Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030 KUALA NERUS TERENGGANU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUAN (PISMP)


AMBILAN JUN 2019
SEMESTER 1 TAHUN 2

TUGASAN 2 : LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD IZWAN BIN WAN ABD RAHMAN


ANGKA GILIRAN : 2019092340123
NO KAD PENGENALAN : 991130035325
KUMPULAN/UNIT : PENDIDIKAN ISLAM 5
KOD DAN NAMA KURSUS : MPU3081 / PERSATUAN
NAMA PENSYARAH : ENCIK ROSMADI BIN DOLLAH
TARIKH HANTAR : 25 OKTOBER 2020
TARIKH TERIMA : 27 SEPTEMBER 2020

Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah :

Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

1
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ‫ﷺ‬,
para sahabat serta orang-orang yang beriman kepada Allah.

Syukur Alhamdulillah dengan taufiq dan hidayah Allah SWT dan berkat kurnia
serta limpah rahmat-Nya, saya dapat menyempurkan kerja kursus bagi subjek Persatuan
(MPU3081) dengan sempurna dalam tempoh yang ditetapkan. Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Rosmadi bin Dollah pensyarah bagi subjek ini kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menjalankan kerja kursus
yang diberi.

Selain itu, tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada warga Sekolah
Kebangsaan Kuala Kupang dan rakan PBS 2 kerana banyak membantu saya sepanjang
tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Moga-moga Allah membalas jasa kalian dengan beroleh
kebaikan di dunia dan akhirat.

2
LAPORAN ANALISIS
KAJIAN KES:
PERSATUAN
RUKUN NEGARA

3
1.0 PENGENALAN

Persatuan didefinisikan sebagai sebuah entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan


dan berperaturan. Ianya mengandungi tujuan dan matlamat yang sama serta dipimpin oleh
ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih. Omardin Ashaari (2002) telah menyatakan bahawa
kewujudan sesebuah persatuan adalah untuk menjamin dan menjaga keperluan ahli
persatuan dalam pertubuhan itu. Dalam kajian kes ini, saya akan mengkaji dan manganalisis
Persatuan Rukun Negara dengan melaksanakan analisis SWOT di sekolah Kebangsaan
Kuala Kupang, Baling, Kedah.

1.0 SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN RUKUN NEGARA

Pada dasarnya penubuhan persatuan ini adalah bermula daripada saranan mantan
Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2000 semasa
merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Melaka. Antara matlamat
penubuhannya adalah untuk menjaga perpaduan dan integrasi nasional dalam kalangan
murid pelbagai kaum. Oleh yang demikian Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang telah
menyahut cabaran tersebut dan menubuhkan Persatuan Rukun Negara ini di sekolah pada
tahun 2013 dengan hasil sumbangan idea daripada 2 orang guru iaitu Puan Normawati binti
Amin dan Puan Wong Seah Xin yang diluluskan oleh pihak pentadbiran sekolah dan kini
mereka merupakan guru penasihat persatuan tersebut.

Objektif utama Persatuan Rukun Negara adalah untuk melahirkan warga SK Kuala
Kupang yang mempunyai jati diri dan sahsiah yang terpuji berdasarkan prinsip-prinsip Rukun
Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran
Perlembagaan, kedaulatan undang-undang serta kesopanan dan kesusilaan melalui aktiviti-
aktiviti yang diadakan. Manakala Visi dan Misi persatuan ini ialah memupuk perpaduan
sejagat dan mengukuhkan kesepaduan dalam kalangan warga SK Kuala Kupang yang terdiri
daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Siam.

2.0 PROSES PENUBUHAN PERSATUAN

Penubuhan Persatuan Kelab Rukun Negara adalah seperti berikut:

1. Mewujudkan Jawatankuasa Penaja.

2. Mengadakan Perbincangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja yang


membincangkan hal persediaan penubuhan persatuan.

4
3. Menyediakan Kertas Kerja Dasar dan Draf Perlembagaan Persatuan

4. Membina draf Aktiviti Tahunan Persatuan.

5. Mengadakan Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penaja dengan Ahli.

6. Membuat Surat Kelulusan Penubuhan.

7. Menerima Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Persatuan (Pengarah/


Pengetua/Guru Besar) institusi masing-masing.

