Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/272508733

Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah Kebangsaan di Negeri Perak

Article · March 2014

CITATION READS

1 4,363

1 author:

Azmil Hashim
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
45 PUBLICATIONS   67 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

pendidikan Tahfiz View project

All content following this page was uploaded by Azmil Hashim on 21 February 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


ISSN : IJISAE 1(Special Issues) February 2014 : 35-44

Kaedah Pengajaran Al-Quran Sekolah Menengah


Kebangsaan di Negeri Perak
1 MISNAN JEMALI
2 AB. HALIM TAMURI
3 AZMIL HASHIM
1, 3Jabatan Pegajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris,

Tanjung Malim, Perak, Malaysia


2Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan , Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap amalan pengajaran tilawah al-Quran dalam kalangan
guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa yang
melibatkan 1,449 pelajar tingkatan empat SMK di negeri Perak. Instrumen soal selidik dibina penyelidik dan
disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach bagi semua
bahagian dalam soal selidik adalah tinggi (>0.9). Enam aspek yang dikaji berkaitan amalan pengajaran guru iaitu; set
induksi, ABM, objektif, kaedah, penilaian dan sahsiah guru. Data kuantitatif di analisis secara deskriptif
menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan
piawai. Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran al-Quran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Perak,
dari aspek penggunaan ABM menunjukkan skor min yang rendah, manakala dari amalan induksi set, objektif, kaedah
dan penilaian pengajaran menunjukkan skor min pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun sahsiah guru
menunjukkan skor min yang tinggi, manakala keseluruhan hasil kajian menunjukkan skor min pada tahap sederhana.
Implikasi dapatan kajian ini kepada para pensyarah, KPM, JPN, guru dan pelajar yang berkaitan dengan pengajaran
al-Quran turut dibincangkan.

Kata kunci: Pengajaran al-Quran, guru sekolah menengah kebangsaan.

PENDAHULUAN

Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah diutuskan kepada Nabi Muhammad SAW, yang menjadi
pegangan hidup dan pedoman seluruh umat manusia. Al-Quran adalah sebuah daripada empat kitab Allah
yang diturunkan kepada Rasul pilihanNya. Kitab Zabur kepada Nabi Daud, Kitab Taurat kepada Nabi Musa,
Kitab Injil kepada Nabi Isa dan Kitab Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Umat Islam diperintahkan
agar dapat membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

Imam al-Nawawi, dalam al-Tibyan fi adab hamlah Al-Quran m.s :23, menjelaskan sebuah Hadis
Rasulullah S.A.W :
‫ رواه البخارى‬. ‫خيركم من تعلم القراءن وعلمه‬
Maksudnya:
"Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari
Al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis Imam Ahmad, Bukhari, Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain dari Uthman r.a.)

Al-Quran diturunkan secara tadarruj (beransur-ansur), ini berdasarkan sirah bahawa Nabi
Muhammad (S.A.W) mengajar al-Quran kepada para sahabat dengan menggunakan kaedah dan teknik
secara tadarruj (sedikit demi sedikit), dan cara pengajaran tersebut merupakan yang terbaik dan berkesan. Ini
berdasarkan firman Allah dalam surah al-Qiyamah ayat 16 hingga 19.

Corresponding Author : Misnan Jemali, PhD - Pensyarah, Jabatan Pegajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, Malaysia. misnan@fsk.upsi.edu.my
36

.‫ ثم ان علينا بيانه‬,‫ ان علينا جمعه وقرانه فاذا قرانه فاتبع قرانه‬, ‫ال تحرك به لسانك لتعجل به‬
(Al-Quran, al-Qiamah 75: 16-19)

Maksudnya:
“Janganlah engkau (wahai Muhammad) – kerana hendakkan cepat menghafaz al-Quran yang
diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan
kepadamu).Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan
menetapkan bacaannya (pada lidahmu)”. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaanya
(kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; kemudian,
sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan
penjelasan)”

Ayat ini bermaksud ketika al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W), baginda
menghafaz ayat-ayat suci yang diwahyukan secara bersungguh-sungguh dan sewaktu Jibril a.s membacanya,
baginda turut membaca bersama-sama serentak, lalu Allah S.W.T mendidik baginda agar mendengar dan
menghayati terlebih dahulu, sehingga Jibril selesai membacanya barulah ikuti bacaannya, sambil berdoa
semoga Allah Ta’ala menambah ilmunya untuk memahami serta mengamalkannya (Abdullah Basmeih
2001).

Al-Quran merupakan kitab suci yang mengandungi peraturan yang lengkap dan penuh dengan
kesempurnaan dalam mengatur segala aspek kehidupan manusia. Oleh itu menyedari tentang
kepentingan al-Quran, Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan al-Quran sebagai salah satu
komponen wajib di dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Matapelajaran Pendidikan Islam merupakan
matapelajaran yang wajib diajar dan dipelajari oleh setiap pelajar yang beragama Islam bermula dari
peringkat sekolah rendah lagi. Penerapan bacaan al-Quran telah diperkenalkan dan diberi penekanan
seawal umur 7 tahun dengan pengenalan kepada Kaedah Pembacaan Iqra. Penerapan secara berterusan
bertujuan untuk memastikan murid-murid mampu menguasai pembacaan al-Quran dengan betul, fasih
dan bertajwid (KPM 2002).

