Anti - Malarial & Anti - Filarial

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

MALARIA

1. PENGENALAN

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit protozoa yang


paling biasa di dunia, iaitu plasmodium yang menyumbang kepada lebih
kurang 3 juta kes dan 1.5 hingga 2.7 juta kematian setiap tahun. Ia disebarkan
oleh nyamuk betina genus Anopheles [nyamuk tiruk], terutamanya Anopheles
Sundaicus di Asia dan Anopheles Gambiae di Afrika.
Ramai orang mendapat malaria semasa mengembara ke negara-negara
tropika atau subtropika. Malaria berlaku di kebanyakan bahagian sub Sahara
Arika, Asia Tenggara dan Selatan, Mexico, Haiti, Amerika
Tengah dan Selatan, Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon.
Malaria merupakan penyakit berjangkit bawaan vektor yang disebabkan oleh
parasit protozoa. Ia meluas di kawasan tropika dan subtropika, termasuk
sebahagian dari Amerika, Asia, dan Afrika. Setiap tahun, ia menyebabkan
penyakit pada sekitar 650 juta orang dan membunuh antara satu hingga tiga
juta, kebanyakannya kanak-kanak di Sub-Sahara Afrika. Malaria biasanya
dikaitkan dengan kemiskinan, tetapi turut merupakan punca kemiskinan dan
penghalang utama kepada pembangunan ekonomi.

1
2. LATAR BELAKANG

Malaria merupakan salah satu penyakit berjangkit biasa dan masaalah


kesihatan umum yang besar. Penyakit ini disebabkan oleh
parasit protozoa dari genus Plasmodium. Bentuk penyakit ini yang paling
serious disebabkan oleh Plasmodium falciparum dan Plasmodium vivax, tetapi
spesies berkait yang lain seperti Plasmodium ovale, Plasmodium malariae,
dan kadang-kala Plasmodium knowlesi turut mampu menjangkiti manusia.
Kumpulan patogenik manusia spesies Plasmodium ini dirujuk sebagai parasit
malaria.
Parasit Malaria disebar oleh nyamuk Anopheles betina. Parasit membiak
dalam sel darah merah, menyebabkan simptom termasuk anemia, kepala rasa
ringan, semput nafas, takikardia dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga
simptom umum lain seperti demam, sejuk, mual, penyakit seperti selsema,
dan dalam kes teruk, koma dan kematian. Penyebaran Malaria boleh
dikurangkan dengan menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk
dan penghalang serangga, atau melalui langkah pengawalan nyamuk seperti
menyembur racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air
bertakung di mana nyamuk bertelur.
Tiada vaksin yang berkesan bagi kesan malaria; ubat penghalang mesti
diambil secara berterusan bagi menghalang risiko jangkitan. Rawatan
ubat profilaktik sering kali terlalu mahal bagi mereka yang tinggal di kawasan
endemik. Kebanyakan orang dewasa dalam kawasan endemik mempunyai
jangkitan ulangan jangka panjang dan juga separuh kebal; kekebalan
berkurangan menurut tempoh dan dewasa sebegitu mungkin terdedah kepada
malaria teruk sekiranya mereka tinggal lama dikawasan bukan endemik.
Mereka disaran mengambil langkah berjaga-jaga sepenuhnya sekiranya
mereka kembali ke kawasan endemik. Jangkitan Malaria dirawat melalui
penggunaan ubat anti-malaria, seperti quinine atau hasilan artemisinin,
sungguhpun malaria kebal ubat semakin menjadi kebiasaan.

2
ANTI - MALARIA
Ubat yang digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit malaria.
Terdapat beberapa keluarga ubat yang digunakan bagi merawat malaria.
Chloroquine adalah amat murah dan sehingga baru-baru ini, amat berkesan,
yang menjadikannya ubat anti-malaria pilihan selama beberapa tahun di
kebanyakan bahagian dunia. Bagaimanapun, ketahanan Plasmodium
falciparum kepada Chloroquine telah tersebar dari Asia ke Afrika, menjadikan
ubat ini tidak berkesan bagi jenis Plasmodium paling merbahaya di
kebanyakan kawasan di dunia. Di kawasan di mana Chloroquine masih
berkesan, ia kekal sebagai pilihan pertama. Malangnya, ketahanan
Chloroquine di kaitkan dengan pengurangan kesensitifan kepada ubatan lain
seperti Quinine dan Amodiaquine.

