Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ia kini mengubah cara kanak-kanak dan orang muda bermain, mengakses maklumat,

berkomunikasi antara satu sama lain dan belajar.

Tetapi setakat ini, revolusi ini tidak mengubah pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah di kebanyakan institusi pengajian terutama di sekolah.

Walaupun penggunaan teknologi dititikberatkan, penemuan penyelidikan mengenai


impaknya terhadap hasil pembelajaran pelajar adalah mengecewakan.

Berdasarkan keyakinan terhadap revolusi teknologi, maka ia tidak membenarkan kita itu
meninggalkan hasrat penggunaan teknologi di bilik darjah.

Kita juga tidak boleh kembali mengajar cara lazim dan biasa yang digunakan iaitu guru
berada di hadapan bilik darjah sambil menyebarkan pengetahuan dan kanak-kanak
mendengar dengan senyap.

Penyelidikan aktiviti otak oleh Rosalind Picard dan rakan-rakannya di Media Lab,
Massachuset Institute of Technology menunjukkan bahawa hampir tiada aktviti
pemikiran pada otak pelajar ketika kuliah berlangsung , bahkan lebih rendah daripada
ketika mereka sedang tidur.

Profesor Eric Mazur dari Jabatan Fizik Universiti Harvard, dalam ceramah beliau turut
memberi pandangan yang sama mengenai ‘otak menjadi "rata" dan menyimpulkan
bahawa pelajar "lebih tidur semasa kuliah daripada ketika mereka sedang tidur!"

Atas alasan ini, kita memerlukan pedagogi baru.

Pedagogi Pembelajaran Bermakna (New Pedagogies For Deep Learning) merupakan


satu lagi inisiatif pendidikan global yang turut cuba di perkenalkan kepada rakyat
Malaysia terutama kepada pendidik dan bakal pendidik.

Pihak bertanggungjawab telah menubuhkan pasukan panel pakar (?) untuk membuat
‘pertunjukan jalanan’ terutama di Institusi Pendidikan Tinggi bagi berkongsi kehebatan
‘pedagogi’ yang kini dikatakan digunakan di 115 buah negara.

Umumnya, apa yang baik eloklah di ikut, atau ‘buat dulu , tanggung kemudian’.

You might also like