan yang membawa kepada pertumpahan darah. Ia muncul semula dengan

pelbagai nama seperti ‘hogket’ di Peranchis, ‘shinty’ di Scotland, ‘banty’ di Wales dan ‘hurley’ di

Ireland. Walau bagaimanapun nama ‘hockey’ yang digunakan di England muncul sebagai nama yang

paling popular, sehinggalah digunakan sampai sekarang ini. Permainan hoki berkembang di Eropah

pada 1886. Pada 1896, hoki telah dimasukkan dalam acara Sukan Olimpik. Dengan perkembangan

itu, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) ditubuhkan pada tahun 1954. Di Malaysia, hanya selepas

30 tahun iaitu sejak ia diperkenalkan semula, barulah permainan tersebut mula dimainkan. Pada

tahun 1948 pula, Persatuan Hoki Malaysia (PHM) ditubuhkan. Prestasi terbaik Malaysia dalam
permainan hoki di peringkat dunia ialah pada tahun 1975, di mana Malaysia menduduki tempat

keempat dalam Kejohanan Hoki Piala Dunia. Pada ketika itu, Kuala Lumpur menjadi tuan rumah

kejohanan tersebut.

4. BOLA SEPAK SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Bola sepak merupakan sukan yang paling popular di dunia pada masa kini. Sukan ini dipercayai

berasal daripada tamadun Mesir dan turut diwarisi oleh tamadun Rom, China dan Greek seawal

tahun 200 Masihi. Walaupun demikian, perkembangan pesat permainan ini hanya bermula pada

abad ke-19. Persatuan Bola Sepak England yang ditubuhkan pada tahun 1863 merupakan

pertubuhan bola sepak yang pertama di dunia. Piala FA yang diperkenalkan pada tahun 1871 untuk

pemain amatur telah membuka pintunya kepada pemain profesional mulai tahun 1885. Tahukah

anda bahawa peraturan sebelas pemain untuk satu pasukan ditetapkan pada tahun 1870? Di

peringkat antarabangsa, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai

FIFA (Federation of International Football Associations) telah ditubuhkan di Paris pada tahun 1904.

Pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang berlangsung empat tahun sekali adalah pertandingan bola

sepak yang berprestij di peringkat antarabangsa. Uruguay telah menjadi tuan rumah pertandingan

Piala Dunia yang pertama pada tahun 1930. Di Malaysia, permainan bola sepak telah dibawa masuk

ke negara ini oleh tentera British pada abad ke-19 ketika mereka bertugas di negara ini. Kini, bola

sepak adalah permainan yang paling popular di kalangan pelajar lelaki dan kaum belia di negara kita.

Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM (Football Association of Malaya) yang ditubuhkan pada

tahun 1927 adalah badan bola sepak kebangsaan yang mengawal perkembangan permainan bola

sepak di seluruh Malaysia melalui persatuan-persatuan bola sepak di peringkat negeri. Pesta Bola

Merdeka, Piala FAM, Piala Malaysia dan Liga Semi Pro adalan antara beberapa pertandingan bola

sepak yang dianjurkan oleh FAM di negara ini.


TUGASAN : Kajian/ folio tentang permainan kategori serangan

Arahan :

1. Ambil contoh beberapa gambar permainan kategori serangan atau jaring. Contohnya,
badminton, bola baling, hoki atau bola sepak.
2. Pilih salah satu daripada permainan tersebut.
3. Buat kajian tentang (hasil kajian);
a) Pengenalan atau asal usul tentang permainan yang dipilih
b) Cara permainan tersebut dimainkan
4. Format kajian/ folio adalah seperti yang berikut ;
a) Penghargaan
b) Pendahuluan
c) Objektif Kajian
d) Hasil Kajian
e) Kesimpulan
f) Rujukan
5. Tempoh Pelaksanaan adalah selama 2 minggu.

You might also like