Hafiz Karya Terpilih PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 25

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

PENERBITAN KARYA TERPILIH

AHMED HAFIZ BIN CHE ABDULLAH


790827 03 5797

SRUT 4 / KUMPULAN 2

PENSYARAH PENYELIA
DR.SHUHAIDA BINTI SHAARI
PENSYARAH KANAN
JABATAN e-PEMBELAJARAN
INSTITUT AMINUDDIN BAKI CAWANGAN UTARA

1
PENGENALAN

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) adalah


satu program yang unik dan sangat penting di peringkat nasional untuk melatih bakal
pengurus dan pemimpin sekolah. Dalam kalangan warga Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM), program ini dikenali sebagai Program Latihan NPQEL yang
mengambil singkatan daripada perkataan National Professional Qualification for
Educational Leaders. Program Latihan NPQEL ini dimulakan pada tahun 1999
disebabkan oleh tiga faktor utama iaitu perkembangan bidang pendidikan yang
pesat di Malaysia dan seluruh dunia menyebabkan bakal pengurus dan pemimpin
sekolah memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan dan
kepimpinan sekolah.

Kemahiran konsepsi dan kemahiran kraf perlu dikuasai oleh mereka untuk
digunakan di sekolah; selari dengan kehendak Laporan Jawatan Kuasa Kabinet
pada tahun 1979 berhubung dengan latihan kepada pengurus dan pemimpin
sekolah. Laporan ini mengesyorkan penubuhan sebuah institusi pelajaran tempatan
yang akan menawarkan latihan bagi Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
pengaruh idea dan amalan berkaitan latihan profesional untuk pengurus dan
pemimpin sekolah yang diperoleh oleh pegawai tinggi KPM semasa mereka
berkursus di luar negara. Mulai tahun 2014 pula, terdapat usaha yang lebih drastik
oleh KPM terhadap program latihan NPQEL ini.

Dalam laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –


2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah), KPM menegaskan
keperluan untuk bakal pemimpin pelapis di sekolah untuk menghadiri latihan
NPQEL. Hal ini merupakan suatu kemestian sebelum mereka boleh dilantik menjadi
guru besar atau pengetua. Petikan pernyataan tersebut berbunyi seperti berikut:
Kementerian akan menukar kriteria pemilihan pengetua/guru besar daripada
pemilihan berasaskan tempoh perkhidmatan kepada pemilihan yang berfokuskan
kecekapan kepimpinan. Setiap pengetua/guru besar juga dikehendaki mendapatkan
sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) daripada
Institut Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai pengetua/guru besar.
Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata umur pengetua/guru besar
menurun, dan membolehkan mereka berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama di

2
setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya. (PPPM:E-28)
Petikan daripada laporan PPPM di atas dengan jelas menunjukkan bahawa KPM
telah meletakkan keyakinan yang sangat tinggi terhadap program latihan NPQEL ini.

Dalam hal ini, tidak dapat dinafikan bahawa latihan NPQEL merupakan satu-
satunya program di peringkat kebangsaan yang berusaha menghasilkan barisan
pemimpin pelapis yang cekap dan kompeten.

PENGALAMAN LEPAS

Peserta bagi Program Latihan NPQEL ini terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan yang berminat untuk menjadi pelapis bagi pengurus dan pemimpin di
sekolah. Calon-calon yang layak akan mengisi borang permohonan dan
menghantarkannya ke Bahagian Sekolah, KPM melalui Ketua Jabatan masing-
masing. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang memohon mestilah terdiri daripada
mereka yang telah disahkan perkhidmatan, tidak mengikuti kursus jangka panjang
sama ada yang dianjurkan oleh KPM atau mana-mana agensi lain atau atas
pembiayaan sendiri. mencapai laporan Penilaian Prestasi Tahunan gred A (purata
85 markah ke atas) bagi tempoh tiga tahun berturut-turut, bebas daripada tindakan
tata tertib dan tindakan mahkamah serta perlu sihat fizikal dan mental. Calon-calon
yang mempunyai pengalaman perkhidmatan melebihi sepuluh tahun dan sedang
memegang jawatan pengurusan iaitu Pegawai Teknologi Pendidikan, juga guru
penolong kanan pentadbiran dan kurikulum, guru penolong kanan hal-ehwal murid,
guru penolong kanan kokurikulum dan penyelia petang adalah digalakkan untuk
memohon Program NPQEL ini.

Hasil program NPQEL akan memberikan impak yang mendalam terhadap diri
peserta NPQEL iaitu dalam pengurusan ICT. Kebolehan untuk mengakses e-
pembelajaran, terutama bagi mendapatkan maklumat pengajaran dan berkongsi
ilmu bersama rakan-rakan semasa berkursus akan menjadi dorongan dalam
pembangunan ICT sekolah yang kreatif serta pengurusan dan kemudahan ICT yang
berkesan. Hal ini selaras dengan intipati PPPM 2013-2025 yang menyatakan
aplikasi ICT yang kreatif dan inovatif dapat menyokong perkembangan kemahiran
aras tinggi. Lulusan NPQEL akan banyak menggunakan ICT dalam pengurusan

3
mereka selaras dengan perkembangan ICT dalam pengurusan sekolah agar lebih
cekap dan cepat serta selari dengan tuntutan teknologi maklumat hari ini selaras
dengan integrasi ICT dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut
menyumbang kepada kecemerlangan institusi pendidikan.

