Kepentingan Sejarah Dan Budaya

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kepentingan sejarah dan budaya : adat kematian kadazan dusun

Sejarah pekembangan adat kematian kadazan dusun dapat dilihat dari segi :

 Sebelum kematian
- Terdapat alamat atau petanda ( kopizo ) seperti bermimpi dibawa ke perkuburan
oleh empat Lembaga hitam atau gelap, bermimpi berkhawin atau bermimpi tentang
seseorang yg sihat atau yang sakit tenat boleh bercakap dlm bahasan yg aneh.
- Ikut kepercayaan kadazan dusun, apabila berlaku kematian, tidak sopan
menggunakan perkataan napatai “mati”. Perkataan yg perlu digunakan ialah
meninggal dunia “minidu pogun” atau “nokodop” tetidur.
- Apabila Seseorang yang sakit tenat, telah menhembuskan nafas terakhir, ahli
keluarga dan saudara terdekat tidak terus menerima hakikat bahawa dia telah
meninggal dunia.
- Ahli keluarga perlu melakukan perkara yg perlu dilaksanakan mengikut adat
kematian masyarakat kadazan dusun.
- Seorang saudara mendiang yang sudah berumur akan pergi ke sungai utk membeli
air dgn guit syiling bagi tujuan memandikan jasad mendiang.
- Air perlu di beli kerana mendiang sudah berada di alam baqa (pomogunan doid
sampaping) dan air dianggap lain atau berbeza. Pada zaman dahulu, air ini di simpan
di dalam bekas bamboo dan di pecahkan dgn menghempaskannya ke lantai.
- Perbuatan ini dipercayai dpt membuang segala kejadian tidak baik yg mungkin
berlaku (nunu noopo i kalaatan).
- Dalam pada itu, ahli keluarga yang lain akan menyediakan tempat untuk meletakkan
jasad mendiang.
- Pada zama dahulu katil lipat digunakan. Saudara yang lain perlu menyediakan set
gong utk paluan gong rentak dunsai atau rentak yg bertujuan mengumumkan
kematian.
- Paluan rentak dunsai hanya dapat dilakukan jika keluarga tersebut berkemampuan
menyembelih seekor kerbau sebagai sogit paluan gong rentak dunsai. Ikut
kepercayaan, kerbau tersebut menjadi pengangkutan mendiang ke alam baqa.
- Selepas jasad dimandikan, jasad diletakkan (papabahu) di tempat khas. Tapak kaki
mendiang haruslah menghadap ke dinding rumah (Popintodon do pasok / tobon/
pagabanan).
- Setelah jasad mendiang diletakkan di tempat yg disediakan khas, maka gong rentak
dunsai dipalu sebanyak 3 kali utk mengumumkan kematian mendiang. Dipalu pada
setiap subuh dan senja.
- Kemudian jiran-jiran dan penduduk kampung akan dating membantu keluarga
tersebut. Kerbau yg merupakan sogit, khinzir dan ayam disembelih.
- Ketika ini dilarang, memasak sayuran hijau atau segala sayuran yg menjadi kuning
apabila dimasak sehingga upacara mogukas pada hari ketujuh dilangsungkan iaitu
apabila bahagian bawah kaki kerbau yang telah disembelih sebagai sogit dimasak
dengan buah Nangka muda dan rebung.

You might also like