Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NUR NAYLI AISYAH ZAINOL

PKES 3013 (29/9/2020)

Seksualiti dan kekeluargaan:

Bagaimana mengelakkan penularan penyakit berjangkit berkaitan seks melalui kepelbagaian kaedah dan
perspektif. Penulisan perlu menggunakan rujukan.

Penyakit bawaan seks ada satu penyakit yang boleh dihidapi oleh seseorang individu melalui
persetubuhan dengan kata lain Jangkitan Seksual (STIs) adalah penyakit berjangkit melalui perhubungan
seksual. Ada juga di antara penyakit ini yang boleh merebak melalui penggunaan jarum secara rambang.
Penyakit ini merebak melalui darah dan bendalir tubuh badan. Antara punca yang menyumbang kepada
jangkitan ini ialah perhubungan seks yang tidak selamat tanpa langkah-langkah pencegahan sama ada
melalui vagina, dubur atau seks oral. Ia juga boleh disebarkan melalui ciuman, menyentuh kawasan yang
dijangkiti atau berkongsi jarum (AIDS dan Hepatitis B). Oleh itu langkah pencegahan dengan serta merta
kerana ia bukan sahja menyakitkan malah membawa maut.

1. Mengamalkan hubungan seks yang selamat.

Hal ini bermaksud setia kepada seorang pasangan dan elakkan daripada bertukar-tukar pasangan. Hal ini
bagi mengelakkan hubungan seksual dilakukan dengan individu status kesihatannya tidak diketahui yang
dibimbangi membawa jangkitan seksual. Di samping itu, bagi lelaki biasakan penggunaan kondom.
Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan Chlamydia, tetapi ianya
mampu mengurangkan risiko jangkitan.

2. Suntikan Vaksin

Di samping itu, suntikan vaksin juga boleh menjadi langkah pencegahan penyakit bawaan seks ini.
Menurut Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi Dr Nurul Khairiyah Khairuddin dalam ulasannya dalam
harian Metro “Di sekolah pelajar akan diberi varian terbaharu vaksin HPV iaitu Gardasil yang membantu
mencegah kanser pangkal rahim dan ketuat pada kawasan alat sulit lelaki dan wanita.” Selain mencegah
kanser pangkal rahim bagi wanita ia juga mapu mencegah penyakit ketuat pada alat sulit yang
kebiasaannya dibawa oleh jangkitan seksual.

3. Amalkan gaya hidup yang sihat

Aspek penting dalam mencegah penularan penyakit berjangkit ini. Gaya hidup yang sihat seperti
mengelakkan hubungan seks sebelum berkahwin. Selain itu banyakkan bersenam dan elakkan
pengambilan arak, alkhohol dan rokok.
NUR NAYLI AISYAH ZAINOL
PKES 3013 (29/9/2020)

4. Sunat bagi lelaki

Di Amerika Syarikat, 55% hingga 65% lelaki menjalani prosedur ini. Beberapa keterangan telah diberikan
dalam usaha untuk membuktikan bahawa berkhatan mempunyai kelebihan dari sudut perubatan, ini
termasuklah mengurangkan kadar sesetengah penyakit kelamin pada lelaki. Selain itu ia melindungi
individu daripada kanser zakar dan mengurangkan risiko kanser serviks bagi pasangan wanita dan
mencegah balanitis (radang kepala zakar) dan balanoposthitis (radang kepala zakar dan kulup).

5. Jauhi seks Rambang

Seks rambang adalah perhubungan seks dengan rakan-rakan biasa atau ‘one-night stand’. Perbuatan ini
membawa kepada berbagai-bagai jenis penyakit jangkitan seksual. Sebagai contoh, HIV dan jangkitan
penyakit akibat hubungan kelamin sering berlaku di kalangan remaja. Seorang remaja wanita yang
melakuan hubungan seks tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti mempunyai risiko
jangkitan HIV (1%), herpes genital (30%), gonorea (50%).

Rujukan

 http://www.myhealth.gov.my/penyakit-jangkitan-kelamin/
 http://www.myhealth.gov.my/jangkitan-seksual/
 https://www.researchgate.net/publication/306060583_Pencegahan_Penyakit_Melalui_Kaedah
_Pelalian_Menurut_Perspektif_Islam_Disease_Prevention_Through_Immunization_Methods_Ac
cording_To_Islamic_Perspective
 https://www.hmetro.com.my/sihat/2018/11/396160/vaksin-hpv-lindungi-gadis

You might also like