8. Pengendalian Mesyuarat Agung oleh Jawatankuasa Penaja.

i. Notis Mesyuarat Agung

ii. Surat Jemputan Mesyuarat

iii. Mesyuarat Agung

a) Pelantikan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa

b) Perbincangan Perlembagaan (Persetujuan / Pindaan)

c) Peraturan-peraturan

d) Sumber Kewangan Persatuan

e) Cadangan Aktiviti

f) Hal-hal lain

g) Mencatat Minit

9. Pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti persatuan.

10. Dokumentasi dan Sistem Fail.

11. Pengauditan.

5
Rajah 1: Carta Alir proses penubuhan Persatuan

Mewujudkan penubuhan Jawatankuasa Penaja

Mengadakan Perbincangan dan Mesyuarat Jawatankuasa


Penaja

Menyediakan Kertas Kerja Dasar dan Draf Perlembagaan


Persatuan

Draf Aktiviti Tahunan

Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penajaan dengan Ahli

Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Persatuan (Guru TIDAK


Besar) LULUS

LULUS

Tindakan:
1. Pengendalian Mesyuarat Agung
2. Notis Mesyuarat Agung, Edaran Borang Usul
3. Surat Jemputan Mesyuarat
4. Mesyuarat Agung
i. Perlantikan Pengerusi dan AJK
ii. Perbincangan Perlembagaan
(Perstujuan/Pindaan)
iii. Peraturan-Peraturan
iv. Sumber Kewangan Persatuan
v. Cadangan Aktiviti
vi. Hal-hal lain
vii. Mencatat minit
5. Pengurusan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti
persatuan
6. Dokumentasi Dan Sistem Fail
7. Pengauditan

TAMAT

6
3.0 AKTIVITI YANG DILAKUKAN ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Rujuk lampiran 1

4.0 CARA MENJANA SUMBER PENDAPATAN

Antara strategi yang digunakan secara berkesan untuk menjana sumber kewangan ialah;

a) Yuran keahlian
Melaksanakan kutipan yuran keahlian daripada ahli-ahli persatuan dan juga guru
penasihat. Yuran keahlian yang dikenakan kepada setiap pelajar ialah sebanyak RM5
manakala yuran yang dikenakan kepada guru pula ialah sebanyak RM30.

b) Sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Persatuan Rukun Negara SK Kuala Kupang juga memohon sumbangan daripada
PIBG sebanyak RM1000 untuk mengadakan Program Keranamu Malaysia
(Rujuk Lampiran 8).

c) Jualan cenderamata pada Hari Kantin


Urusan jual beli dikendalikan oleh guru penasihat beserta ahli persatuan. Hasil jualan
cenderamata digunakan untuk menambah sumber kewangan persatuan.

d) Jualan Makanan dan Minuman pada Hari Sukan


e) Jualan Barang Kitar Semula melalui Program Lestari Hijau
f) Teater ‘Menjelang Kemerdekaan”

5.0 ISU-ISU BERBANGKIT YANG DIHADAPI

Terdapat sedikit sahaja masalah yang timbul dalam persatuan ini antaranya termasuklah
kekurangan ahli persatuan yang pakar dalam memimpin kelab ini, kekurangan minat murid
untuk menyertai persatuan ini, dan juga sering kali berlaku pertembungan program dengan
persatuan lain (kekangan masa).

6.0 PERBANDINGAN DENGAN PERSATUAN LAIN

Aktiviti yang dilaksanakan dalam persatuan ini kebanyakannya hanya berlaku di dalam
sekolah, manakala persatuan lain seperti persatuan badan kebajikan yang sering kali
mengadakan aktiviti di luar sekolah. Selain itu, persatuan ini berjaya mendapat sambutan

7
yang baik dari kalangan murid dalam tempuh masa yang singkat berbanding persatuan yang
lain. Demikian kerana mereka banyak melakukan aktiviti di kawasan sekolah seperti yang
terkandung dalam Lampiran 1.