Terdapat beberapa bahan lain yang digunakan bagi rawatan dan,


sebahagiannya, bagi menghalang atau mencegah [profilaksis]. Banyak jenis
ubat boleh digunakan bagi kedua-dua tujuan; dos besar bagi merawat kes
pesakit malaria. Kegunaannya bergantung sebahagian besarnya kepada
kekerapan ketahanan parasit di daerah ubat tersebut digunakan. Sejenis ubat
yang kini (2007) sedang disiasat bagi kemungkinan digunakan sebagai
anti-malaria, terutama bagi merawat jenis tahan ubat, beta blocker propranolol.
Propranolol telah dibuktikan sebagai menghalang kedua-dua keupayaan
Plasmodium untuk memasuki sel darah merah dan memulakan jangkitan,
Selain itu juga ia bertindak sebagai penggandaan parasit. Dalam sebuah
kajian, penyelidik telah mencadangkan bahawa propranolol mungkin
mengurangkan dos yang diperlukan bagi dadah sedia ada bagi memberi
kesan kepada P. falciparum dengan 5-10 kali ganda, mencadangkan peranan
dalam rawatan gabungan.

3
JENIS - JENIS RAWATAN [RX]

1. RAWATAN PROFILAKSIS / PENCEGAHAN [PREVENTION]


Ubat untuk mencegah jangkitan selepas digigit oleh nyamuk
anopheles. Ubat ini membunuh parasit di dalam sel hati dengan
merencatkan enzim yang menukar asid folik menjadi asid folinik dalam
parasit malaria.

2. RAWATAN MENEKAN [SUPPRESSION]


Ubat ini menghalang parasit malaria dari menghadam hemoglobin
[Hb]. Ini menyebabkan parasit tidak mendapat asid amino yang diperlukan
untuk pembentukan DNA [parasit akan mati].

3. RAWATAN RADIKAL [TREATMENT]


Ubat ini untuk membunuh parasit malaria dalam badan iaitu bunuh
semua parasit malaria untuk mencegah relapse dan bunuh gametosit agar
mencegah nyamuk dari dijangkitinya semula.

4. RAWATAN KOMBINASI

4
CONTOH UBAT

1. CHLOROQUINE PHOSPHATE [ARALEN]

Prescriber ialah golongan Kategori C.


Dos bagi ubat jenis ini terbahagi kepada 5. Pertama, Prevention &
Treatment untuk dewasa. Bagi peringkat permulaan, beri ubat 600mg per oral
[PO]. Kemudian, 300mg PO selepas 6 jam berikutnya dan 300mg / hari PO
selama 2/7.
Kedua, Suppression untuk dewasa. Dos yang diberikan ialah 300mg PO.
Berikan selama seminggu sekali pada hari yang sama selama 2/52 dan
kemudian teruskan sehingga 6-8/52.
Ketiga, Prevention & Treatment untuk kanak-kanak <4 tahun. Bagi
peringkat permulaan, beri ubat 150mg PO. Kemudian, 75mg selepas 6 jam
berikutnya PO dan 75mg / hari PO selama 2/7.
Keempat, Prevention & Treatment untuk kanak-kanak >4 tahun. Bagi
peringkat permulaan, beri ubat 300mg PO. Kemudian, 150mg selepas 6 jam
berikutnya PO dan 150mg / hari PO selama 2/7.
Akhir sekali, Suppression untuk kanak-kanak iaitu 5mg / kg PO. Berikan
selama seminggu sekali pada hari yang sama selama 2/52 dan kemudian
teruskan sehingga 6-8/52.
Ubat ini boleh mendatangkan beberapa jenis kesan sampingan. Antaranya
ialah hilang selera makan [LOA], susut berat badan [LOW], nausea dan
gangguan penglihatan.
Kontraindikasi ubat ini ialah orang yang kekurangan G6PD, penyakit CNS
dan retinopati.
Interaksi ubat ini ialah kortikosteroid, Mefloquine, Quinacrine,
Pyrimethamine / Sulphadoxine, antasid dan Halofantrine / Amiodarone.
Ubat ini perlulah disimpan pada tempat yang mempunyai suhu 15 - 30℃.
Cautious bagi ubat ini pula ialah orang yang mempunyai masalah
kerosakan ginjal dan mengandung.

