Takrif Dan Jelaskan Ayat Dasar, Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Takrif dan Penjelasan Ayat Dasar, Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

1. Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh
dibahagikan kepada empat jenis, dengan berpandu pada jenis-jenis unsur yang
hadir sebagai konstituen ayat-ayat itu, iaitu jenis subjek dan predikatnya. Secara
umumnya, konstituen subjek diisi oleh frasa nama, sementara konstituen predikat
pula diisi denan mana-mana empat jenis unsur yang berbeza iaitu frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2. Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu kalusa sahaja, iaitu yang
mempunyai satu konstituen subjek atau satu konstituen predikat. Oleh yang
demikian, ayat tunggal terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat tunggal sama
dengan binaan ayat dasar kerana terkandung di dalamnya satu konstituen subjek
dan satu konstituen predikat. Wala bagaimanapun, bukan semua ayat tunggal
terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu
predikat mendahului subjek.

Perbezaan antara ayat tunggal dan ayat dasar ialah ayat dasar terdiri daripada
ayat penyata, manakala ayat-ayat tunggal terdiri daripada berlainan jenis seperti
ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.

3. Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau
lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehinggan
menjadikannya ayat baharu. Dua ayat tunggal atau lebih dicantumkan dengan
menggunakan kata hubung untuk membentuk satu ayat majmuk.

You might also like