Program NPQEL akan memberi impak terhadap diri lulusan NPQEL dalam
melakukan inovasi. Kreativiti dan kebolehan lulusan NPQEL mampu menghasilkan
kerja yang inovatif serta mempunyai kualiti yang tinggi dalam bidang kurikulum,
panitia dan hal-ehwal murid. Hasil program NPQEL nanti, inovasi yang dilakukan
seperti pelaksanaan headcount, mewujudkan bilikbilik khas serta mewujudkan
sistem merit demerit. Lulusan NPQEL akan melakukan pelbagai inovasi dalam
pengurusan mereka, yang turut diperakui oleh superordinat dan subordinat mereka.
Ini merupakan satu impak yang positif kepada lulusan NPQEL dan kualiti penguruan
sekolah secara langsung. Hal ini adalah penting untuk memastikan keberkesanan
sekolah terus berkembang maju selaras dengan tuntutan pendidikan masa kini.

Sehubungan itu, pendidikan hari ini menuntut pemimpin sekolah yang


mempunyai kualiti diri yang tinggi, memandangkan kejayaan sesebuah sekolah
dikaitkan dengan keberkesanan pengetua dan guru besar yang menerajuinya. Oleh
itu, kejayaan seorang pemimpin banyak dipengaruhi oleh tret kepimpinan yang
dimiliki mereka. Ciri kualiti diri akan dapat dipamerkan oleh lulusan NPQEL setelah
mereka menghadiri program ini. Hal ini membuktikan bahawa program NPQEL
mampu melahirkan pemimpin sekolah yang kompeten dan mempunyai kualiti diri
sebagaimana hasrat dan tuntutan PPPM 2013 – 2025 yang mahu membentuk
pemimpin sekolah berprestasi tinggi.

4
DAPATAN AKTIVITI

1. e-NPQEL

Perkembangan pesat teknologi yang telah memberi impak yang sangat besar
kepada sistem pendidikan di seluruh pelosok dunia. Teknologi secara umumnya
sangat bermanfat bagi memudahkan proses sesuatu sistem dan meningkatkan
kualiti hasil dari proses, di samping mempercepatkan lagi aliran kerja. Menyedari
hakikat perkembangan positif ini, pelbagai pihak mula mengambil perhatian serius
terhadap teknologi. Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah bidang pendidikan,
yang mana penerapan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) mula ditekankan pada pelbagai peringkat pengajian.

E-learning pada peringkat pendidikan tinggi sama ada di peringkat awam dan
swasta telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ia berupaya
mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung
dengan lebih efektif. Penerimaan e-learning bukan sahaja mampu menukarkan
modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam bentuk versi atas talian,
bahkan penggunaan teknologi di dalam e-learning boleh menyumbang kepada
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel.

5
Program NPQEL merangkumi pengajian secara bersemuka dan e-
pembelajaran. Fasa elearning merangkumi pembelajaran dan aktiviti atas talian.
Selain daripada nota tambahan dan bahan-bahan bacaan lain seperti surat
pekeliling, artikel ilmiah dan video, terdapat juga pelbagai aktiviti latihan dan
penilaian seperti kuiz, uji minda, forum dan tugasan. Pendekatan dalam talian
merupakan pembelajaran yang mengambil kira komponen kebolehcapaian dan
boleh diakses tanpa sempadan masa dan tempat. Ini membolehkan sesi
pembelajaran berlaku secara fleksibel mengikut kadar kendiri peserta. Di antara
kepentingan e-NPQEL adalah membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan
dengan lebih berkesan.

Peserta NPQEL boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju


pembelajaran mereka. Peserta juga berpeluang membuat kajian dan rujukan tajuk
yang mencabar berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat
belajar di dalam suasana yang “selamat‟ tanpa merasa malu untuk bertanya.
Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih
terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia
ada. E-NPQEL yang disediakan dapat menyimpan rekod pembelajaran yang
berkesan dan sistematik untuk rujukan peserta dan juga untuk pensyarah, pengurus
dan penyelia.

6
Dalam pembelajaran e-NPQEL, fokus utamanya adalah peserta NPQEL itu
sendiri. Peserta perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab
untuk pembelajarannya. Suasana pembelajaran e-learning akan menjadikan peserta
memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Peserta perlu
membuat perancangan dan mencari bahan atau maklumat dengan daya usaha, dan
inisiatif sendiri.

2. JALINAN PINTAR KORPORAT

Sekolah sebagai satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi agen perubahan
masyarakat seharusnya mengikut perubahan masyarakat. Ini kerana masalah
masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka dalam hal ini, tidak dapat tidak
masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah untuk mencapai cita-cita sekolah
dan negara. Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara, konsep
perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya masyarakat dapat
mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah. Permuafakatan dan
kerjasama sekaligus akan menunjukkan keperihatinan mereka terhadap usaha
membentuk dan mendidik generasi pada masa akan datang.

