Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGURUSAN BILIK PDPC

1. Meja murid dijarakkan 1 meter dan kapasiti satu kelas tidak melebihi
20 orang. (penjarakan sosial).
2. Meja murid dipaparkan label nama dan nombor meja yang telah
ditetapkan.
3. Tanda penjarakan sosial di luar kelas perlu dipatuhi.
4. Pelan Laluan Pergerakan Terarah di luar kelas perlu dipatuhi.
5. Cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) disediakan dalam setiap
kelas.
6. Murid perlu membersihkan tangan 4 kali sehari.
7. Suhu murid diperiksa 2 kali sehari dan direkodkan di dalam fail
yang mempunyai senarai nama pelajar mengikut kelas.
 Waktu pagi : di pintu masuk sekolah.
 Selepas rehat : di kelas.
8. Pelitup muka (face mask) akan dibekalkan sekiranya diperlukan. Ibu
bapa sangat digalakkan menyediakan pelitup muka kepada anak
masing-masing.
9. Meja dan kerusi murid akan disanitasi 2 kali sehari.
10.SOP dan poster berkaitan COVID-19 dipaparkan di dalam kelas.
11.Murid dilarang bersalaman atau bersentuhan. (direct contact)
12.Murid tidak dibenarkan berkongsi alat tulis.
13.Murid tidak dibenarkan berkongsi makanan.
14.Murid tidak dibenarkan berkumpul dan perlu kekalkan penjarakan
sosial 1 meter di dalam kelas.
15.Murid yang mempunyai penyakit kronik / imunisasi badan yang
rendah (BERGEJALA) diwajibkan memakai pelitup muka.

You might also like