Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

BAB 7 :

NILAI MASA WANG

Soalan Aras Pengetahuan (C1)

1. Senaraikan dua kepentingan nilai masa wang dalam bidang kewangan.

2. Nyatakan konsep nilai masa wang yang sesuai bagi pernyataan berikut:

Huraian Konsep
Mencari nilai kini dari tarikh tertentu pada masa
akan datang kepada tarikh sekarang.
Mencari nilai hadapan dari tarikh tertentu pada
masa sekarang kepada tarikh akan datang.
Bayaran anuiti berterusan selama-lamanya atau
bayaran bersiri yang tidak mempunyai tempoh
matang.
Satu siri aliran tunai yang melibatkan amaun yang
sama pada suatu tempoh tertentu

3. Definisikan istilah berikut:


a) Anuiti
b) Perpetuiti

4. Nyatakan tiga kepentingan nilai masa wang kepada pengurus kewangan.

5. Nyatakan bentuk nilai masa wang bagi situasi berikut:


SITUASI BENTUK NILAI MASA WANG
Jothi menyimpan RM100 setiap akhir bulan
dalam sebuah akaun dengan kadar kompaun 1
peratus sebulan.
Jessica menerima RM100 setiap awal tahun
hasil daripada pelaburannya di sebuah syarikat
kewangan yang memberikan pulangan 10
peratus setahun.

6. Kenalpasti bentuk-bentuk nilai masa wang berdasarkan penyataan berikut.

PENYATAAN BENTUK NILAI MASA WANG


Nilai hari ini bagi suatu aliran tunai yang sama dalam
selang masa yang sama pada setiap awal tempoh
pada kadar faedah tertentu.
Sejumlah wang yang terkumpul pada satu masa akan

1
datang daripada satu siri aliran tunai yang sama
dalam selang masa yang sama diakhir tempoh bagi
satu jangka masa tertentu pada kadar faedah
tertentu.

Soalan Aras Pemahaman (C2)

1. Jelaskan konsep-konsep yang berikut:


a) Nilai kini
b) Nilai masa depan
c) Pengkompaunan
d) Pendiskaunan
e) Anuiti biasa
f) Anuiti matang
g) Perpetuiti
h) Garis masa

2. Jelaskan mengenai hubungan di antara;

a. Nilai masa depan dengan kadar faedah b. Nilai masa kini dengan kadar faedah
dan bilangan tempoh dan bilangan tempoh

3. Semua orang berpendapat bahawa kenaikan kadar faedah akan mendorong mereka
menambah simpanan atau tabungan. Jika anda sedang menyimpan wang untuk membiayai
pelajaran anda di universiti, adakah kenaikan kadar faedah akan mendorong anda
menyimpan dengan lebih banyak lagi? Jelaskan.

4. RM1 yang dimiliki hari ini lebih bernilai jika dibandingkan dengan RM 1 yang akan diperoleh
setahun dari sekarang. Jelaskan.

5. Jelaskan hubungan antara nilai masa depan dengan tempoh masa beserta contoh.

6. Terangkan dua alat bantuan pengiraan nilai masa wang.

7. Jelaskan maksud nilai masa wang dan 2 kepentingannya dalam organisasi perniagaan.

2
Soalan Aras Analisis (C3)

1. Tentukan nilai masa depan pelaburan berikut;


a) RM5,000 pada kadar 10% setahun, dikompaunkan setahun sekali selama 10 tahun.
b) RM8,000 pada kadar 8% setahun, dikompaunkan setahun sekali selama 8 tahun.
c) RM1,200 pada kadar 12% setahun, dikompaunkan setahun sekali selama 12 tahun.
d) RM50,000 pada kadar 5% setahun, dikompaunkan setahu sekali selama 5 tahun.

2. Tentukan nilai masa kini untuk jumlah berikut;


a) RM800 yang akan diterima 10 tahun dari sekarang didiskaunkan pada kadar 10%.
b) RM300 yang akan diterima 5 tahun dari sekarang didiskaunkan pada kadar 5%.
c) RM15,000 yang akan diterima 8 tahun dari sekarang didiskaunkan pada kadar 8%.
d) RM1,000 yang akan diterima 8 tahun dari sekarang didiskaunkan pada kadar 20%.

3. Hitung nilai kini bagi siri pembayaran berikut;


a) RM400 setahun selama 10 tahun pada kadar 10% setahun.
b) RM700 setiap awal tahun selama 7 tahun pada kadar 6% setahun.