Selain itu peranan pihak sekolah memerlukan masyarakat untuk membantu


menyelesaikan masalah-masalah seperti disiplin, kesihatan, kebajikan, akademik
dan sebagainya. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial tidak wujud bersendirian.
Oleh itu permuafakatan bersama masyarakat penting dalam membawa kejayaan.
Sekolah sebagai sebuah institusi sosial yang kompleks, perlu difahami oleh
masyarakat dengan menyertainya supaya tidak timbul keraguan dan salah faham.

Cabaran-cabaran yang melanda masyarakat kita pada masa kini,


terutamanya aksi globalisasi memerlukan keperihatinan dan permuafakatan antara
pihak sekolah dan komuniti dalam mengatasinya. Kejayaan mengadakan konsep
perkongsian menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan kurkulum yang berjaya.
Kemahiran pengetua/guru besar mempengaruhi persekitaran dan pihak
berkepentingan di luar sekolah bagi menghasilkan persekitaran yang lebih kondusif.
Dengan adanya program-program tertentu, hubungan komuniti yang baik
membolehkan pihak sekolah mendapat maklumat dan sokongan dalam banyak hal.

7
Sesi pendaftaran peserta Projek

Kesimpulannya, tanpa kepimpinan pengetua/guru besar yang efektif, sekolah


tidak berupaya mewujudkan hubungan dengan komuniti luar. Tanpa hubungan ini
adalah mustahil sekolah akan memperolehi kerjasama. Selain itu guru juga akan
merasa „sense of belonging‟ atau „ownership‟ terhadap sekolah di mana mereka
berkhidmat. Ini membolehkan program sekolah berjalan dengan berkesan dan
efektif. Malahan konsep „share leadership in a collaborative moment‟ akan
mewujudkan perasaan keakraban yang tinggi kerana diberi kepercayaan oleh pihak
pengurusan sekolah dalam program sekolah.

Manakala para pelajar pula merasakan diri mereka penting dan berguna
kerana mendapat perhatian dan sokongan yang padu daripada kedua-dua belah
pihak. Selain itu, bagi anak-anak yang kurang cemerlang, jika tiada perhatian,
mereka menyangka mereka tidak disayangi. Mereka perlulah mengetahui bahawa
mereka tetap disayangi. Cara begini akan meningkatkan keyakinan mereka untuk
terus berjaya

8
TUJUAN JALINAN PINTAR KORPORAT

Program ini yang dilaksanakan antara pihak peserta NPQEL Kohort 1 ambilan 2019
ini adalah bagi membina jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh dan agensi
korporat dengan berfokuskan yang akan memberikan apa sahaja bentuk
sumbangan kepada sekolah-sekolah yang berada di sekitar Institut Aminuddin Baki,
Kampus Jitra. Peserta NPQEL dari Kumpulan SRUT 4 memilih SK Padang Perahu,
Jitra bagi menyalurkan khidmat jalinan korporat kepada sekolah tersebut. Pihak
agensi yang terlibat adalah Klinik kesihatan, IPDA Kampus Jitra, SK.Jitra, Pihak
Nestle serta beberapa agensi lain .

Aktiviti Senamrobik

OBJEKTIF

1.1 Mewujudkan hubungan kerjasama antara peserta NPQEL IAB


Kumpulan SRUT 4 / Ambilan 1 2019 dengan SK Padang Perahu serta
mewujudkan jalinan antara SK Padang Perahu dengan agensi korporat
juga dapat merapatkan lagi hubungan antara komuniti setempat.
1.2 Mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan
akrab antara pihak sekolah, komuniti supaya lahir rasa kesepunyaan
perkongsian dan tanggungjawab serta komunikasi dan kolaborasi
antara semua pihak.
1.3 Pendedahan kepada peserta kursus NPQEL apakah yang
dimaksudkan serta bagaimana melaksanakan jalinan dan jaringan

9
dengan mana-mana tokoh / agensi korporat bagi mendpatkan khidmat
jalinan pintar korporat.
1.4 Anugerah yang diberikan sebagai penghargaan kepada murid-murid
yang cemerlang melalui agensi luar merapatkan lagi hubungan dan
kerjasama pihak sekolah dan badan tersebut

Program Jalinan Korporat (JPK) adalah program yang amat baik dan bermanfaat.
Program ini memberi pendedahan kepada para peserta kursus untuk berdaya maju
dan aktif dalam menjalankan program/aktiviti di sekolah dengan melibatkan
sokongan pihak luar, agensi kerajaan, agensi swasta, PIBG, PIBK, JKKKP, Belia
dan seumpamanya. Program ini diharapkan dapat membentuk Jaringan dan Jalinan
pihak sekolah (pemegang taruh dalaman) dengan pihak luar dalam melaksanakan
program dan aktiviti. Sememangnya banyak pihak luar (pemegang taruh luaran)
yang sudi membantu.