S.W.O.T
(800 patah perkataan)

8
7.0 ANALISA S.W.O.T PERSATUAN RUKUN NEGARA

DALAMAN LUARAN
 KEKUATAN (Strengths)  PELUANG (Opportunities)

S1. Kepelbagaian aktiviti yang O1. Berjaya mengadakan aktiviti


dijalankan di sekolah. seperti lawatan ke luar negara.

S2. Penjanaan kewangan diusahakan O2. Mengambil bahagian semasa


sendiri. Hari Kantin dan Hari Sukan (jualan).

S3. Meningkatkan kemahiran jual beli O3. Meminta sumbangan PIBG bagi
serta kira-kira. peruntukan perbelanjaan aktiviti.

S4. Bijak membina idea dalam O4. Kenakan bayaran menonton


tarikan. teater (jana sumber kewangan).

 KELEMAHAN (Weaknesses)  CABARAN (Threats)

W1. Kaedah pengurusan sumber T1. Persaingan dalam mencari


kewangan yang kurang memuaskan. pelanggan ketika menjual semasa
Hari Sukan.
W2. Ketua lemah dalam mendapatkan
sumbangan daripada agensi atau T2. Bersaing dengan persatuan lain
pertubuhan luar. untuk menerima sumbangan daripada
pihak PIBG.
W3. Kurang berkolaboratif dengan
Persatuan Rukun Negara sekolah-
sekolah luar atau pihak luar.

W4. Pertembungan aktiviti.

8.1 Kekuatan (Strengths)

Antara kekuatan Persatuan Rukun Negara ialah dapat melaksanakan pelbagai aktiviti yang
mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah berdasarkan objektif
persatuan tersebut ditubuhkan. Maka dapat kita fahami bahawa jika banyak aktiviti yang
dijalankan, maka banyaklah sumber kewangan yang bakal diperolehi iaitu melalui jualan
khasnya. Sebagai contoh, semasa Program “Lestari Hijau SK Kuala Kupang” dan “Pamerkan

9
Diri Saya” kita dapat menjana sumber kewangan daripada hasil penjualan bahan kitar semula
yang ditemui seperti kertas lama, surat khabar, botol plastik, tin minuman. Dalam masa yang
sama kita dapat bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan mengeratkan
perpaduan sesama warga sekolah dengan suasana yang ceria dan seronok dalam saling
bantu membantu. Oleh itu kemesraan antara warga SK Kuala Kupang akan semakin erat.

Selain itu, penjanaan kewangan adalah kebanyakannya diusahakan sendiri tanpa


bergantung pada mana-mana pihak. Persatuan Rukun Negara ini berjaya menjana kewangan
dengan usaha sendiri seperti mengutip yuran keahlian daripada setiap ahli yang terdiri
daripada murid dan guru, jualan, dan sumbangan daripada pihak PIBG hasil daripada
permohonan yang dibuat. Maka ini menunjukkan bahawa mereka boleh bergerak sendiri
dalam menampung pergerakan persatuan.

Di samping itu juga, mereka dapat meningkatkan kemahiran jual beli dan kira-kira
semasa menguruskan perbelanjaan pada hari jualan khasnya. Sebagai contohnya semasa
aktiviti jualan Hari Kantin dan Hari Sukan. Oleh yang demikian, keadaan ini akan
meningkatkan kemahiran jual beli serta matematik dalam kalangan murid-murid di sekolah.

Kekuatan yang seterusnya ialah bijak membina idea dalam tarikan. Buktinya semasa
hari persembahan ‘Teater Menjelang Kemerdekaan’, persatuan Rukun Negara telah berjaya
menjemput sekolah luar dan pihak luar untuk menonton persembahan teater tersebut. Oleh
itu, mereka bukan sahaja dapat membina tarikan pihak luar malahan dapat menjana sumber
kewangan kerana sesiapa yang ingin menonton teater tersebut dikenakan bayaran sebanyak
RM2 atau RM3 sahaja.

8.2 Kelemahan (Weaknesses)

Kelemahan Persatuan Rukun Negara SK Kuala Kupang ini pula terletak pada kaedah
pengurusan sumber kewangan yang kurang memuaskan. Buktinya, Persatuan Rukun
Negara ini menghadapi masalah kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti
kerana kewangan mereka hanya bergantung kepada kutipan yuran keahlian. Maka ini akan
menyebabkan pergerakan Persatuan Rukun Negara tidak dapat bergiat aktif.