Kaedah pengajaran al-Quran yang berkesan dikaitkan juga dengan kekreatifan guru yang
menyampaikan ilmu tersebut bukan sekadar perancangan pengajaran yang ditulis dengan begitu teliti
malah ia juga merangkumi bagaimana guru itu berjaya meningkatkan pemahaman, pembacaan dan
penghafalan murid terhadap apa yang diajar oleh guru. Menurut Ngalim (1990) dan Mohd.Aderi Che
Noh, Rohani Ahmad Tarmizi(2009) berpendapat bahawa punca pelajar hilang tumpuan semasa belajar
ialah disebabkan oleh cara guru menerangkan dan menggunakan bahan pengajaran yang membosankan.

Kajian mengenai pengajaran al-Quran yang dijalankan di sekolah menengah menunjukkan bahawa
terdapat banyak masalah-masalah, antaranya ialah masih ramai pelajar yang tidak boleh membaca al-Quran
dengan betul, pelajar kurang berminat mempelajari al-Quran, guru tidak mempelbagaikan kaedah pengajaran
al-Quran dan penggunaan ABM dalam PdP al-Quran masih rendah (Misnan 2006).

LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian yang dilakukan Mohd Rahmat et. al.(2004) terhadap keupayaan diri pelajar dalam membaca al-Quran
di beberapa buah sekolah menengah di Perak, berdasarkan Jadual 1, menunjukkan 56.3% pelajar
menganggap kebolehannya mengenali huruf hijaiyah adalah baik, 28.8% sederhana, manakala 15.1% adalah
lemah. Walaupun begitu terdapat perbezaan kebolehan dalam menyebut huruf hijaiyah dengan betul iaitu
43.8% baik, 32.5% sederhana, 23.8% lemah. Berdasarkan kajian ini juga menunjukkan hanya 36.3%
daripada pelajar menunjukkan berkebolehan menyebut kalimah al-Quran dengan baik. Sehubungan dengan
itu, pelajar agak sukar menyebut kalimah al-Quran yang bersambung; 28.8% baik, 52.5% sederhana dan
18.8% lemah.

International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education 1(Special Issues) February 2014 : 35-44
37

Dapatan kajian juga menunjukkan 36.3% sahaja yang boleh mengenal tanda bacaan dengan baik,
manakala 22.5% tidak berkeupayaan mengenal tanda-tanda bacaan dengan betul dan 41.3% sederhana. Dari
aspek keupayaan membaca al-Quran dengan betul dapatan menunjukkan 27.6% sahaja yang baik bacaannya,
42.5% sederhana, manakala 30% lemah. Berhubung dengan pengetahuan pelajar terhadap hukum tajwid,
hanya 16.3% sahaja yang tahu tentang hukum tajwid, 37.5% sederhana, manakala 46.3% masih lemah.

JADUAL 1. Peratusan tahap penguasaan membaca al-Quran dalam kalangan pelajar


Daerah Batang Padang, Perak tahun 2004.

Bil Item Lemah Sedar- Baik


hana
1 Kebolehan mengenal huruf hijaiyah 15.2% 28.8% 56.3%
2. Boleh menyebut huruf hijaiyah dengan makhraj yang betul 23.8% 32.5% 43.8%
3. Kebolehan menyebut kalimah al-Quran 11.3% 52.5% 36.3%
4. Kebolehan menyebut kalimah al-Quran yang bersambung 18.8% 52.5% 28.8%
5. Keupayaan mengenal tanda-tanda bacaan yang Al-Quran 22.5% 41.3% 36.3%
6. Keupayaan membaca al-Quran dengan betul 30.0% 42.5% 27.6%
7. Pengetahuan tentang hukum tajwid 46.3% 37.5% 16.3%
8. Membaca al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul 46.3% 40.0% 13.8%
9. Pengetahuan lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran 67.5% 27.5% 5.0%
10. Kebolehan membaca al-Quran dengan berlagu 63.8% 20.0% 6.3%
Keseluruhan 34.5% 37.5% 27.1%
Sumber: Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim 2004.

Kajian juga menunjukkan pelajar yang mampu mengaplikasikan pengetahuan ilmu tajwid dalam
bacaan al-Quran bahawa 13.8% baik, 40% sederhana dan 46.3% lemah., Ditinjau dari aspek pengetahuan
tentang lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran, didapati hanya 5.0% sahaja pelajar yang mempunyai
pengetahuan asas dan berkemampuan dalam bidang tersebut, 27.5 baik, manakala 67.5% yang lemah. Ini
dibuktikan dengan dapatan kajian bahawa hanya 6.3% daripada responden yang boleh membaca al-Quran
dengan berlagu, 20% sederhana dan 63.8% lemah. Secara purata 34.5% pelajar menganggap kebolehan
membaca al-Quran berada pada tahap yang lemah, 37.5% sederhana, manakala 27.1% baik.

Kajian yang dijalankan oleh Ab. Halim Tamuri et. al. (2004), mendapati pelajar-pelajar kurang
minat dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Hadis, Kefahaman dan Hafazan al-Quran dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam (min=2.60 dan 2.57). Kajian-kajian dari aspek latihan dan kursus dalam
perkhidmatan perguruan menunjukkan masih terdapat kekurangan dan kelemahannya dari aspek
perlaksanaannya. Kajian mengenai pengajaran al-Quran yang dijalankan di Wilayah Persekutuan
menunjukkan bahawa masalah yang paling utama yang dihadapi oleh guru-guru ialah ketiadaan buku
panduan yang khusus berkaitan dengan cara mengajar kaedah Iqra’. (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Wilayah Persekutuan 2003).