ANTARA BEBERAPA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERMASUKLAH :-

i. Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Kajian sekolah berkesan oleh Mortimore (1988) telah mendapati salah satu daripada
sebelas faktor untuk mewujudkan sekolah berkesan adalah perkongsian /
permuafakatan ibu bapa dan sekolah (home-school partnership).

PIBG sekolah memainkan peranan yang aktif untuk memajukan sekolah


terutamanya meningkatkan prestasi pelajar. Ini kerana peranan PIBG sebagai
penyumbang dana yang perlu membelanjakan sebahagian pendapatan tahunan
untuk membantu sekolah dan bagi memastikan semua program yang dirancang oleh
pihak sekolah dapat dijalankan dengan sempurna dan berkesan demi pembentukan
pelajar cemerlang. Jalinan kerjasama yang erat antara para waris dan organisasi
sekolah mampu meningkatkan prestasi akademik para pelajar.

ii. Peranan Warga Korporat dan syarikat swasta.

Warga aatau syarikat korporat turut memainkan peranan yang penting dengan
sekolah.Sumbangan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk tenaga, kepakaran
dan kewangan. Program Jalinan Korporat (JPK) adalah program yang amat baik dan
bermanfaat. Program ini memberi pendedahan kepada para peserta kursus untuk

10
berdaya maju dan aktif dalam menjalankan program/aktiviti di sekolah dengan
melibatkan sokongan pihak luar, agensi kerajaan, agensi swasta, PIBG, PIBK,
JKKKP, Belia dan seumpamanya.

Program ini dapat membentuk Jaringan dan Jalinan pihak sekolah


(pemegang taruh dalaman) dengan pihak luar dalam melaksanakan program dan
aktiviti. Sememangnya banyak pihak luar (pemegang taruh luaran) yang sudi
membantu pihak sekolah. Mewujudkan pemuafakatan dan perkongsian pintar yang
mantap dan akrab antara pihak sekolah, komuniti supaya lahir rasa kesepunyaan
perkongsian dan tanggungjawab serta komunikasi dan kolaborasi antara semua
pihak.

3. PENGURUSAN MAJLIS, PROTOKOL DAN ETIKET

Etiket merupakan peraturan-peraturan tingkahlaku atau sopan santun sama ada


dalam kehidupan harian, dalam perhubungan antara satu sama lain atau dalam
majlis yang berbentuk formal atau tidak formal. Apa jua perilaku yang dilakukan oleh
seseorang yang mengikut peraturan-peraturan atau norma-norma yang diterima oleh
masyarakat atau yang berlandaskan kepada timbang rasa adalah dianggap sebagai
mempunyai nilai etiket yang tinggi yang boleh mempertingkatkan imej seseorang itu

Amalan protokol dalam sesuatu majlis bertujuan menetapkan penghormatan


yang diberikan kepada seseorang tetamu kehormat dan para jemputan, di samping
menetapkan peraturan yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh penganjur sesuatu majlis.
Kesempurnaan majlis yang dianjurkan akan mencerminkan atau melambangkan
kreativiti, kredibiliti dan keupayaan sesebuah agensi tersebut menganjurkan sesuatu

11
majlis. Dalam perlaksanaan sesuatu majlis, jawatankuasa adalah penting.
Jawatankuasa yang dimaksudkan di sini adalah jawatankuasa yang ditubuhkan khas
untuk sesuatu majlis yang mempunyai ahli yang terhad bilangannya dan mempunyai
tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan.

Bagi setiap majlis, senarai jemputan hendaklah disediakan supaya dapat


diketahui kategori tetamu, bilangannya, kombinasi dan peringkat tetamu. Nombor
kerusi tetamu biasanya tercatit dalam senarai ini dan . Penyambut tetamu perlu ada
senarai ini. Aturcara majlis ialah urutan cara dalam sesuatu majlis dari mula hingga
akhir. Cara membuat aturcara majlis ialah dengan menyenaraikan dahulu acaranya
mengjkut urutannya. Lepas itu letakkan masa akhirnya dan kemudian dari waktu
akhir rnembawa ke waktu permulaan. Sebelum itu hendaklah ditentukan jangka
masa bagi setiap acara. Dari segi protokol, keutamaan yang perlu diikuti dalam
majlis rasmi dan formal ialah keutamaan yang diwartakan sebagai Susunan
Keutamaan Persekutuan dengan pindaanpindaan yang telah diluluskan dari semasa
ke semasa.

Susunan ini hendaklah diamalkan di semua majlis formal seperti aturan


ketibaan dan balik, tempat duduk, teks juruacara, teks ucapan clan lain-lainnya.
Dalam majlis rasmi dan formal susunan tempat duduk mesti mematuhi susunan
keutamaan yang diwartakan.. Dalam semua Majlis Biaca Ilmu yang diadakan tetamu
yang duduk di pentas atau meja khas adalahlah dihadkan. Pengacaraan majlis
formal terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam bidang ini dan tidak semua
orang boleh menjadi juruacara yang baik. Tujuan utama juruacara ialah
memaklumkan kepada tetamu apa yang akan berlaku mengikut urutan acara majlis.
Teks juruacara ditaip dengan menggunakan kertas separuh A4 dan satu muka surat
hanya dimuatkan satu pengumuman sahaja.