4. Hitung jumlah terkumpul untuk aliran tunai berikut;


a) RM500 setahun selama 15 tahun pada kadar 5% dikompaunkan sekali setahun.
b) RM1000 setiap awal tahun selama 10 tahun pada kadar 6% dikompaunkan sekali
setahun.

5. Berapakah nilai kini bagi perpetuiti bernilai RM100 setahun jika kadar diskaun ialah 7%. Jika
kadar faedah meningkat dua kali ganda apakah yang akan berlaku kepada nilai kini bagi
perpetuiti tersebut?

6. Berapakah nilai kini bagi RM100 000 yang diterima setahun dari sekarang yang
didiskaunkan secara bulanan pada kadar faedah 12% setahun?

7. Pelaburan sebanyak RM2500 pada hari ini dijangka menjadi RM3401.25 pada akhir tempoh
empat tahun akan datang. Dapatkan kadar faedah yang ditawarkan dalam pelaburan
tersebut.

8. Berapakah nilai depan simpanan yang dibuat sebanyak RM8000 setiap awal tahun selama
10 tahun dengan kadar pulangan 6%.

9. Hitung nilai masa hadapan bagi RM2000 yang disimpan untuk tempoh 3 tahun dengan
kadar faedah 8 peratus setahun, dikompaunkan dua kali setahun.

10. Cik Angelina menyimpan sejumlah RM1200 dengan kadar faedah 8% setahun. Kira nilai
simpanan tersebut pada penghujung tahun keenam.

11. Puan Britney Spora merupakan seorang ahli perniagaan yang bercadang melabur wang
perniagaannya berjumlah RM2000 setiap awal tahun selama 5 tahun. Jika kadar faedah
pasaran ialah 8% setahun, tentukan nilai kini pelaburan tersebut.

3
Soalan Aras Aplikasi (C4)

1. Katakan anda memerlukan RM1,338.23 pada akhir tahun kelima untuk membayar hutang
kolej. Berapakah yang harus anda simpan hari ini untuk memperolehi jumlah tersebut
sekiranya kadar faedah yang diberikan adalah 6% setahun?

2. Anda mendepositkan RM1000 dengan empat kali deposit iaitu RM250 pada 1 Januari 2005,
RM200 pada 1 Januari 2006, RM100 pada 1 Januari 2007 dan RM450 pada 1 Januari 2008
ke dalam sebuah bank yang memberi kadar faedah 6% setahun. Berapakah jumlah yang
terkumpul pada 1 Januari 2011?

3. Seorang pekerja akan menerima RM30 000 setahun untuk tempoh 3 tahun, RM40 000 pada
tahun ke-4 dan ke-5 dan RM50 000 pada tahun ke-6. Berapakah nilai kini penerimaan ini
jika didiskaunkan dengan kadar faedah 3%.

4. Anda ditawarkan untuk membeli saham yang akan memberi pulangan RM1000 setiap tahun
untuk selama-lamanya. Jika kadar pulangan yang ditawarkan adalah sebanyak 15%
setahun, kirakan nilai kini tersebut?

5. Aida mendepositkan RM100 ke dalam akaun simpanan dengan kadar faedah 12% setahun
dikompaunkan setiap bulan. Berapakah jumlah simpanan Aida di akhir tahun ke lima?

6. Jadual berikut merupakan pulangan yang dijangka daripada satu projek yang dilaburkan.
Jika kos pelaburan ini ialah 10%, berapakah amaun maksimum yang anda sanggup bayar
untuk pelaburan ini?

TAHUN ALIRAN TUNAl (RM)


1 12,000
2 18,000
3 20,000
4 25,000

7. Satu pelaburan sebanyak RM500 dibayar faedah pada kadar 10% setahun yang
dikompaunkan pada setiap suku tahun untuk tempoh tiga tahun. Dapatkan nilai masa
depan dan jumlah faedah yang dikompaunkan bagi pelaburan ini.

8. Selepas 5 tahun menyimpan wang dalam sebuah akaun pelaburan, Ramasamy menerima
wang terkumpul sebanyak RM12 500. Akaun tersebut membayar dividen sebanyak 4%
setiap enam bulan. Sekiranya deposit dibuat setiap 6 bulan sekali, hitung amaun setiap
deposit yang dilaburkan.

9. Cik Farisha telah membuat pinjaman dari Bank Untung sebanyak RM120 000 untuk
membeli sebuah rumah. Bayaran tahunan yang harus dibayar oleh Cik Farisha ialah RM15
000 setahun untuk tempoh 30 tahun. Kirakan kadar faedah yang dikenakan oleh Bank
Untung.

