Minit Mesyuarat Persediaan Sekolah

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

PK 07- Pengurusan Mesyuarat

MINIT MESYUARAT

TAKLIMAT PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH PASCA PKPP

Tarikh : 11 JUN 2020


Hari : KHAMIS
Masa : 9.00 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT
Pengerusi : PN ASPALILA BINTI ABD KARIM
Kehadiran : RUJUK SENARAI KEHADIRAN

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Aspalila Binti Abd Karim (PK 1) yang memangku
tugas pengetua. . Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada para guru yang
dapat hadir ke taklimat pada hari ini.
1.2 Jutaan terima kasih kepada En Mohd Salleh Bin Ithnin selaku YDP PIBG yang turut
hadir mendengar taklimat ini.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa En Zulkipli Bin Ismail sebagai wakil pihak pengetua
telah menghadiri taklimat Garis Panduan. Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah
di PPD Tangkak pada hari Rabu bertarikh 10 Jun 2020.
Tindakan: Makluman

2. TAKLIMAT GARIS PANDUAN PENGURUSAN PEMBUKAAN SEKOLAH OLEH


EN ZULKIPLI BIN ISMAIL (PKHEM)

2.1. Terima kasih kepada YDP PIBG yang turut hadir mendengar taklimat. Kehadiran
Wakil PIBG penting kerana kerjasama ibu bapa diperlukan dalam proses sebelum
dan selepas sekolah di buka.
Tindakan: Makluman

2.2 Para guru diminta merujuk buku garis panduan yang telah dimasukkan dalam group
Telegram. Garis panduan ini hendaklah dibaca dan difahami oleh warga sekolah
sebelum sekolah beroperasi.

2.3 Guru-guru diminta merujuk pekeliling 4 Jun 2020 berkaitan penulisan RPH.
Penulisan RPH hendaklah dibuat mulai tarikh 10 Jun 2020 yang mengandungi 3
perkara utama iaitu Objektif, Aktiviti dan Refleksi

2.4 Pihak pentadbir perlu memastikan semua guru berada di stesen tempat bertugas
bermula 10 Jun 2020. Guru perlu bersedia untuk dipanggil bertugas di sekolah pada
bila-bila masa diperlukan.

Tindakan: Semua Guru


1
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

2.5 Beberapa istilah telah digunakan sepanjang PKP iaitu Pensanitasi Tangan (Hand
Sanitizer, Pelitup Muka ( Face Mask) dan Pengimbas Suhu Badan (Thermometer)

2.6 Sekolah akan dibuka semula pada 24 Jun 2020 hari Rabu dengan kelas
peperiksaan iaitu tingkatan 5 sahaja iaitu seramai 74 orang pelajar sahaja yang
terlibat. Rujuk ms 6
2.7 Jumlah pelajar dalam kelas mengikut keluasan kelas maksimum 20 orang. Kelas
tingkatan 5 akan dipecahkan dari 3 kelas kepada 5 kelas sahaja seperti berikut :

Kelas Asal Jum Pelajar Kelas PKP Tempat


5 Delima 22 orang 5 Delima ( 11 orang) 5 Delima
5 Mutiara ( 10 orang) 4 Delima
5 Zamrud 21 orang 5 Zamrud (21 orang) Dewan Peperiksaan
5 Berlian 31 orang 5 Berlian (16 orang) 5 Berlian
5 Firus (15 orang) 5 Zamrud

2.8 Guru tingkatan 5 diminta untuk menyediakan senarai nama pelajar


tingkatan 5 dan pelan kedudukan susun atur pelajar di dalam kelas mengikut garis
panduan yang diberi pada muka surat 8.

2.9 Guru tingkatan 5 perlu memastikan kelas dilengkapi dengan senarai nama , pelan
susun atur kelas, pamerkan bahan bercetak mengenai langkah kebersihan dan
keselamatan menangani COVID- 19 dan Pensanitasi Tangan.

2.10 Guru tingkatan 5 diminta menyediakan senarai nama pelajar mengikut kelas untuk
diletakkan di pondok pengawal bagi tujuan guru bertugas mencatat suhu badan
pelajar apabila tiba ke sekolah.
Tindakan: Guru Tingkatan 5

2.11 Pihak sekolah perlu memastikan pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi di
setiap bilik pdp, bilik guru dan pejabat.

2.12 Kawasan kantin akan ditutup. Pelajar akan membuat pesanan makanan
menggunakan borang disediakan. Pihak kantin akan menyediakan makanan
berbungkus kepada guru dan pelajar.
Tindakan: JK Kantin

2.13 Guru bertugas akan membawa pesanan makanan ke kelas. Pelajar-pelajar akan
makan di kelas dengan pengawasan guru kelas atau guru bertugas.
Tindakan: Guru Bertugas

2.14 Bilik Isolasi akan diwujudkan menggunakan Bilik kesihatan sebagai Bilik Isolasi 1
2
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

yang menempatkan pelajar lelaki manakala bilik dadah sebagai bilik dadah sebagai
bilik Isolasi 2 yang menempatkan pelajar perempuan.

Tindakan: JK Kesihatan

2.15 Pelajar yang diimbas suhu badan 37.5 celisus ke atas akan diasingkan di Bilik
Isolasi termasuk pelajar yang bergejala. Pelajar dibenarkan rehat dan diambil suhu
semula. Sekiranya suhu masih melebihi 37.5 Celisus diminta menghubungi ibu bapa
untuk dibawa ke pusat kesihatan berhampiran.