Penyediaan aturcara pentadbiran adalah merupakan aturcara majlis yang


ditulis secara terperinci dengan tujuan sebagai panduan kepada semua pegawai dan
pekerja yang terlibat dalam majlis tersebut, untuk menentukan majlis berjalan
dengan licin dan mengikut lunas-lunas protokol yang diterima, untuk mengawal
masa, dan menjadi panduan masa akan datang. Aturcara pentadbiran yang baik
mengandungi butir-butir berikut; masa, tempat, keterangan yang merupakan urutan

12
acara secara terperinci (aktiviti) dan pegawai yang bertanggungjawab (tindakan).
Selain daripada aturcara pentadbiran, 'Check List' hendaklah juga disediakan bagi
membantu melicinkan pengendalian majlis berkenaan.

Post-Mortem diadakan selepas selesai sesuatu majlis bagi mengukur tahap


kejayaan majlis. Post-Mortem juga diadakan untuk mencari punca kelemahan serta
cara-cara mengatasinya bagi majlis yang akan datang. Post-Mortem tidak akan
mendapat kerjasama dari pihak yang terlibat seandainya digunakan untuk mencari
kesalahan seseorang.

4. PEMBENTANGAN EKSLUSIF

Pelaksanaan kursus NPQEL secara langsung telah memberi impak yang tinggi
terhadap amalan pengurusan strategik, amalan dalam kepimpinan dan amalan
dalam komuniti sekolah terhadap lulusan NPQEL. Dalam amalan pengurusan dan
kepimpinan, lulusan NPQEL dapat menguruskan sekolah dengan lebih cekap dalam
i) Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi;

ii) Pengurusan Kurikulum;

iii) Pengurusan Sumber Manusia;

iv) Pengurusan HEM;

v) Pengurusan Kokurikulum;

vi) Pengurusan Kewangan;

vii) Pengurusan Pejabat; dan

viii) Hubungan luar.

Dapatan aktiviti menyatakan bahawa lulusan NPQEL mampu mengurus


sekolah dengan berkesan. Mereka lebih berkeyakinan dan berkemahiran dalam
membuat keputusan, menyelesaikan pelbagai masalah dan membuat
penambahbaikan. Seterusnya, mereka dapat mengamalkan pelbagai pendekatan
dalam mengurus dan memimpin sekolah. Lulusan NPQEL telah mampu

13
menguruskan pejabat secara sistematik berpandukan pekeliling dan menyelaras
berdasarkan prosedur kualiti. Lulusan NPQEL telah menunjukkan komitmen mereka
dalam membina hubungan baik dengan pihak luar. Mereka lebih menyerlah dalam
membentuk hubungan dengan PIBG dan komuniti setempat. Kerjasama yang baik
dengan pihak luar dapat membantu pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti
secara bermuafakat.

Amalan pengurusan telah dapat menonjolkan pengurusan strategik sebagai


suatu nilai tambah yang memberikan impak positif kepada lulusan NPQEL. Mereka
berkemampuan membuat analisis keperluan, merancang, melaksanakan dan
menilai program yang dilaksanakan di sekolah dengan baik dan berkesan. Lulusan
NPQEL mempunyai pengetahuan, kemahiran dan mengaplikasi analisis keperluan
dalam tugas harian dalam membuat perancangan, aktiviti kurikulum dan takwim
program sekolah.

Lulusan NPQEL mempunyai kesedaran bahawa perancangan strategik


adalah elemen yang penting dalam merancang aktiviti sekolah yang lebih cekap dan
sistematik. Lulusan NPQEL membuat kajian awal, survey serta membina pelan
operasi, memberi penjelasan dan meletakkan sasaran mengikut perancangan.
Mereka juga menjana strategi dalam melaksanakan sesuatu program yang
berfokuskan kepada perancangan yang disediakan. Program NPQEL telah melatih
mereka menjadi seorang pengurus yang berkesan dan efisien dalam memastikan
perlaksanaan yang berkesan bagi sesuatu aktiviti. Lulusan NPQEL sentiasa
membuat penilaian pelan strategik, pelan operasi dan pelan pelaksanaan dalam
menjana kecemerlangan dalam pengurusan sekolah. Mereka membuat refleksi,
post-mortem, temu bual dan laporan bagi memastikan pelan operasi dan pelan
pelaksanaan berjalan dengan berkesan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
impak Program NPQEL Mod baharu terhadap amalan kepimpinan Lulusan NPQEL
di sekolah.

Impak ini berfokuskan kepada aspek kepimpinan Instruksional; kepimpinan


Berasaskan Nilai; Kepimpinan Personal; kepimpinan Teragih, Kepimpinan
Pengurusan dan Kepimpinan Transformasi. Dapatan juga menunjukkan Lulusan
NPQEL berjaya mengurus masa instruksional, program instruksional dan mencapai
matlamat sekolah dalam amalan kepimpinan instruksional di sekolah dengan

14
berkesan. Lulusan NPQEL juga telah menerapkan kepimpinan berasaskan nilai
seperti kerjasama, perkongsian ilmu, mewujudkan pemuafakatan antara guru
dengan pentadbir sekolah, integriti, tanggungjawab, penyayang, keprihatinan dan
mempamerkan nilai kepimpinan melalui teladan dalam kalangan warga sekolah.
Seterusnya, mereka mempamerkan amalan personal yang menyerlah dengan
tingkah laku yang positif dalam hubungan dengan guruguru berdasarkan kepimpinan
melalui teladan.

