Modul Stem Guru-Guru Sekolah Rendah 2018 Perak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

MODUL HANDS-ON

KOLOKIUM PENDIDIKAN

STEM PERAK 2018


“WAYS TO
SIMPLIFY STEM
FOR YOUNG
ENGINEER”

Pengendali :
Cikgu Norhayaty Yahya
MODUL HANDS-ON

KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM

2018

Projek 1
CUPS STACK
CHALLENGE
TAJUK : CUPS STACK CHALLENGE

PENERANGAN PROJEK :
“Cup Stack” adalah aktiviti STEM berkumpulan yang menarik untuk memupuk kerja
berpasukan. Sesetengah kumpulan dapat menyelesaikan tugas dengan cepat manakala
kumpulan lain harus terus berusaha dan berusaha menyelesaikan tugas dengan jayanya.
Aktiviti ini boleh diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan untuk melihat binaan
kumpulan yang manakah dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
MASA : 30 minit
BAHAN-BAHAN/ ALATAN :
1) Cawan kertas
2) Gelang getah tebal
3) Tali pengikat bungkusan
ANGGARAN KOS KESELURUHAN PROJEK : < RM5.00

LANGKAH KERJA / PROSEDUR :


1) Potong tali kepada beberapa bahagian dan sama panjang (1-2 kaki panjang). Jika 5
orang satu kumpulan, maka potong tali kepada 5 bahagian yang sama panjang.
2) Ikat tali pada gelang getah.

Rajah 1
3) Ahli kumpulan perlu melalui dua cabaran. Cabaran yang pertama ialah untuk
membina piramid daripada cawan kertas (3 di bahagian bawah, 2 di tengah, 1 di
bahagian atas - boleh dilaraskan untuk lebih banyak cawan). Lihat Rajah 1.

Rajah 2
4) Cabaran yang kedua pula ahli kumpulan perlu menyusun seperti rajah kedua.
5) Setiap orang memegang salah satu tali yang diikat pada gelang getah dan mereka
menggunakannya untuk mengambil cawan dan meletakkannya di atas satu sama lain
(dengan menarik tali getah dan kemudian membawanya bersama-sama di atas
cawan).
6) Ahli kumpulan tidak boleh menyentuh cawan dengan tangan atau bahagian lain
badannya, walaupun sekiranya cawan jatuh atau di atas lantai.
7) Kumpulan yang dapat menyiapkan tugasan terawal dikira sebagai pemenang.
MODUL HANDS-ON

KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM

2018

Projek 2
Brushbot/Drawbot

Pengendali : Cikgu
Norhayaty
TAJUK : “BRUSHBOT/DRAWBOT”

PENERANGAN PROJEK :
Projek ini merupakan penghasilan robot asas yang boleh bergerak akibat getaran apabila
diletakkan pemberat atau penyambung ke atas motor. Fungsi pemberat dan penyambung
(shaft) tersebut adalah untuk menjadikan ianya tidak stabil dan bergetar. Objek tidak akan
bergetar dan bergerak sekiranya motor dalam keadaan yang stabil. Kaki robot yang terdiri
daripada pen berwarna dapat menghasilkan corak pada kertas apabila motor dihidupkan.

MASA : 30 minit
BAHAN-BAHAN/ ALATAN :

1) 1 cawan kertas/ cawan polisterin / berus pencuci baju


2) 3 marker pen/magic pen/warna air
3) 1 batang aiskrim
4) 1 penyepit baju
5) 2 pemegang bateri saiz AAA
6) 2 bateri saiz AAA
7) 1.5-3V motor DC
8) pelekat hitam/plaster/masking tape
9) gunting
10) kertas mahjong

ANGGARAN KOS KESELURUHAN PROJEK : < RM20.00

LANGKAH KERJA / PROSEDUR :

1) Lekatkan marker dengan plaster di bahagian dalam cawan dengan plaster

2) Sambungkan pemegang bateri dengan motor DC


3) Lekatkan pemegang bateri dan motor DC di atas cawan. Pada ketika ini, anda boleh
menghidupkan motor dengan meletakkan bateri ke dalam pemegang bateri

4) Untuk menghasilkan getaran yang lebih, letakkan penyepit baju yang disambung
dengan batang aiskrim sebagai pemberat. Lekatkan dengan pita pelekat.

5) Letakkan mata palsu di badan cawan supaya nampak seperti robot yang sedang
bergerak.
MODUL HANDS-ON

KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM

2018

Projek 3
Air Honker

Pengendali :
Cikgu Norhayaty
TAJUK : AIR HONKER

PENERANGAN PROJEK :
Projek Air Honker ini menggunakan prinsip bunyi di mana apabila Air Honker di tiup,
ia menyebabkan molekul udara bergetar dan getaran ini akan menghasilkan bunyi.
MASA : 30 minit

MASA : 30 minit
BAHAN-BAHAN / ALATAN :
1) Botol Vitagen
2) Belon
3) Plastisin
4) Gelang getah
5) Straw besar

ANGGARAN KOS KESELURUHAN PROJEK = < RM5

LANGKAH KERJA/ PROSEDUR :

1) Bahagikan straw kepada 2 bahagian

2) Ambil botol vitagen yang telah dilubangkan pada bahagian tepi dan bahagian bawah

3) Gunting belon kepada ½ bahagian


4) Tutupkan separuh belon tadi di bahagian atas botol vitagen

5) Ikat separuh belon di bahagian mulut botol vitagen menggunakan gelang getah

6) Masukkan penyedut minuman ABC di bahagian lubang bawah botol vitagen


7) Tutup lubang bawah dengan sempurna menggunakan tanah liat (plastisin)

8) Masukkan penyedut minuman yang kedua di bahagian tepi botol vitagen

9) Tiup Air Honker


MODUL HANDS-ON

KOLOKIUM PENDIDIKAN STEM

2018
Projek 4
Cargo Plane Challenge
TAJUK : CARGO PLANE CHALLENGE

PENERANGAN PROJEK :
Murid di kehendaki membina kapal terbang kertas mengikut kreativiti masing-masing
yang boleh membawa kargo dan mesti meluncur lebih dari sepuluh kaki (bukan hanya
dapat tidak dilempar, tetapi sebenarnya meluncur). Kargo yang dibawa merupakan
sejumlah duit syiling. Pemenang adalah murid yang dapat menghasilkan kapal terbang
luncur dengan muatan nilai duit syiling yang paling besar.

MASA : 30 minit

BAHAN-BAHAN / ALATAN :
1) Kertas warna
2) Duit syiling
ANGGARAN KOS KESELURUHAN PROJEK = < RM0.10
LANGKAH KERJA/ PROSEDUR :
1) Pertama, tandakan dengan pita pelekat di atas lantai kira-kira sepuluh kaki di
hadapan. Untuk membuktikan pesawat kargo mereka boleh terbang murid-murid
perlu meluncur pesawat mereka melalui "sasaran" dan pesawat yang membawa
muatan nilai duit syiling yang paling banyak yang akan berjaya.
BORANG PENILAIAN
BENGKEL
CIKGU NORHAYATY
YAHYA
https://goo.gl/rFK3jB

You might also like