Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

RBTS 3203 PENGENALAN KEPADA EKONOMI RUMAH TANGGA

Tugasan 3

Nama : THAMARAI SELVI A/P RAJ KUMAR


No. K/P : 990630-08-9034
Angka Giliran : 2019242340116
PENGAKUAN PELAJAR
Program
Saya mengaku bahawa PEMERIKSA
tugasan: kerjaPISMP
kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri
MODERATOR
kecuali nukilan dan ringkasan
Ambilan
yang :
setiap satunya saya jelaskan
Markah JUN 2019
sumbernya.
PENGESAHANMarkahPELAJAR
Unit mengesahkan bahawa maklum
Saya : U9
balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.
Nama Pensyarah
Tandatangan
Tandatangan : PUAN SITI KHAMARIAH
Pelajar:__________________________Tarikh BINTI RIZUWAN
: _____________________
Tandatangan
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
JKA/Jun2019 PUAN SAIDATUL NADIAH BINTI SHAMSUDDIN
Cop
Tarikh Hantar : 02 Mac 2020 Cop

Tarikh Tarikh

Isi Kandungan

Bil Perkara Muka surat

1.0 Pengenalan 3
2.0 Bahan-bahan jahitan 2-5

Kos bahan 5-6

3.0 Pemilihan fabrik 6-8


4.0 Langkah-langkah menjahit 8-11
5.0 Perbincangan 11-14
6.0 Rujukan 15

1
1.0 Pengenalan

Saya telah melaksanakan tugasan dengan menghasilkan satu projek artikel jahitan.
Dalam konteks itu, saya telah menyediakan sejenis beg bagi meletakkan kotak tisu yang
bersaiz ( 26x20x15) artikel jahitan saya merangkumi proses jahitan kelim, penyudah tepi dan
juga jahitan hiasan. Bagi jahitan hiasan saya telah membuat jahitan sulaman dan juga
jahitan manik. Antara jahitan-jahitan yang telah saya gunakan bagi jahitan sulaman adalah
jahitan batang berlilit, jahitan rantai, frenchknot, rossian chain,spider web rose, lazy daisy
dan juga jahitan suji bilang. Saya telah memilih tema flora untuk menghasilkan artikel saya.
Jenis kain yang telah saya pilih untuk menjahit beg ini adalah ‘kain kapas’. Saya telah
merancang dan memilih warna gelap iaitu warna coklat sebagai warna projek saya dan saya
telah menggunakan benang dan juga jarum sulam untuk menjahit artikel saya. Antara
sebab utama saya memilih kain kapas adalah kerana ia tahan lama dan juga mudah untuk
dijahit.

2.0 Bahan-bahan

2
2.1 Bahan-bahan jahitan yang digunakan

Bahan Fungai
Jarum sulam  Untuk jahitan yang
lebih tebal dan juga
jahitan biasa seperti
jelujur.
 Banyak digunakan
dalam jahitan
hiasan.
Kapur tukang jahit  Menandakan garis
pemadan pada
fabrik.
 Memindahkan
garisan tanda pola
pada fabrik.
 Memindahkan tanda
dan garisan pola
pada fabrik.

Roda surih

Kertas karbon tukang jahit  memindahkan tanda


lukisan pada fabrik.

Pembaris lurus  Mengukur dan


menanda garisan
lurus di kertas pola.
 Mengukur fabrik
Gunting fabrik  Menggunting fabrik

3
Gunting sulam  Digunakan untuk
kerja sulaman dan
menggunting benang

Benang sulam  Memberikan kesan


estetika di atas
jahitan atau kelim.
 Membentuk jahitan
yang efisien tanpa
putus.

Pencucuk benang  Digunakan untuk


membantu
memasukkan
benang ke lubang
jarum tangan atau
lubang jarum mesin.

Bingkai pemidang kayu  Membantu jahitan


menjadi lebih kemas.
 Mengawal kain
daripada bergerak
semasa jahit.

