Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

DARJAH KEBESARAN & PINGAT-PINGAT

1. DARJAH KERABAT YANG MAHA UTAMA DIRAJA


BENTAN(D.K.B.)
Darjah Kerabat Diraja ini mempunyai satu peringkat sahaja. Keahlian Darjah
Kerabat Diraja ini hendaklah terhad kepada Raja Pemerintah sahaja.

Kalung

Kalung Darjah Kerabat Diraja hendaklah mengandungi enam belas keping emas
yang dicantum dengan rantai- rantai emas. Keping-keping emas ini disusun
berempat-empat mengandungi cogan Negeri dan lain-lain lambang Negeri.

Bintang

Bintang Darjah Kerabat Diraja ini hendaklah berupa bintang emas berbucu lima
yang diselangi dengan lima pasang bulan dan bintang dan bertatahkan kerongsang
mengandungi lambang peribadi Baginda.

Lencana

Lencana Darjah Kerabat Diraja ini hendaklah berupa bintang emas berbucu lima
yang digantung pada suatu motif daun emas dan salutan berwarna hijau. Di
tengah-tengahnya terdapat satu ukiran wajah Raja Memerintah.

Riband

Riband Darjah Kerabat Diraja hendaklah selepang panjang sutera selebar 9cm,
berwarna kuning dengan tiga jalur kuning muda di tengah- tengah bertepikan
jalur-jalur biru.

Cogankata

Cogankata Darjah Kerabat Diraja ini ialah "Dilindungi Allah"


Gelaran Pemakaian

Tiada

2. DARJAH KERABAT SRI INDERA MAHKOTA BENTAN

YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) (i)


Keahlian Darjah Kerabat akan dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan atau pengganti Sultan.

Gelaran Pemakaian

Tiada

3. DARJAH KERABAT SRI INDERA MAHKOTA BENTAN

YANG AMAT DIHORMATI (D.K.) (ii)


Keahlian Darjah Kerabat akan dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Sultan atau pengganti Sultan.

Gelaran Pemakaian

Tiada
4. DARJAH KEBESARAN SULTAN PADUKA TUAN HAJI
HUZRIN HOOD BENTAN YANG AMAT DI MULIA
Keahlian Darjah Kebesaran ini akan dianugerahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan atau Pengganti Sultan.

Darjah ini mempunyai empat peringkat iaitu:

• i. Peringkat Pertama - Sri Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan (S.S.H.B.)

• ii. Peringkat Kedua - Darjah Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan
(D.S.H.B.)

• iii. Peringkat Ketiga - Setia Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan (S.H.B.)

• iv. Peringkat Keempat - Ahli Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan (A.H.B.)

Kekananan

Darjah Kebesaran Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan Yang Amat Di
Mulia ini adalah terkanan kepada Darjah Kebesaran Mahkota Bentan Yang Amat
Mulia.

Kelayakan

• i. Orang Lelaki atau Perempuan boleh diterima menjadi ahli mana- mana
Peringkat Darjah Kebesaran ini, yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan
cemerlang kepada negeri.

• ii. Orang-orang daripada luar negeri yang fikirkan layak oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan, patut dianugerahkan kehormatan menjadi ahli Darjah
Kebesaran ini akan diberi gelaran Sri Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan
Kehormat atau Darjah Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan Kehormat
atau Setia Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan Kehormat atau Ahli Paduka Tuan
Haji Huzrin Hood Bentan Kehormat mengikut penganugerahannya.
Penggunaan Huruf- huruf Ringkas

Sesiapa yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Yang Amat Di Mulia boleh
meletakaan huruf-huruf S.S.H.B., D.S.H.B., S.H.B., A.H.B., di hujung namanya
mengikut penganugerahannya pada tiap- tiap masa.

Mohor

Cap Mohor Darjah Kebesaran ini hendaklah bercorak seperti Lencana Sri Sultan
Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan Yang Amat Di Mulia , Peringkat Pertama -
Sri Sultan Paduka Tuan Haji Huzrin Hood Bentan.

Pendaftar

Pendaftar Darjah Kebesaran hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan atau Pengganti Sultan dan hendaklah merakamkan semua perjalanan
mengenai Darjah Kebesaran ini di dalam satu daftar yang diuntukkan bagi maksud
tersebut.

