Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

BAHAGIAN A (15 MARKAH)

Sila jawab semua soalan dalam kertas soalan. Bulatkan jawapan anda dengan kemas.

1. Maklumat berikut menerangkan satu teknik dalam pemikiran komputasional.

Memecahkan masalah atau sistem yang kompleks kepada


bahagian-bahagian kecil bagi memudahkan pemahaman atau
penyelesaian.

Apakah nama teknik yang dinyatakan di atas?

A. Leraian
B. Peniskalaan
C. Pengitlakan
D. Pengecaman corak

2. Yang manakah antara berikut merupakan contoh pemikiran komputasional apabila anda ingin
berjumpa rakan anda di satu tempat yang ditetapkan?

A. Merancang arah laluan perjalanan untuk berjumpa kawan


B. Apabila ingin pergi jumpa kawan, anda perlu perhatikan sekitar kawasan sehingga anda akan
jumpa kawan tersebut.
C. Apabila ingin pergi jumpa kawan, anda perlu tanya keluarga anda laluan yang sesuai untuk
anda ikuti
D. Laluan perjalanan bergantung kepada aktiviti anda. Tidak tetap tetapi akan sampai ke
destinasi

3. Pilih nombor asas dua yang sama dengan nilai 8 dalam nombor perpuluhan?

A. 10 2
B. 100 2
C. 1000 2
D. 10000 2

4. Nombor asas sepuluh dapat diwakilkan dengan nombor asas dua seperti pilihan di bawah

I 510 = 1012
II 710 = 1112
III 1410 = 11012
IV 2510 = 110012

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

1
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

5. Imej digital ialah gambar yang dirakam melalui kamera digital dan disimpan dalam bentuk pola-
pola bit. Imej digital mempunyai atribut-atribut seperti berikut;

I Resolusi
II Dimensi
III Kadar Sampel
IV Kedalaman Bit Warna

Berdasarkan pilihan di atas, yang manakah BENAR mengenai attribut imej?

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

6. Antara berikut, saiz imej yang manakah mempunyai kualiti yang baik?

A. 652 dpi
B. 891 dpi
C. 480 piksel x 360 piksel
D. 1920 piksel x 1080 piksel

7. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri struktur kawalan for?

I Bilangan ulangan adalah ditetapkan


II Bilangan ulangan dikawal oleh pembilang
III Bilangan ulangan tidak diketahui
IV Bilangan ulangan ditentukan sama ada syarat dipenuhi
atau tidak

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Terdapat beberapa jenis struktur kawalan yang telah dipelajari.

1. Mula
2. Jika memenuhi syarat
2.1 laksanakan tindakan A
3. JIka tidak
3.1 laksanakan tindakan B
4. Tamat jika
5. Tamat

Pseudokod di atas merujuk kepada struktur kawalan

2
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

A. Pilihan tunggal
B. Dwi pilihan
C. Pelbagai pilihan
D. Ulangan

9. Sistem Nombor Perlapanan juga disebut Sistem Asas 8 atau _______________________

A. Sistem Nombor Oktal


B. Sistem Nombor Lapan
C. Sistem Nombor subskrip 8
D. Sistem Nombor Oktagon

10. Nombor perpuluhan dan nombor perlapanan mempunyai beberapa ciri yang dapat dikenalpasti
dengan mudah.

Nombor Perpuluhan Nombor Perlapanan


I Sistem Asas 10 Sistem Asas 8
II Sistem nombor desimal Sistem nombor oktal
III Pilihan digit 0 – 9 Pilihan digit 0 – 8
IV Nilai tempat : 1,10,100,100 Nilai tempat : 1,8,64,256

Antara berikut yang manakah pasangan ciri-ciri nombor perpuluhan dan perlapanan yang
BETUL?

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

11. Pilih penyataan yang menunjukkan kepentingan Sistem Nombor Perlapanan

A. Sistem nombor perlapanan digunakan kerana dapat saling bertukar dengan sistem nombor
perduaan.
B. Sistem nombor perlapanan digunakan sebagai bahasa mesin untuk menggantikan bahasa
perduaan.
C. Sistem nombor perlapanan mewakili aksara yang tidak dapat diwakili oleh sistem nombor
perduaan.
D. Sistem nombor perlapanan lebih mudah digunakan berbanding sistem nombor perpuluhan.

