Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Menu  Cari

nurcahayaqaseh
Perniagaan Bersih Menjamin Kesejahteraan Ummah

Perkongsian
Definisi

1. Perkongsian ialah satu bentuk perniagaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang hingga dua puluh
orang. Contoh perkongsian adalah seperti Klinik Mansor & Rakan-rakan, Lim & Associates Chartered dan Ahmad &
Partners Peguambela & Peguamcara.
2. Ahli-ahli perkongsian akan membuat satu perjanjian yang dinamakan ikatan perkongsian
3. Sekiranya tiada  perjanjian dibuat, segala perselisihan akan diselesaikan menurut Akta Perkongsian.
4. Terdapat 2 jenis rakan kongsi, iaitu rakan kongsi biasa dan rakan kongsi berhad.
Ciri-ciri

a) Milikan-Dimiliki oleh rakan kongsi. Untuk perkongsian biasa, ahlinya terdiri daripada 2 hingga 20 orang.
b) Modal-Disumbangkan oleh rakan kongsi  mengikut jumlah dipersetujui dalam Ikatan Perkongsian.
c) Pengurusan-Diuruskan oleh salah seorang rakan kongsi aktif yang dibayar gaji mengikut  syarat perjanjian.
d) Pembentukan perniagaan-Perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
e) Liabiliti-Liabiliti tidak terhad kecuali rakan  kongsi berhad.
f) Agihan untung-Jika ada Ikatan Perjanjian, pembahagian untung adalah mengikut syarat seperti dalam perjanjian.
Biasanya mengikut modal yang disumbangkan oleh setiap ahli.
g) Cukai-Tidak dikenakan cukai perniagaan tetapi cukai pendapatan perseorangan yang lebih rendah kadarnya.
Kebaikan Perkongsian

1) Modal lebih banyak


2) Berkongsi kepakaran
3) Mudah dibentuk
4) Risiko perniagaan dapat disebarkan
5) Beban cukai yang rendah
6) Pengkhususan dapat diamalkan
Kelemahan Perkongsian

1) Liabiliti tidak terhad


2) Kemungkinan berlaku pertelingkahan
3) Penerusan perkongsian tidak terjamin kerana jika seorang rakan kongsi meninggal dunia, tidak siuman atau bankrap,
perkongsian terpaksa ditamatkan.
4) Modal terhad berbanding dengan syarikat
5) Tindakan seorang melibatkan semua
Advertisements

Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy

Close and accept

You might also like