Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil.

3/2020
SKLJ

MINIT MESYUARAT
PENGURUSAN PRASEKOLAH BIL.3/2020
(Penataran Pembukaan Prasekolah Mengikut SOP KPM 2020

TARIKH : 28 JUN 2020


HARI : AHAD
MASA : 1000-1200
TEMPAT : 4B
PAKAIAN : KEMAS DAN SOPAN

KEHADIRAN

PENTADBIR
1. Mat Yusri bin Mat Yong - Pengerusi / Guru Besar
2. Yusmaati binti Yusof - PK Pentadbiran
3. Zawawi bin Ahmad - PK Hal Ehwal Murid
4. Mohd Jupiter Bin Md Sidek - PK Kokurikulum

GURU
5. Khairuddin - Pencatat minit

AKP
6. Nor Fariha Binti Hamzah

IBU BAPA / PENJAGA


7.
(Rujuk senarai kehadiran mesyuarat )3

PEGAWAI YANG TIDAK HADIR (BERSEBAB)


1. -

AGENDA
1. Bacaan Doa oleh Cikgu Fazlan
2. Taklimat Pembukaan Prasekolah disampaikan oleh Tuan Guru Besar – En. Mat Yusri bin Mat
Yong
3. Taklimat peraturan dan keselamatan murid prasekolah disampaikan oleh PK HEM –En.
Zawawi bin Ahmad
4. Taklimat mengenai pembelajaran murid Prasekolah disampaikan oleh PK Pentadbiran – Pn
Yusmawati bin Yusof
5. PERKARA-PERKARA LAIN

1
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020
SKLJ

PERKARA / CATATAN

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.
1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli mesyuarat iaitu
ibu bapa / penjaga murid Prasekolah Kristal, SK Lembah Jabor sesi 2020 kerana berjaya
menghadirkan diri.
1.3 Guru Besar memberi taklimat mengenai Garis Panduan Pembukaan Semula prasekolah
kepada ibu bapa.
1.4 Guru Besar turut menyatakan harapannya terhadap ibu bapa dalam usaha mematuhi
garis panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
1.4.1 Peranan dan tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak dalam keadaan
sihat sebelum hadir ke sekolah
1.4.2 Menghantar dan mengambil anak mengikut waktu yang telah ditetapakn iaitu 7.30
pagi (waktu hantar) dan 12.00 tengah hari ( waktu pulang)
1.4.3 Mematuhi tatacara pelawat masuk ke premis sekolah.
1.4.3 memastikan anak tidak membawa beg sekolah dan bekalan makanan dan
minuman kecuali sebab sebab tertentu dengan makluman dari pentadbir.
1.5 Guru Besar juga memaklumkan kepada ibu bapa tentang waktu pengoperasian dan
pembelajaran murid prasekolah.
1.5.1 Tempoh masa operasi adalah mengikut KSPK iaitu 4 jam sehari.
1.5. 2 Kelas prasekolah akan ditambah mengikut garis panduan yang telah diberi.
1.5.3 Ibu digalakkan untuk menghantar anak ke sekolah agar murid dapat menguasai
pembejalaran sebelum memasuki tahun 1.
Makluman : Semua ibu bapa / penjaga

2.0 PENGENALAN PRASEKOLAH


2.1 Guru prasekolah memperkenalkan guru dan PPM yang bertanggung jawab dalam
mengurus kelas dan murid prasekolah sepanjang persekolahan untuk sesi 2020.
2.2 Guru prasekolah juga memaklumkan perkara asas yang perlu ibu bapa ketahui
mengenai prasekolah, seperti :-
2.2.1 Visi & Misi

2
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020
SKLJ

2.2.2 Polisi Prasekolah Kristal


2.2.3 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
2.2.4 Matlamat KSPK
2.2.5 Petaksiran
2.2.6 Syarat kemasukan ke prasekolah KPM
2.2.7 Permohonan ke prasekolah
*Semua maklumat di atas boleh diujuk pada risalah Prasekolah Kristal yang dilampirkan.

