Tutorial 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tutorial (inovasi digital dalam pdp)

Bandingkan fungsi 3 agensi yang terlibat dalam meningkatkan inovasi di Malaysia iaitu
MOSTI, MAMPU dan MDEC

Multimedia Development Corporation (MDEC)

Untuk membantu dalam membina satu ekosistem digital yang mampan yang memacu ekonomi
digital Malaysia ke hadapan dan memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

1. Penggubalan dasar negara untuk pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)
2. Penggalakan secara berterusan ke arah penyelidikan dan pembangunan dalam bidang STI
3. Menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan
4. Penggubalan, pemantauan dan penyelarasan pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara
5. Menggalakkan kefahaman, kesedaran dan penghayatan terhadap STI
6. Urus setia bagi Majlis Sains Negara (NSC)
7. Urus setia bagi Majlis Inovasi Negara (NIC)
8. Urus setia bagi Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (MSPK)
9. Menjalankan perkhidmatan sainstifik dan analitikal dalam bidangbidang
• Perkidmatan Sains Analisis
• Perkhidmatan Sains Forensik DNA
• Jaminan Kualiti
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan mentransformasi sistem
penyampaian perkhidmatan awam. Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan
transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU melaksanakan enam (6) peranan
utama iaitu sebagai:

 Penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran dan pengurusan bagi perkhidmatan


awam.
 Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi
perkhidmatan awam.
 Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
perkhidmatan awam.
 Pemudah cara bagi pelaksanaan pemodenan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
 Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan perkhidmatan awam.
 Pelaksana promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam.

You might also like