5
2. DOXYCYCLINE [VIBRAMYCIN]

Prescriber ialah golongan kategori A.


Dos bagi ubat jenis ini terbahagi kepada 2 iaitu dewasa dan kanak-kanak.
Bagi golongan dewasa, berikan ubat 200mg pada hari pertama, kemudian
diikuti dengan 100mg / hari. Golongan dewasa yang mempunyai infeksi teruk
[severe infection], beri 200mg / hari.
Bagi golongan kanak-kanak <45 kg, berikan ubat 4.4mg / kg, diikuti
dengan 2.2mg / kg. Jika terdapat infeksi yang lebih teruk [more severe
infection], beri ubat maksimum 4.4mg / kg.
Kesan sampingan bagi ubat ini ialah GI distress, anoreksia, tooth
discolouration, pening kepala, nausea, muntah. Selain itu, ia juga akan beri
reaksi anafilaktik seperti angioedema, SLE exacerbation, perikarditis,
hipersensitiviti, serum sickness, hipotensi, dispnea, takikardia, edema periferi
dan urtikaria. Akhir sekali, ubat ini akan berikan reaksi fotosensitiviti, ruam
seperti makulopapular dan ruam erythematous.
Kontraindikasi ubat ini ialah alergik, mengandung, kanak-kanak <12 tahun
dan hipersensitiviti kepada doxycycline atau mana-mana tetracyclines.
Cautious ubat ini pula ialah Myasthenia gravis, renal / hepatic impairment
dan laktasi.
Ubat ini akan berinteraksi dengan anti-koagulan, penicillin, antasid, ferum
dan methotrexate.

6
3. MEFLOQUINE [LARIAM]

Prescriber ialah golongan kategori A*.


Ubat ini hanya diberikan kepada golongan dewasa. Dos bagi ubat jenis ini
ialah 15mg / kg PO [single dose] untuk permulaan dan diikuti dengan 10mg /
kg PO selepas 6-24 jam.
Ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti nausea, muntah,
diarea, sakit bahagian abdominal, sakit kepala, pening kepala atau vertigo,
pruritus, ruam, anoreksia, sleep disorders [insomnia dan mimpi abnormal].
Selain itu, ia akan menyebabkan gangguan neuropsikatrik termasuk motor dan
sensor neuropathies, ataxia, tremor dan masalah penglihatan [retinal
degeneration or optic neuropathy].
Kontraindikasi bagi ubat ini ialah alergik, psikosis, convulsion, severe
hepatic impairment dan hipersensitiviti terhadap quinine dan quinindine.
Cautious ubat ini pula ialah impaired liver function, renal impairment, CV
disease, mengandung, laktasi, kanak-kanak, acute anxiety, restlessness.
Ubat ini akan berinteraksi dengan produk quinine, beta blocker,
anti-histamin dan phenothiazines.

7
4. PRIMAQUINE PHOSPHATE

Prescriber ialah golongan kategori B.


