Q&A Sport Science STPM TERM 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Maksud Pengurusan Sukan


 Merupakan proses merancang,mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia
dengan terdapatnya sumber-sumber lain organisasi untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
 Merupakan pelbagai gabungan kemahiran yang berkaitan dengan perancangan,
pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam
konteks sebuah organisasi atau jabatan di mana perkhidmatan adalah berkaitan dengan
sukan.
 Merupakan proses menggabungkan penggunaan peralatan dan sumber manusia untuk
mencapai sesuatu objektif yang telah ditetapkan.

2. Proses Merancang
 Mengadakan perancangan
 Menilai keperluan sumber
 Membuat ramalan
 Menggariskan rancangan

3. Tanggungjawab pihak yang terlibat dalam pengurusan belanjawan sukan yang


cekap
 Dapat mengambil kira apa yang telah dirancangkan pada tahun kewangan yang
sebelumnya
 Dapat mengambil kira pencapaian yang dibuat dalam pada tahun lalu
 Dapat mengambil kira apa yang mungkin dicapai pada tahun yang akan dating
berdasarkan kepada pengalaman yang lalu
 Mengambil kira apa yang dilakukan
 Organisasi sukan menyenaraikan senarai keutamaan akhirnya bagaimana ia dilakukan
 Meneliti kertas kerja
 Mendapatkan belanjawan daripada sector/ bahagian tertentu seperti Kementerian Belia
dan Sukan
 Mendapat tajaan daripada badan- badan korporat dan individu

4. Ciri- ciri kemahiran berkomunikasi yang baik perlu ada pada seorang pentadbir
dalam pengurusan sukan
 Kejujuran
 Kekonsistenan
 Ketelusan/ keterbukaan
 Menjaga kehormatan diri pekerja
 Komunikasi bukan lisan yang positif
 Berinteraksi secara pasukan
 Bersemuka apabila berkomunikasi
 Komunikasi dua hala
 Penyampaian maklumat yang tepat
 Penyampaian yang jelas
 Maklumat mudah difahami
 Laras bahasa yang sesuai
 Komunikasi dengan masa yang sesuai mengikut situasi dan keadaan
 Boleh mempengaruhi kakitangan
 Boleh menerima/ pandangan
 Pendengar yang baik
 Mengasingkan fakta dengan pendapat
 Ringkas/ tepat/ cepat

5. Peranan setiausaha sukan dan pengurus pasukan dalam struktur organisasi


sesebuah persatuan sukan di sekolah
 Setiausaha sukan
- Mencatat minit mesyuarat
- Mengedarkan jemputan dan minit mesyuarat
- Mengurus dokumentasi yang berkaitan kelab sukan dan permainan
- Mengemas dan menyelaras fail-fail yang berkaitan
- Menerima arahan dan mengambil Tindakan
 Pengurus sukan
- Kebolehan untuk menentukan jenis organisasi yang boleh melaksanakan objektif
yang tertentu
- Kebolehan untuk membangunkan organisasi terutama dari segi pengambilan staf
iaitu mengambil, menempat dan melatih personel yang berkelayakan untuk
menjalankan kerja- kerja organisasi
- Organisasi memerlukan pengelolaan yang melibatkan pembahagian bidang kuasa,
tugas dan penyediaan struktur

6. Kemahiran Pengurus Sukan


a) Kemahiran Berkomunikasi
- Untuk menghantar dan menerima maklumat secara lisan (verbal) dan bukan lisan
(non- verbal) serta bagaimana seorang pengurus dapat mempengaruhi
kakitangannya
- Menyampaikan arahan dengan jelas, ringkas, mudah difahami
- Menerima arahan dengan sempurna faham dengan baik
b) Kemahiran Teknikal
- Menyediakan belanjawan, merancang jadual pertandingan, merancang dan
menyelia latihan, mengurus pejabat dan menilai program dan aspek keselamatan
c) Kemahiran Konseptual
- Berkeupayaan berfikir secara abstrak, memupuk idea dan memahami organisasi
secara keseluruhan (berfikir secara ke depan)

7. Peranan Utama Pengurus dalam Organisasi


a) Penajaan kebajikan sukan
b) Penajaan sukan
c) Pengantara antara pasukan dengan pihak pengurusan
d) Wakil pihak pengurusan dalam mesyuarat pengurusan
e) Pengurusan bajet
f) Pengurus prasarana latihan dan pertandingan
g) Pelapor
h) Pembuat keputusan
i) Penyelesai masalah
j) Penyampai maklumat

8. Cara- cara pengurus sukan melaksanakan inventori di dalam stor sukan


a) Sumber tenaga manusia
- Sebagai pengelola, pentadbir, perancang dan pelajar yang bertugas
b) Kemudahan/ kelengkapan alatan
- Menyediakan peralatan yang sesuai dan mencukupi dengan bilangan peserta
c) Penyelengaraan
- Memberikan didikan kepada pelajar bagaimana menggunkan dan menjaga
kemudahan dan peralatan dengan betul
- Mengawasi stok
- Membuat bajet untuk mengelakkan pembaziran
d) Pengaturan/ suusn atur alatan
- Mengikut kemudahan yang sedia ada seperti padang, dewan, gymnasium dan
gelanggang dapat berfungsi dengan baik
- Penglabelan secara sistematik
e) Peraturan/ pinjaman/ undang-undang
- Untuk mengelakkan alatan hilang atau rosak

 Memahami tanggungjawab- tanggungjawab mereka sebagai staf/ pekerja stor


 Mengenalpasti cara- cara membaiki produktiviti stor masing-masing
 Memahami peranan mereka sebagai system penyokong kepada pelbagai bahagian-
bahagian suatu organisasi

9. Kepentingan Pengurus sukan mengetahui jumlah peralatan yang ada di dalam


penyimpanan peralatan sukan
a) Memudahkan untuk menggantikan peralatan yang baharu
b) Memudahkan untuk membaiki peralatan yang rosak
c) Menjimatkan kos
d) Memberikan maklumat barangan yang dibeli/ dimiliki
e) Memberi maklumat alatan/ tarikh alatan terima dan lokasi penyimpanan
f) Memudahkan pengesanan alatan
g) Menjadi rujukan di masa hadapan
h) Memenuhi permintaan pelanggan
i) Mengelakkan ketiadaan stok
j) Melancarkan perjalanan operasi pengurusan
k) Memperolehi manfaat daripada pusingan pesanan
l) Melindungi alatan yang rosak
m) Memudahkan untuk membuat laporan
n) Mengesan/ kenalpasti kerosakan alatan

10. Ciri- ciri pengurus sukan yang cekap


a) Mengamalkan komunikasi terbuka
b) Menentukan hala tuju yang jelas
c) Mengadakan pengiktirafan objektif
d) Memberi tunjuk ajar dan sokongan
e) Membentuk kawalan berterusan

You might also like