5. ULASAN BUKU

REFLEKSI KENDIRI BERASASKAN BAHAN BACAAN SEBAGAI PEMIMPIN


SEKOLAH

Sistem pendidikan hari ini telah melangkah masuk ke era globalisasi yang
berlandaskan teknologi maklumat tanpa sempadan. Untuk merealisasikan hasrat ini,
fungsi sekolah sebagai sebuah organisasi pembelajaran seharusnya dilaksanakan
secara berterusan dengan melakukan peningkatan melalui prestasi dan membina
keupayaan untuk menangani perubahan dalam persekitaran sekolah yang semakin
terbuka. Perubahan masyarakat dan perubahan taraf hidup masyarakat memerlukan
pemimpin di dalam dunia pendidikan menguasai pelbagai ketrampilan kepimpinan
yang menjurus ke arah mengejar kemajuan dan memenuhi kehendak dunia
pendidikan.

Untuk menghadapi cabaran dalam alaf baru ini, guru besar cemerlang selaku
pemimpin sesebuah organisasi seharusnya berani menghadapi cabaran dan
membuat perubahan serta melakukan inovasi di dalam pendidikan dengan acuan
sendiri di sekolah-sekolah yang ditadbir oleh mereka. Peranan guru besar sebagai “
the key factor in the survival of any school‟s effectiveness ” (Roe & Drake, 1980)
menjelaskan bahawa guru besar adalah orang yang dapat membawa kemajuan
kepada sekolah kerana beliau berkuasa dan mempunyai pengaruh dalam
menentukan hala tuju sekolah. Seorang pemimpin yang berkesan sentiasa
mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengupayaan, dan memikirkan sesuatu „di

15
luar kebiasaan‟ serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk mengwujudkan
keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif .

Kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk


menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi
mencapai objektif dan matlamat. Untuk mengwujudkan sekolah yang berjaya,
pemimpin sekolah hendaklah memberikan perhatian kepada suasana tempat kerja
yang baik kepada guru-gurunya

Kepimpinanlah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap


profesionalisme dan moral guru serta darjat keperhatinan terhadap masa depan
pelajar. Faktor yang menyumbang kepada peningkatan dan kecemerlangan sekolah
ialah pengetua yang bersikap pragmatis; bertanggungjawab, dedikasi, bermotivasi
dan berketrampilan; mengwujudkan makanisma penyeliaan yang berkesan;
mengamalkan tanggungjawab bersama; agihan kuasa yang baik; mempunyai visi;
latihan dalam untuk meningkatkan profesionalisme keguruan; menunjukkan
keprihatinan terhadap kebajikan guru; melahirkan semangat setia kawan di
kalangan kakitangan sekolah; dan bertindak berdasarkan input dan maklum balas
daripada guru-guru.

Kejayaan sesebuah sekolah di dalam melaksanakan visi dan misi negara


sangat bergantung kepada kadar prestasi keseluruhan yang ditunjukkan oleh agen-
agen yang terlibat secara langsung seperti kepimpinan organisasi, guru-guru dan
proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku serta dilaksanakan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, prestasi dan komitmen guru bergantung kepada tahap
motivasi kerja mereka yang dipengaruhi, dipupuk dan dikembangkan oleh gaya
kepimpinan di sekolah.

16
6. PERANTISAN 2 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KEMUDI, BACHOK

ASPEK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

Guru Besar dan pemimpin pertengahan dapat bersama semasa perbentangan dan
juga majis rasmi. Guru Besar telah memberi mandat kepada saya untuk
menguruskan projek ini setelah saya berkongsi hasrat dan hala tuju dengan pihak
pentadbir sekolah. Saya telah berjaya mewujudkan kumpulan „task force‟ untuk
program ini dan mereka serasi dan dapat bekerjasama. Pemimpin pertengahan
dapat bersama semasa projek ini dijalankan. Selain itu, saya juga dapat meyakinkan
SISC+ untuk menyertai program ini dan menjayakannya. Akhir sekali, guru-guru
juga telah diyakinkan bahawa dengan penglibatan ini, mereka secara langsung telah
meningkatkan kapasiti diri mereka dan kemenjadian murid yang positif akan dapat
dicapai.

KEKUATAN PROJEK

“ Repo” iaitu hubungan baik bersama pihak PPD Unit Pengurusan Akademik dan
SISC+ dan juga Guru Besar yang guru mereka terlibat adalah amat bermanfaat.
Guru-guru di daerah Bachok yang cemerlang dalama Bahasa Inggeris telah
bersama mengembeleng tenaga dan khidmat professional dalam program /projek
ini. Komitmen guru-guru panitia Bahasa Inggeris Sekolah SK.Seri Kemudi yang
merancang dan melaksanakan program ini dengan jayanya.