4
10. Amran bercadang untuk membeli sebuah kereta yang berharga RM90 000. Beliau telah
membuat simpanan sebanyak RM7832.22 setahun di bank yang menawarkan kadar faedah
6% setahun. Berapa tahunkah beliau perlu membuat simpanan bagi membolehkan beliau
memiliki kereta yang diidamkan.

11. Adam dijangka menerima RM100 anuiti setahun untuk tempoh 3 tahun pertama. Pada
tahun ke-4 dan ke-5 dia akan menerima RM150 dan RM170. Pada tahun ke-6 hingga ke-8
dia akan menerima anuiti RM200. Berapakah jumlah wang yang patut Adam terima
sekiranya:
a) Aliran tunai tersebut dilaburkan pada kadar faedah 5% setahun?
b) Kadar faedah meningkat kepada 6% pada tahun ke-6 hingga ke-8?

12. Syarikat MasterPrint Sdn Bhd telah membeli dua buah mesin fotostat baru bagi
menggantikan mesin yang lama. Kos kedua-dua mesin tersebut ialah RM25 000. Syarikat
MasterPrint membiayai pembelian kedua-dua mesin tersebut dengan menjual mesin
lamanya pada harga RM5000 dan bakinya dibiayai melalui bayaran ansuran pinjaman bank
selama 5 tahun. Kadar faedah yang dikenakan oleh pihak bank adalah 10%.
a) Tentukan amaun ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Syarikat MasterPrint Sdn
Bhd.
b) Sediakan jadual pelunasan pinjaman bagi Syarikat MasterPrint Sdn Bhd.

13. Amira meyimpan RM2000 pada pada setiap 1 Januari 2005, 2006, 2007 dan 2008 di Bank
CCBB.
a) Berapakah jumlah simpanan Amira pada Januari 2008 sekiranya kadar faedah yang
diberi adalah 6% setahun.
b) Berapakah jumlah simpanan Amira pada pada Januari 2009 sekiranya kadar faedah
yang diberi adalah 4% setahun.
c) Berdasarkan jumlah yang Amira perolehi pada 2008 (jawapan anda di soalan (a)), Amira
kemudian menggunakan kesemua wangnya untuk melabur di Pelaburan XYZ yang
menjanjikan pulangan 12% setahun. Berapakah jumlah yang Amira akan perolehi
selepas dua tahun melabur?

14. Amisha meminjam RM50 000 dari sebuah bank dan dikehendaki membuat pembayaran
berjumlah RM4500 setiap 6 bulan pada kadar faedah 8% setahun dikompaun setiap
setengah tahun. Berapa lamakah masa yang diambil oleh Amisha untuk melunaskan semua
pinjamannya?

15. Anda ditawarkan dua pilihan pelaburan secara serentak. Pertama melaburkan sejumlah
RM50 000 pada hari ini untuk jangka masa 6 tahun, dengan kadar faedah 15% dikompaun
secara tahunan. Kedua, menyimpan wang sebanyak RM10 000 setiap tahun selama 6
tahun di mana kadar faedah yang ditetapkan adalah 14% setahun. Nyatakan pelaburan
yang akan anda pilih beserta alasan.

16. Bank ACBC Berhad telah bersetuju untuk memberikan pinjaman sebanyak RM1, 000,000
kepada Batu Belah Berhad. Syarikat tersebut dikehendaki membayar balik pinjaman
sebanyak RM72 649 setahun selama 30 tahun. Hitung kadar faedah yang dikenakan ke
atas pinjaman tersebut.

5
17. Afifah bercadang untuk menyimpan RM6000 pada hari ini untuk dikeluarkan 3 tahun akan
datang bagi membiayai pengajian tahun pertama di universiti. Bank X menawarkan faedah
8% setahun dikompaun setiap suku tahun, manakala Bank Y menawarkan faedah 4%
setahun dengan pengkompaunan dua kali setahun. Bank manakah yang sepatutnya
menjadi pilihan Afifah? Nyatakan alasan anda.

18. Jane ditawarkan untuk membeli insurans berharga RM800 yang menjanjikan pembayaran
pencen sebanyak RM85 setahun selama-lamanya. Jane akan diberi kadar pulangan
sebanyak 11 peratus setahun daripada insurans tersebut. Berdasarkan pengiraan, adakah
Jane akan membeli insurans ini atau menolaknya? Mengapa?