Selain itu, ketua lemah dalam mendapatkan sumbangan daripada agensi atau
pertubuhan luar. Hal demikian akan menyebabkan dana peruntukan tidak dapat
dipertingkatkan dan dalam masa yang sama turut menjejaskan pelaksanaan aktiviti yang
dirancang. Maka pemilihan ketua dalam bahagian pengendalian sumber kewangan amat
penting kerana ketua yang mampu untuk mengetuai sebuah persatuan dengan baik

10
merupakan salah satu aspek yang penting untuk mewujudkan satu persatuan yang baik
(Philip, 2014).

Di samping itu, Persatuan ini kurang berkolaboratif dengan Persatuan Rukun Negara
sekolah-sekolah lain atau pihak luar seperti menyertai pertandingan peringkat Daerah, Negeri
atau Kebangsaan. Boleh dikatakan hampir sebahagian aktiviti yang dilaksanakan hanya
dilaksanaan di dalam sekolah sahaja. Kesannya, murid-murid akan kurang diberikan
pendedahan untuk bergaul di luar kawasan mereka dan sekaligus menyebakan murid tidak
dapat belajar cara bergaul yang betul dan sihat dengan orang luar, dan juga merugikan
kewangan kerana jika aktiviti dijalankan dengan kerjasama pihak luar, peruntukan dan kos
yang akan digunakan boleh dikongsi bersama.

8.3 Peluang (Opportunities)

Persatuan Rukun Negara SK Kuala Kupang mendapat banyak peluang iaitu berjaya
mengadakan aktiviti seperti lawatan ke luar negara serta lawatan ke tempat bersejarah. Aktiviti
seperti ini memberi peluang kepada ahli Persatuan Rukun Negara untuk mengeratkan lagi
hubungan antara mereka. Di samping itu, ahli persatuan juga dapat melihat dengan lebih
dekat tentang teknik pengurusan dan aktiviti persatuan-persatuan di luar negara menjalankan
sesuatu aktiviti. Melalui pemerhatian teknik dan aktiviti yang dilakukan di luar negara,
Persatuan Rukun Negara dapat mengambil kaedah dan manfaat untuk dijalankan di sekolah.
Seperti dengan kaedah pengumpulan dana atau peruntukan yang mantap oleh persatuan-
persatuan hebat di luar negara boleh dijadikan panduan dan diaplikasikan untuk sistem
kewangan persatuan.

Selain itu, Persatuan Rukun Negara juga telah berjaya merebut peluang untuk
menjana sumber kewangan persatuan dengan mengambil bahagian semasa Hari Kantin dan
Hari Sukan dengan menjalankan aktiviti jualan cenderamata serta jualan makanan dan
minuman. Selain dapat mengumpul hasil jualan yang lumayan, kemahiran jual beli serta
kemahiran kira-kira dalam diri murid dapat dipertingkatkan.

Seterusnya, Persatuan Rukun Negara telah mengambil peluang untuk mendapatkan


dana atau sumber kewangan dengan meminta sumbangan daripada PIBG. Peruntukan yang
diperoleh tersebut digunakan untuk menjayakan Program Keranamu Malaysia supaya dapat
dilaksanakan dengan jayanya.

Kahir sekali, Persatuan Rukun Negara juga telah mengambil peluang dengan
membuat bayaran kepada penonton yang ingin menonton teater “Menjelang Kemerdekaan”.

11
Hal ini dapat meningkatkan sumber kewangan persatuan di samping dapat menarik perhatian
orang ramai dan berkemungkinan akan menerima tajaan daripada pihak-pihak tertentu.

8.4 Ancaman (Threats)

Persatuan Rukun Negara mendapat ancaman persaingan daripada persatuan-persatuan lain


semasa menjalankan aktiviti jualan makanan dan minuman pada Hari Sukan. Hal ini kerana,
persatuan-persatuan lain seperti Persatuan Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Melayu
juga menjalankan aktiviti yang sama. Hal ini telah menyebabkan persaingan dalam mencari
pelanggan untuk membeli jualan yang telah disediakan dan berkemungkinan akan
mengurangkan hasil jualan sekali gus mengurangkan dana kewangan yang diperoleh.

