Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kos rawatan di hospital swasta dan perkhidmatan mereka adalah

setimpal. Apakah pandangan anda?

Kerajaan berharap hospital swasta akan mengurangkan bayaran kos rawatan


mereka bagi memastikan kadar bayaran dikenakan berada dalam ruang
lingkup kemampuan para pesakit, selepas cukai perkhidmatan diketepikan
kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, oleh kerana kerajaan semasa
tidak mengenakan cukai perkhidmatan kepada pesakit yang mendapatkan
rawatan di hospital swasta, beliau berharap pusat-pusat rawatan swasta
dapat mengurangkan kos rawatan mereka.

"Kerajaan sebelum ini mengenakan enam peratus cukai barang dan


perkhidmatan (GST). Kami tidak mengenakan cukai itu kerana kita hendak
membantu mereka yang memerlukan rawatan.

Turut hadir di acara hari ini ialah Exco Pertanian, Industri Asas Tani,
Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin,
Ahli Parlimen Bukti Bendera, Wong Hon Wai dan Ketua Pegawai Eksekutif
Hospital, Joan Lim-Choong.

Bagaimanapun Guan Eng berkata, sektor pelancongan perubatan ketika ini di


bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan beliau telah meminta
supaya Dr Afif mengatur mesyuarat antara beliau dengan wakil-wakil hospital
swasta di Pulau Pinang untuk berbincang mengenai rancangan masa depan
mereka.

Beliau berharap, hospital-hospital swasta akan mengurangkan kos rawatan


kesihatan mereka, kerana beliau merasakan pihak hospital masih boleh
peroleh keuntungan menerusi peningkatan jumlah pesakit yang datang
mendapatkan perkhidmatan mereka.

"Sebaik sahaja anda meningkatkan jumlah kehadiran bagi pesakit, khususnya


pesakit dari luar negara, ini akan membantu dari segi keuntungan yang
diperoleh kerana kita juga sedang menghadapi saingan yang sengit dari
negara-negara jiran dalam soal rawatan kesihatan ini.

"Walaupun dengan saingan sengit, Malaysia masih di maju hadapan di


sebabkan kualiti perkhidmatan yang kita tawarkan, kemampuan kita, dan
tempat yang paling sesuai untuk pulih,” katanya.

Terdahulu Lim yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Air Putih melancarkan
tiga perkhidmatan baru yang terdiri daripada CyberKnife Robotic
Radiosurgery, Ambulatory Procedure Department (APD) dan mesin
Pengimejan Resonans Magnet (MRI) bernilai RM25 milion.

Guan Eng berkata, beliau gembira melihat Mount Miriam Cancer Hospital
dapat memainkan peranannya dalam membantu orang ramai, khususnya dari
kalangan pesakit yang tidak berkemampuan.
Dalam mengejar dan mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti, adalah
penting untuk kita berusaha menikmati hidup dengan mengambil dan
meneroka peluang mendatang sebaiknya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang tidak berbaloi untuk


diambil risiko. Sebagai contoh, tekanan yang tidak sepatutnya berlaku kepada
kita sekiranya tidak mempunyai insurans/takaful kesihatan dan perubatan.
Justeru itu, sekiranya kita dilindungi secukupnya oleh insurans/takaful, ia
memberi keyakinan bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada orang yang
tersayang.

Walaupun penjagaan perubatan dan rawatan di hospital kerajaan secara


umumnya adalah berpatutan, purata rakyat Malaysia seringkali memilih untuk
mendapatkan rawatan daripada hospital swasta, yang dilihat sebagai lebih
baik serta masa menunggu yang lebih pendek.

Bagaimanapun, kos perubatan telah meningkat pada kadar melebihi 12%


setahun, menjadikan ramai yang tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di
hospital swasta. Oleh itu memiliki insurans/ takaful perubatan adalah satu
keperluan pada hari ini. Namun, ketika ini kadar penembusan insurans hayat
di Malaysia adalah sekitar 41%. Ini menjadikan ia sangat kritikal untuk rakyat
Malaysia memahami keperluan mendapatkan perlindungan.

