Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta

Pelajaran 1961. Akta ini suatu himpunan dasar-dasar legislatif yang berupa undang-undang
dalam pelbagai dimensi dan perkara tentang sistem dan urusan pendidikan di Malaysia.
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini adalah untuk memantapkan sistem Pendidikan
kebangsaan dan mewujudkan bagi generasi akan datang. Hal ini sejajar kepada dengan
kehendak dan cita-cita negara dalam menjadikan negara kita sebagai pusat kecemerlangan
Pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta Pendidikan 1996 ini merupakan
perundangan baru tetapi ia berpandukan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak
1956 yang menjadi asas dasar Pendidikan kebangsaan selama ini. Penggubalan ini telah
dilakukan untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai
Pendidikan. Bukan itu sahaja, ia juga untuk mengambil kira aspirasi semua kaum di dalam
masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Akta Pendidikan 1996 sangat penting kepada pendidkan di Malaysia untuk


melindungi hak murid, menjaga pengusaha dan menjamin kualiti perkhidmatan terutamanya
di taska. Murid yang mengalami masalah akan dilindungi dan diberi pertolongan ketika di
taska. Selain itu, Hasrat Malaysia juga ialah menjadikan negara kita sebagai pusat
kecemerlang Pendidikan yang bermutu tinggi. Dengan itu, kerajaan Malaysia telah
mewujudkan pusat-pusat Pendidikan yang banyak untuk membolehkan pelajar-pelajar
mendapatkan ilmu dengan mudah dan juga dapat membantu pelajar-pelajar menjadi
seorang pelajar yang bermutu tinggi dan serba boleh dan juga berpendidikan. Oleh itu, Akta
Pendidikan 1996 penting untuk memenuhi hak murid-murid.

Selain itu, akta ini juga penting untuk memperuntukkan pengajaran bahasa suku
kaum di negara kita. Sekolah-sekolah jenis kebangsan akan menumpukan kepada bahasa
ibunda mereka dalam pengajaran mata pelajaran dan tidak tertumpu kepada bahasa melayu
sahaja. Hal ini kerana untuk mengelakkan ketidakpuashatian dan turut berlaku
persefahaman dalam kalangan mereka. Oleh demikian ini,bahasa Melayu menjadi bahasa
pengantar sebelum merdeka dan bahasa ibunda telah diabaikan dan ini telah menjadi isu
besar kepada kaum Cina dan India. Akta ini telah mendorong untuk mengekalkan bahasa
ibunda di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Jelaslah bahawa, Akta Pendidkan ini sangat
penting untuk memperuntukkan pengajaran bahasa suku kuam.

Di samping itu, Akta ini dijadikan sebagai sebuah alat pendidikan yang dapat
membantu perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta mampu
membentuk perpaduan rakyat walaupun terdiri daripada pelbagai kaum di samping dapat
mewujudkan sebuah negara yang aman damai. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan kearah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

You might also like