Di samping itu, Persatuan Rukun Negara turut bersaing dengan persatuan lain untuk
menerima sumbangan daripada pihak PIBG. Persatuan-persatuan lain juga turut meminta
sumbangan daripada pihak PIBG untuk memperoleh dana bagi melakukan sesuatu program.
Jadi, pihak PIBG menerima banyak permohoman dan hal ini mungkin akan menjejaskan
peluang untuk Persatuan Rukun Negara daripada mendapat jumlah sumber kewangan yang
diinginkan. Perkara ini mungkin terjadi kerana jumlah tabung kewangan PIBG tidak dapat
menampung semua kos perbelanjaan program yang diadakan oleh persatuan-persatuan lain
yang terdapat di SK Kuala Kupang.

9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PERSATUAN RUKUN NEGARA

Antara cadangan penambahbaikan bagi Persatuan Rukun Negara SK Kuala Kupang ialah
memberikan kursus atau seminar tentang cara mengendalikan sesuatu program kepada
ketua-ketua AJK yang dilantik. Kursus sebegini merupakan satu usaha untuk meningkatkan
kemahiran seseorang dalam bidang sosial yang mampu mengorak langkah untuk menjadikan
sesuatu aktiviti atau program yang diusahakan berjalan dengan cemerlang.

Selain itu, Persatuan Rukun Negara digalakkan untuk mengadakan lebih banyak lagi
aktiviti melibatkan ahli, warga sekolah dan masyarakat luar secara keseluruhannya. Antara
contoh aktiviti yang boleh diadakan ialah Minggu Penghayatan Rukun Negara, pertandingan
pidato patriotik peringkat daerah, negeri atau kebangsaan dan sebagainya.

Di samping itu, melakukan refleksi pada akhir program untuk penjanaan idea bagi
aktiviti yang lebih menarik untuk fasa seterusnya. Ahli-ahli persatuan dibenarkan untuk
bersuara dan seterusnya melakukan perbincangan untuk menyesuaikan pendapat mereka

12
dalam aktiviti yang dianjurkan. Maka hasilnya boleh dijadikan panduan pada masa akan
datang.

Akhir sekali, pihak kokurikulum sekolah perlu membuat perbincangan dan


mengeluarkan takwim tahunan sekolah yang lebih sistematik supaya tiada pertindihan tarikh
yang berlaku antara persatuan di sekolah. Keutamaan diberikan kepada aktiviti yang
berkonsepkan kerjasama antara persatuan dan persatuan lain bagi memudahkan agihan
tarikh dan semua pihak mendapat peluang untuk menganjurkan aktiviti.

(1080 patah perkataan)

8.0 KESIMPULAN

Keseluruhannya, semoga penerangan SWOT dan cadangan penambahbaikan yang


diberikan bagi mengatasi isu persatuan menepati objektif tugasan ini serta boleh dijadikan
panduan untuk pengurusan persatuan-persatuan di sekolah pada masa akan datang.

RUJUKAN

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2016). Persatuan Rukun Negara. Dimuat
turun daripada https://www.perpaduan.gov.my/ms/kenegaraan/persatuan-rukun-
negara

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) (2013-2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Omardin Ashaari. (2002). Pengurusan Persatuan Suatu Panduan Lengkap. Kuala Lumpur:
Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.

Philip, A. F. (2014). The open organisation; A new era of leadership and organizational
development. UK: Gower Publish Limited.

Temu bual bersama guru penasihat Persatuan Rukun Negara Sekolah Kebangsaan Kuala

Kupang.

