Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Set 3 : Soalan Objektif

Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat pilihan jawapan. Bagi setiap soalan,
pilih satu jawapan yang tepat atau yang paling sesuai.

1. Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada


pengguna?
A Meningkatkan imej perniagaan
B Meningkatkan pendapatan negara
C Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
D Memenuhi keperluan dan kehendak

2. Antara berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?
A Pengilangan dan pembuatan
B Perkhidmatan Awam
C Pembalakan
D Pembinaan

3. Antara yang berikut, yang manakah perniagaan berskala antarabangsa?


I Kedai Gunting Rambut Ravi
II Sistem Penerbangan Malaysia Berhad
III Syarikat Petroleum Nasional Berhad
IV Pusat Tuisyen Tunas Bestari
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4. Maklumat di bawah berkaitan dengan klasifikasi perniagaan.


Syarikat Penang Logistik ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan
pengangkutan. Syarikat ini mempunyai 80 orang pekerja dan mencapai jualan
tahunan sebanyak RM25 juta.
Syarikat di atas dikenal sebagai
A perniagaan bersaiz kecil
B perniagaan bersaiz besar
C perniagaan bersaiz mikro
D perniagaan bersaiz sederhana

5. Apakah bidang kerajaan pusat dalam menangani isu ekonomi dan perniagaan?
A Kewangan
B Kemudahan infrastruktur
C Pertukaran mata wang asing
D. Penyediaan pusat perniagaan

6. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM)?
I. memberi pinjaman jangka panjang kepada perniagaan.
II. menyediakan pelbagai perkhidamatan penerimaan wang.
III. mengawal selia sistem pembayaran negara.
IV. memantau dan mengawal keadaan ekonomi.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

7. Trend persekitaran perniagaan bermaksud suatu arah aliran perkembangan sesuatu


perniagaan. Pernyataan yang manakah adalah tepat?
Trend Pernyataan
A Trend menurun Operasi perniagaan tidak stabil
B Trend meningkat Operasi perniagaan semakin merosot
C Trend menurun Operasi perniagaan dalam keadaan malar
D Trend mendatar Operasi perniagaan tiada perubahan ketara

8. Encik. Arif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran
dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan
perniagaan tersebut?
A. Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
B. Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah
C. Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan
D. Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor

9. Pernyataan manakah yang menerangkan misi perniagaan?


A Sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi.
B Melibatkan fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang
C Dibentuk sebagai ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan untuk mencapai
matlamat perniagaan
D Satu kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan
mengetahui hasil yang diperoleh.
10. Maklumat yang berikut berkaitan dengan pernyataan objektif sebuah organisasi perniagaan.

Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga
bulan yang akan datang.
Apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?
A Fleksibel
B Boleh diukur
C Mudah difahami
D Munasabah

11. Maklumat berikut tentang kamera berjenama Kodak.

Kodak adalah perintis dalam industri kamera digital yang cukup hebat. Namun idea
untuk memperkenalkan kamera digital menggantikan era kamera berasaskan filem
kepada umum telah ditolak oleh pihak pengurusan. Pada tahun 2012, syarikat ini
telah diisytihar bankrap atas kegagalan mengikuti perkembangan teknologi semasa.

Apakah kesan yang dihadapi oleh Kodak akibat dari kegagalan mencapai matlamat dan
objektif organisasi.
I Imej perniagaan terjejas
II Gagal dalam persaingan dengan syarikat lain
III Peningkatan dalam jualan syarikat
IV Mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Pencapaian visi, misi dan objektif boleh dinilai berdasarkan kriteria semasa menghasilkan
visi, misi dan objektif perniagaan. Antara berikut, yang manakah merupakan kriteria
penilaian yang boleh digunakan.
I Syer Pasaran
II Titik Pulang Modal
III Analisis Kekuatan Syarikat
IV Kapasiti operasi perniagaan sedia ada
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?
I Pembahagian kerja
II Hierarki pengurusan
III Panduan keselamatan
IV Peraturan dalam organisasi
A. I dan II
B. I dan IV
C II dan III
D. III dan IV

14. Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sebuah
organisasi perniagaan?
A. Dapat meningkatkan produktiviti
B. Memudahkan pengurusan inventori
C. Dapat membuat perancangan kewangan
D. Memastikan keselamatan sistem ICT

15. Rajah di bawah ini menunjukkan proses komunikasi.

Penghanta
W X Y Penerima
r

Apakah unsur W, X, Y dan Z?