19. Joshua mendeposit RM1000 dalam akaun simpanannya di Bank Untung Segera. Selepas 6
tahun, beliau mendapati amaun simpanannya berjumlah RM1973.80. Hitung kadar
keuntungan tahunan yang diperolehi Joshua.

20. Joanna mendeposit RM10 000 pada hari ini dengan kadar faedah 10 peratus setahun
selama 15 tahun. Buktikan bahawa nilai hadapan yang faedahnya dikompaunkan setiap
bulan lebih besar jika dibandingkan dengan faedah yang dikompaunkan setahun sekali.

21. Cik Elyza menyimpan duit gajinya berjumlah RM500 pada setiap akhir tahun selama 7
tahun. Kadar faedah yang diberikan adalah 10 peratus. Dengan bantuan garis masa, hitung
jumlah pelaburan tersebut pada akhir tahun ke-7.

22. Selepas 5 tahun menyimpan wang, Pn. Eneesa menerima wang terkumpul sebanyak RM12
500. Akaun tersebut membayar dividen sebanyak 4 peratus setiap 6 bulan. Sekiranya deposit
dibuat setiap 6 bulan sekali, hitung amaun setiap deposit yang, dilaburkan.

23. Encik Emeer telah meminjam RM20 000 daripada Bank Lion Berhad yang mengenakan
kadar faedah tertentu yang dikompounkan setiap setengah tahun. Pada akhir tahun ke-3,
jumlah pinjaman tersebut bernilai RM26 802. Hitung kadar faedah atas pinjaman tersebut.

24. Syarikat 1 Malaysia Sdn. Bhd telah membuat pinjaman mudah berjumlah RM50 000,
selama tujuh tahun dengan kadar faedah yang, dikenakan oleh pihak bank sebanyak 5%
setahun.
a) Berapakah bayaran ansuran yang perlu dibayar setiap tahun.
b) Sediakan Jadual Pelunasan Pinjaman bagi tahun pertama.

25. En Adam mendepositkan RM1000 ke dalam akaun simpanan pada kadar faedah 8%
setahun dikompaunkan setiap 6 bulan selama 2 ½ tahun. Tentukan Nilai Masa Depan (FV)
simpanan tersebut.

26. Aida mendepositkan RM100 ke dalam akaun simpanan dengan kadar faedah 12% setahun
dikompounkan setiap bulan. Berapakan jumlah simpanan Aida di akhir tahun ke lima?

27. Iman menyimpan RM1200 setiap tiga bulan selama dua tahun dalam akaun pelaburan yang
memberikan pulangan sebanyak 12 peratus setahun, dikompaunkan setiap sukuan tahun.
Hitung jumlah simpanan yang terkumpul pada penghujung tempoh pelaburan beliau.

6
28. Encik Adon telah menyimpan RM4500 pada 1 Januari 2008 dalam akaun simpanan tetap
yang membayar faedah sebanyak 7% setahun selama 4 tahun. Dikehendaki:
a) Lakarkan garis masa
b) Hitung nilai masa depan

29. En. Aidan melabur RM 200 setiap enam bulan dalam Amanah Saham Didik sehingga
anaknya berumur 20 tahun. Wang yang terkumpul itu kemudiannya didepositkan semula ke
dalam Bank Muamalat (M) Bhd sehingga anaknya berumur 28 tahun. Sekiranya kadar
pulangan sepanjang tempoh tersebut ialah 6% setahun, kirakan amaun simpanan tersebut
pada hujung tahun ke-28.

30. En. Yash Kapra telah membuat pinjaman sebanyak RM20 000 bagi tempoh 10
tahun daripada Bank Bumiputra Commerce. Jika bank mengenakan kadar faedah 10%
setahun, hitung jumlah bayaran tahunn yang mesti dijelaskan oleh beliau.

31. Puan Katrina bercadang membeli sebuah rumah dengan bayaran muka RM30000
dalam masa 5 tahun akan datang. Berapakah jumlah wang yang patut disimpan sekarang,
sekiranya kadar pulangan atas simpanan ialah 12% setahun dikompounkan setengah
tahun.

32. En Tsu Mah Wee bercadang melabur sejumlah wang bagi membiayai pengajian anaknya di
universiti selama 4 tahun. Yuran pengajian dianggarkan RM2500 setiap tahun. Lakarkan alir
tunai di atas dalam bentuk garis masa dan hitung amaun yang perlu dilaburkan jika kadar
pulangan 8% setahun

33. Encik Adruce akan bersara pada penghujung tahun 2007. Beliau dijangka akan menerima
bayaran anuiti persaraan daripada MAAB Assurance Berhad sebanyak RM12,555 setiap
tahun selama-lamanya. Jika kadar diskaun yang sesuai digunakan ialah 9.75% setahun,
berapakah nilai kini anuiti yang akan diterimanya?