Sebelum memilih perlindungan yang diperlukan, adalah lebih baik untuk


memahami dengan lebih jelas asas insurans/takaful itu sendiri. Dengan
pelbagai terma industri yang wujud pada ketika ini, konsep insurans/ takaful
dan cara ia diperkenalkan mungkin agak sukar untuk difahami oleh
kebanyakan orang. Bagi membantu anda, kami telah menyenaraikan
beberapa terma utama yang akan anda temui dalam usaha mencari
perlindungan insurans/takaful yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Secara umumnya, perlindungan insurans/takaful perubatan individu


menawarkan kemudahan kad perubatan untuk kemasukan ke hospital.

Terdapat pelbagai jenis produk perlindungan di mana ia boleh bermula


daripada perlindungan komprehensif sehingga ke perlindungan yang mesra
bajet dan termasuklah bayaran untuk pembedahan, bilik, bayaran caj
berkaitan wad (bilik pembedahan, peralatan, ubatan dan perkhidmatan
hospital, bius, rawatan sebelum dan selepas kemasukan ke hospital dan
bermacam lagi).

Kad perubatan menyediakan perlindungan insurans/takaful kepada anda.


Apabila kad perubatan dikemukakan, pihak hospital akan menghubungi dan
memaklumkan kepada syarikat insurans/pengendali takaful mengenai
kemasukan, diagnosis dan rawatan yang ditetapkan. Syarikat
insurans/pengendali takaful akan menyemak dan setelah kelayakan
perlindungan disahkan, surat jaminan kepada hospital akan dikeluarkan bagi
perbelanjaan yang dijangkakan.
Kad ini sering membantu keperluan untuk membayar deposit yang tinggi dan
memfailkan tuntutan selepas anda menyelesaikan pembayaran. Bagi kes-kes
bukan kecemasan, anda boleh menjimatkan masa dengan mendapatkan
surat jaminan hospital anda daripada syarikat insurans/pengendali takaful
beberapa hari sebelum kemasukan ke wad.

Sementara itu, bagi perlindungan perubatan yang disediakan oleh majikan,


kebanyakan orang membuat kesilapan dengan berfikir mereka tidak perlu
membeli perlindungan insurans/ takaful kesihatan tambahan kerana percaya
mereka sudah ‘dilindungi’. Apa yang mereka tidak sedar ialah perlindungan
itu mungkin terhad (dari segi had dan rawatan harian). Dalam situasi begini,
adalah lebih bijak untuk anda mendapatkan insurans/takaful kesihatan
tambahan bagi menjamin anda dilindungi daripada sebarang bayaran
tambahan yang mungkin berlaku

Kad perubatan yang anda daftar mempunyai senarai hospital panel. Anda
perlu mendapatkan perkhidmatan di hospital panel yang telah disenaraikan
untuk menikmati kemudahan jaminan insurans /takaful tersebut.

Ini adalah bayaran/sumbangan yang dibuat kepada syarikat insurans atau


pengendali takaful yang perlu ditanggung/ disumbangkan oleh pengguna,
sama ada dia telah menemui doktor atau menggunakan mana-mana manfaat
yang ditawarkan oleh syarikat insurans/ pengendali takaful. Premium
insurans/sumbangan boleh dibayar secara bulanan, suku tahunan atau
tahunan. Bergantung pada syarikat insurans/ pengendali takaful, pilihan
pembayaran premium/ sumbangan tahunan boleh memberi penjimatan yang
lebih baik dalam jangka masa panjang.

Menggunakan jadual di lampiran sebagai contoh, disini terdapat beberapa


senario mengenai jenis skim yang tersedia untuk dua orang dewasa muda
tanpa syarat tersedia; Lelaki berusia 25 tahun yang mendaftar untuk
potongan sifar pelan MHE150 dan dijangkakan bayaran premium/sumbangan
bulanan ialah RM89.50. Polisi/ sijil ini mempunyai had tahunan sehingga RM1
juta dan tiada had sepanjang hayat.

Sementara itu, seorang wanita berusia 29 tahun yang memilih pelan MHE150
dengan potongan sebanyak RM500 mempunyai perlindungan yang sama
tetapi membayar premium/ sumbangan kurang iaitu kira-kira RM78 sebulan
atau RM936 setahun.