W X Y Z
A Maklum balas Dekod Saluran Enkod
B Dekod Saluran Enkod Maklum balas
C Saluran Enkod Maklum balas Dekod
D Enkod Saluran Dekod Maklum balas

16. Apakah tujuan pembangunan produk dan pasaran baharu?


A. Memperkenalkan produk sedia ada kepada pasaran baharu
B. Memperkenalkan produk baharu kepada pasaran sedia ada
C. Memastikan produk memenuhi piawaian yang ditetapkan
D. Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada

17. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia?


A Pengurusan modal awal yang digunakan untuk perniagaan
B Pengurusan rekod kewangan sesebuah organisasi perniagaan
C Pengurusan aset yang berbentuk ketara untuk dimanfaatkan organisasi bagi
menjalankan perniagaan
D Pengurusan modal insan yang memfokuskan kepada keperluan tenaga kerja dan
pembahagian kerja

18. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan membangunkan pasukan untuk
mencapai sasaran dalam pengurusan sumber manusia dalam sesebuah perniagaan?
A Teknik merekrut dan proses pemilihan pekerja
B Program latihan pembangunan yang berterusan
C Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan
D Mewujudkan kerjasama melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kemahiran

19. Yang manakah benar tentang peranan bahagian fungsian kewangan organisasi

sesebuah perniagaan ?

A Mengurus kewangan setiap bahagian dalam organisasi

B Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi

C Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan organisasi

D Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan organisasi

20. Apakah itu Standard Prosedur Operasi (SOP)?


A Dokumen bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi-fungsi
tertentu.
B Dokumen bertulis untuk menyebar luas peraturan pengurusan organisasi kepada semua
pekerja.
C Dokumen bertulis untuk menerangkan secara terperinci perjalanan operasi sesuatu unit
dalam organisasi.
D Dokumen bertulis untuk memastikan operasi perniagaan mengikut segala keperluan yang
dikehendaki oleh pihak pengurusan tertinggi

21. Berikut merupakan kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada seseorang individu untuk
memohon sesuatu perkerjaan KECUALI
A Kemahiran berkomunikasi
B Kerja berpasukan
C Tidak boleh menyelesaikan masalah
D Penggunaan teknologi terkini

22. Antara yang berikut, manakah fungsi ganjaran kepada pekerja?


I Untuk menaikkan imej
II Untuk mewujudkan kesetiaan
III Untuk meningkatkan motivasi
IV Untuk mengurangkan tekanan kerja
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23. Encik Salleh bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang. Apakah potongan wajib ke atas
gaji yang beliau terima?
I Bayaran skim insurans
II Caruman kepada KWSP
III Caruman kepada PERKESO
IV Bayaran ansuran pinjaman perumahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

24. Manakah merupakan sumber fizikal sebuah syarikat pengiklanan?


A Pekerja mahir
B Bahan mentah
C Kilang dan mesin
D Bangunan dan kemudahan

25. Pernyataan manakah yang benar tentang tujuan penyelenggaraan yang dilaksanakan
oleh sesebuah organisasi?
A Memastikan bahan mentah selamat digunakan
B Mengurangkan kecacatan dan kerosakan pada stok
C Memanjangkan jangka hayat penggunaan produk siap
D Meminimumkan kos operasi dan perbelanjaan organisasi

26. Bagaimanakah perniagaan melindungi sumber teknologi?


A Memohon kelulusan daripada SIRIM
B Memohon lesen daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
C Mendaftar paten dan hak cipta terpeliharan dengan pihak MyIPO
D Mendaftar paten dan hak cipta terpelihara dengan syarikat insurans
27. Syarikat Penerbitan Berjaya memohon hak cipta terpelihara bagi beberapa karya yang
diterbitkan. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?
A Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka
B Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat
C Mendapatkan kelulusan untuk menjual harga diskaun
D Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar negara