Tindakan: Guru Bertugas

2.16 Bilik Pdp perlu disusun atur mengikut penjarakan sosial satu meter antara satu dengan
yang lain. Warna Merah akan digunakan arah laluan masuk dan warna kuning laluan
keluar. Tanda penjarakan akan diletakan pada setiap kaki meja warna biru.

Tindakan: Cikgu Norazif

2.17 Pensanitasi Tangan akan disediakan di kelas, makmal, pejabat, bilik guru, tandas,
surau dan bilik kaunseling. Pihak sekolah telah mendapat bekalan sebanyak 45 botol
pensanitasi tangan daripada PPD.

2.18 Pihak sekolah telah membeli banner berkaitan langkah kebersihan dan keselamatan
menangani COVID-19. Bahan ini akan digantung di pintu pagar sekolah.

Tindakan: Pentadbir

2.19 Poster tunjuk arah dan bahan bercetak berkaitan COVID 19 akan diperbanyakkan lagi
oleh Cikgu Fazdli selaku AJK Keselamatan Sekolah.
Tindakan: Cikgu Fazdli
2.20 PIBG diminta membantu pihak sekolah untuk menyebarkan kesedaran dan kefahaman
berkaitan penularan COVID-19 melalui group WASAP. Ibu bapa diminta :
i) memastikan anak-anak menjaga kebersihan diri sebelum dan selepas balik sekolah
ii) menasihati anak-anak tidak bersalaman atau bersentuhan antara satu sama lain
iii) menyediakan bekalan makanan dari rumah
iv) menghantar dan mengambil anak dari sekolah
Tindakan: PIBG

3. TAKLIMAT OLEH PUAN ASPALILA BINTI ABD KARIM

3.1 Pdp akan dibuat dalam 2 kaedah iaitu di sekolah dan di rumah. Jadual waktu tingkatan
5 telah disusun semula melibatkan beberapa orang guru menengah rendah yang akan
turut terlibat mengajar tingkatan 5.
3
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

3.2 Untuk pelajar-pelajar tingkatan 1,2,3,dan 4 jadual waktu juga akan disediakan untuk
pembelajaran mereka di rumah. Guru-guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk
mengajar murid secara “On Line” menggunakan Google Classroom, Modul latihan dan
buku teks.

3.3 Sekiranya ada latihan tambahan yang difotostat boleh maklumkan kepada ibu bapa dan
serahan dilakukan di pondok pengawal

3.4 Guru-guru boleh merancang pdp dalam kelas dengan menggunakan pelbagai kaedah
tetapi perlu ikut SOP. Tiada aktiviti pdp di luar bilik darjah.

Tindakan: Semua Guru

4. Hal-hal lain
4.1 En Zulkipli memaklumkan satu jawatankuasa pembukaan sekolah pasca PKPP akan
diwujudkan untuk memudahkan agihan tugas persediaan pembukaan sekolah.
Jawatankuasa ini akan diketuai Pn Aspalila Binti Abd Karim selaku pengerusi, Timbalan
pengerusi PKHEM, Naib pengerusi PK Koko dan Setiausaha ialah kaunselor sekolah.
Tindakan: PKHEM

4.2 Cikgu Wan Nasuha akan menyediakan pelan susun atur kelas dan diserahkan kepada
guru tingkatan untuk ditampal di dalam kelas.
Tindakan: Cikgu Wan Nasuha

4.3 PIBG telah bersetuju untuk menyumbang sebuah printer warna untuk mencetak poster-
poster yang berkaitan dengan COVID-19. Selain itu, PIBG akan membekalkan KIT yang
mengandungi 2 keping pelitup muka dan 250ml Pensanitasi Tangan kepada para pelajar.
Tindakan: Cikgu Fazdli
4.4 Kaunselor akan melaksanakan Ujian Minda Sihat bagi mengenal pasti murid yang
terkesan dengan norma baharu di sekolah.
Tindakan: Kaunselor
4.5 Motosikal pelajar hendaklah di letakkan di tempat letak motosikal di dalam kawasan
sekolah. Pelajar dilarang meletakkan motosikal di luar kawasan sekolah.
Tindakan: Guru Betugas

4.6 Pn Aspalila akan menyediakan jadual penggiliran guru-guru bertugas mengikut


bidang. Setiap bidang akan diagihkan tugas untuk bekerjasama menyediakan bilik pdp,
4
PK 07- Pengurusan Mesyuarat

tanda laluan keluar masuk, menampal bahan bercetak dan mengemas bilik guru.
Tindakan: Semua Guru

4.7 Guru tingkatan diminta untuk mendapatkan nombor telefon terkini ibu bapa atau penjaga
untuk memastikan mereka mudah dihubungi apabila berlaku kecemasan. Pelajar-pelajar
juga perlu mengisi borang pengesahan kesihatan. Semua makluman hendaklah dihantar
dalam WASAP kelas masing-masing sebelum sekolah dibuka.
Tindakan: Guru Tingkatan 5

4.8 Proses sanitasi kelas dan bilik-bilik akan dilakukan 2 kali sehari iatu selepas tamat sesi
persekolahan dan waktu rehat. Pentadbir akan maklumkan kepada pekerja kebersihan
hal tersebut.

4.9 En Zulkipli (PKHEM) akan menyusun semula jadual guru bertugas mingguan. Seramai 3
orang guru akan bertugas dalam satu-satu masa dan keutamaan kepada guru-guru yang
tidak mengajar tingkatan 5. Tugas-tugas guru bertugas akan dimaklumkan pada
mesyuarat akan datang.
Tindakan: Pentadbir

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari

Disediakan oleh:

KAMARIAH BINTI MOHD NOR


SU Mesyuarat Pengurusan Sekolah
18 JUN 2020

You might also like