Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON

71000 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TAJUK: ULASAN TENTANG KESELAMATAN

Bil. Nama No. KP


1. Izz’Haziq Iqbal Bin Kdayattul Faidzal 040629100807
2. Mohd Haziq Imran Bin Mohd Hezri 040607100371
3.
4.
5.
Pengenalan

Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan.


Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah fizikal,
sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan
perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak
diingini. Ini juga termasuk dalam konteks terlindung daripada sesuatu
malapetaka atau kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan
ekonomi.Keselamatan boleh dikawal melalui jaminan atau insurans. Ini
menjamin sesuatu pertubuhan hanya akan melaksanakan perkara-perkara
yang patut dilakukan bagi mendapat keselamatan tersebut.
Gambar di sebelah menunjukkan tentang keselamatan air.

Banyak perkara yang menyeronokkan apabila berada di dalam air. Lebih


selamat jika kita tahu panduan keselamatan di dalam air. Antaranya ialah
Sentiasa ambil tahu tentang tempat kita akan melakukan aktiviti dalam air
seperti ketahui kedalaman kolam renang di setiap sudut kolam kerana
kedalaman antara dua hujung kolam mungkin berbeza. Kemudian, kita sentiasa
gunakan pelampung jika kita tidak mahir atau tidak pandai berenang. Selain
itu, kita juga perlu menggunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam renang.
Jangan lompat. Tersilap membuat anggaran tentang kedalaman kolam renang
boleh menyebabkan kecederaan. Manakala jika di sungai atau laut, mungkin
terdapat sebuah batu besar di dasar air sehingga boleh menyebabkan
kecederaan, jadi kita perlu perwaspada dengan keadaan di sungai dan laut.
Kemudian, kita juga digalakkan untuk mengenali bahaya di dalam air seperti
arus yang tersembunyi, suhu air, air terlalu dalam dan sebaganya. Akhir sekali,
kita perlu mengetahui kemampuan diri sendiri kerana ia boleh menyebabkan
keletihan dan kekejangan otot. Kesimpulannya, kita perlu berwaspada semasa
melakukan aktiviti di dalam air supaya perkara yang tidak diingini berlaku.
Gambar tersebut menunjukkan tips keselamatan jalan raya. Terdapat banyak
tips keselamatan jalan raya yang kita perlu patuhi.

Kemalangan di jalan raya boleh mendatangkan kecederaan ataupun


kehilangan nyawa. Di sini ada beberapa tips keselamatan jalan raya, kita
dituntut untuk mematuhi. Antaranya, kita hendaklah memandu tidak melebihi
had laju yang telah ditetapkan. Selain itu, kita perlu sentiasa berhemah di jalan
raya. Sikap bertolak ansur sentiasa kita amalkan agar kita selamat. Seterusnya,
sentiasa bersabar. Elakkan memotong kenderaan kerana sikap ingin cepat
sampai hanya akan mengundang padah. Akhir sekali, ingatlah bahawa jalan
raya bukan tempat untuk kita berlumba mahupun menunjukkan kehebatan
kenderaan masing-masing. Semoga langkah-langkah ini dapat menyelamatkan
nyawa anda dan keluarga anda. Biarlah kita lambat asalkan kita selamat. Pandu
cermat jiwa selamat.
Gambar di sebelah menunjukkan tentang panduan keselamatan peralatan
elektrik semasa musim perayaan.

Terdapat banyak perkara buruk akan berlaku kepada peralatan elektrik


kita jika tidak memastikan keadaan peralatan elektrik kita berada di dalam
keadaan yang elok dan selamat. Antara panduan yang penting dan yang perlu
kita ikut ialah kita perlu menjauhkan kabel sambungan jauh daripada tempat
yang basah dan tempat yang lembab. Ia bagi memastikan tiada litar pintas
berlaku. Selain itu, Kita juga perlu memastikan pemutus litar arus baki (plab)
dan elcb berfungsi dengan baik. Selepas itu, kita juga mestilah menaggalkan
palam peralatan elektrik supaya pembaziran tidak berlaku. Akhir sekali, kita
juga perlu mengawasi kanak-kanak kecil supaya tidak bermain dekat dengan
Kawasan TNB agar kanak-kanak tersebut tidak terkena renjatan elektrik.
Gambar di sebelah menunjukkan kemalangan yang membabitkan sebuah
kenderaan.