28. Manakah kelemahan sumber pembiayaan luaran daripada bank atau institusi
kewangan?
A Modal terhad
B Jumlah pinjaman yang terhad
C Memerlukan cagaran dalam bentuk harta
D Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

29. Gambar di bawah menunjukkan suatu jenis bank.

Manakah yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan daripada agensi


berkenaan?
I Salinan bil utiliti
II Lesen perniagaan
III Salinan kad pengenalan
IV Salinan lesen pihak berkuasa tempatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

30. Apakah maklumat yang terkandung dalam penyata kewangan?


I Potensi perniagaan
II Kelemahan perniagaan
III Keuntungan perniagaan
IV Kedudukan ekuiti perniagan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

31. Manakah aset semasa?


A Inventori
B Bangunan
C Kenderaan
D Kelengkapan pejabat

32. Apakah tujuan Penyata Aliran Tunai disediakan?


A Menghitung lebihan atau kurangan tunai
B Merekodkan wang masuk dan wang keluar
C Menghitung untung bersih dan kasar syarikat
D Merekodkan segala penerimaan dan perbelanjaan modal

33. Antara berikut, situasi manakah menunjukkan ciri-ciri usahawan yang pandai
mengambil peluang perniagaan?
A Puan Siti menambahkan stok baju di kedainya
B Encik Muthusamy merasmikan cawangan baharu perniagaannya
C Encik Zailan melantik dua orang Pengurus pengeluaran di syarikatnya
D Cik Amelia membuka taska kanak-kanak di kawasan perumahan baharu

34. Mengapakah promosi penting dalam proses pemasaran barangan pengguna?


A Menentukan harga yang sesuai
B Menjamin keuntungan yang tinggi
C Menghadapi persaingan daripada pengeluar lain
D Menghasilkan produk yang dapat memenuhi kehendak pengguna

35. Pernyataan yang manakah menggambarkan tentang ciri-ciri keperibadian seorang


usahawan?
A Usahawan yang tabah akan mudah berputus asa
B Usahawan yang bijak akan pandai merebut peluang perniagaan
C Usahawan yang berdikari akan sentiasa mengharapkan bantuan orang lain
D Usahawan yang optimistik akan sentiasa membangunkan kehidupannya sahaja
36. Pernyataan manakah menunjukkan faedah mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM)?
A Untuk mendapat ganjaran daripada SSM
B Untuk memudahkan mendapat rakan kongsi
C Untuk mendapatkan lesen premis dan permit perniagaan
D Untuk memudahkan usahawan menyediakan dasar perniagaan

37. Apakah ciri-ciri jenama yang baik?


A Tahan lama
B Senang dikunjungi
C Senang dibawa
D Mudah diingat

38. Rancangan Perniagaan disediakan untuk keperluan individu-individu seperti berikut


kecuali ?
A Bank
B Pelanggan
C Usahawan
D Agensi Kerajaan

39. Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?


A Mencari pekerjaan yang baharu
B Panduan memberikan pinjaman
C Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
D Untuk membuat pelaburan di dalam perniagaan

40. Antara berikut pernyataan manakah bukan tujuan utama rancangan perniagaan
disediakan?
A Memohon pinjaman modal daripada rakan kongsi
B Merancang pelaksanaan perniagaan
Memberi keyakinan kepada bank untuk membiayai kos pelaksanaan
C
perniagaan
D Menyakinkan pihak pembekal untuk memberi kemudahan kredit atas barangan
yang dibekalkan

SKEMA JAWAPAN BAGI KERTAS 1 - SET 3

1. D 21. B
2. C 22. C
3. C 23. C
4. D 24. D
5. A 25. D
6. D 26. C
7. D 27. A
8 B 28. C
9. C 29. C
10 B 30. D
.
11 A 31. A
.
12 A 32. A
.
13 A 33. D
.
14 D 34. C
.
15 D 35. B
.
16 B 36. C
.
17 D 37. D
.
18 A 38. B
.
19 A 39. C
.
20 C 40. A
.

You might also like