Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SAINS TINGKATAN 2, 2020

LATIHAN FORMATIF (10 Julai 2020) – tidak perlu salin


soalan, tulis no soalan dan jawapan.

1. Senaraikan 4 sumber tenaga dan tenaga yang dihasilkan.

Sumber tenaga Tenaga


Matahari Cahaya dan haba
Angin Kinetik
Ombak Bunyi
Tumbuhan (biojisim) Kimia

2. Unit S.I bagi tenaga ialah joule, J.

3. Nyatakan 4 sumber tenaga selain dinyatakan dalam video 1.


- geoterma - bahan api fosil
- air - bahan radioaktif

4. Nyatakan 4 jenis tenaga selain dinyatakan dalam video 1.


- tenaga keupayaan graviti - tenaga nuklear
- tenaga keupayaan elastik - tenaga elektrik

5. Terangkan bagaimana cas elektrostatik terhasil.


Apabila dua bahan yang berlainan saling bergeser, daya
geseran yang terhasil menyebabkan elektron dari sesuatu
objek dikeluarkan ke objek yang satu lagi.
Proton yang tidak bergerak menyebabkan objek tersebut
bercas positif kerana mempunyai proton yang banyak.
Objek yang mempunyai elektron yang banyak mempunyai
cas negatif.

CIKGU HAZWANI, SMKA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA


SAINS TINGKATAN 2, 2020
Ini menyebabkan kedua-dua objek ini saling menarik kerana
memenuhi ciri cas elektrik iaitu cas yang sama saling
menolak manakala cas yang berlainan saling menarik.

6. Apakah alat yang digunakan untuk mengesan kewujudan cas


elektrik?
Elektroskop.

7. Kejadian kilat.
- Awan tinggi di langit bercuaca sejuk menyebabkan titisan
air dalam awan membeku menjadi ais.
- Awan-awan yang bergerak akan bergeser antara satu sama
lain menyebabkan hablur ais bercas positif di bahagian atas
awan dan bercas negatif di bahagian bawah awan.
- Ini menjadikan tanah juga bercas positif (berlainan cas
dengan bahagian bawah awan).
- Apabila cas-cas negatif di bawah awan terlalu banyak, ini
menyebabkan percikan api terpancar lalu tertarik ke arah
tanah (untuk dineutralkan).
- Kilat yang terhasil sangat panas menyebabkan udara
disekeliling mengembang dengan cepat dan menghasilkan
petir.

8. Senaraikan penyelesaian masalah harian berkaitan


elektrostatik.
a) pemasangan rod logam tajam di atas bangunan.
b) meniarap atas padang ketika hujan lebat
c) berlindung dalam kereta ketika hujan lebat
d) penggunaan rantai logam pada lori tangki minyak.

CIKGU HAZWANI, SMKA SULTAN MUHAMMAD, MELAKA

You might also like