2.2 Kos Bahan Untuk sehelai artikel

Bahan Kuantiti Harga Seunit(RM) Kos(RM)


Fabrik 2 meter RM 4.00 RM 8.00
Benang sulam 8 buku RM 2.60 RM 20.80
Lapik dalam 1 Meter RM 3.90 RM3.90
Kapur 1 batang RM 0.50 RM 0.50
Kertas karbon jahit 2 helai RM 1.00 RM 2.00
Bingkai pemidang 1 batang RM 8.00 RM8.00

4
kayu
JUMLAH RM 64.OO

Kos Tambahan

Kos upah

 Kos upah yang dimakan ialah RM 8.00 sejam, jangkaan masa menjahit artikel adalah
3 jam.
Kos upah=RM 8.00x3 jam
=RM 24.00

Kos sampingan

 Bayaran elektrik untuk penggunaan mesin jahit,mesin pengemas tepi dan seteriks
ialah RM 0.80.

Kos Prima=Kos Bahan+Kos Upah

=RM 64.00+RM 24.00= RM 88.00

Tambahan Harga

 Tambahan harga yang dikehendaki ialah 50%


 TAMBAHAN HARGA=% tambahan harga x kos prima
= 50/100 x RM 88.00
= RM 44.00

Harga Jualan

 Tambahan harga+kos prima


=RM 44.00+ RM 88.00
=RM 132.00

Untung kasar= Harga Jualan-Kos prima

=RM 132.00-RM 88.00

=RM 44.00

Untung bersih=Untung kasar-Kos sampingan

=RM 44.00-RM 0.80

=RM 43.20

3.0 Pemilihan fabrik

5
Saya telah memilih kain jenis kapas begi menjahit artikel saya. Dari segi warna, saya
telah memilih warna gelap iaitu warna coklat sebegai warna artikel saya. Sebab utama saya
memilih warna gelap adalah kerana warna gelap akan membantu melindungi kekotoran agar
tidak nampak ketara. Justeru, beg warna gelap sesuai digunakan dan ia akan berpadanan
dengan semua jenis warna baju mahupun warna kulit. Sebegai contoh, sekiranya seorang
perempuan yang berkulit gelap yang memakai baju warna cerah masih boleh memakai beg
warna gelap yang telah saya hasilkan kerana ia akan kelihatan berpadanan.

Justeru, sebab utama saya memilih fabrik ini adalah kerana kain ini mempunyai banyak
kelebihan. Antara kelebihan yang dimiliki oleh fabrik ini adalah yang pertamanya kain kapas
merupakan sejenis fabrik berongga dimana kitaran udara boleh keluar masuk dengan baik
sekaligus ia juga akan membantu untuk mengelakkan beg daripada berbau busuk.

Seterusnya, kain kapas merupakan sejenis penyerap bau yang hebat. Sekiranya
seseorang memegang atau menggunakan beg untuk meletak kotak yang dihasilkan, maka
bau badan orang yang menggunakan beg tersebut akan kurang kerana kain bersifat
menyerap bau badan dan peluh dengan baik. Dengan itu, pemilik beg tersebut tidak
seharusnya risau tentang bau badan mereka ketika membawa atau menggunakan beg yang
telah dijahit.

Seterusnya, sebab ketiga pemilihan fabrik ini adalah kerana kain kapas digelar
sebegai ‘fabrik paling tahan di dunia’ dimana fabrik ini merupakan fabrik yang paling tahan
terhadap cuaca sama ada panas, hujan mahupun salji dan hal ini telah mendorong saya
memilih kain ini kerana beg yang diperbuat daripada fabrik ini akan tahan lebih lama.
Sepertimana yang diketahui, beg yang meletak barang seperti kotak tisu ini kebiasannya
akan dibawa ketika keluar dan kita tidak perlu menitikberatkan masalah cuaca kerana fabrik
ini boleh ditahan dalam apa jua cuaca tanpa menjadi kecut mahupun renggang dan serat
kain kapas juga akan bertambah kuat sekiranya basah.