Manakala dari aspek sikap guru pula, kajian yang dijalankan di Wilayah Persekutuan menunjukkan
hanya 29% sahaja guru-guru mempunyai rancangan harian yang membabitkan pengajaran Iqra’ dalam bilik
darjah. Ini menunjukkan 71% lagi guru-guru tidak menulis rancangan mengajar al-Quran (Iqra’). Sementara
itu 35% sahaja guru yang menerima latihan dan menghadiri kursus dalam melaksanakan cara pengajaran
kaedah Iqra’. Ini menunjukkan bahawa 65% lagi guru tidak mendapat latihan dan kursus (Mohd. Alwi et.al
2003). Ketiadaan pendedahan dari aspek kurikulum dan pedagogi, akan memberikan kesan yang negatif
kepada guru kerana guru agak sukar merancang pengajaran tahunan dan menyelesaikan sukatan pelajaran
dalam masa yang tertentu di samping ketiadaan pendedahan untuk mempelbagaikan strategi, kaedah dan
teknik pengajaran (Ramayulis 2005).

TUJUAN KAJIAN

Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan pengajaran al-Quran mata pelajaran
Pendidikan Islam di kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah menengah negeri Perak. Secara
khusus, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif kajian seperti berikut:
38

i. Untuk mengkaji profil responden berdasarkan hasil kajian.


ii. Untuk mengkaji dan menganalisis taburan min dan sisihan piawai dalam amalan-amalan pengajaran
tilawah al-Quran sekolah menengah dari perspektif pelajar.
iii. Memberikan cadangan penambaikan aspek-aspek penting dalam amalan pengajaran dan pembelajaran
al-Quran di sekolah menengah.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa dan deskriptif untuk mengenalpasti fenomena tahap
pengajaran tilawah al-Quran, yang melibatkan 1,449 orang pelajar tingkatan 4, dari 25 buah sekolah
menengah di negeri Perak. Kajian terhadap pelajar dijalankan dengan menggunakan soal selidik yang
mengandungi dua bahagian; Bahagian A mengandungi item-item tentang profil responden; iaitu jantina,
lokasi sekolah, khatam al-Quran, tempat belajar al-Quran dan penguasaan al-Quran. Manakala bahagian B
pula, terdiri dari 20 item yang mengukur enam amalan pengajaran guru pendidikan Islam dalam bidang
pengajaran tilawah al-Quran; iaitu amalan pengajaran dari aspek set induksi, ABM, objektif, kaedah,
penilaian dan sahsiah.

PROFIL RESPONDEN

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan seramai 648 orang responden (44.7%) pelajar lelaki, manakala seramai
801 orang responden (55.3%) pelajar perempuan. Ini menunjukkan bahawa responden pelajar perempuan
melebihi pelajar lelaki. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar tingkatan empat sekolah
menengah kebangsaan harian luar bandar dan penyelidik tidak melibatkan pelajar di sekolah menengah
kebangsaan agama atau sekolah menengah berasrama penuh, kerana masalah pembelajaraan al-Quran di
sekolah harian lebih ketara berbanding dengan pelajar di sekolah menengah agama atau asrama penuh.

JADUAL 2. Profil responden pelajar

PERKARA N PERATUS % JUMLAH %


JANTINA
Lelaki 648 44.7 1449
Perempuan 801 55.3 100.0
KHATAM
Khatam 903 62.3 1449
Belum Khatam 546 37.7 100.0
TAHAP BACAAN
Sangat Baik 22 1.5
Baik 283 19.5
Sederhana. 926 63.9 1449
Lemah 218 15.0 100.0
BELAJAR QURAN
Bapa/guru Quran 956 66
Sekolah agama 348 24 1449
Sek. menengah 145 10 100.0
Jumlah 1,449 100.0 1,449

Tahap pencapaian khatam al-Quran di kalangan responden dalam kajian ini menunjukkan
responden yang khatam al-Quran seramai 903 (62.3%) pelajar. Manakala responden yang belum khatam al-
Quran dalam kajian ini seramai 546 (37.7%) orang. Data ini menunjukkan responden dalam kajian ini yang
berada di tingkatan empat, yang sudah akil baligh, tetapi masih belum mengkhatamkan al-Quran masih
tinggi. Tahap pencapaian bacaan al-Quran dalam kajian ini menunjukkan responden ditahap yang sangat
baik bacaan dari aspek tajwid dan fasahah seramai 22 orang atau 1.5% sahaja. Data juga menunjukkan
responden yang baik bacaannya adalah seramai 283 orang atau 19.5%. Manakala majoriti responden dalam

International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education 1(Special Issues) February 2014 : 35-44
39

kajian ini berada di tahap pencapaian bacaan al-Quran yang sederhana iaitu 926 atau 63.9%. Responden yang
berada di tahap yang lemah seramai 218 orang atau 15.0%.

Jadual ini juga menunjukkan tempat pelajar serta dapat menguasai ilmu al-Quran di peringkat asas.
Data menunjukkan bahawa seramai 956 (66%) pelajar boleh membaca al-Quran di peringkat asas belajar
melalui ibubapa atau guru al-Quran yang diserahkan oleh penjaga. Di samping itu seramai 348 (24%) pula
pelajar belajar al-Quran di sekolah agama fardhu ain atau sekolah agama rakyat. Data menunjukkan bahawa
hanya 145 (10%) sahaja pelajar yang belajar al-Quran di sekolah menengah harian. Ini menunjukkan bahawa
peranan sekolah menengah harian tidak dapat memainkan peranan penting dalam memberikan pengajaran
dan pembelajaran al-Quran.

