EDUP2102

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NAMA : SITI AISYAH BINTI MAT SULAIMAN

SEKOLAH : SK MOYOG, PENAMPANG

1. BAGAIMANA PERSPEKTIF SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN YG DPT


MEMAJUKAN MASYARAKAT
Sosiologi merupakan kajian saintifik tentang masyarakat manusia dan tingkah laku
sosial manusia. Tujuan sosiologi adalah untuk menyelidik, mengetahui dan memahami
struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan
kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan
masyarakat. Ilmu sosiologi juga tertumpu kepada kelompok masyarakat. Sosiologi
meneliti pembentukan dan corak perhubungan sosial manusia dalam kelompoknya.
Sosiologi ini dicetuskan oleh Aguste Comte maka dari itu dia dikenal sebagai
bapak sosiologi, ia lahir di Montpellier tahun 1798. Ia merupakan seorang penulis
kebanyakan konsep, prinsip dan metode yang sekarang dipakai dalam sosiologi berasal
dari Comte. Comte mengatakan bahwa tiap-tiap cabang ilmu pengetahuan manusia mesti
melalui tiga tahapan perkembangan teori secara berturut-turut yaitu keagamaan atau
khayalan, metafisika atau abstrak dan saintifik atau positif.
2. FUNGSI TEORI DLM MEMBANTU PERKEMBANGAN SOSIOLOGI DLM PEND
( SDP)
Teori utama sosiologi terbahagi kepada tiga iaitu teori fungsionalisme, teori konflik dan teori
interaksionisme.
1)TEORI FUNGSIONALISME
Ia menjelaskan bahawa ahli masyarakat dan intitusi dalam sesebuah komuniti itu
saling bergantung antara satu sama lain.Tujuan ia adalah untuk mencapai keharmonian dalam
masyarakat untuk kestabilan negara.
Fungsi utama sekolah ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan tingkah laku yang
dikehendaki untuk memastikan kesejahteraan ahli masyarakatnya. Mengikut teori ini,tugas
utama pendidikan ialah untuk mensosialisasikan kanak-kanak dengan norma, nilai-nilai dan
peraturan yang terdapat dalan sesebuah masyarakat.
Teori fungsionalisme seterusnya menekankan kepada aspek memilih dan melatih.
Mengikut teori ini semua kanak-kanak akan mendpat peluang yang sama untuk menyumbang
kepada perkembangan masyarakatnya.Mereka yang berjaya akan mendapat kedudukan paling
tinggi dalam hierarki masyarakatnya.
Teori ini juga menekankan kepada struktur dan fungsi organisasi.Sebagai
contoh,dalam sesebuah sekolah kita dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan
bagaimana setiap ahli dalam sekolah berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan
matlamat yang telah ditetapkan.

2) TEORI KONFLIK
Max Weber (1964-1920) adalah orang yang mengaitkan teori konflik dengan
pendidikan.Beliau mengaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah untuk mendidik pelajar
tentang status budaya. Hubungan di antara kuasa dan kepentingan akan menimbulkan konflik
di antara individu dan kumpulan, ia akan mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat
tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa dalam sekolah terdapat “orang dalam” yang mana
status budayanya diperkukuhkan melalui pengalaman sekolah,manakala “orang luar”
berdepan dengan halangan untuk mencapai kejayaan mereka di sekolah.
Sekolah berfungsi memberi latihan tentang sikap,tingkah laku,kemahiran,intelektual
dan sosialisasi. Mengikut ahli yang mengkaji teori konflik jawatan berstatus tinggi dalam
masyarakat akan dikuasai oleh mereka yang berasal daripada keluarga sosioekonominya
tinggi manakala jawatan berstatus rendah pula dipegang oleh mereka yang datang daripada
keluarga yang tahap ekonominya rendah. Teori konflik menunjukkan bahawa wujudnya
pelajar adalah untuk mengisi susun lapis masyarakat.Susun lapis ini wujud mengikut
kedudukan sosioekonomi keluarga mereka.
Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya.Contohnya guru diarah
melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas
mengajar. Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di
arah.
Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat
keputusan yang cemerlang dan ini telah merampas sebahagian usia kanak-kanak.Mereka
masih ingin bermain dengan rakan sebaya.Konflik yang tercetus dalam jiwa kanak-kanak hari
ini telah menbuat mereka terpaksa menerima tekanan dan sekiranya gagal mereka dilabelkan
sebagai pemalas dan lembap.