Seterusnya, kain kapas merupakan sejenis fabrik yang mudah dijaga dan hal demikian
telah mendorong saya memilih fabrik ini untuk menjahit kain. Sekiranya kita perhatikan
beberapa beg lain yang diperbuat daripada fabrik linen, nilon dan lebih lagi, ia akan sukar
dicuci dan warna kainnya akan mudah luntur berbanding dengan kain fabrik jenis kapas
dimana kain kapas ini mudah dijaga, dicuci dan kadar kelunturan warna adalah rendah.
Dengan itu, para pemilik beg jenis kapas tidak akan menghadapi kesukaran untuk mencuci
beg sekiranya menjadi kotor dan pada masa yang sama ia tidak akan memberi kesan
negatif kepada kain lain kerana kadar kelunturan warnanya adalah sangat rendah
berbanding yang lain.

6
Selain daripada itu, saya memilih fabrik kapas adalah kerana jenis fabrik ini mudah
untuk dipotong dan senang dijahit disebabkan beratnya yang sangat ringan dan kain ini
juga tidak akan melorot seperti kain lycra. Justeru, kerja jahitan beg ini juga dapat disiapkan
dalam masa yang singkat kerana tidak perlu buat ‘lining’ yang mengambil masa yang lama.

Sebab terakhir yang mendorong saya memilih fabrik kapas adalah kerana harganya
yang lebih murah. Dari segi ekonomi pada masa kini, dapat dilihat bahawa kain kapas jauh
lebih murah berbanding dengan kain sutera, songkat mahupun batik. Walaupun harga kain
kapas adalah murah berbanding kain lain namun kelebihan-kelebihan yang terkandung
dalam kain ini adalah sangat tinggi dan istimewa serta ia sememangnya sangat sesuai
digunakan untuk menghasilkan artikel jahitan.

4.0 Langkah-langkah Menjahit.

1. Pensyarah telah memberikan penerangan yang jelas tentang langkah-langkah


menghasilkan artikel jahitan.

2. Saya telah lakarkan lukisan idea tentang corak beg.

Gambarajah 1:Menunjukkan lakaran idea artikel.

4. Saya memilih warna untuk lakaran artikel saya.

Gambarajah 2: Menunjukkan warna benang yang telah saya pilih untuk artikel.

5. Saya telah memilih jenis jahitan hiasan yang akan saya gunakan.

7
Gambarajah 3: Menunjukkan jenis jahitan hiasan yang telah saya pilih.

6. Saya telah melukis pola beg saya mengikut ukuran kotak yang telah dibuat.

Gambarajah 4: Menunjukkan pola artikel saya.

7. Saya telah menggunting fabrik mengikut pola beg.

Gambarajah 5: Memotong fabrik mengikut pola.

8. Kemudian, saya telah menekap dan melukis corak dengan menggunakan kertas karbon
jahitan.

8
Gambarajah 6: Menunjukkan saya melukis corak menggunakan kertas karbon
jahitan.

9. Seterusnya, saya telah meletakkan bingkai pemidang kayu supaya fabrik tidak bergerak
dan memudahkan proses menjahit.

Gambarajah 7: Menunjukkan saya meletakkan bingkai pemidang kayu.

10. kemudian, saya telah mula menjahit mengikut jenis jahitan hiasan yang telah saya pilih.

Gambarajah 8: Menunjukkan saya mula menjahit artikel saya.

9
Gambarajah 10: Menunjukkan artikel saya separuh siap.

11. Akhirnya saya telah selesai menjahit.

Gambarajah 11: Menunjukkan jahitan hiasan saya telah siap.

12. Artikel jahitan saya telah siap

Gambarajah 12: Menunjukkan artikel jahitan saya yang lengkap.

5.0 Perbincangan

Saya telah menghasilkan satu artikel jahitan yang merangkumi elemen 6C iaitu
character, citizenship, communication, collobration, critical thinking dan juga kreativiti.
Terdapat pelbagai pengajaran dan juga pengalaman baru yang telah saya peroleh melalui
artikel ini.

Pada mulanya saya berasa sangat teruja untuk melaksanakan tugasan ini kerana saya
merupakan seorang yang minat pada kerja jahitan, namun saya tidak mahir menjahit kerana

10
saya tidak ada pengalaman menjahit sebelum ini. Namun, saya tidak melihat tugasan ini
sebagai satu beban malah saya menganggapnya sebagai satu cabaran bagi diri saya untuk
meningkatkan kemahiran diri saya dalam membuat jahitan.