ANALISIS DESKRIPTIF KESELURUHAN

Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan taburan keseluruhan min amalan pengajaran tilawah al-Quran di bilik
darjah dari aspek set induksi, dapatan skor min menunjukkan item tersebut berada pada tahap yang
sederhana (min=3.04, sisihan piawai=0.52). Oleh itu, data menunjukkan sebahagian besar responden pelajar
menyatakan set induksi dalam dalam pengajaran tilawah al-Quran pada tahap sederhana

Bagi aspek penggunaan ABM dalam pengajaran tilawah al-Quran di kelas, dapatan kajian
menunjukkan skor min item keseluruhannya berada pada tahap terendah (min=1.88, sisihan piawai=0.52).
Ini menunjukkan penggunaan ABM sangat jarang digunapakai dalam pengajaran tilawah al-Quran di kelas.

JADUAL 3. Purata skor min dan sisihan piawai amalan pengajaran tilawah al-Quran

Soal selidik pelajar (N1449) Purata Min Purata S.Piawai


Set induksi 3.04 0.52
ABM 1.88 0.52
Objektif 2.78 0.74
Kaedah 2.82 0.71
Penilaian dan Penutup 3.48 0.69
Sahsiah 3.92 0.73

Dari aspek objektif pengajaran, dapatan skor min menunjukkan item tersebut berada pada tahap
sederhana (min=2.78, sisihan piawai=0.74). Oleh itu, data ini juga menunjukkan sebahagian besar responden
pelajar menyatakan purata objektif pengajaran dalam item ini pada tahap sederhana dalam pengajaran dan
pembelajaran tilawah al-Quran. Begitu juga dari aspek kaedah pengajaran dalam pengajaran tilawah al-
Quran di kelas, dapatan kajian menunjukkan skor min item keseluruhannya berada pada tahap sederhana
(min=2.82, dan sisihan piawai =0.71). Oleh itu, data menunjukkan sebahagian besar responden pelajar
menyatakan penggunaan kaedah pengajaran dalam item ini pada tahap sederhana dalam pengajaran tilawah
al-Quran.

Aspek rumusan atau penilaian pengajaran, dapatan skor min menunjukkan item tersebut berada
pada tahap yang sederhana (min=3.48, sisihan piawai=0.69). Dapatan kajian ini menunjukkan sebahagian
besar responden pelajar menyatakan penutup atau penilaian pengajaran berada pada tahap sederhana dalam
pengajaran tilawah al-Quran. Berdasarkan kepada Jadual di atas menunjukkan skor min sahsiah guru berada
pada tahap yang tinggi (min=3.92, sisihan piawai=0.73). Oleh itu, data menunjukkan sebahagian besar
responden pelajar sendiri menyatakan sahsiah guru, Pendidikan Islam yang mengajar tilawah al-Quran
mengamalkan sahsiah yang baik dan berakhlak pada tahap yang tinggi.

PERBINCANGAN

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ABM masih pada tahap terendah (min=1.88). Dapatan
kajian ini disokong dengan kajian-kajian yang lalu, antaranya dapatan kajian Nik Mohd Rahimi bin Nik
Yusoff (2004) dalam penyelidikan pengajaran bahasa Arab di peringkat Ph.D, di mana dapatan kajian
40

menunjukkan penggunaan alat bantu mengajar kemahiran bahasa Arab pada tahap rendah (min
keseluruhan=1.73). Ini bermakna guru-guru bahasa Arab tidak menekankan penggunaan ABM dan BBM
kemahiran mendengar dalam pengajaran bahasa Arab. Dapatan ini selaras dengan kajian dalam penyelidikan
ini menunjukkan bahawa bukan sahaja pengajaran al-Quran terendah dalam penggunaan ABM, tetapi juga
dalam pengajaran bahasa Arab. Dapatan kajian ini selaras dengan dapatan kajian Mohd. Jonit Mohd. Johari
(1993) yang mana beliau mendapati sebahagian kecil sahaja guru-guru bahasa Melayu menggunakan ABM
dalam pengajaran mereka. Sebagai alternatifnya, mereka lebih banyak menggunakan teknik-teknik
pengajaran mereka yang lain semasa pengajaran bahasa Melayu. Manakala kajian Mohd Tajuddin Sidek
(2000) pula dalam kajiannya terhadap guru-guru pendidikan Islam dalam pengajaran mata pelajaran
pendidikan Islam, mendapati penggunaan ABM dalam pengajaran pendidikan Islam di sekolah-sekolah
berada pada tahap sederhana sahaja.

Berdasarkan teori pengajaran Ibnu Khaldun (2003) dari aspek ABM beliau menekankan pentingnya
buku teks sebagai ABM dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penilaian guru terhadap pelajar
hendaklah berdasarkan sukatan pelajar yang ditentukan (buku teks). Oleh itu untuk meningkatkan tahap
pencapaian pelajar dalam pengajaran al-Quran disarankan agar penggunaan ABM dalam pengajaran al-
Quran diperkasakan disamping setiap pelajar hendaklah memiliki al-Quran peribadi. Ini menunjukkan
bahawa ABM adalah alat yang penting untuk memudahkan kefahaman sesuatu pengajaran kepada pelajar.
Dalam pengajaran al-Quran ABM yang terpenting bagi setiap pelajar ialah Mushaf Al-Quran.