Dos bagi ubat jenis ini terbahagi kepada 2 iaitu dewasa dan kanak-kanak.
Bagi golongan dewasa, dos yang diberikan ialah 15mg / hari PO selama 14/7.
Dos yang lebih tinggi atau rawatan yang panjang diperlukan jika seseorang itu
‘resistance’ terhadap P. vivax.
Bagi golongan kanak-kanak pula, dos yang diberikan ialah 0.3mg / kg /
hari PO selama 14/7.
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan seperti gangguan GI iaitu
nausea, muntah dan diarea. Selain itu, ia juga akan menyebabkan hemolitik
anemia dan methaemoglobinemia. Antara kesan lain ialah hipertensi, kardiak
aritmia, prolonged QT interval on ECG, leukopenia dan agranulosit.
Kontraindikasi bagi ubat ini ialah bone marrow suppression dan system
lupus erythematous [SLE].
Cautious bagi ubat ini ialah kekurangan G6PD, kekurangan NADH
methaemoglobin, kanak-kanak, mengandung dan laktasi.
Ubat ini akan berinteraksi dengan mepacrine.

8
5. QUININE SULPHATE

Prescriber ialah golongan kategori B.


Dos bagi ubat jenis ini terbahagi kepada 3 iaitu Suppression adult,
Treatment adult dan Treatment kanak-kanak.
Untuk suppression adult, dos yang diberikan ialah 300-600mg / hari PO
[sekali].
Manakala untuk treatment adult, dos yang diberikan ialah 1200-2000mg /
hari PO [divided dose].
Bagi treatment kanak-kanak <1 tahun, dos yang diberikan ialah
100-200mg / hari.
Kanak-kanak 1-3 tahun, 200-300mg / hari.
Kanak-kanak 4-6 tahun, sehingga 500mg / hari.
Kanak-kanak >7 tahun, sehingga 1000mg / hari.
Kesemua dos diberikan selama 7-10/7 dalam dos yang berasingan iaitu
2-3 dos.

9
6. QUININE DIHYDROCHLORIDE

Prescriber ialah golongan kategori B.


Ubat jenis ini hanya diberikan kepada golongan dewasa. Dos bagi ubat ini
ialah 60mg tds [slow IV / slow IV infusion in 200ml saline]. Kadar dos yang
diberikan mestilah tidak lebih 50mg / min.
Ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala,
demam, muntah, lemah otot, keliru, buta dan pekak.
Kontraindikasi bagi ubat ini ialah hemoglobinuria.
Cautious bagi ubat ini ialah atrial fibrilasi, CV disease dan myasthenia
gravis.
Ubat ini akan berinteraksi dengan amiodarone, digoxin dan cimetidine.

10
7. FANSIDAR [PYRAMETHAMINE 25MG + SULFADOXINE 500MG]

Prescriber ialah golongan kategori B.


Dos bagi ubat jenis ini terbahagi kepada 2 iaitu dewasa dan kanak-kanak.
Bagi golongan dewasa, dos yang diberikan ialah 2-3 tab / hari.
Bagi kanak-kanak <4 tahun, dos yang diberikan ialah 1/2 tab / hari.
Kanak-kanak 4-8 tahun, 1 tab / hari.
Kanak-kanak >8 tahun, 2 tab / hari.
Ubat ini juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti ruam,
gangguan GI, Steven Johnson Syndrome, blood dyscrasias dan kerosakan
hepar.
Kontraindikasi bagi ubat ini ialah alergik, bayi yang baru lahir,
mengandung dan kegagalan renal / hepatic.
Ubat ini juga boleh berinteraksi dengan folate antagonist.