Pertama sekali, berlakunya konflik dalam memilih tema bagi corak jahitan saya pada
beg. Saya menghadapi kekeliruan untuk memilih tema di antara ‘ flora’ dengan ‘ rama-rama’.
Namun, sebagai langkah penyelesaian, saya telah melukis kedua-dua tema tersebut di
antara kertas kajang bagi menilai sama ada lakaran manakah yang lebih cantik.

Seterusnya, saya berasa sangat seronok ketika menjahit kelim dan juga penyudah tepi
bagi artikel saya kerana saya menggunakan mesin jahit untuk menjahitnya. Sebab utama
bagi keseronokan saya adalah kerana jahitan menggunakan mesin merupakan sesuatu
yang mudah dipelajari dan senang dibuat berbanding dengan proses menjahit secara
manual. Pada masa yang sama, masa juga dapat banyak dijimatkan kerana jahitan yang
menggunakan mesin dapat disiapkan dalam masa yang singkat.

Pada mulanya saya berasa sangat susah untuk menjahit jahitan secara manual
kerana jahitan saya menjadi salah sehingga jarum jahitan saya patah. Buktinya, ketika saya
menjahit jahitan rantai, banyak kali saya telah membuat kesilapan sehingga jahitan tersebut
tidak kelihatan seperti rantai dan hal demikian telah mengecewakan diri saya. Namun,
melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh kedua-dua pensyarah, dapat saya menjadikannya
sebagai panduan dan hal tersebut telah mendorong diri saya untuk terus berusaha dan
lama- kelamahan, saya berjaya menjahit jahitan dalam cara yang betul dan saya berasa
sangat gembira melihat hasil projek yang telah saya jahit sendiri buat kali pertama.

Justeru, saya juga menghadapi kesukaran untuk membuat lakaran pada kain mengikut
corak yang dipilih kerana pemilihan warna kain yang gelap telah menyebabkan lukisan
pada kain tidak dapat dilihat dengan jelas dan ia telah menjadi satu halangan yang besar
terhadap proses jahitan saya. Sebagai langkah penyelesaian, saya telah menggunakan
kertas karbon jahitan dan roda sulih untuk melukis jahitan pada kain dan ia telah membantu
proses jahitan saya berjalan lancar.

Seterusnya, terdapat banyak pengetahuan baru yang telah saya peroleh melalui
penghasilan projek ini. Antaranya, saya dapat mengenali kategori-kategori jahitan serta jenis
jahitan yang terkandung dalam kategori tersebut. Sebagai contoh, dari segi kategori jahitan
hiasan, saya telah mempelajari bahawa terdapat pelbagai jenis jahitan seperti jahitan halus,
jahitan rantai, jahitan batang dan sebagainya dimana sebelum ini saya tidak tahu bahawa
terdapat pelbagai kategori yang terkandung dalam jahitan ini.

11
Seterusnya, saya juga dapat mengenali tentang jenis-jenis mesin jahit yang sedia
ada seperti mesin jahit elektrik, mesin jahit elektronik, mesin jahit kaki dan sebagainya. Saya
telah diberikan penerangan yang jelas oleh kedua-dua pensyarah dan melalui hal demikian
saya dapat mempelajari cara menggunakan sesuatu mesin jahit.

Seterusnya, melalui penghasilan projek ini, saya juga dapat mempelajari tentang
aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih fabrik dan saya mendapat tahu
bahawa jenis kain dan juga warna yang dipilih memberikan kesan yang baik kepada sesuatu
hasil produk. Sebagai contoh, sebelum memilih jenis fabrik, saya telah menerokai beberapa
bahan bacaan berkaitan kelebihan dan kekurangan sesuatu jenis fabrik dan pada masa
yang sama, saya juga bertanya pandangan orang lain dan melakukan beberapa
eksperimen untuk mengenalpasti kualiti sesebuah fabrik. Sebagai contoh, sebelum memilih
kain kapas, saya membuat eksperimen dengan merendam kain tersebut ke dalam air panas
bagi memastikan teksturnya tidak kecut dan renggang. Tambahan pula, pengetahuan
tentang sesuatu fabrik juga saya peroleh daripada pensyarah saya dan segala pengetahuan
yang telah saya peroleh telah melancarkan proses pemilihan kain.