Kaedah pengajaran pula masih pada tahap sederhana (mi=2.82). Kajian yang dilakukan oleh Ab.
Halim Tamuri et.al. (2004) dalam kajian terhadap 89 daripada 91 orang pelajar yang ditemubual di dua puluh
buah di negeri Selangor, Perak dan Terengganu mendapati bahawa kaedah pengajaran yang kerap digunakan
guru ialah kaedah kuliah dan penerangan. Ini termasuklah dalam pengajaran tilawah al-Quran dan al-Hadis.
Ini bererti kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran masih berpusatkan guru dan secara tidak
langsung kurang memberi peluang kepada pelajar untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti-aktivi pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa dari persepsi guru bahawa
kaedah tasmi’ dan tashih adalah positif (nilai min = 3.50). Ini diikuti dengan kaedah latih tubi, talaqqi dan
musyafahah serta halaqah dan tadarus yang mencapai julat (min antara 3.38 hingga 3.13). Sedangkan kaedah
kuliah dan penerangan merupakan kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Tilawah al-Quran (min= 3.04). Ini diikuti oleh kaedah tasmi’ dan tashih bacaan pelajar
(min=3.03). Kaedah bacaan beramai-ramai, latih tubi, perbincangan serta talaqqi dan musyafahah turut
digunakan oleh guru dalam pengajaran tilawah dengan julat min antara 2.99 hingga 2.73. ( Ab.
Halim et.al. 2004).

Menurut al-Nahlawi (1974) terdapat banyak kaedah-kaedah pengajaran yang digariskan serta
disarankan al-Quran antaranya ialah kaedah hiwar (perbualan), kaedah qishasi (bercerita), kaedah amthal
(perumpamaan) dan kaedah tauladan, kaedah amalan kebiasaan, kaedah ibadah dan mauizah dan kaedah
targhib dan tarhib. Kaedah hiwar ialah kaedah perbualan silih berganti antara dua pihak atau lebih melalui soal
jawab mengenai sesuatu topik yang menuju kepada sesuatu objektif atau tujuan. Al-Nahlawi (1974)
membahagikan kaedah hiwar terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya ialah hiwar khitabi, hiwar wasafi,
hiwar qishasi dan hiwar jadali.

Ibnu Khaldun (2003) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah
pengajaran dilakukan secara beransur-ansur, satu demi satu dan sedikit demi sedikit (tadrij), terutamanya
dalam pengajaran al-Quran. Ini kerana membaca dan menghafaz al-Quran merupakan mata pelajaran asas
terpenting di peringkat awal dan pelajar akan membaca dan menghafaz berdasarkan pengajaran yang
disampaikan guru. Di samping itu Ibnu Khaldun (2003) menekankan kaedah pengulangan kerana
kadangkala pelajar tidak dapat memahami penyampaian kali pertama atau kedua. Dalam hal ini guru
dicadangkan mengulang semula pelajaran tersebut sehingga pelajar dapat memahaminya. Pendekatan Ibnu
Khaldun juga tahap pertama menerangkan secara spintas lalu (secara mudah) kemudian menjelaskan
pemeringkatan kandungan secara terperinci dan mendalam.

Selain itu penilaian dan penutup pengajaran antara yang tertinggi (min=3.48),di mana guru perlu
menegaskan apa-apa yang menjadi teras kepada pelajaran yang telah disampaikan dan mengaitkannya kepada
pelajaran yang akan datang. Terdapat dua aspek utama dalam penyimpulan: Penyimpulan hasil pembelajaran;

International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education 1(Special Issues) February 2014 : 35-44
41

penyimpulan ini bertujuan mengukuhkan apa-apa yang telah dipelajari dengan menumpukan perhatian
kepada butir-butir utama yang telah dipelajari. Penyimpulan hasil pembelajaran ini haruslah menarik dan
sedapat-dapatnya membawa kepada beberapa kemungkinan dan persoalan-persoalan baru. Kedua ialah
penyimpulan dorongan (motovasi), iaitu penyimpulan ini bertujuan memberi pelajar-pelajar dorongan
pencapaian (Misnan et.al.2012).

Berdasarkan hasil kajian menujukkan bahawa objektif (min=2.78). Oleh itu penilaian atau penutup
pengajaran hendaklah menekankan aspek-aspek yang berikut iaitu; aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dan
aktiviti-aktiviti itu hendaklah dinilai dan meliputi keseluruhan pengajaran dan yang terpenting ialah aktiviti-
aktiviti yang dijalankan hendaklah mencapai objektif pengajaran. Dalam bahagian tugasan pula, pertanyaan-
pertanyaan yang boleh dikemukakan oleh pengkaji ialah: Adakah arahan guru tentang sesuatu tugas itu
berkaitan dengan pengajaran yang disampaikan? Adakah tugasan itu sesuai dan sejajar dengan pengajaran
guru? Adakah tugasan yang diberi itu ada kaitannya dengan pelajaran yang akan datang? Adakah tugasan itu
hasil daripada inisiatif guru sendiri, atau cuma diambil daripada buku-buku teks?

