Iklan Jawatan Pegawai Marin Gred PP4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI MARIN, GRED PP4

CALON YANG BERKELAYAKAN DIPELAWA UNTUK MENGISI KEKOSONGAN


JAWATAN SEPERTI DI BAWAH :

1. JAWATAN : PEGAWAI MARIN


2. GRED : PP4
3. TARAF JAWATAN : KONTRAK
4. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
5. SKIM PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
6. STRUKTUR GAJI :
GRED GAJI GAJI POKOK MINIMUM
PP4 RM3,205.00

7. SYARAT LANTIKAN :
Calon yang berminat hendaklah memiliki kelayakan berikut :
i. Warganegara Malaysia; dan
ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
iii. Certificate of Competency as Chief Mate of 3000GT or more Unlimited Trade
Voyage yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; (Gaji Permulaan : RM4,825.00) atau
iv. Certificate of Comptency as Master of 3000GT or more Unlimited Trade Voyage
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. (Gaji Permulaan : RM5,905.00)

8. SYARAT KELAYAKAN BAHASA

Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan
Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
9. SYARAT LANTIKAN BAGI PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan adalah layak


memohon dan dipertimbangkan dengan syarat-syarat berikut-

i mempunyai kelayakan seperti dinyatakan di perenggan 7 dan perenggan 8; dan


ii berumur kurang dari 40 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 55, 56, 58 atau 60 tahun.

10. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bertanggung jawab terhadap pengurusan hal ehwal pelayaran, pelaut dan perkapalan;
Pemaliman; latihan teknikal maritim; projek-projek pembangunan serta membuat
kajian dan penilaian terhadap hal ehwal maritim dalam negara atau antarabangsa; dan
perundangan laut.

11. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

i Gaji permulaan ditetapkan berdasarkan struktur Skim Perkhidmatan Lembaga


Pelabuhan Johor di Gred PP4 yang ditetapkan oleh Lembaga Pelabuhan Johor
dan berasaskan kelayakan serta pengalaman kerja calon berkaitan.

ii Kemudahan cuti tahunan, elaun dan faedah perubatan akan berdasarkan kepada
Skim dan Syarat-syarat Perkhidmatan Lembaga Pelabuhan Johor.
CARA MEMOHON
1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Pelabuhan Johor
(http://www.lpj.gov.my).

2. Borang permohonan yang lengkap perlu di sertakan bersama-sama dokumen berikut:


(a) Salinan Kurikulum Vitae (CV); dan
(b) Salinan sijil kompetensi yang disahkan oleh Jabatan Laut Malaysia; dan
(c) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran; dan
(d) Salinan sijil-sijil berkaitan.

3. Permohonan hendaklah lengkap dengan Salinan Sijil, Kad Pengenalan, Sijil


Kelahiran yang disahkan. Dilampirkan senarai semak untuk dikepilkan bersama
borang permohonan.

4. Borang yang lengkap diisi dan dokumen terlibat hendaklah dihantar kepada :

PENGURUS BESAR

LEMBAGA PELABUHAN JOHOR

JALAN MAWAR MERAH 2, PUSAT PERDAGANGAN PASIR GUDANG 2

81700 PASIR GUDANG. JOHOR DARUL TAKZIM


MAKLUMAT TEMU DUGA

1. Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu
duga.

2. Calon yang tidak dihubungi dalam tempoh 45 hari dari tarikh tutup iklan, adalah
dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup : 14 FEBRUARI 2019 @ 4.30 PETANG

SENARAI SEMAK:

1. Borang permohonan

2. Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran

3. Gambar berukuran pasport

4. Salinan sijil kompetensi yang disahkan oleh


Jabatan Laut Malaysia

5. Sijil-sijil lain yang berkaitan

6. Kurikulum Vitae (CV)

You might also like