Latihan KGND

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1. Mustaqim tidak datang ke sekolah pada hari ini kerana


________ demam panas. (dia, kamu, beliau)

2. "_________ akan belajar dengan bersungguh-sungguh," kata


murid-murid Tahun Lima Cemerlang kepada Cikgu Faizul.
(Mereka, Kami, Kita)

3. Guru besar sedang berucap di perhimpunan rasmi sekolah.


________ menasihati murid-murid supaya tidak melanggar
peraturan sekolah. (Baginda, Dia, Beliau)

4. Murid-murid lelaki Tahun Enam Cemerlang sedang giat


berlatih kerana __________ akan menyertai perlawanan bola
sepak pada minggu hadapan. (kami, dia, mereka)

5. " Jumpa _______ di bilik guru pada waktu rehat nanti," kata
Cikgu Azhari kepada Alif. (beta, aku, saya)

6. Jangan buka kertas soalan ini sebelum _______ arahkan,"


kata Cikgu Sarala kepada murid-murid Tahun Lima Dahlia.
(kami, saya, dia)
7. "_______ berharap agar rakyat mengutamakan persekitaran
yang bersih," titah Sultan Iskandar. (Saya, Beta, Baginda)

8. Cikgu Nazariah mengarahkan murid-murid_______


membawa kain buruk semasa aktiviti gotong- royong esok.
(hamba, dia, nya)

9. " ________ akan pergi berburu petang esok," kata Tun


Mamat kepada Hang Nadim. (Kami, Saya, Hamba)

10. "Segala titah perintah _________ (baginda , tuanku, kamu)


akan ________ (patik, saya, kamu) laksanakan," kata
Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Mahmod.

You might also like