Objektif pengajaran dari perspektif yang lebih luas dan bersepadu dalam pengajaran al-Quran
ditegaskan oleh Al-Badry (1984) dengan menyatakan bahawa Nabi S.A.W telah melaksanakan enam prinsip
pengajaran dan pembelajaran al-Quran, kemudian diikuti oleh para sahabat sehinggalah ke generasi hari ini.
Enam kaedah dan amalan pendidikan pengajaran al-Quran itu ialah; Tilawah; iaitu boleh membaca al-Quran
dengan baik dan fasih. Tafahhum dan Tafsir; iaitu mengetahui makna dan faham maksud ayat-ayat yang dibaca.
Tatbiq; iaitu menghayati dan merealisasi ajaran al-Quran dalam hidupnya dengan sepenuh hati dalam semua
aspek kehidupan. Tahfiz; Yakni menghafaz ayat-ayat tertentu dari al-Quran untuk amalan, bacaan dalam solat
dan wirit-wirit. Jika dapat mengahafaz keseluruhannya adalah sangat baik. Tarannum; Ini bermaksud
membaca al-Quran dengan suara yang baik dan merdu serta dengan lagu yang sesuai. Lagu ini mestilah lagu
al-Quran. Ta’lim; Kalimah ini bermaksud mengajar. Maksudnya berusaha belajar sehingga boleh mengajar
orang lain. Dengan cara ini al-Quran boleh berkembang dari satu masyarakat ke satu masyarakat dan dari
satu generasi ke satu generasi.

Dari aspek objektif pengajaran berdasarkan teori pengajaran Ibnu Khaldun (2003) menyarankan
agar guru menjelas dan membincangkan tajuk pelajaran yang akan diajar dahulu dan tajuk atau isu tersebut
hendaklah jelas dan betul-betul difahami pelajar dan ulaskannya tajuk atau isu tersebut secara ringkas dan
sepintas lalu sahaja. Dengan lain perkataan ulas tajuk hendaklah jelas tetapi ringkas dan tajuk pengajaran
berkaitan dengan objektif pengajaran.

Dapatan kajian ini menunjukkan set induksi pada tahap agak tinggi (min=3.04). Abu Soleh (1988),
yang menjelaskan bahawa induksi dalam pengajaran merupakan salah satu cara menarik perhatian pelajar
kepada tajuk yang akan dipelajari pada hari itu. Ini boleh dilakukan dengan menerangkan secara ringkas
tentang isi pelajaran pada hari itu ataupun soalan-soalan berkaitan dengan pelajaran yang lalu dan kaitannya
dengan pelajaran yang baru secara berperingkat-peringkat. Mohd Yusuf Ahmad (2000) menjelaskan dalam
set induksi pengajaran al-Quran terpulanglah kepada kebijaksanaan guru, antaranya ialah guru boleh
menjelaskan asbabun nuzul (jika ayat tersebut ada asbabun nuzul), di samping itu guru boleh menjelaskan tajuk
pelajaran dengan memaparkan ABM seperti gambar-gambar, slide atau carta yang ada kaitan dengan isi
pelajaran yang akan diajar, ataupun memasang kaset yang berkaitan, contohnya cerita atau peristiwa yang
ada kaitan dengan isi pelajaran.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa skor min sahsiah pada tahap yang tertinggi (min=3.92).
Hasil kajian menyatakan bahawa guru menggalakkan pelajar menghayati al-Quran dalam item sahsiah guru,
dalam pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran. Data ini menunjukkan sebahagian besar responden
pelajar menyatakan bahawa guru prihatin dan sayangkan murid-muridnya dalam item sahsiah guru, dalam
pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran menjadi amalan di bilik darjah. Ini menunjukkan sebahagian
besar responden pelajar menyatakan sahsiah guru dalam item ini pada tahap yang tinggi dalam pengajaran
tilawah al-Quran.

Hasil kajian dari aspek guru sentiasa menjaga tertib dan abad semasa pengajaran menunjukkan
seramai 80.1% daripada responden pelajar menyatakan guru sentiasa menjaga tertib dan abad semasa
42

pengajaran tilawah al-Quran. Dari aspek pakaian guru kemas dan bersih semasa pengajaran, menunjukkan
seramai 72.5% daripada responden pelajar menyatakan pakaian guru sangat kemas dan bersih semasa
pengajaran tilawah al-Quran. Guru bijak berkomunikasi dengan pelajar semasa pengajaran peratusan
menunjukkan seramai 79.8% daripada responden pelajar menyatakan guru bijak berkomunikasi dengan
pelajar semasa pengajaran tilawah al-Quran. Oleh itu, data menunjukkan sebahagian besar responden pelajar
menyatakan sahsiah guru dalam item ini, pada tahap yang tinggi, dalam pengajaran tilawah al-Quran.

Dapatan-dapatan kajian ini disokong dengan kajian yang dijalankan oleh Misnan et. al. (2006)
mengkaji sahsiah guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di negeri Perak, kajian dari responden pelajar
mendapati bahawa guru-guru Pendidikan Islam, suka mensihatkan pelajar agar menjauhi dosa (skor
min=4.50), guru sentiasa menjaga adab dan tertib (skor min=4.32,) dan pengajaran guru terang dan jelas
(skor min=4.00,) dan guru sayangkan pelajar-pelajar (skor min=4.10). Dapatan-dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa sahsiah guru Pendidikan Islam dari persepsi pelajar adalah tinggi, guru agama sebagai
tempat rujukan, sayang kepada pelajar, tertib dan beradab.