3) TEORI INTERAKSIONISME
Teori ini lebih menfokuskan kepada meneliti makna-makna yang dibentuk oleh
masyarakat yang terlibat terutamanya guru dan murid. Mereka juga melihat kepada aspek
organisasi sekolah yang membentuk realiti sosial dan tidak melihat bagaimana masyarakat
mempengaruhi sekolah. Contohnya,mereka akan mengkaji bagaimana murid mempunyai
perangai tidak baik di sekolah dengan melihat cara murid berinteraksi dengan guru.Kelakuan
tidak baik itu tidak dikaitkan dengan latar belakang kelas sosial dalam masyarakat.
Blackledge dan Hunt (1985) telah menggalurkan beberapa andaian yang selalu
digunakan oleh perspektif mikro iaitu aktiviti harian. Kita mesti melihat aktiviti harian
kerana semua aspek kehidupan manusia melibatkan aksi-aksi kehidupan seharian.Sistem
pendidikan dihidupkan oleh aktiviti-aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh guru-guru,murid-
murid,pentadbiran dan seumpamanya.
3. BAGAIMANA KEMAJUAN SEKOLAH & MASYARAKAT DAPAT DICAPAI
MELALUI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Francis Broun mengemukakan bahawa sosiologi pendidikan memperhatikan pengaruh


keseluruhan lingkungan budaya sebagai tempat dan cara individu memproleh dan
mengorganisasi pengalamannya. Sedang S. Nasution mengatakan bahwa sosiologi
pendidikan adalah Ilmu yang berusaha untuk mengetahui cara-cara mengendalikan proses
pendidikan untuk memproleh perkembangan kepribadian individu yang lebih baik.
Dari kedua pengertian ini, Sosiologi pendidikan dapat menganalisis proses
sosialisasi anak, baik dalam keluarga, sekolah, maupun masyarakat. Dalam hal ini harus
diperhatiakan pengaruh lingkungan dan kebudayaan masyarakat terhadap perkembangan
pribadi anak. Misalnya, anak yang terdidik dengan baik dalam keluarga yang religius,
setelah dewasa/tua akan cendrung menjadi manusia yang religius pula. Anak yang terdidik
dalam keluarga intelektual akan cendrung memilih/mengutamakan jalur intlektual pula,
dan sebagainya.
Banyak pakar yang beranggapan bahawa pendidikan memberikan kemungkinan
yang besar bagi kemajuan masyarakat, karena dengan memiliki ijazah yang semakin tinggi
akan lebih mampu menduduki jabatan yang lebih tinggi pula (serta penghasilan yang lebih
banyak pula, guna menambah kesejahteraan social).
Disamping itu dengan pengetahuan dan keterampilan yang banyak dapat
mengembangkan aktivitas serta kreativitas social.
Sosiologi pendidikan bertujuan menganalisis partisipasi orang-orang
terdidik/berpendidikan dalam kegiatan social. Peranan/aktivitas warga yang berpendidikan
/ intelektual sering menjadi ukuan tentang maju dan berkembang kehidupan masyarakat.
Sebaiknya warga yang berpendidikan tidak segan- segan berpartisipasi aktif dalam
kegiatan social, terutama dalam memajukan kepentingan / kebutuhan masyarakat. Ia harus
menjadi motor penggerak dari peningkatan taraf hidup social.
4. IMPLIKASI SOSIOLOGI DLM PENDIDIKAN KPD GURU
1. Konflik sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya. Contohnya guru diarah
melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas
mengajar. Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di
arah.

2. Sosiologi pendidikan memberi kepada guru- guru latihan. Latihan yang efektif dalam
bidang sosiologi sehingga dapat memberikan sumbangannya secara cepat dan tepat kepada
masalah pendidikan. Seperti sosiologi yang digunakan untuk meningkatkan teknik mengajar
yaitu metode sosiodrama, dan bermain peranan (role playing).
3. Sosiologi pendidikan tidak hanya mempelajari masalah – masalah sosial dalam pendidikan
saja, melainkan juga hal – hal lain, seperti tujuan pendidikan, bahan kurikulum, strategi
belajar, sarana belajar, dan sebagainya.

You might also like