Makluman : Semua ibu bapa / penjaga

4.0 RANCANGAN AKTIVITI PRASEKOLAH


4.1 Guru prasekolah memaklumkan dan menerangkan mengenai aktiviti yang dirancang dan
akan dijalankan di prasekolah untuk sesi 2020. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah :
Sambutan hari jadi, lawatan sekolah, aktiviti projek, karnival prasekolah, majlis apresiasi prasekolah,
dan lain-lain.
4.2 Guru prasekolah juga menyatakan bahawa untuk menjayakan setiap aktiviti yang
dirancang itu, penglibatan ibu bapa sangat diharapkan samada dari segi bantuan
pengurusan, tenaga, idea dan kewangan selaras dengan aspirasi yang terkandung dalam
PPPM 2013-2025 (Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, kominiti dan sektor swasta secara
meluas).
4.3 Guru prasekolah turut membuka peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi /
memberikan idea dalam merancang aktiviti menarik untuk dijalankan. Ibu bapa boleh
memberi cadangan melalui peti cadangan prasekolah. Setiap cadangan akan diteliti dan
akan dibawa ke peringkat peringkat pentadbiran

Makluman & tindakan : Semua ibu bapa / penjaga


Guru prasekolah & PPM

5.0 PERANAN / SARANA IBU BAPA


5.1 Guru prasekolah memohon kerjasama ibu bapa dalam usaha membantu pembelajaran
anak-anak di rumah. Guru akan bekalkan bahan bacaan dan memohon kerjasama ibu bapa

3
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020
SKLJ

untuk membimbing anak di ruman


5.2 Selain itu, ibu bapa juga diminta untuk membantu pihak prasekolah dari aspek
pengurusan seperti :-
5.2.1 Sebagai jurulatih
5.2.2 sebagai pengurus aktiviti / AJK
5.2.3 sebagai fasilitator / berkongsi kepakaran
5.3 Guru prasekolah juga ada menekankan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti keceriaan
kelas prasekolah.
5.4 Guru prasekolah memaklumkan bahawa pada 19 januari 2020 akan diadakan gotong
Royong perdana prasekolah dan penglibatan suami atau wakil lelaki diharapkan.

Makluman dan tindakan : Semua ibu bapa / penjaga,


Guru Prasekolah & PPM

6.0 PERKARA-PERKARA LAIN


6.1 Semua ahli sebulat suara bersetuju aktiviti penyediaan makanan murid prasekolah pada
bulan Ramadan ditangguhkan dan diganti dengan aktiviti lain contohnya pemberian kuih
raya, hamper dll. Justifikasi keputusan tersebut adalah :
6.1.1 Ibu bapa berharap anak-anak dilatih untuk melakukan ibadah puasa sepanjang
bulan Ramasan sebagai pendedahan awal.
6.1.2 Makanan akan menjadi tidak segar sekiranya dimasak pada waktu pagi oleh
PPM dan dibungkus untuk dibawa pulang dan dimakan semasa buka puasa nanti.

Makluman : Semua ibu bapa / penjaga

6.2 Ibu bapa mencadangkan untuk menggunakan buku kerja di prasekolah dan semua ahli
sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut. Justifikasi kepada keputusan ini adalah :
6.2.1 Memudahkan pengurusan dan penyimpanan bahan.
6.2.2 Buku akan menjadi lebih kemas, cantik dan menarik.

Makluman : Semua ibu bapa / penjaga

6.3 Bagi menyediakan bahan-bahan untuk keselesaan dan kelengkapan murid, ibu bapa

4
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020
SKLJ

sebulat suara bersetuju untuk membuat bayaran sebanyak RM150 seorang murid dan
bayaran akan dibuat sepanjang penggal 1 (Jan - Mei 2020). Berikut adalah justifikasi kepada
keputusan yang dibuat :
6.3.1 Bahan yang dibeli adalah untuk kegunaan dan kepentingan murid sendiri.
6.3.2 Bahan yang dibeli itu adalah berpatutan ( releven) dengan keperluan murid dan
dipersetujui oleh semua pihak.
6.3.3 Dipastikan tiada isu untuk mendapatkan keuntungan atau kepentingan kepada
individu-individu tertentu.

Makluman dan tindakan : Semua ibu bapa / penjaga


Guru Prasekolah & PPM

6.4 Guru prasekolah memaklumkan bahawa ibu bapa prasekolah merupakan ahli PIBG
sekolah dan ibu bapa perlu memastikan ada wakil daripada ibu bapa murid prasekolah yang
dilantik sebagai ajk PIBG sekolah bagi menjaga hak prasekolah.