Berdasarkan pandangan Ibnu Khaldun, menurut Abdullah al-Amin al-Na’miy (1994), menyatakan
bahawa Ibnu Khaldun menyarankan agar para pendidik menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan yang
mencukupi dan pengalaman-pengalaman yang boleh dijadikan sebagai asas dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam usaha untuk memenuhi keperluan-keperluan, persediaan dan kemampuan pelajar
menguasai ilmu pengetahuan yang dipelajari. Ibnu Khaldun (2002) menyentuh tentang kerjaya dari aspek
kelayakan, persedian dan kemampuan menjalankan sesuatu kerjaya, beliau menjelaskan di kalangan guru-
guru agar menjauhi dan mengelakkan daripada memperkata dan melakukan sesuatu di luar bidang
pengetahauan, kemampuan dan kelayakan.

Berdasarkan dapatan kajian dan kajian-kajian yang lalu pengkaji mencadangkan beberapa aspek
berikut perlu ada untuk memantapkan lagi sahsiah guru tilawah al-Quran iaitu; Guru merupakan model
berdasarkan syara’ yang menjadi contoh dan ikutan pelajar terutama mencontohi bacaan al-Quran yang betul
dan fasih. Sentiasa menggunakan bahasa yang standard, pengajarannya ayat kefahamana mudah dan senang
difahami. Suara guru hendaklah jelas dan lantang dan bercakap menghala pelajar. Guru hendaklah
menggunakan bacaan dan hafazan al-Quran yang fasih, licin dan lancar serta suara guru tidaklah senada
sahaja. Bahasa guru hendaklah sesuai dengan tahap pencapaian pelajar. Pakaian guru hendaklah sesuai dan
kemas semasa mengajar, guru hendaklah mempunyai keyakinan terhadap dirinya dan dapat meyakinkan
pelajarnya. Guru memperlihatkan sikap yang positif terhadap pelajar dan tugas. Sahsiah guru hendaklah
mengandungi unsur-unsur ikhlas, kesungguhan, sayangkan murid dan dedikasi.

RUMUSAN

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor penilaian dan rumusan dalam pengajaran di bilik darjah
mencapai yang tinggi (min=3.48), ini menunjukkan bahawa penilaian dan rumusan memberikan sumbangan
yang utama kepada amalan pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Oleh itu dicadangkan kepada
pendidikan yang mengajar al-Quran, agar penilaian dan rumusan pengajaran disedia dan dirancang dengan
baik berdasarkan objektif pengajaran. Manakala objektif dan kaedah pengajaran tilawah al-Quran juga
merupakan aspek penting yang perlu disepadu dan ditekankan. Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan
bahawa faktor penilaian, pengulangan, rumusan, penyoalan dan pengkayaan itu sangat penting dan utama
dalam pengajaran tilawah al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam bersungguh-sungguh dan tanpa jemu dalam mengajar al-
Quran walaupun menggunakan kedua-dua tulisan jawi dan rumi (min sahsiah=3.92), namun begitu
pencapaiannya masih pada tahap sederhana. Hasil temubual ringkas dengan seorang guru juga menunjukkan
bahawa sikap pelajar yang kurang berminat mempelajari al-Quran seperti ponteng kelas, tidak membuat
kerja rumah dan tidak ada bimbingan ibubapa membaca al-Quran di rumah. Kajian juga menunjukkan
bahawa guru Pendidikan Islam memerlukan latihan secukupnya, khasnya dari aspek ICT dan penggunaan
ABM oleh pihak ya g berwajib. Ini kerana hasil kajian menunjukkan guru menggunakan ABM dalam PdP
hanya mencapai min =1.88. Menurut Mohd Yusuf Ahmad (2000), ABM dalam pengajaran dan
pembelajaran al-Quran ialah Mushaf al-Quran itu sendiri. Oleh itu disarankan agar setiap individu pelajar
memiliki sebuah Mushaf atau al-Quran sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education 1(Special Issues) February 2014 : 35-44
43