Selain itu, saya juga telah memperoleh pengetahuan tentang prosedur menjahit jahitan
asas. Sebagai contoh, melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dapat saya pelajar
cara menjahit jahitan kia yang merupakan titik permulaan bagi sesuatu jahitan. Saya juga
mempelajari memilih warna benang yang logik mengikut corak lukisan. Sebagai contoh,
sekiranya saya ingin menjahit daun, saya perlu menggunakan warna logik iaitu warna hijau
atau coklat kerana kelogikan warna terhadap sesuatu lukisan akan menonjolkan
kematangan minda seseorang individu.

Seterusnya, melalui tugasan ini saya juga pelajari cara merancang sesuatu kerja secara
sistematik dimana sebelum melakukan sesuatu kerja, perlu merancang proses pembuatan
projek tersebut mengikut prosedur yang betul. Sebagai contoh, saya telah melakar idea
terlebih dahulu, kemudian memilih jenis jahitan, membuat pemilihan fabrik diikuti dengan
langkah seterusnya. Saya difahami rancangan kerja adalah penting bagi mengelakkan
berlakunya sebarang kekeliruan serta menyiapkan sesuatu kerja dalam masa yang singkat.

Terdapat banyak pengajaran yang telah saya peroleh melalui projek penghasilan jahitan
ini. Antaranya, saya menyedari bahawa sekiranya kita terus mencuba untuk melakukan
sesuatu kerja yang dirasai susah, lama-kelamahan ia pasti akan menjadi senang. Sebagai
contoh, pada awalnya saya berpendapat bahawa jahitan tangan merupakan sesuatu
perkara yang sangat sukar namun setelah mempelajari cara yang betul menurut panduan
pensyarah, perkara tersebut telah menjadi mudah.

12
Seterusnya, saya telah menyedari bahawa sekiranya kita menghadapi sesuatu
masalah, kita seharusnya tidak mudah berputus asa malah cari jalan penyelesaian yang
sewajarnya. Sebagai contoh, pada awalnya saya telah berputus asa dan berasa kecewa
ketika jahitan saya menjadi salah. Namun, dengan menggunakan kaedah yang lain dapat
juga saya siapkannya dengan betul. Pengajaran seterusnya yang telah saya peroleh melalui
penghasilan artikel ini adalah saya pelajari bahawa kita seharusnya mempunyai pemikiran
yang kritikal dan juga analitikal sebelum membuat sesuatu perkara. Sebagai contoh,
sekiranya ingin memilih sesuatu jenis fabrik, kita perlu mengenalpasti kesan baik buruk
fabrik tersebut.

Secara keseluruhannya, terdapat banyak perkara dan pengalaman yang positif telah
saya peroleh daripada projek penghasilan artikel jahitan yang akan saya ambil sebagai
panduan dan memperbaiki lagi diri saya dalam membuat artikel jahitan yang lebih baik pada
masa akan datang. Pada pandangan saya, jahitan merupakan suatu kemahiran asas yang
harus dipelajari oleh semua orang terumatanya kaum wanita agar kemahiran asas ini dapat
diaplikasikan pada waktu keperluan. Oleh itu, tugasan sebegini wajar diberikan kepada
pelajar bagi mempertingkatkan lagi prestasi diri mereka dalam kerja jahitan.

13
6.0 Rujukan

Baharudin, M. B. (2012). Kertas Kerja Perniagaan Jahitan dan Sulaman. Pelan Perniagaan,
90-93.

Ismail, R. F. (1989). buku panduan menjahit dan rekaan semasa, siri 1. Noriza Fesyen.

Malaysia, K. P. (2002). Kurikulum bersepadu menengah huraian sukatan pelajaran. Rekaan


dan Jahitan Pakaian, 20-25.

Manonmani, S. (2009). Koleksi Cross-Stitch. Alaf.

Samingon, N. (2015). Variasai Hiasan Bunga Felt. Alaf 21.

14
15

You might also like