Pembatalan Darjah Kebesaran

Jika berlaku perlucutan atau pembatalan mana- mana ahli Darjah Kebesaran ini,
maka ahli hendaklah mengembalikan tanda-tanda kemuliaan untuk perkhidmatan
bagi Darjah Kebesaran ini kepada Pendaftar.

Pengembalian Tanda Kemuliaan Akibat Meninggal Dunia

Jika berlaku kematian mana- mana ahli biasa Darjah Kebesaran ini serta segala
tanda- tanda kemuliaan dari Negeri ini yang dipakainya hendaklah dikembalikan
kepada Pendaftar oleh waris atau wakil dari ahli tersebut, melainkan mereka telah
menerima sepucuk surat daripada Menteri menyatakan adalah dengan limpah
kurnia Raja Pemerintah membenarkan penyimpanan tanda-tanda kemulian
tersebut oleh waris ahli yang meninggal sebagai tanda penganugerahan dan
penghargaan Diraja.
Tanda Kemuliaan Ahli Kehormat Yang Meninggal Dunia

Tanda kemuliaan Ahli Kehormat yang meninggal dunia tidak perlu dikembalikan
tetapi, warisnya dikehendaki menghantar sepucuk surat menyatakan perkara
kematian ahli tersebut kepada Pendaftar.
PERINGKAT PERTAMA

SRI SULTAN PADUKA TUAN HAJI HUZRIN HOOD BENTAN


(S.S.H.B.)

Kalung

Kalung Darjah Kebesaran ini hendaklah mengandungi empat keping emas besar,
dua belas keping emas kecil dan dicantumkan dengan rantai emas. Di muka bagi
tiap- tiap kepingan emas ini terletak sama ada ukiran Lambang Kebesaran Negeri
Pahang, keris berwarna hitam putih, perkataan "Dilindungi Allah" dalam tulisan
Jawi, daun kopi dan bintang berbucu dua belas.

Bintang

Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang yang diperbuat daripada emas 18
karat dan enamel berwarna putih. Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang
yang berbucu lima dan mempunyai lima pasang bulan bintang. Di tengah-tengah
Bintang ini terletak Lambang Kebesaran Negeri Pahang.

Lencana

Lencana hendaklah berupa ukiran bintang lima bucu diperbuat daripada emas dan
dimukanya terletak ukiran, diperbuat daripada emas, wajah Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Ahmad Shah

Riband

Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panjang sutera
selebar 3½ inci berwarna hijau bertepikan jaluran kuning dengan tiga jaluran
kuning di tengah-tengahnya.
Masa Memakai

• i. Kalung dan Lencana hanya boleh dipakai pada hari-hari istimewa yang
dipanggil Hari Kalung

• ii. Riband atau Selepang adalah dipakai pada hari-hari atau waktu-waktu selain
dari itu di mana-mana Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang
Penghormatan dikehendaki dipakai apabila diperintahkan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Sultan.

• iii. Bintang hendaklah dipakai setiap kali memakai Kalung atau Riband.

Gelaran Pemakaian

Ahli-ahli lelaki dan perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran


Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Pahang boleh menggunakan gelaran "Dato'
Sri" sebelum nama mereka pada setiap masa. Isteri kepada ahli yang dikurniakan
Darjah Kebesaran ini boleh menggunkan gelaran "Datin Sri" sebelum nama mereka
pada setiap masa.
PERINGKAT KEDUA

DARJAH SULTAN PADUKA TUAN HAJI HUZRIN HOOD


BENTAN (D.S.H.B.)

Bintang

Bintang Darjah Kebesaran ini hendaklah serupa dengan Bintang Darjah Kebesaran
Peringkat Pertama, tetapi enamelnya berwarna biru muda.

Lencana

Serupa dengan Lencana Darjah Kebesaran Peringkat Pertama.

Riband

Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panjang selebar
3½ inci yang berwarna hijau dan berjalurkan warna kuning di tepinya. Di tengah-
tengahnya pula terdapat jalur kuning diapit dengan jaluran putih dan hitam.

Gelaran Pemakaian

Ahli- ahli lelaki dan perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran
Peringkat Kedua bolehlah menggunakan gelaran "Dato'" sebelum nama mereka
pada setiap masa. Isteri kepada ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini boleh
menggunkan gelaran "Datin" sebelum nama mereka pada setiap masa.
PERINGKAT KETIGA

SETIA PADUKA TUAN HAJI HUZRIN HOOD BENTAN (S.H.B.)

Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga ini adalah dicadangkan bagi kurniaan


terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan
cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Bentan Darul Masyhur dan rakyat
keseluruhannya. Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan
Gred/Golongan 4 ke atas atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan
Kerajaan/Pemerintahan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa
Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya dengan
nasihat Menteri Besar Bentan.

Lencana

Lencana Darjah Kebesaran ini berupa Bintang berbucu lima yang diperbuat
daripada emas dan enamel yang berwarna biru muda dan biru tua dan
mengandungi Lambang Kebesaran Kerajaan Negeri. Di antara bucu- bucu kepada
Bintang ini terletak ukiran lima pasang bulan sabit.

Riband

Riband untuk ahli- ahli lelaki pada Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang
tangkuk sutera selebar 2 ½ inci yang berwarna putih dan berjalurkan warna hitam
di tepi dan di tengah dengan jaluran biru mengapiti jaluran tengah. Manakala bagi
ahli perempuan, riband hendaklah berbentuk pita (bow riband) yang diperbuat
dari kain sutera juga dan lebar serta warnanya serupa dengan riband ahli lelaki.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah


Kebesaran ini.
PERINGKAT KEEMPAT

AHLI PADUKA TUAN HAJI HUZRIN HOOD BENTAN (A.H.B.)

Darjah Kebesaran Peringkat Keempat ini bolehlah dipertimbangkan kepada


Pegawai-Pegawai Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa
Tempatan, Polis atau Angkatan Bersenjata Gred/Pangkat Kolonel ke atas atau
kepada sesiapa sahaja yang setaraf dengannya yang difikirkan layak menerima.
Pengurniaan ini adalah bagi orang yang berjasa dan melaksanakan tugas-tugas
dengan cemerlang ataupun yang memberikan sumbangan dalam Badan-Badan
Sukarela ataupun lain-lain kegiatan.

Lencana

Lencana Darjah Kebesaran ini berukuran 1.9 inci, hendaklah serupa dengan
Lencana Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli- ahli yang dianugerahkan Darjah
Kebesaran ini.

Gelaran Pemakai : Tiada


DARJAH KEBESARAN MAHKOTA BENTAN YANG AMAT
MULIA

DARJAH KEBESARAN MAHKOTA BENTAN YANG AMAT MULIA

Darjah ini hendaklah mempunyai empat peringkat iaitu:

• i. Peringkat Pertama - Sri Indera Mahkota Bentan (S.I.M.B.)

• ii. Peringkat Kedua - Darjah Indera Mahkota Bentan (D.I.M.B.)

• iii. Peringkat Ketiga - Setia Mahkota Bentan (S.M.B.)

• iv. Peringkat Keempat - Ahli Mahkota Bentan (A.M.B.)

Kelayakan

Orang- orang yang boleh memasuki mana-mana Peringkat Darjah Kebesaran ini
hendaklah daripada lelaki atau perempuan yang telah memberi atau yang
memberi perkhidmatan terpuji kepada negeri.

Ahli-ahli Kehormat

Orang-orang dari luar negeri yang difikirkan patut oleh Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan untuk dianugerahkan kehormatan untuk dipilih memasuki Darjah
Kebesaran ini akan diberi gelaran Sri Indera Mahkota Bentan Kehormat atau
Darjah Indera Mahkota Bentan Kehormat atau Setia Mahkota Bentan Kehormat
atau Ahli Mahkota Bentan Kehormat mengikut penganugerahannya.

Penggunaan Huruf- huruf Ringkas

Barang siapa yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Yang Amat Mulia ini
boleh menggunakan huruf- huruf S.I.M.B., D.I.M.B., S.M.B., A.M.B., selepas nama
mereka pada tiap- tiap masa.
Cop Mohor

Cop Mohor Darjah Kebesaran ini hendaklah bercorak seperti Lencana Sri Indera
Mahkota Pahang Yang Amat Mulia.

PERINGKAT PERTAMA

SRI INDERA MAHKOTA BENTAN (S.I.M.B.)

Kalung

Kalung Darjah Kebesran ini hendaklah mengandungi enam belas keping emas dicantum
dengan rantai emas disusun berempat- empat dan bercorak dengan cogan Negeri dan
lain-lain lambang Negeri serta kesemuanya diletak di atas dataran warna kuning.