11
FILARIASIS

1. PENGENALAN

Penyakit untut adalah disebabkan parasit Filariasis dan merupakan jenis


penyakit menular di kawasan tropika, disebabkan oleh cacing filaria
atau cacing gelang yang bersifat parasit seperti benang. Wuchereria
bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori, kesemuanya disebarkan
oleh nyamuk. Ia amat jarang berlaku di negara Barat.
Penyakit ini disebabkan oleh cacing parasit jenis Filarioidea. Dalam
kebanyakan kes, penyakit ini tidak menunjukkan simptom. Namun begitu, ada
kes yang menunjukkan bengkak yang ketara pada bahagian lengan, kaki
atau genital. Kulit juga boleh menebal dan kesakitan mungkin dapat dirasakan.
Perubahan pada badan ini boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi
kepada individu yang dijangkiti.
Cacing ini disebarkan oleh gigitan nyamuk yang dijangkiti. Jangkitan
biasanya bermula semasa individu yang dijangkiti itu masih kanak-kanak.
Terdapat tiga jenis cacing yang menyebabkan penyakit ini iaitu Wuchereria
bancrofti, Brugia malayi dan Brugia timori. Wuchereria bancrofti adalah cacing
yang paling biasa ditemui. Cacing ini merosakkan sistem limfa. Penyakit ini
didiagnos dengan melihat darah yang diambil pada waktu malam
menggunakan mikroskop. Darah hendaklah dalam bentuk calitan tebal dan
diwarnakan dengan Giemsa. Menguji darah untuk antibodi yang melawan
penyakit ini juga boleh dilakukan.
Pencegahan adalah dengan merawat kesemua kumpulan di tempat
penyakit ini dikesan setiap tahun dalam usaha membasmi penyakit ini
habis-habisan. Langkah ini mengambil masa kira-kira enam tahun. Ubat yang
digunakan termasuk albendazole dengan ivermectin atau albendazole
dengan diethylcarbamazine. Ubat-ubat ini tidak membunuh cacing dewasa
tetapi mencegah penyakit ini daripada terus merebak sehingga cacing
tersebut mati dengan sendirinya. Usaha mencegah gigitan nyamuk juga
disarankan. Usaha ini termasuk mengurangkan bilangan nyamuk dan
menggunakan kelambu.

12
2. LATAR BELAKANG

Lebih daripada 120 juta orang dijangkiti filariasis limfa. Kira-kira 1.4 orang
menghadapi risiko penyakit ini di 73 buah negara. Penyakit ini paling biasa
ditemui di Afrika dan Asia. Penyakit ini mengakibatkan kerugian ekonomi
sebanyak berbilion dolar setahun. Bentuk Untut yang paling biasa
adalah elephantitis [bengkak dibahagian alat kelamin atau peha], yang
merupakan penyakit pertama disedari disebarkan oleh serangga. Elephantitis
disebabkan parasit tinggal di nodus sistem limfa.
Pada tahun 1866, Otto Wecherer membuktikan kehadiran filiria, atau larva
filiria, dalam air kencing.
Pada tahun 1871, Timoth Lewis menjumpai kehadiran microfilaria dalam
darah [peripheral], kemudian pada 1876, Joseph Bancroft menjumpai bentuk
dewasa. Akhirnya pada tahun 1878, Patrick Manson melaporkan
perkembangan Wechereria bancrofti dalam nyamuk.
Untut [Filariasis] adalah endemik di kawasan tropika
di Asia, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Elephantitis cenderung menyerang bahagian bawah affects, manakala
telinga, selaput hingus, dan kudung jarang diserang; bagaimanapun, ia
bergantung kepada jenis spesies filaria. Wechereria bancrofti mampu
menyerang kaki, lengan vulva, buah dada, sementara Brugia timori jarang
menjangkiti alat kelamin.

13
CONTOH UBAT

1. DIETHYLCARBAMAZINE CITRATE [HETRAZAN]

Prescriber ialah golongan kategori B.


Agen utama rawatan infestasi flariasis. Bunuh mikrofilaria yang berada
dalam peredaran darah dan limfa. Mudah diserap daripada salur GI ke dalam
salur darah. Cepat tersebar ke tisu kecuali tisu lemak dan dikumuhkan
terutamanya melalui ginjal.
Ubat ini hanya diberikan kepada golongan dewasa. Dos yang diberikan
ialah 1mg / kg tid PO pada hari pertama. Kemudian tingkatkan selepas 3 hari
kepada 6mg / kg / hari [divided dose]. Kekalkan selama 21/7.
Ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, GI
upset, ruam, fasial edema dan pruritus.
Kontraindikasi bagi ubat ini ialah alergik.
Cautious terhadap renal impairment.
Ubat ini tidak mempunyai sebarang interaksi dengan ubat lain.

14

You might also like