12. Sistem nombor perenambelasan mempunyai 16 pilihan digit bermula dari _____________

A. 1 – 16
B. 1 – 15
C. 0 – 9 dan A – F
D. 1 – 9 dan A – G

3
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

13. Jadual di bawah menunjukkan kod ASCII dalam nombor perenambelasan dan perpuluhan untuk
aksara A, K dan T.

Aksara Nombor Nombor


Perenambelasan Perpuluhan
A 41 65
K 4B 75
T 54 64

Berdasarkan jadual di atas, apakah nombor perenambelasan untuk perkataan “KATAK”

A. 75166516751665167516
B. 4B164116541641164B16
C. 4B1641164B1641164B16
D. 75166516641665167516

14. Tukarkan E216 kepada sistem nombor perduaan

A. 100100102
B. 111000102
C. 110100102
D. 110011002

15. Baca pernyataan di bawah dengan teliti dan jawab soalan yang diberi.

“satu siri prosedur langkah demi langkah yang tersusun untuk menghasilkan output dalam
pembangunan system komputer”

Petikan di atas merujuk kepada:

A. Carta alir
B. Pseudokod
C. Algoritma
D. Prosedur

4
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

BAHAGIAN B (55 MARKAH)

1. Perhatikan jujukan nombor berikut, kenal pasti dan nyatakan tiga nilai seterusnya bagi setiap jujukan yang
diberikan.

a) 2, 6, 14, 30, 62, ___, ____, ____


b) 3, 9, 27, 81, 243, ___, ____, ____

Tuliskan jawapan anda di ruang yang disediakan. [2m]

a) _________________________________
b) _________________________________

2. Rajah di bawah menunjukkan susunan tiga biji mentol pada nilai tempat nombor perduaan. [3m]

Nilai Tempat Nombor Perpuluhan


No. Nilai Dalam Perpuluhan
4 2 1

a.

b.

c.

Lengkapkan jadual di atas dengan menulis nilai tempat dalam perpuluhan berdasarkan mentol yang diberi.

3. Imej digital boleh disimpan dalam pelbagai format fail.


Nyatakan dua jenis format file yang biasa digunakan untuk menyimpan imej digital selain
daripada format JPEG. [2m]

a) _________________________________
b) _________________________________

4. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kualiti audio digital. Sila lengkapkan peta
dakap dibawah berkaitan kualiti audio digital. [2m]

5
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

a)

Faktor yang
mempengaruhi
kualiti audio digital
b)

5. Audio digital boleh disimpan dalam pelbagai bentuk fail menggunakan teknik yang berbeza.

P = WAVE Q = MP3 R = MIDI

Lengkapkan jadual ciri-ciri format audio digital di bawah dengan menulis pilihan P, Q atau R di
petak yang sesuai. [3m]

Mempunyai saiz fail yang kecil dan kualiti audio yang rendah.
Saiz fail adalah besar dan berkualiti tinggi kerana mempunyai kadar sampel dan
kedalaman bit yang tinggi.
Mempunyai saiz fail yang kecil tetapi kualiti audio yang tinggi.

6. Nyatakan jenis ralat yang biasa terjadi jika pengguna salah menggunakan formula. [1m]
a) ____________________________________

7. Struktur kawalan ulangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis. [3m]

Struktur Kawalan
Ulangan

8. Setiap sistem nombor mempunyai nama lain yang diberi dan digunakan secara universal. [3m]

Sistem Nombor Nama Lain


Nombor Perduaan Sistem Nombor Binari
Nombor Perlapanan Sistem Nombor Desimal

6
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

Nombor Perpuluhan Sistem Nombor Oktal

Padankan sistem nombor berikut berdasarkan maklumat yang diberikan.

9. Nyatakan satu kegunaan sistem nombor perlapanan dalam sistem pengkomputeran. [1m]

_______________________________________________________________________________

10. Nyatakan ciri-ciri nombor asas lapan berdasarkan pernyataan nombor asas sepuluh yang
diberikan. [2m]

Nombor Perpuluhan Nombor Perlapanan


Sistem Nombor Desimal
Mempunyai 10 digit

11. Tandakan () bagi contoh nombor perlapanan yang betul dalam petak yang disediakan. [3m]

31088 8888
5378 2118
10108 70848

12. Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan dengan menggunakan kaedah yang
sesuai. [4m]

14510

13. Tukarkan nombor asas lapan berikut kepada nombor asas dua dengan menggunakan kaedah yang
telah dipelajari. [2m]

74318

14. Susun semula proses penukaran aksara pada papan kekunci untuk menukarkan kod ASCII kepada
aksara sebenar yang akan dipaparkan pada monitor komputer. Tuliskan nombor pada ruangan
yang disediakan. [4m]

Isyarat elektronik (Kod ASCII) akan dihantar ke unit pemprosesan pusat.

