Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PROGRAM KUNJUNGAN MESRA PUSAT KOREKSIONAL

POKOK SENA KEDAH.

Bismillahir Rahmanir Rahim Asalamualaikum Warahmahtulahi Wabarakatuh. Salam


sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa. Terima kasih Saudara/i Pengerusi Majlis.

YDH. Penolong Kanan Komisioner Penjara (PKK) Tuan. Shukri Bin Saad, Pengarah
Penjara Pokok Sena Kedah,

Barisan Pegawai - pegawai kanan dan anggota Penjara Pokok Sena Kedah

Tuan - tuan dan Puan - puan yang di hormati sekalian

1. Pertamanya, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah
kurnianya kita berpeluang untuk hadir dan menjayakan program kunjungan mesra di
Pusat Koreksional Pokok Sena Kedah.

2. Terlebih dahulu izinkan saya menerangkan serba sedikit objektif program ini di
jalankan.

Untuk makluman Ydh. Tuan,

3. Program ini adalah satu program yang di rancangkan oleh pelajar Sarjana Sains
Koreksional sebagai salah satu usaha bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan
seterusnya kesinambungan kepada Masyarakat tentang pendidikan Koreksional.
Seramai 9 orang pelajar terlibat dalam merangka kertas kerja bagi menjayakan
program ini dan saya sebagai pensyarah pembimbing bertindak sebagai penasihat
bagi menjayakan program ini. Dengan terlaksananya program perbincangan
berkumpulan ini, di harapkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada para
pelajar tentang cabaran banduan setiap kali di lepaskan. Ia membolehkan pelajar
menjadi lebih cakna dan demi kebaikan pembelajaran para pelajar tentang proses
pembebasan dan jagaan lanjutan.
Ydh. Tuan,

4. Di kesempatan ini, saya mewakili pihak Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar
dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia, ingin merakamkan setinggi penghargaaan
kepada Jabatan Penjara Pokok Sena Kedah kerana telah memberikan kelulusan dan
kebenaran kepada pelajar - pelajar Program Sarjana Sains Koreksional, mengadakan
program kunjungan mesra ke pusat koreksional Pokok Sena Kedah. Program ini juga
adalah sebahagian dari keperluan kursus “Pemulihan dan keadilan Jenayah”
( Corrections and Criminal Justice system ). Saya memohon maaf sekiranya terdapat
sebarang kesilapan dari segi tutur kata sepanjang program ini diadakan

5. Sebelum saya mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada Ydh. Pengarah Penjara Pokok Sena Kedah, barisan pegawai
pengiring dan anggota yang di tugaskan sepanjang lawatan di atas komitmen yang di
berikan.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi


Wabarokatuh.

You might also like