17
KEKUATAN KEPADA PELAJAR:

Berlaku peningkatan peratusan pencapaian akademik keputusan LK2 dalam


matapelajaran Bahasa Inggeris.

KELEMAHAN PROJEK

Kekangan masa yang terlalu singkat untuk melaksanakan persediaan dan juga
menjalankan program. Kesediaan guru dan murid amatlah penting dalam proram ini.
Selain itu, jumlah masa untuk pemantauan jangka panjang sukar dilaksanakan atas
sebab kekangan masa.Dibebani dengan program yang dianjurkan oleh JPN dan
Pihak PPD ketika program ini berlangsung. Guru-guru terpaksa menghadiri kursus
anjuran Pihak JPN/PPD

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Masa yang mencukupi untuk membuat persediaan dari segi fizikal dan mental guru
dan murid. Sebolehnya ianya diperluaskan lagi untuk murid tahun 4 dan 5 agar
mereka tidak mengalami kejutan semasa menjawab soalan LK2 di tahun 6.

KEKUATAN KEPIMPINAN/PENGURUSAN

Kepimpinan Yang Berfokus

Guru Besar merancang kecemerlangan sekolah berdasarkan hala tuju yang jelas
dengan konsep Visi,Misi dan KPI yang diterjemahkan kepada seluruh warga sekolah
dengan jelas melalui mural,buku pengurusan, buku panduan murid, papan tanda,
bena,gambar dan juga diletakkan di dalam kelas atau bilik-bilik khas. Selain itu,
Guru Besar juga sentiasa mengwar-warkan kepada guru dan ketika sesi
perhimpunan,rasmi atau taklimat / in-house training dan mesyuarat. .Misi dan visi
sekolah adalah untuk melestarikan semua aspirasi murid dalam PPPM melalui
pendekatan bersepadu berteraskan Falsafah Pendidkan Negara.

18
Membentuk “Team Work” Yang Mantap

Dalam usaha pasukan atau “ Team Work “ di sekolah ini. Pasukan pentadbir yang
bersatu dan mempunyai kata sepakat telah mewujudkan pasukan pemimpin yang
kukuh di sekolah kebangsaan Seri Kemudi ini. Yang mana, setiap Perbincangan
mingguan sentiasa dibuat untuk mendapatkan kata sepakat dalam semua perkara
sebelum dimaklumkan kepada warga sekolah yang lain. Pentadbir juga dapat
membentuk kerjasama yang erat antara guru, kakitangan dan pekerja am.
Impaknya, satu pasukan “team work” yang kukuh dapat diwujudkan di sekolah ini.

Mengamalkan Kepimpinan Yang Mesra

Semua warga sekolah dianggap sebagai satu keluarga besar, bermula daripada
murid sebagai pelanggan yang mesti diutamakan, pekerja kebersihan, staff
sokongan, pengawal keselamatan seterusnya guru-guru dan barisan kepimpinan.
Kewujudan semua golongan ini yang melengkapkan strukrur organisasi sekolah,dan
perlu mengamalkan sikap saling hormat-menghormati, itulah yang beliau tekankan
kepada saya apabila sesi temu bual secara tidak formal dengan beliau.

Guru Besar SKSK ini mengamalkan konsep “mesra untuk semua” bukan
sahaja kepada murid, malah juga kepada guru dan staf sokongan. Guru Besar
sangat mesra dan prihatin dengan segala keperluan guru. Yang mana, setiap tutur
katanya lembut,sopan dan penuh hormat terhadap tetamu.

19
Malah, beliau yang sentiasa memberikan senyuman apabila berbicara dan
sering mengucapkan kata-kata pujian serta penghargaan. Justeru itu, Keadaan ini
melahirkan satu kemesraan yang erat, ini dapat dilihat dalam interaksi antara beliau
dengan murid, guru dan semua kakitangan sekolah.

Seluruh kakitangan sekolah tanpa mengira usia memanggilnya dengan


panggilan yang disenangi iaitu “ kak jah dan Puan Guru Besar. Jelaslah bahawa ini
menunjukkan keadaan ini mewujudkan satu ikatan kemesraan penuh susila yang
kukuh antara pentadbir dengan kakitangannya dan dapat mewujudkan keseronokan
bekerja dalam organisasi.

Penurunan Kuasa Yang Jelas

Melalui aspek penurunan kuasa. Ianya telah dilakukan secara formal dengan
memberi surat lantikan atau surat penurunan kuasa walaupun hanya diberi tugas
kecil. Ini dapat memberi penghargaan dan keyakinan kepada kakitangan untuk
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi kepada mereka. Kebanyakan
guru atau staf sokongan melakukan tugas yang telah diberikan dengan penuh yakin
dan bertanggungjawab. Beliau sentiasa senang dihubungi untuk menyelesaikan
sebarang isu, dengan kata lain beliau sentiasa ada di mana-mana sahaja dan akan
ada apabila diperlukan.