Kod ASCII ditukarkan semula untuk dipaparkan pada monitor menjadi output

7
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

aksara sebenar

Pengguna menekan salah satu aksara pada papan kekunci

Isyarat elektronik (Kod ASCII) dalam bentuk nombor perduaan dihantar ke storan
ingatan utama

15. P, Q dan R adalah maklumat berkaitan nombor perlapanan. [3m]

P 161148 Q 102668 R 117578

Berdasarkan maklumat di atas, padankan nombor perlapanan tersebut dengan menulis P, Q dan R
pada petak jawapan yang disediakan.

427810

510310

724410

16. Nyatakan kegunaan sistem nombor perenambelasan [1m]

_____________________________________________________________________________

17. Padankan Nombor Asas 16 berikut dengan Nombor Asas sepuluh yang diberikan. [3m]

Nombor Asas 16 Nombor Asas 10


15A16 51910
20716 34610
ABA16 274610

18. Pilih nombor-nombor asas sepuluh dan asas enam belas di bawah yang mempunyai nilai yang
sama dengan soalan yang diberikan. [4m]

426710 41710 B1A16 3A16

Pilih nombor-nombor di atas untuk disesuaikan dengan nombor di bawah

5810 =
1A116 =
10AB16 =
284210 =

8
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

19. Pseudokod di bawah adalah proses untuk menentukan sesuatu nombor tersebut adalah nombor
genap atau nombor ganjil.

1. Mula
2. Masukkan satu nombor, X
3. Baca X
3.1 Jika X % 2 = 1 , papar “Negatif”
Jika tidak
3.2. Jika X % 2 = 0 , papar “Positif”
Jika tidak
Papar “X = 0”
Tamat jika
4. Tamat

Berdasarkan pseudokod di atas, lukis carta alir yang sesuai menggunakan simbol-simbol yang
telah anda pelajari. [5m]

20. Murni dikehendaki menghasilkan satu atur cara yang menyenaraikan nombor secara menaik
bermula dari nombor yang dimasukkan oleh pengguna. Urutan nombor menaik yang dimasukkan
adalah langkah 5 dan tidak melebihi 50. [4m]

Lengkapkan carta alir di bawah bagi mendapatkan output seperti yang dikehendaki oleh Murni.

9
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

BAHAGIAN C [30 MARKAH]

1. Jawab soalan berdasarkan situasi di bawah.

Kamila ingin membakar 2 biji kek span vanilla, 2 biji kek span coklat, dan 1 biji kek span
pandan untuk majlis rumah terbukanya. Namun Kamila tidak tahu apa yang perlu
dilakukannya terlebih dahulu.

Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berkaitan konsep pemikiran komputasional.

a) Dengan menggunakan teknik leraian, senaraikan masalah-masalah yang boleh dipecahkan kepada
masalah yang lebih kecil. [4m]

10
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

b) Berdasarkan teknik pengecaman corak, apakah ciri-ciri kesamaan yang dapat membantu Kamila
menyelesaikan masalah tersebut? [2m]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

c) Apakah dua aspek yang kurang penting dalam masalah membuat kek ini? [2m]
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

d) Apakah teknik pengitlakan yang boleh diaplikasikan oleh Kamila dalam menyelesaikan masalah
ini? [2m]
_______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2. Pak Ahmad ingin bantuan anda untuk membina satu aturcara yang dapat mengambil pesanan
daripada pelanggan yang ingin membeli kek secara atas talian. Berikut merupakan paparan sistem
yang dicadangkan.

a) Berdasarkan maklumat di atas, lukiskan carta alir untuk aturcara tersebut. [7m]

11
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

b) Nyatakan jenis struktur kawalan yang digunakan. [1m]


_________________________________________________________________________

c) Nyatakan dua jenis struktur kawalan yang dipelajari selain daripada yang dinyatakan di (b) [2m]
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________
3. Sebuah pasar raya akan mengadakan jualan murah sempena hari raya yang akan tiba. Sebagai
seorang penyelia, anda dikehendaki untuk membina atur cara bagi pemberian diskaun sebanyak
20% untuk pembelian barangan yang mempunyai tag merah dan jumlahnya haruslah melebihi
RM150.

a) Berdasarkan situasi di atas, apakah struktur kawalan yang sesuai digunakan [1m]

b) Apakah syarat / pilihan utama bagi situasi di atas? [2m]

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

12
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020 – Asas Sains Komputer

c) Bina carta alir bagi situasi yang diberikan sebagai panduan pemberian diskaun. [7m]

13

You might also like