34. Cik Kyra bercadang untuk membeli sebuah kereta dengan bayaran muka RM40,000 dalam
masa lima tahun akan datang. Dengan bantuan garis masa, hitung jumah wang yang patut
disimpan sekarang. Andaikan kadar pulangan untuk simpanan tersebut ialah 8% setahun,
dikompaunkan setiap setengah tahun. \

35. Blueberry Sdn Bhd bercadang membeli sebuah lori berharga RM180,000. Pihak bank
bersetuju memberikan pembiayaan sewa beli dengan kadar faedah 8% setahun
selama lima tahun. Syarikat dikehendaki membuat bayaran balik secara ansuran
tahunan. Hitung perkara berikut:
a) Amaun ansuran tahunan
b) Bayaran balik pokok pinjaman bagi tahun pertama

36. Shaftech Sdn Bhd telah melabur dalam satu projek bio-teknologl. Kos modal projek
berkenaan ialah 8% setahun. Syarikat menetapkan polisi tempoh bayaran batik minima
selama empat tahun. Berikut adalah perolehan tahunan bagii projek tersebut:

7
Tahun Aliran Tunai
1 RM500,000
2 RM300,000
3 (RM 100,000)
4 RM650,000
5 RM650,000

Hitung nilai masa kini dan nilai masa depan bagi semua aliran tunai yang diperolehi oleh
syarikat.

37. M.Sham diberi pilihan sama ada menerima royalti tahunan Rm18,000 selama 20 tahun atau
menerima bayaran royalti RM160,000 sekaligus pada masa sekarang untuk novel yang
ditulisnya. Berdasarkan konsep nilai masa kini, jelaskan alternatif yang patut dipilih
sekiranya kadar diskaun yang digunakan 10% setahun.

38. En Mohan melabur sebanyak RM4,000 untuk tempoh 5 tahun dengan faedah 10% setahun.
Pada hujung tahun kelima, En Mohan melaburkan semula semua wang terkumpul ke dalam
akaun pelaburan lain dengan faedah 12% setahun selama 4 tahun lagi. Hitung amaun
terkumpul dalam akaun En Mohan pada akhir tahun ke-9.

39. Cik Nur Izzati telah meminjam RM100,000 daripada Bank Bahagia Bhd. dengan faedah 9%
setahun. Jumlah keseluruhan bayaran balik ialah RM153,869. Hitung tempoh pinjaman.

40. Pn. May telah mendepositkan RM1,000 setiap tahun. Pada akhir tahun ke-10, wang yang
terkumpul berjumlah RM15,937. Hitung kadar faedah tahunan yang dibayar oleh pihak
bank.

41. Puan Qamarina memerlukan RM25,000 pada hujung tahun 2013 untuk membiayai
yuran pengajian anaknya. Berapakah amaun pelaburan yang perlu dibuat oleh Puan
Qamarina sekiranya beliau mula menyimpan dalam satu akaun pelaburan yang membayar
dividen sebanyak 8 peratus setahun bermula pada tahun 2009?

42. Puan Siti telah membuat pinjaman berjumlah RM 60,000. Pinjaman perlu dibayar dalam
tempoh 5 tahun dengan kadar faedah 5% setahun.
a) Hitung amaun ansuran tahunan yang perlu dibayar oleh Puan Siti.
b) Sediakan jadual pelunasan pinjaman bagi tahun pertama dan kenal pasti baki pinjaman
pada akhir tahun pertama.

43. Aizat mempunyai RM 10,000 yang boleh didepositkan oleh beliau dalam mana-mana dua
akaun simpanan bagi tempoh 3 tahun. Bank A membayar faedah sekali setahun. Bank B
membayar faedah dua kali setahun. Kedua-dua bank itu mempunyai kadar faedah tahunan
sebanyak 4%.
a) Hitung jumlah wang yang akan diperolehi oleh Aizat dalam tempoh tiga tahun sekiranya
dia menyimpan dengan Bank A.
b) Hitung jumlah wang yang akan diperolehi oleh Aizat dalam tempoh tiga tahun sekiranya
dia menyimpan dengan Bank B.
c) Berdasarkan jawapan di atas, bank manakah yang harus dipilih oleh Aizat beserta
alasan.

You might also like