20
Kesimpulannya, meskipun penurunan kuasa dilakukan, beliau tetap menjadi
tempat rujukan untuk menangani sebarang masalah yang perlukan proses
penyelesaian

Sebagai “Role Model”

Guru Besar dilihat cuba menjadikan diri sebagai “Role Model” kepada orang lain
dengan menunjukkan contoh yang baik sama ada dalam sahsiah peribadi,
penampilan diri yang menampakkan Aura Pesona beliau dalam setiap tindakan
beliau semasa bekerja.

21
Beliau bersama barisan pentadbir sering turun padang untuk melakukan aktiviti
bersama-sama dengan guru. Keadaan ini menyebabkan kakitangannya segan dan
sentiasa menghormati pihak pengurusan. Guru Besar juga secara tidak langsung
terlibat dengan PdPc dalam kelas dengan mengajar mata pelajaran sejarah,
menjaga peperiksaan dan memeriksa skrip peperiksaan murid sama seperti guru
yang lain.

Tidak dinafikan bahawa aura pesona beliau juga dapat dilihat ketika
menyelesaikan masalah atau isu yang timbul antaranya isu ketidakhadiran murid
ke sekolah. Beliau bersama barisan pentadbir dan AJK serta Saya sendiri sebagai
peserta NPQEL turut hadir sama ketika melakukan Ziarah Cakna ke rumah
murid.

22
RUMUSAN

Pemimpin mestilah mewujudkan persekitaran yang saling percaya mempercayai. Ini


dapat dilaksanakan dengan semua warganya yang komited memainkan peranan
masing - masing bagi mencapai matlamat dengan cara yang jujur. Tambahan pula,
bagaimana individu dipilih, dilayan, disepadukan dan diberi penghargaan mesti
dilakukan untuk menarik pekerja kerana mereka bukan sahaja memerlukan
pekerjaan tetapi juga lebih dari itu seperti keseronokan bekerja, kesatuan dan
kepercayaan. Sokongan moral diperlukan dan tonjolkan gaya kepimpinan yang baik
dan positif.

Buku ini adalah sangat bertepatan bagi mereka yang tercari-cari manual gaya
kepimpinan yang terkini. Ia mempunyai informasi yang jelas untuk dipraktikkan
dalam kepimpinan. Mengurus agak mudah tetapi untuk memimpin ia memerlukan
kesungguhan, pengorbanan, usaha keras untuk mencapai kejayaan dalam
memimpin sesebuah organisasi.

Kepimpinan yang berkuasa adalah dapat mempraktikkannya dengan baik


diluar kotak pemikiran dan dapat menjana hasilnya dan menikmati kepuasan dalam
bekerja. Ianya tidak dapat dicapai sekiranya hanya mengamalkan pengurusan
dengan cara yang biasa. Ianya satu pengalaman yang amat bernilai yang berguna
untuk semua pemimpin dan juga kareer mereka.

23
Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad.
(2008). Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Abdul Ghani Abdullah. (2009). Pengaruh kepemimpinan transformasi sekolah


dan efikasi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran. Seminar
Nasional Pengurusan dan Kepimpinan ke-16.

Abdul Kudus Abu Bakar. (2000). Kepimpinan transformasi: Hubungannya


dengan kepuasan kerja dan motivasi guru. Tesis Sarjana, Universiti Utara
Malaysia.

Abdul Malik, Zafar Iqbal Butt, Khalid Rashid, Nauman Saeed, Muhammad
Abdul Jabar Adnan & Rida Hamid Butt. (2016). Identification of leadership
styles, traits and competencies of secondary school heads. Journal of
Science International.

Ainon Mohd. (2003). Teori dan teknik kepimpinan: Panduan aplikasi di tempat
kerja. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Aminuddin Mohd Yusof. (1989). Kepimpinan, motivasi dan prestasi: Model


guru dan tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aziah Ismail, Loh, H. Y. & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2010). Komuniti
pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau
Pinang. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1), 1-15.

Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Lim Ting Theng. (2010). Gaya kepimpinan
guru besar dan hubungannya dengan faktor-faktor kepimpinan di sekolah
penerima Anugerah Sekolah Cemerlang di negeri Melaka. My Science Work.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Mohammad Zohir Ahmad & Abd.
Rahman Abd. Aziz. (2005). Kesan efikasi kendiri guru Sejarah terhadap
amalan pengajaran berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7, 15-24. Bandura, A. (1997). Self-efficacy:


The exercise of control. New York: W.H. Freeman. Cohen, J. (1988).

Statistical power analysis for the behavioral sciences (2nd ed.). Hillsdale, NJ:
Erlbaum. Gibson, S. & Dembo, M. (1984).

24
Teacher efficacy: A construct validation. Journal of Educational Psychology,
76(4), 569-582. Guilford, J. P., & Fruchter, B. (1978). Fundamental statistics
in psychology and education.

New York: McGraw Hill. Hoy, W. K. & Woolfolk, A. E. (1993). Teachers‟ sense
of efficacy and the organizational health of schools. The Elementary School
Journal, 93(4), 356-372.

Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ingersoll, R. (2007). A comparative study of teacher preparation and


qualifications in six nations. CPRE Research Reports. Ismail Mustafa. (2008).

25

You might also like