Ini adalah jumlah maksimum yang boleh dituntut daripada syarikat


insurans/pengendali takaful anda sepanjang hayat selagi polisi / sijil anda
masih aktif dengan syarikat insurans/ pengendali takaful. Apabila had
sepanjang hayat anda tamat, sebarang kos perubatan lanjut tidak lagi akan
dilindungi. Jumlah had maksimum sepanjang hayat mungkin berbeza,
bergantung kepada pelan / penanggung insurans yang dipilih. Sebaliknya,
had tahunan adalah amaun maksimum (seperti yang dinyatakan dalam pelan
pilihan anda), dimana anda layak menuntut untuk satu tahun polisi/sijil anda
Ia adalah sejumlah wang yang ditanggung sendiri oleh anda sebelum
perlindungan sebenar anda bermula. Syarikat insurans/pengendali takaful
hanya akan menampung kos yang melebihi amaun tangungan sendiri
(deduktibel). Sebagai contoh, kebanyakan pelan pada hari ini disertakan
bersama pilihan sifar atau tangungan sendiri (deduktibel RM500). Pelan
tangungan sendiri (deduktibel) sifar bermaksud anda tidak perlu membayar
apa – apa ketika kemasukan ke hospital dan kos akan ditanggung
sepenuhnya oleh penanggung Insurans/ pengendali takaful.

Sementara itu, dengan pelan tangungan sendiri (deduktibel) RM500, anda


hanya perlu membayar RM500 daripada keseluruhan amaun bil manakala
bayaran selebihnya akan ditanggung oleh penanggung insurans/pengendali
takaful anda.

Kelebihan memilih pelan tangungan sendiri menjadikan insurans/takaful


kesihatan anda lebih murah dan bayaran premium bulanan anda adalah 10 -
20 % lebih rendah berbanding pelan tanggungan sifar

Pelan perubatan mandiri berfungsi seperti insurans berpenggal di mana anda


akan dilindungi selagi anda membayar premium/ sumbangan anda.
Sebaliknya, pelan insurans perubatan tambahan adalah sebahagian daripada
polisi insurans hayat/sijil takaful keluarga asas yang kebiasaannya
merupakan suatu polisi/sijil Insurans/Takaful berkaitan pelaburan (ILP).
Lumrahnya, kos pelan insurans perubatan tambahan adalah lebih rendah
berbanding pelan perubatan mandiri.

Walau bagaimanapun, jumlah kos keseluruhan anda akan lebih tinggi


disebabkan perlindungan insurans hayat/takaful keluarga adalah tambahan
yang disertakan bersama ILP.

Selagi pembayaran premium dibuat tepat pada masanya dan anda ingin
melanjutkan polisi insurans, syarikat insurans diwajibkan memperbaharui
polisi anda (dengan syarat anda belum melebihi had tuntutan sepanjang
hayat dan anda belum mencapai umur kelayakan maksimum untuk
perlindungan).

Ini bermakna polisi/sijil anda diperbaharui setiap tahun, tertakluk kepada


kelulusan syarikat insurans/ pengendali takaful. Sebagai contoh, jika anda
diserang oleh penyakit yang mungkin berulang pada masa akan datang,
syarikat insurans/pengendali takaful mungkin memutuskan untuk tidak
memperbaharui polisi/sijil anda. Apabila anda ingin mendapatkan
insurans/takaful yang baru, anda perlu memaklumkan keadaan kesihatan
anda sebelum ini. Ia akan menyebabkan premium/sumbangan anda menjadi
lebih tinggi atau dalam sesetengah kes penyakit tertentu mungkin
dikecualikan daripada perlindungan. Atas sebab-sebab ini, polisi/ sijil di
bawah pembaharuan tidak terjamin adalah lebih murah.

Membeli insurans/takaful perubatan mungkin merumitkan dan sukar. Oleh


yang demikian, nasihat daripada penasihat profesional adalah diperlukan.
Oleh itu, lebih banyak yang anda pelajari, maka ia akan menjadikan
keputusan pembelian insurans/ takaful anda lebih baik.

Hospital sebenarnya adalah pusat pertemuan sosial yang begitu penting


dalam konteks perpaduan nasional di negara ini. Itulah tempatnya semua
kaum berkumpul untuk tujuan sama - mendapat perkhidmatan kesihatan dan
perubatan sama rata.

Namun, kepentingan hospital sebagai 'pusat perpaduan' ini kurang mendapat


perhatian dan jarang dibincangkan kerana umum menganggap hospital
tempat pesakit mendapatkan rawatan dan keluarga serta sahabat handai
datang melawat.

Hospital kerajaan yang lengkap dengan kemudahan ada di seluruh negara,


bandar besar mahupun daerah. Ia tempat rakyat menaruh harapan
mendapatkan rawatan sebaik mungkin dan terus hidup.