Makluman dan tindakan : Semua ibu bapa / penjaga

6.5 Ibu bapa juga dimaklumkan bahawa Whatapps (Group Prasekolah Kristal 2020) yang
diwujudkan adalah medium sosial utama yang digunakan oleh guru dalam perhubungan di
antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Oleh itu, disamping mematuhi peraturan yang
ditetapkan, ibu bapa juga diharap dapat memberi perhatian ( alert) terhadap setiap info yang
disampaikan bagi mengelakkan berlakunya ketinggalan maklumat atau pertanyaan soalan
sama berulang kali.

6.6 Murid tidak perlu bawa air ke sekolah kerana di prasekolah sudah disediakan air
minuman bermasak.

6.7 Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu dimaklumkan melalui surat sakit (MC) atau surat
bertulis kepada guru prasekolah.

Makluman : Semua ibu bapa / penjaga


5
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020
SKLJ

7.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1400 dan perjumpaan seterunya akan diadakan pada
masa akan datang.

Lampiran :
1. Salinan Slide Mesyuarat
2. Risalah Prasekolah Kristal
3. Gambar Aktiviti

Pencatat minit : Disemak oleh :

……………………………………………. …………………….............................
KHARUDDIN MAT YUSRI BIN MAT YONG
Guru Prasekolah Kristal, Guru Besar,
SK Lembah Jabor. SK Lembah Jabor.
Tarikh : Tarikh :

6
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020 SKLJ

BORANG MAKLUM BALAS


MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH BIL.1 /2020

RUJUKAN /
M/S PERKARA UNTUK TINDAKAN MAKLUM BALAS
PARA
3. Perkara 4.2 Guru prasekolah juga menyatakan bahawa untuk menjayakan setiap aktiviti Ibu bapa / penjaga
yang dirancang itu, penglibatan ibu bapa sangat diharapkan samada dari segi
bantuan pengurusan, tenaga, idea dan kewangan selaras dengan aspirasi
yang terkandung dalam PPPM 2013-2025 (Anjakan 9 : Bekerjasama dengan
ibu bapa, kominiti dan sektor swasta secara meluas).

3. Perkara 5.1 Guru prasekolah memohon kerjasama ibu bapa dalam usaha membantu Ibu bapa / penjaga
pembelajaran anak-anak di rumah. Guru akan bekalkan bahan bacaan dan Guru Prasekolah
diminta ibu bapa untuk memantau anak-anak.

3/4. Perkara 5.2 Selain itu, ibu bapa juga diminta untuk membantu pihak prasekolah dari aspek Ibu bapa / penjaga
pengurusan seperti :-
i. Sebagai jurulatih
ii. Sebagai pengurus aktiviti / AJK
iii. Sebagai fasilitator / berkongsi kepakaran

4. Perkara 5.3 Guru prasekolah juga ada menekankan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti Ibu bapa / penjaga
keceriaan kelas prasekolah.

4/5. Perkara 6.3 Bagi menyediakan bahan-bahan untuk keselesaan dan kelengkapan murid, ibu Ibu bapa / penjaga
bapa sebulat suara bersetuju untuk membuat bayaran sebanyak RM150 Guru Prasekolah

7
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020 SKLJ

seorang murid dan bayaran akan dibuat sepanjang penggal 1 (Jan - Mei 2020).
Berikut adalah justifikasi kepada keputusan yang dibuat :
i. Bahan yang dibeli adalah untuk kegunaan dan kepentingan murid
sendiri.
ii. Bahan yang dibeli itu adalah berpatutan ( releven) dengan keperluan
murid dan dipersetujui oleh semua pihak.
iii. Dipastikan tiada isu untuk mendapatkan keuntungan atau
kepentingan kepada individu-individu tertentu.

5 Perkara 6.4 Guru prasekolah memaklumkan bahawa ibu bapa prasekolah merupakan ahli Ibu bapa / penjaga
PIBG sekolah dan ibu bapa perlu memastikan ada wakil daripada ibu bapa
murid prasekolah yang dilantik sebagai ajk PIBG sekolah bagi menjaga hak

prasekolah.

Disediakan oleh,

......................................................
KHAIRUDDIN
Guru Prasekolah Kristal,
SK Lembah Jabor.
Tarikh :

8
Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Bil. 3/2020
SKLJ

You might also like