Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SISTEM FEUDAL DI JEPUN

Sistem feudal boleh ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh
individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. dalam masyarakat feudal
ini, kedudukan individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis dalam masyarakat.
jepun dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah. semasa zaman Shogun Tokugawa, golongan pemerintah terdiri daripada
maharaja, shogun dan daimyo manakala golongan yang diperintah pula terdiri daripada
golongan samurai,petani,artisan,pedagang dan hamba.
lapisan pertama di jepun ialah maharaja. namun semasa pemerintahan shogun
tokugawa,maharaja tidak mempunyai kuasa. baginda hanya dianggaplambang perpaduan
sahaja. semua kuasa diambil alih oleh shogun. peranan shogun ialah sebai ketua undang-
undang,ketua ekonomi. shogun juga berperanan sebagai ketua tentera iaitu menubuhkan
jabatan seperti Go Taro, Roju, Five Elders untuk menjaga dan mengekalkan status quo serta
mengelakkan sebarang perubahan yang boleh mengugat pemerintahan keluarga hideyoshi.
lapisan kedua ialah daimyo. daimyo terbahagi kepada tiga. daimyo fudai, daimyo shimpan
dan daimyo tozama. daimyo fudai ialah ahli keluarga shogun tokugawa dan mereka
dikurniakan tanah yang sangat subur berhampiran dengan istana shogun contohnya
Nagasaki manakala daimyo shimpan terdiri daripada saudara mara shogun subur seperti
Nagoya. terakhir daimyo tozama. tozama adalah musuh kepada shogun. mereka diberikan
tanah yang kurang subur. mereka juga dikenakan cukai supaya kekayaannya tidak melebihi
shogun.
lapisan ketiga ialah samurai. samurai adalah tentera dan tidak perlu membayar cukai.
samurai akan tinggal berhampiran bandar/istana, menjaga keamanan negara, memelihara
kepentingan daimyo dan menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
daimyo. mereka diupah dengan beras. setiap samurai yidak dibenarkan terlibat dalam
sebarang pekerjaan lain walaupun ketika negara aman kerana mereka dikehendaki
mempertajamkan kemahiran bersenjata dan berperang.
golongan terakhir ialah petani. mereka menduduki tempat tertinggi .ini kerana jepun
merupakan sebuah negara pertanian yang mengamalkan dasar tutup pintu. golongan petani
melitupi hamper 80%-90% daripada jumlah penduduk. petani berperanan mencukupkan
bekalan makanan kepada negara jepun. mereka juga dikehendaki menanggung beban cukai
yang tinggi daripada jumlah hasil mereka sebagai cukai tahunan. cukai dibayar dalam bentuk
harta benda / perkhidmatan terhadap golongan daimyo.
dibawah golongan petani ialah golongan artisan. mereka merupakan golongan memiliki
kemahiran yang tinggi terutama dalam pembuatanbarang mewah. artisan mendapat
keistimewaan dan penghormatan yang tinggi kerana barangan mereka digunakan oleh
golongan daimyo. golongan tukang senjata dan golongan tukang pedang juga diberi layanan
yang istimewa. mereka diberi gaji yang lumayan, tempat tinggal yang baik nahkan mereka
juga dibenarkan menggunakan pedang untuk pertahanan diri. artisan tidak perlu bayar cukai
kerana telah memberi hadiah kepada pembesar.
golongan terakhir ialah golongan pedagang ( chonin ).golongan ini dipandang rendah dan
tidak dibenarkan mobility sosial berlaku. namun apabila zaman kian berubah dan negara
semakin aman, menyebabkan semakin banyak bandar-bandar baru yang muncul seperti
edo, Osaka, Nagoya dan sendai. keadaan ini telah menyebakan berlaku perkembangan yang
pesat dalam kalangan pedagang.
kesimpulannya,dapatlah dikatakan bahawa sistem feudal di jepun juga telah
membahagikan kepada dua lapisan. sistem ini dijalankan secara hierarki dan berdasarkan
kesetiaan rakyat kepada pemerintah.

You might also like