Dalam menghadapi arus globalisasi dan cabaran abad ke-21, statistik


menunjukkan kes kemalangan jalan raya semakin meningkat seiring dan selari
dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan social. Terdapat pelbagai cara
yang dapat diambil bagi mengatasi msalah kemalangan jalan raya ini.
Antaranya ialah dengan mengadakan kempen keselamatan jalan raya.
Contohnya, pihak kerajaan boleh mengedarkan risalah atau pelekat kenderaan
terutamanya kepada penunggang motosikal yang masih setahun jagung serta
yang masih leka tentang pentingnya keselamatan diri ketika berada diatas jalan
raya. Selain itu, pihak kerajaan dan pihak berkuasa hendaklah memasang
kamera perngkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik di seluruh pelosok
dunia bagi mengawasi had kelajuan kenderaan yang dipandu mereka. Dengan
adanya alat yang serba canggih ini, para pemandu dan penunggang yang
menaiki kenderaan melebihi had laju yang ditetapkan wajiblah membayar
saman mereka seberapa banyak yang ditetapkan setelah menerima surat
saman daripada pihak berkuasa. Dalam pada itu, keadaan jalan raya di
Malaysia terutamanya di pedalaman hendaklah dinaiktaraf bagi mengelakkan
daripada berlakunya kemalangan yang dapat meragut nyawa. Sejak
kebelakangan ini, pihak berkuasa telah menerima banyak rungutan dan aduan
daripada mereka yang sering ulang-alik dari tempat kerja tidak kira siang atau
malam yang perlu melalui jalan itu. Justeru, risiko kemalangan yang
membabitkan pejalan kaki akan terus meningkat. Secara intihanya, semua
pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah kemalangan jalan raya
ini. Kita hendaklah bersatu padu. Hal ini kerana muafakat membawa berkat.
Sebelum ‘kudis menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-ansur pulih
dengan kerjasama kita semua kerana ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.
Gambar di sebelah menunjukkan tentang panduan keselamatan semasa rebut
petir.

Pengukuran lain oleh Institut Keselamatan Petir Kebangsaan (National


Lightning Safety Institute – NLSI) iaitu “kepadatan petir” melaporkan Kuala
Lumpur berada di kedudukan yang kelima di dunia dengan petir menyambar
(ketanah) sebanyak 48.3 bagi setiap km persegi hartanah. Kawasan dengan
“kepadatan petir” yang keempat teratas terletak di Rwanda dan Republik
Demokratik Congo. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui panduan
keselamatan setiap kali melihat petir dari jauh. Anda perlu menjadi proaktif.
Antara panduan yang perlu anda ketahui ialah anda perlu semak ramalan
cuaca sebelum keluar dan ketahui sebarang kejadian rebut atau
perkembangan rebut petir di kawasan setempat. Langit yang gelap, kilat atau
angina kencang menandakan rebut bakal melanda. Selain itu, anda juga
perlucari tempat berlindung seperti bangunan yang kukuh adalah tempat yang
paling selamat untuk berlindung semasa rebut petir. Selepas itu, anda mestilah
elakkan diri daripada berlindung di bawah pokok yang tinggi dan terpencil
serta elakkan diri daripada berlindung di bawah objek yang tinggi. Selepas itu,
kita mestilah elakkan diri daripada memegang sebarang logam seperti basikal,
kayu golf, pancing, raket tenis atau logam yang lain. Jika anda berbasikal dan
terdapat kilat petir dalam jarak 5 kilometer, berhenti mengayuh, tinggalkan
basikal, dan berlindunglah di dalam longkang atau di tempat yang rendah dan
duduk demi keselamatan diri. Akhir sekali, kita mestilah mencari tempat
berlindung semasa ribut melanda supaya keselamatan anda terjamin.

You might also like