Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGKAJI : NUR HADI BIN IBRAHIM

RESPONDEN : MOHD ARIFFUDDIN BIN ABDUL AZIZ


TARIKH : 22 MAC 2016 (SELASA)
JAM : 3 PETANG
TEMPAT : PERPUSTAKAAN FAKULTI PENDIDIKAN UKM
TRANSKIP TEMUBUAL MENGENAI “MENGAPAKAH ANDA INGIN
MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PERINGKAT DOKTOR FALSAFAH (PHD)?”
PENGKAJI
Assalamualaikum dan apa kabar Abang Arif, boleh saya bertanya? Apakah yang
menyebabkan anda ingin sambung belajar PhD? Pertama daripada galakan Ibu bapa?
RESPONDEN
Waalaikumussalam dan khabar baik Hadi. Mengenai soalan itu ya, pertama galakan ibu bapa,
sebab ibu menggalakkan la untuk sambung belajar. Katanya daripada duduk sorang- sorang
ni kan, lebih baik belajar.
PENGKAJI
Daripada duduk sorang- sorang eaaa…
RESPONDEN
Duduk sorang-sorang lebih baik sambung belajar begitu. Lepas tu kedua adalah untuk kerjaya
PENGKAJI
Untuk kerjaya…
RESPONDEN
Ya, Ok untuk kerjaya. Iaitu kalau hari ini pengalaman mengajar sekolah menengah. In shaa
Allah satu hari mungkin nanti ada peluang untuk mengajar di Maktab Perguruan.
PENGKAJI
Maksudnya kalau sudah ada PhD nanti dah panggil Dr, peluang kerjaya untuk mengajar di
Institut Pengajian Tinggi ataupun di IPG lebih tinggi dan lebih cerah.
RESPONDEN
Itulah, yang ketiga agama, iaitu menggalakkan lah, menggalakkan untuk menuntut ilmu.
Okay katanya ape? Life long learning la…
PENGKAJI
Ye la orang kata tuntut ilmu itu daripada buaian sampai la ke liang lahat, sampai ke habis
hayat menuntut ilmu.
RESPONDEN
Itu tiga sahaja Hadi dan mengisi masa lapang.
PENGKAJI
Mengisi masa lapang? So ini keempat lah mengisi masa lapang. Mengisi masa lapang dengan
aktiviti- aktiviti yang akademik…
RESPONDEN
Maksudnya adalah benda yang kita buat…
PENGKAJI
Saya mengucapkan terima kasih kepada Abang Arif kerana sudi meluangkan masa dengan
saya untuk berkongsi maklumat menganai tujuan menyambung pelajaran ke peringkat PhD
ini. Semoga berjaya.
RESPONDEN
Sama- sama Hadi. Saya juga mengucapkan terima kasih kerana sudi menemu ramah saya

You might also like