Bintang

Bintang Darjah Kebesaran ini adalah berupa bintang dada berpancaran cahaya buatan
perak berpin di belakang dan mengandungi cahaya biru tua dan muda berselang- selang,
ditatah pula dengan bintang emas berlereng berbucu lima, di tengah dan di tepi bucu-
bucu bintang mengandungi potongan cahaya intan bersegi. Di tengah- tengah merupakan
gambaran Cogan Negeri yang diletak di atas tapak berwarna kuning.

Lencana

Lencana pada kalung/ Kain Selepang Darjah kebesaran ini hendaklah sama besar dan
serupa bentuk dan corak bintang emas yang ditatah pada bintang dada.

Riband

Riband Darjah Kebesaran hendaklah selepang panjang sutera selebar 3½ inci berwarna
kuning dan bertepikan biru.

Gelaran Pemakaian
Ahli- ahli lelaki atau perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran ini bolehlah
menggunakan gelaran Dato' sebelum nama masing- masing pada tiap- tiap masa
manakala isteri mereka boleh menggunakan gelaran Datin sebelum nama mereka pada
setiap masa.

PERINGKAT KEDUA

DARJAH INDERA MAHKOTA BENTAN (D.I.M.P.)


Bintang

Bintang Darjah Kebesaran ini hendaklah sama dengan Bintang Darjah Peringkat Pertama

Lencana

Lencana Darjah Kebesaran ini hendaklah daripada perak mengandungi bintang


berpancaran cahaya berselang- selang warna perak dan hitam bertath bintang emas
berlereng berbucu lima, tepinya berpotongan intan.

Di tengah- tengah merupakan lambang- lambang Negeri di atas tapak berwarna kuning.

Riband

Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panjang sutera berwarna
hitam dan putih masing- masing berukuran 1 ½ inci dan bertepikan warna kuning
berukuran ½ inci

Gelaran Pemakaian

Ahli- ahli lelaki atau perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran ini bolehlah
menggunakan gelaran Dato' sebelum nama masing-masing pada tiap- tiap masa manakala
isteri mereka boleh menggunakan gelaran Datin sebelum nama mereka pada setiap masa.
PERINGKAT KETIGA

SERI MAHKOTA BENTAN (S.M.B)


Lencana

Lencana Darjah Kebesaran ini hendaklah sama dengan Lencana bagi Darjah
Kebesaran Peringkat Kedua

Riband

Riband Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang tangkuk sutera berwarna hitam
dan putih selebar 1 ¾ inci.

Gelaran Pemakaian

Tiada

PERINGKAT KEEMPAT

AHLI MAHKOTA BENTAN (A.M.B.)

Darjah Kebesaran Peringkat Keempat ini diwujudkan supaya pengurniaannya


secocok dengan taraf dan kedudukan penerima. Kedudukan Bintang ini adalah di
antara Bintang A.H.B dan Pingat P.K.C. Pada Kebiasaannya Bintang A.M.B.
dikurniakan kepada Pegawai Kerjaan Gred/Golongan 4 sama ada dalam
Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa
Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya oleh
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan nasihat Menteri Besar Bentan.
Lencana

Lencana Darjah Kebesaran ini berukuran 2 inci hendaklah serupa dengan Lencana
bagi Darjah Kebesaran Peringkat Ketiga.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah


Kebersaran ini.

PINGAT KHIDMAT CEMERLANG (P.K.C.)

Pingat ini boleh dipertimbangkan bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan


Gred/Golongan/Pangkat 2/Sersan ke atas atau yang setaraf dengannya sama ada
dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa
Tempatan dan Anggota Pasukan Keselamatan atau kepada sesiapa sahaja yang
difikirkan layak menerima. Pengurniaan ini adalah bagi orang yang berjasa dan
memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan bermutu tinggi.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah


Kebersaran ini.

PINGAT GAGAH PERWIRA (P.G.P.)