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim.
Al-Hadis Bukhari dan Muslim.
Abdullah Basmeh. 1985 Tafsir pimpinan al-Rahman kepada pengertian Al-Quran. Kuala Lumpur,BAHES:JPM.
Abdullah Al-Amin Al-Na’miy.1994. Kaedah dan teknik pengajaran menurut Ibnu Khaldun dan Al-Qabisi. Kuala Lumpr:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Ishak. 1995. Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:Dewan bahasa dan Pustaka.
Ab. Halim Tamuri, 2000. A Study of the students’ knowledge of akhlaq in th.Malaysian secondary schools: with
special reference to the Islamic Education. Tesis PhD. University of Birmingham.
Abdul Rahman Khaldun. (tt). Muqaddimah. Qahirah:. Dar al-Kutub.
Abdul Rahman al-Nahlawi (1982).Prinsip-prinsip dari metod pendidikan Islam. Bandung: CV. Deponegoro.
Abu Shahbah, Muhammad bin Muhammad.1992. Al-Madkhal li dirasat Al-Quran al-Karim. Bairut: Dar al-Jayl.
Ahmad Shalaby. 1978. Sejarah pendidikan Islam. Singapura: Pustaka Nasional.
Ahmad Mohd. Salleh, 2004. Pendidikan Islam, falasafah, sejarah dan kaedah pengajaran pembelajaran. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.
Al-Badry, Muhammad Abdullah Al-Mahdy 1983. Al-Quran al-Karim tarikhuhu wa ulumuhu, Mesr: Dar al-Ma’arif.
Al-Khalidy, Solah Abdul Fatah.1985. Mafatih lit-ta’amul ma’a Al-Quran.Al-Urdun: Maktabah al-Manar.
Al-Jammali.M.F. 1968. Tarbiyah al-Insan al-Jadid.Tunis: Al-Syirkahal-Tunisiyah-Tauz.
Al-Qardhawi Yusuf, Manhaj al-Tarbiyah al-Islamiyah aa madrasah Hasan al-Banna,(Terjemahan). Jakarta: Bulan Bintang.
Al-Syaibani, Umar Muhammad al-Taomi.1975. Falsafah al-tarbiyah al-Islamiyah. Tripoli.
Al-Zarqaniyy, Muhammd Abd. Azim.1988. Mahahil al-Irfan fi ulum Al-Quran. Bai
Al-Imam Al-Nawawi.1999. Al-Tibyan fi adab hamlah Al-Quran.Bairut Lubnan:Muasasatu al-Riyyan.
Anatasi,A.1982. Psychological testing. Ed. Ke 5. New York: Mac Millan Publishing. Co.Int.
Bigge, L.M., 1976. Learning theories for teachers. New York:harper & Row Publisher.
Burton D.R. & Byrd. D.M. 1994. Methods of effective teaching. Boston: Allyn & Bacon.
Bruner, J. S., 1962. The process of education. London: Cambridge
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas pengukuran bilik darjah. Quantum Books: Tg. Malim.
Bloom, Benjamin S,1968. Leaning for mastery. Durham:N.C:Regional Education laboratiory for the Carolinas and Virgia.
Bloom,B.1976. Human characteristic and school learning. New York: Hill Book Company.
Bahagian Pendidikan Guru. 2001. Sukatan pelajaran KDPM. Pendidikan Islam. MAJOR.Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Hasan Langgulung 1997. Asas-asas pendidikan Islam.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibnu Khaldun. 2000. Muqadimah Ibnu Khaldun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .
Ismail Masyhuri. 1985. Fadhilat membaca Al-Quran serta panduan menghafalnya. Kuala Lumpur: Syarikat Nurulhas.
Jamaluddin Riduan. 2000. Kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Kerlinger, F.N. 1979. Foundations of behavioral research. Ed. Ke 2. New York: Holt Reverhart and Winston
Khalil Mahmood Shaikh.1999. A study of the Quran & its teachings. Chicago: Iqra’ International Education
Foundation.
Kwo, O. 1994. Learning to teach: some theoretical propositions. Dalam. Cargren, I, Handal, G & Vaage, S (pnyt.),
Teachers minda and actions. Research On teachers’ thinking and practice . Hal. 215 – 231. London: The falmer
Press.
Kamaruddin Hj. Husin.1987. Panduan Latihan Mengajar. Longman: Petaling Jaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia.2002. Huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4, KBSM. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1997. Konsep dan perlaksanaan pembelajaran masteri dalam
KBSR & KBSM: Kuala Lumpur: kementerian Pendidikan Malaysia.
Madihah Hj Mohamad. 1992. Pembelajaran Al-Quran di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah: satu tinjauan di daerah Kuala
Trengganu. Latihan Ilmiah, Fakulti Usulluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya.
Maimunah bt Ismail. 1995. Kemahiran membaca Al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu: satu kajian kes. Tesis M. Ed
(tidak diterbitkan) Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Mana’ al-Qathan.2002. Mabahis fi al-ulum Al-Quran. Kahirah: Maktabah Wahbah.
Mohd. Aderi Che Noh, and Rohani Ahmad Tarmizi, (2009) Persepsi Pelajar Terhadap Amalan Pengajaran
Tilawah Al-Quran. Jurnal Pendidikan (UKM), 34 (1
Mohd Alwi Yusuff. Dan rakan-rakan 2003.Keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca Al-Quran.
Kertas kerja yang di bentangkan di Seminar Kaedah Pengajaran dan Tahfiz Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Anjuran KUIM di MPAJ. Pada 17 Mei, 2003.
Mohd. Alwi Yusoff, Adel M. Abdulaziz & Ahmad Kamel Mohamed. 2003 Seminar pengajaran Al-Quran 2003, KUIM.
Mohd Yusuf Ahmad. 2000. Sejarah dan kaedah pendidikan Al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
44

Misnan Jemali. 2008. Amalan pengajaran guru dalam pengajaaran dan pembelajaran tilawah al-Quran sekolah
menengah. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Misnan Jemali et.al. 2012. Strategi pengajaran pendidikan Islam. Tanjung Malim: Emeritus Publication.
Misnan Jemali. 2006. Tahap pencapaian penguasaan al-Quran dalam kalangan pelajar di Perak.(Kajian Cuti Sabatiakal: UPSI.
Mustafa, Al-Sheikh Hussain Sabah. 1996.Muhadharah fi turuq tadris madah al-tajwid.
Jurnul Institut Tahfiz Al-Quran, Jun 1996, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan perdana Menteri.
Muhammad Ali As-Shabuni. 2002. Penjelasan ilmu-ilmu Al-Quran.Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn Bhd.
Mohd, Rahmat et.al (2004) Pengajaran al-Quran di kalangan pelajar Daerah Batang Padang. TITAS, UPSI.
Wahbah al-Zuhaily. 2001. Tafsir al-munir juz ‘amma.Shah Alam: Persatuan Ulama Malaysia (PUM).
Zainal Abidin. (1990). Pendidikan Al-Quran : satu strategi ke arah melahirkan generasi Al-Quran. Kuala Lumpur: Dewan
Muktamar Pusat Islam.

International Journal of Islamic Studies and Arabic Language Education 1(Special Issues) February 2014 : 35-44

View publication stats

You might also like