Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Antara konsep kepelbagaian dalam Pendidikan Islam ialah kepelbagaian budaya dalam pengajaran

Pendidikan Islam merangkumi kepelbagaian bahasa,budaya, latar belakang dan amalan masyarakat.
Hal ini kerana manusia secara fitrah dijadikan Allah SWT dalambentuk, kelompok dan budaya yang
berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu
lumrah dan hukum alam yang akan terus berlaku. Mata pelajaran Pendidikan Islam juga tidak
terkecuali dalam meraikan kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kalangan murid malah
Pendidikan Islam dilihat sebagai satu mekanisme untuk menyatukan kepelbagaian budaya yang ada
dalam kalangan murid. Justeru seorang guru Pendidikan Islam perlu peka bahawa hubungan antara
bahasa dan sosio budaya adalah penting. Hal ini kerana tugas guru Pendidikan Islam bukan sekadar
menyampaikan ilmu malah juga berperanan sebagai pendakwah dan murabbi kepada murid mereka.
Berdasarkan tuntutan inilah, kurikulum Pendidikan Islam telah menyisipkan nilai-nilai sejagat yang
boleh dikongsi oleh masyarakat majmuk di Malaysia. Kesemua nilai-nilai ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera, sekali gus memenuhi hasrat pernyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan danFalsafah Pendidikan Islam khususnya.

Ksepaduan ilmu merujuk kepada kesepaduan antara ilmu wahyu dan ilmu akal. Pelaksanaan konsep
ini memerlukan kerjasama semua peringkat, bermula daripada penuntut ilmu, tenaga pengajar,
pembuat dasar dan masyarakat. Dalam hal ini, kerajaan Malaysia telah mengambil banyak inisiatif
untuk merealisasikan pelaksanaan sistem ini di pelbagai peringkat melalui penubuhan institusi-
institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Agama Integrasi JAIS, Maahad Tahfiz Sains; Majlis
Amanah Rakyat Malaysia melalui penubuhan Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab, Universiti Islam
Antarabangsa dan lain-lain. Konsep kesepaduan ilmu boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian
iaitu yang pertama kesepaduan dalaman yang bermaksud kesepaduan antara pelbagai komponen
dalam isi kandungan pendidikan Islam seperti akidah, syariah dan akhlak. Kesepaduan ini dapat
bukan sahaja mampu membina kekuatan dalaman, malah dapat melahirkan kefahaman tasawwur
Islam yang jelas. Ia juga mampu diaplikasi dalam bentuk amalan yang benar serta menghasilkan
peribadi yang mulia. Kesepaduan luaran pula bermaksud roh pendidikan Islam perlulah dihayati dan
difahami secara sepadu ke dalam kurikulum mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik, Sejarah,
Bahasa Melayu dan lain-lain. Ia bermaksud keupayaan seseorang individu untuk meletakkan semua
maklumat yang diperoleh dan ilmu yang dipelajari berlandaskan prinsip Tauhid. Keadaan ini
membolehkan seseorang individu memahami sesuatu ilmu secara bersepadu tanpa memisahkan
antara ilmu-ilmu agama dengan ilmu-ilmu moden.

You might also like