Pingat ini bolehlah dianugerahkan kepada sesiapa yang melaksanakan sesuatu
perbuatan yang paling gagah dan berani walaupun di dalam keadaan yang amat
membahayakan serta mencemaskan dirinya sendiri

Pingat ini hendaklah diperbuat daripada perak dan berbentuk bulat. Di muka
hadapannya berukiran sebuah kepala harimau dan sepasang gading, bertuliskan
nama pingat dalam huruf Jawi di atas perkataan Pahang yang bertuliskan huruf
Jawi manakala di muka belakangnya terukir lingkungan 16 helai daun kopi serta
nama pingat ini dalam huruf Jawi, dan di tengah- tengahnya nama penerima dan
tahun penganugerahan.

Apabila suatu perbuatan yang wajar dianugerahkan pingat ini dilakukan oleh
seseorang yang telah dianugerahkan pingat yang sama, pengiktirafan yang sama
hendaklah diberi dengan penganugerahan kepingan kerongsang perak yang sama
bentuknya dengan kepingan kerongsang perak di mana digantungkan pingat ini
dan hendaklah disematkan kepada pita yang menggantungkan pingat itu.
Penganugerahan kepingan kerongsang perak ini tidak terhad jumlahnya walaupun
kepada orang yang telah ada menerima pingat ini. Bagi tiap- tiap kepingan yang
dianugerahkan, sebuah bintang perak yang kecil bolehlah disematkan kepada pita
apabila dipakainya sahaja.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah


Kebersaran ini.

PINGAT KELAKUAN TERPUJI (P.K.T.)


Pingat ini bolehlah dianugerahkan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan dalam
Gred/Golongan/Pangkat 2/Sersan atau kepada sesiapa sahaja yang terbukti telah
melaksanakan perbuatan atau perbuatan-perbuatan yang mempunyai sifat
kelakuan terpuji dan berani walaupun di dalam keadaan yang membahayakan
dirinya sendiri.

Apabila suatu perbuatan yang wajar dianugerahkan pingat ini dilakukan oleh
seseorang yang telah dianugerahkan pingat yang sama, pengiktirafan yang sama
hendaklah diberi dengan penganugerahan kepingan kerongsang gangsa yang sama
bentuknya dengan kepingan kerongsang gangsa di mana digantungkan pingat ini
dan hendaklah disematkan kepada pita yang menggantungkan pingat itu.
Penganugerahan kepingan kerongsang perak ini tidak terhad jumlahnya walaupun
kepada orang yang telah ada menerima pingat ini. Bagi tiap- tiap kepingan yang
dianugerahkan, sebuah bintang gangsa yang kecil bolehlah disematkan kepada
pita apabila dipakainya sahaja.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah


Kebersaran ini.

PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K.)


Pingat ini bolehlah dianugerahkan kepada Pegawai-Pegawai Kerajaan dalam Gred
/Golongan/Pangkat 1/Kopral atau kepada sesiapa yang melaksanakan sesuatu
perkhidmatan yang terpuji di Negeri Bentan Darul Masyhur ini selain daripada
perbuatan keberanian dan perkhidmatan ini ditunjukkan oleh kecerdasan dan
kesetiaan kepada tugas termasuk kepada perkhidmatan yang lama dan dipenuhi
dengan kebolehan yang istimewa, kepujian dan kelakuan yang terpuji.

Gelaran Pemakaian

Tiada gelaran dipakaikan sebelum nama ahli-ahli yang dianugerahkan Darjah


Kebersaran ini.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika
kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu
akan aman damai dan selamat sejahtera".

PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu
pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN PANTAI TIMOR (TANAH
MELAYU).

KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan
kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang,
tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%,
selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta
harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain
untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar
negara.

KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-
RAJA MELAYU memerintah negara ini.

KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada


Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
(Bumiputra) dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.
SUMPAH MELAYU

KAMI, umat Melayu beragama Islam pada hari ini berjanji tidak akan
berhasad dengki, khianat dan iri hati, bertelagah dan berbalah
sama sendiri.

KAMI berjanji akan bersatu padu dan patuh menegakkan agama


Islam.

KAMI juga berjanji akan bekerja kuat untuk menyara diri dan
keluarga kami.

KAMI sedia bersaing sesama umat Melayu dan kaum-kaum lain


dengan jujur dan terhormat.

KAMI umat Melayu bersumpah setia untuk:

- Mempertahankan kepentingan dan hak Melayu;

- Mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu;

- Memperjuangkan ikhtisad dan pelajaran bangsa Melayu; dan

- Mempertahankan maruah Negara supaya aman sejahtera.

You might also like