Tanpa kemudahan hospital kerajaan, mereka hanya berserah kepada takdir


kerana tidak mampu membayar kos perubatan dikenakan hospital swasta.
Jika sekadar rawatan biasa, mereka boleh mendapatkan rawatan di klinik
kerajaan yang juga bertaburan di setiap ceruk di seluruh negara. Jika tidak
ada peralatan sesuai untuk merawat sesuatu penyakit, mereka dirujuk ke
hospital yang lebih lengkap.

Bagi yang mampu atau mempunyai perlindungan insurans, mereka


mendapatkan perkhidmatan di hospital swasta. Bilangan pengunjung hospital
swasta tidak seramai di hospital kerajaan.

Setiap hari hospital dikunjungi pesakit tanpa henti. Perkhidmatan kecemasan


dibuka 24 jam. Walaupun kemudahan dan perkhidmatan di hospital swasta
lebih selesa, bayaran dikenakan adalah tinggi.

Perkhidmatan hospital kerajaan terbuka kepada setiap rakyat tanpa mengira


kaum, kepercayaan, ideologi politik, latar belakang dan sebagainya. Doktor
hanya mahu tahu apakah penyakit dihadapi, bukan perkara yang tidak ada
kaitan dengan penyakit mereka.

Kebelakangan ini, hospital kerajaan juga memberi perkhidmatan kepada


pendatang asing. Ramai antara mereka, atas dasar kemanusiaan mendapat
rawatan seperti rakyat negara ini. Di wad bersalin hospital kerajaan, setiap
hari ramai pendatang asing melahirkan anak.

Tanggapan umum bahawa imej hospital kerajaan untuk mereka yang


berpendapatan rendah dan kumpulan rakyat yang tidak mampu mendapat
perkhidmatan di hospital swasta, adalah salah. Ia tanggapan lama kerana
kebanyakan hospital kerajaan hari ini mempunyai kemudahan kelas pertama.

Hospital kerajaan kini turut dikunjungi mereka yang berpendapatan tinggi.


Sesuatu yang jelas ialah di mana-mana hospital kerajaan, pengunjungnya
mewakili semua kaum. Di hospital kerajaan, tidak timbul sebarang
diskriminasi kaum. Perkhidmatan di hospital kerajaan adalah di luar
lingkungan politik. Pesakit diberi layanan sama rata oleh doktor dan petugas
yang juga mewakili semua kaum.

Sama ada pesakit Melayu, Cina, India, Sikh atau semua kaum etnik di Sabah
dan Sarawak, mereka mendapat perkhidmatan saksama. Mereka yang
datang awal didahulukan, manakala yang datang lewat perlu menunggu
giliran.

Mereka juga arif dengan kesan psikologi pesakit. Jika ada kajian pemerhatian
dilakukan di hospital kerajaan, didapati interaksi antara petugas dan pesakit
adalah positif. Antara petugas dan pesakit tidak wujud jurang kaum. Setiap
doktor melayan pesakit tanpa mengira kaum. Di wad, pesakit diletakkan tanpa
mengira kaum kecuali kes tertentu yang memerlukan pengawasan lebih teliti.

Pesakit berinteraksi bertanya khabar dan bertukar maklumat mengenai


penyakit mereka. Konsep atau penerapan 1Malaysia di hospital adalah tulen.
Selain Melayu, kaum Cina adalah paling ramai mendapat perkhidmatan di
hospital kerajaan. Mereka menggunakan perkhidmatan kerajaan atas
pelbagai alasan. Ia mungkin kerana mereka tergolong dalam kumpulan
berpendapatan rendah dan tidak kurang juga mereka yakin dengan
perkhidmatan disediakan. Atas dasar ini, tidak ada sebab kaum Cina tidak
berterima kasih kepada kerajaan sedangkan mereka menggunakan
perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Hospital baharu terus dibina manakala doktor khasnya doktor pakar terus
dilatih untuk menampung keperluan di hospital kerajaan. Bagi penyakit
ringan, rakyat boleh berkunjung ke Klinik 1Malaysia. Bagi tahun depan, lebih
30 Klinik 1Malaysia akan diwujudkan menjadikan jumlahnya 290 buah.

Justeru, setiap rakyat perlu menghargai fungsi yang dimainkan hospital


kerajaan dalam membentuk rakyat yang sihat dan bersatu padu.

You might also like