Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

____________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI GPM BIL 2/2018

Tarikh : 1 OKTOBER 2018 (ISNIN)


Masa : 10.00 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT PKG PARIT BUNGA TANGKAK
Pengerusi : EN MOHD DRAMANTI
Kehadiran :
Turut Hadir : TIADA

1. PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan al-Fatihah sebagai pembuka majlis
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada semua GPM yang dapat hadir pada
hari ini. Beliau memaklumkan pencatat minit mesyuarat pada hari ini diambil alih oleh
Pn Kamariah Binti Mohd Nor selaku penolong SU kerana Pn NorAzura tidak dapat
hadir kerana bercuti.

2. PERUTUSAN PENASIHAT
2.1 En Mohd Dramanti mewaklili En Mohd Arshad Bin Haron yang terlibat dengan
mesyuarat bersama-sama penyelaras ICT mengucapkan setinggi tahniah atas kehadiran
AJK di mesyurat GPM kali ke 2 bagi tahun 2018.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


3.1. Wakil setiauasaha – En Dramanti membentangkan minit mesyuarat.

3.2 Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn Nor Hezrine Bt Othman

3.3 Disokong untuk pengesahan oleh Pn Salwani

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Lawatan Penanda aras ke sekolah PSS cemerlang ditangguhkan. Projek ini akan
dilaksanakan pada awal 2019

4.2 Jadual waktu GPM akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa Pengetua
2/2018. GPM diminta mengemaskini data di kiosk PKG agar dapat dibentangkan kepada
pentadbir.

4.3 Kursus yang telah dirancang sepanjang 2018 tidak dapat dilaksanakan
memandangkan pihak PKG menghadapi tarikh yang sesuai.
Tindakan : PKG

___________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

5. LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2018

5.1 GPM diminta menyemak data sekolah di kiosk sekolah Parit Bunga dan diminta
kongsikan maklumat di kiosk ini dengan pengetua.

5.2 Pengisian data NILAM perlu dalam 2 penggal setahun. GPM diminta maklumkan
kepada penyelaras NILAM sekolah untuk mengisi data NILAM sebelum NOV 2018.
Pengisian data NILAM boleh dimasukkan dalam 2 sistem yang telah disediakan oleh PKG
Parit Bunga dan BTPN

5.3 Pihak PKG Parit Bunga telah menyediakan tapak pengisian data NILAM melalui
KIOSK yang disediakan pada awal tahun tetapi hanya 2 buah sekolah sahaja yang
mengisi data NILAM manakala yang lain masih kosong.

5.4 En Dramanti berharap GPM dapat memaklumkan kepada penyelaras NILAM sekolah
masing-masing untuk melengkapkan pengisian data NILAM sebelum berakhir tempoh yang
ditetapkan. Semua ahli GPM bersetuju untuk mengisi data NILAM menggunakan tapak
yang telah disediakan oleh BTPN dan google sheets yang disediakan oleh PKG Parit
Bunga sebagai back up data.

Tindakan : Penyelaras NILAM & GPM

5.5 GPM diingatkan untuk mengikut SOP panduan pengurusan PSS. Modul pengurusan
pusat sumber boleh dimuat turun daripada KIOSK Parit Bunga.

5.6 GPM perlu mengemas kini fail meja dan fail kuasa pada setiap tahun sekiranya ada
perubahan.

5.7 GPM boleh memuat turun borang instrumen pemantauan sebagai rujukan untuk
memastikan perkara yang akan dinilai ketika pemantauan.

5.8 Bahagian pemantauan IKBB, semak bahagian penilaian kendiri dan perlu diisi.

Tindakan : GPM

5.10 Pemantauan pada tahun 2018 beberapa sekolah yang memperoleh cemerlang
seperti sekolah SK Kesang dan SK Pantai Layang.

5.11 Sekolah yang masih memerlukan khidmat bantu seperti SJKC Pui Nan dan SJKC
Nan Hwa

Tindakan: PKG

6. Hal-hal lain
6.1 En Dramanti meminta GPM mengisi laporan pcg pss 2018 di kiosk PKG Pt Bunga
sebelum 25 Oktober 2018. Mohon dapatkan maklumat pcg pss daripada kerani kewangan
sekolah.

___________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

6.2 GPM perlu kemas kini status ASTRO sekolah masing-masing.


Tindakan : GPM

6.2 En Mohd Arshad akan bersara pada 23 Oktober 2018. Tempoh peralihan tugas akan
diambil alih oleh En Dramanti Santri sementara pegawai teknologi yang baru akan dilantik.

6.3 Pemilihan tokoh NILAM perlu tunggu surat daripada pihak BTPN untuk tahun ini. Pihak
sekolah perlu bersedia dengan pemilihan calon yang sesuai.

Tindakan: Penyelaras NILAM

6.4 Pn Rosidah Bt Misran mengucapkan terima kasih kepada PKG Parit Bunga yang
banyak membantu GPM dalam menguruskan pusat sumber sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………….. …………………………….
KAMARIAH BINTI MOHD NOR MOHD DRAMANTI SANTRI BIN ROHANI
Penolong setiausaha Pegawai PTP 2 PKG PT BUNGA

___________________________________________________________________________

You might also like