Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

      Slide ini menerangkan tentang konsep asas pengujian,pengukuran,penilaian dan

pentaksiran .Melalui konsep empat aspek ini,kita dapat memahami peranan setiap peringkat
yang digunakan dalam sesuatu pembelajaran.

      Aspek pertama iaitu pengujian definisinya adalah alat untuk mengukur perubahan
tingkah laku murid dalam menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran.Kaedah pengujian
terhad pada sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran dan pengujian boleh digunakan
dalam kaedah pemerhatian,temu bual,soal selidik atau soalan-soalan ujian.

     Aspek kedua iaitu pengukuran pula merupakan satu proses untuk menentukan tahap
pencapaian murid dan kaedah digunakan untuk membuat pengkelasan bagi kedudukan
dalam pembelajaran dan mempunyai pelbagai cara untuk mengumpulkan data kuantitatif.

    Kemudian aspek ketiga iaitu penilaian adalah proses untuk menentukan perubahan
tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai ataupun penghakiman.Tujuan penilaian
adalah untuk memberikan maklumat tentang pencapaian hasil pembelajaran,kaedah
mengajar dan kurikulum untuk membuat keputusan.Penilaian juga berorientasikan produk
dan hasil mengenai apa-apa yang telah dipelajari dan penilaian juga mempunyai pelbagai
kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif.

        Aspek yang terakhir iaitu pentaksiran ditakrifkan sebagai proses menentukan


pencapaian dan membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya sekaligus memperoleh dan
memberikan maklumat yang berterusan untuk menambah baik pembelajaran.Aspek ini juga
berorientasikan proses mengenai perkembangan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai kaedah kuantitatif dan huraian kualitatif.Aspek ini diguna pakai untuk menambah
baik pengajaran dan pembelajaran dari segi mengesan punca kelemahan pelajar.

       Secara tuntasnya,slide ini juga membincangkan tentang peranan dan tujuan


pentaksiran dalam pendidikan daripada tiga jenis aspek iaitu pentaksiran untuk
pembelajaran,pentaksiran tentang pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran.

You might also like