Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AMALAN PEMAKANAN ORANG DEWASA

• Keperluan Kalori dan Nutrien

Keperluan kalori pemakanan dewasa adalah mengikut umur dan jentina masing-
masing. Contohnya, kalori yang perlu diambil oleh lelaki dewasa pada umur 40 hingga
49 ialah 2400. Manakala bagi perempuan dewasa yang berumur 40 hingga 49 ialah
1900. Keperluan kalori ini juga bergantung kepada berat badan mereka dan tahap
kesihatan mereka. Golongan dewasa juga memerlukan nutrien yang secukupnya. Hal
ini kerana, mereka memerlukan nutrien untuk kekal bertenaga dan mengekalkan tubuh
badan yang sihat. antara nutrien yang diperlukan ialah karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, garam mineral, air dan serat. Setiap kelas makanan yang diberikan mempunyai
kelebihan nutriennya yang tersendiri.

• Faktor Yang Mempengaruhi Pemakanan Orang Dewasa

Antara faktornya ialah tinggi, berat badan, jenis jantina, aktiviti harian, tahap kesihatan,
keadaan iklim dn status ekonomi mereka.

• Masalah Pemakanan Orang Dewasa

Antara masalah pemakanan mereka ialah pengambil pemakan yang tidak sihat. Pada
usia ini, kebanyakkan daripada mereka akan makan tidak mengira jumlah kalori dan
mengambil makanan mengikut nafsu mereka. Mereka tidak lagi menghiraukan jumlah
kalori yang perlu ambil dan kesan sekiranya mereka mengambil sesuatu makanan
tersebut. Contohnya, mengambil makanan ringan seperti 'Mr. Potato', 'Super Ring' dan
Maggi.

Selain itu, masalah pemakanan mereka juga adalah mereka mengambil pemakanan
tidak mengikut pantang larang yang ditetapkan. Keadaan kesihatan mereka
menyebabkan mereka perlu makan secara sihat dan mengikuti nasihat oleh doktor.
Apabila mereka tidak mengikut pemakanan yang ditetapkan keadaan kesihatan mereka
makin teruk dan boleh menyebabkan penyakitnya melarat. Contohnya pesakit kencing
manis mengambil makanan yang mengndungi kandungan gula yang tinggi.

• Elakkan Pengambilan Makanan Tidak Seimbang

Golongan dewasa hendaklah mengelakkan diri daripada mengambil makanan tidak


seimban. Hal ini kerana, gpengambilan makanan yang tidak seimbang menyebabkan
tubuh badan memperolehi gizi yang tidak seimbang. Mengambil pemakanan berlebihan
garam pula akan menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Bagi individu yang mengambil
kuantiti makanan terlalu banyak pula lebih berpotensi untuk menghadapi masalah
kegendutan. Masalah kegendutan berlaku apabila berat badan adalah 20% melebihi
berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya seterusnya akan menyebabkan
diabetis melitus, darah tinggi, kanser kolon juga berpotensi berlaku Diabetis pabila aras
glukosa berlebihan daripada julat normal.

• Sajian Makan Berkhasiat Untuk Orang Dewasa

Contoh sajian makan berkhasiat bagi orang dewasa ialah, mengambil karbohidrat
seperti nasi putih yang bersaiz segenggam penumbuk. Lauk seperti sup ayam atau
daging amat sesuai bagi mereka.hal ini bagi memenuhi jumlah protein yang perlu
diambil oleh mereka. seterusnya mereka seharusnya mengambil sayur-sayuran atau
ulam-ulaman seperti kangkung, kobis, lobak merah dan lain-lain lagi. buah -buahan
seperti betik, nenas, pisang dan buah tembikai sesuai untuk dijadikan pencuci mulut
dan meminum segekas air masak.

You might also like