13
LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 1

RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


KELAB RUKUN NEGARA (2020)
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUPANG
g

BULAN AKTIVITI CATATAN

Januari Mesyuarat Agung Tahunan Ahli Kelab Rukun Negara

Pemilihan AJK

Februari Pengenalan Prinsip Rukun Negara Ahli Kelab Rukun Negara

Pamerkan Diri Saya

Mac Pengenalan Jata Negara Ahli Kelab Rukun Negara

Program Lestari Hijau

April Pamerkan Diri Saya Ahli Kelab Rukun Negara

Permainan Tradisional (congkak)

Mei Permainan Tradisional Ahli Kelab Rukun Negara

Melukis Mural Sekolah

Jun Penghasilan Poster Bertemakan Cintai Malaysia Ahli Kelab Rukun Negara

Julai Pertandingan Kuiz Rukun Negara Ahli Kelab Rukun Negara

Ogos Program Keranamu Malaysia Ahli Kelab Rukun Negara

Tonton Sejarah

September Program Mega Berkibar Ahli Kelab Rukun Negara

Permainan Tradisional (gasing)

Oktober Lawatan sambil belajar Ahli Kelab Rukun Negara

Permainan Tradisional (catur cina)

November Penilaian Kokurikulum Ahli Kelab Rukun Negara

Jamuan Akhir Tahun

14
LAMPIRAN 2

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM


SK KUALA KUPANG 2020

PENGERUSI

PN. ZALILAH BINTI MAT ZAIN

GURU BESAR

NAIB PENGERUSI 1 TIMBALAN PENGERUSI NAIB PENGERUSI 2

PN. SABARIAH BINTI ALI EN. MOHD FAUZI BIN TAJERI EN. TARIF BIN ASMAD

GPK KURIKULUM GPK KO-KURIKULUM GPK HEM

SETIAUSAHA KO-KURIKULUM

EN. MOHD KHALID BIN ABIDIN

SETIAUSAHA SUKAN PENYELARAS LAWATAN PENYELARAS RIMUP

EN. ZAKIYUDDIN BIN AHMAD PN. RAHANA BINTI SA’ARI CIK SUHAILA BINTI ARIFFIN

PENYELARAS PERSATUAN PENYELARAS UNIT BERUNIFORM


PENYELARAS SUKAN &
/KELAB
PERMAINAN
EN. MD OSMAN BIN ISHAK
EN. MOHD KHAIR BIN AHMAD
EN. MAZNI BIN CHE MEI

PENGAKAP
PERSATUAN BAHASA MELAYU
BOLA SEPAK
EN. BADRULZAMAN BIN AHMAD
PN. AZIZAH BINTI DARUS EN. ISMAIL BIN RAHMAN

TUNAS KADET REMAJA


PERSATUAN BAHASA BOLA JARING
SEKOLAH
INGGERIS PN. ZURAINI BINTI ABDULLAH
EN. AMIRUN BIN NAIM
PN. TRYPHENA A/P JACOB

BADMINTON PANDU PUTERI TUNAS


PERSATUAN BIMBINGAN DAN
PN. ROBIATULADAVIAH BINTI
KAUNSELING EN. ZUKI BIN SHAARI
MARZUKI
EN. QUSYAIRI BIN SAMSUDIN

RUMAH LAKSAMANA (KUNING)


JAWATAN KUASA
KELAB RUKUN NEGARA
EN. AYOB BIN ZAWAWI
PN. NORMAWATI BINTI AMIN RUMAH SUKAN

RUMAH TEMENGGONG
15
(BIRU)

PN. SAFINAH BINTI MOHD


LAMPIRAN 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUPANG,


PEKAN KUPANG,
09200, KUPANG, KEDAH DARUL AMAN.

Kelab Rukun Negara,


Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang,
Pekan Kupang,
09200, Kupang, Kedah Darul Aman. 10 Januari 2020

Kepada,
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang,
Pekang Kupang,
09200, Kupang, Kedah Darul Aman.

Tuan,
Memohon Sumbangan Perbelanjaan Program Keranamu MalaysiA
Adalah dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas.

2. Berdasarkan Program Keranamu Malaysia, saya bagi pihak Kelab Rukun Negara SK Kuala
Kupang ingin memohon sumbangan dari pihak PIBG bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan
program ini. Perbelanjaan yang diperlukan sebanyak RM1000.00 adalah bertujuan untuk menampung
perbelanjaan bagi setiap aktiviti yang dijalankan iaitu pameran patriotik, persembahan patriotik,
penghasilan poster paling kreatif, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan pertandingan
mendeklamasikan sajak.

3. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Yang Benar,

...................................
(Pn. Normawati binti Amin)
Guru Pembimbing,
Kelab Rukun Negara SK Kuala Kupang.

16

You might also like