Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kertas Konsep

Program Cabaran Unit Beruniform Era Baru Peringkat


Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway Semenyih 2020

Pendahuluan:

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan


yang dirancang daripada proses pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk mengukuh dan menambah serta
mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari
di dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini
hendaklah dilaksanakan secara terancang di pelbagai
peringkat sama ada peringkat sekolah, peringkat
daerah, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

Program Cabaran Unit Beruniform di rumah ini


merupakan satu inisiatif penting yang dilaksanakan
oleh pihak unit kokorikulum SK Bandar Sunway Semenyih
semasa dunia menghadapi Coronavirus (Covid-19) untuk
memberi peluang murid mempamerkan kemahiran-kemahiran
asas pasukan badan beruniform yang telah mereka
pelajari di sekolah seperti kawad kaki, ikatan dan
simpulan, bantu mula dan sebagainya. Selain itu, ia
akan menerapkan ilmu serta kemahiran teknologi
maklumat. Pelaksanaan program ini diharap dapat
memberi ruang kepada murid untuk terus mempraktikkan
kemahiran ilmu pasukan badan beruniform walaupun
pelaksaaan aktiviti secara berpusat seperti
perkhemahan, pertandingan, kursus, dan sebagainya
tidak dilaksanakan.

2.0 Objektif aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri,


kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan murid sekolah;
2.2 Mempraktikkan kemahiran ilmu pasukan badan
beruniform yang dipelajari daripada guru dan
jurulatih,
2.3 Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif
serta mempraktikkan kemahiran pembelajaran
teknologi maklumat; dan
2.4 Mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-
21 dalam aktiviti kokurikulum.

3.0 Pelaksanaan aktiviti

3.1 Tarikh pertandingan cabaran unit berunirform


ini dijalankan adalah pada 5 november hingga
13 november 2020.
3.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid
tahap 2 ( tahun 4,5,6 ) Sekolah Bandar Sunway
Semenyih sesi 2020 sahaja.

4.0 Syarat-syarat penyertaan adalah seperti dibawah:

4.1 Individu - disertai oleh seorang murid


sahaja. Akan melaksanakan kelima-lima elemen
pertandingan (perkara 3.5) secara
bersendirian.
4.2 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar
SATU sahaja video sebagai bukti penyertaan.
4.3 Durasi paparan keseluruhan video ialah antara
2 hingga 4 minit sahaja (penilaian hingga
minit ke 4 sahaja). (Format MP4 @ MKV, saiz
minimum 720p) Peserta (individu dan
berkumpulan) perlu memasukkan kelima-lima
elemen pertandingan (Perkara 3.5) dalam 1
video mengikut tempoh masa durasi tersebut.

5.0 Elemen pertandingan

5.1 Kawad kaki (persembahan kawad kaki secara


individu)

5.2 Bantu Mula (proses merawat kecederaan) —


Wajib 2 item.
5.2.1 Luka — 1 jenis Iuka
5.2.2 Patah — 1 jenis patah

5.3 Simpulan dan Ikatan (proses membuat ikatan


dan simpulan) - wajib 4 simpulan I ikatan.
5.3.1 Simpul Mati
5.3.2 Buka Sila
5.3.3 Bunga Keti
5.3.4 Manok
5.4 Binaan dari bahan kitar semula (video proses
membina objek dari bahan terbuang) — hasilkan
1 Produk sahaja
5.4.1 Binaan kraftangan @ Binaan perhiasan
@ Binaan replika — Cth: menara /
kereta / motosikal, pasu bunga atau
lain-lain.

5.5 Laungan Sorakan – Sorakan yang dilakukan oleh


peserta wajib menyebut perkataan SUNWAYERS.
Slogan tersebut merupakan kata-kata semangat
atau laungan slogan yang bersesuaian dan
membawa mesej yang positif serta bermakna.

6.0 Murid dikehendaki memakai uniform pasukan masing-


masing (uniform lengkap sepanjang rakaman video
tersebut.

7.0 Video penyertaan murid berkenaan hendaklah


dihantar ke Unit Kokorikulum sebelum atau pada 13
November 2020 melalui pautan di bawah .
( wakil guru yang menerima )

8.0 Aspek penilaian

8.1 Rubrik pemarkahan


1. Elemen (5 elemen) 40 markah
2. Paparan proses kerja 20 markah
3. Penerangan 10 markah
4. Kreativiti 10 markah
5. Kualiti (audio & visual) 10 markah
Durasi (2-4 minit) 10 markah
Jumlah = 100 markah
8.2 Panel penilai – Unit Kokorikulum
8.3 Pemenang dan hadiah
Bil. Pencapaian Hadiah
1. Johan individu Medal & Sijil
2. Naib Johan individu Medal & Sijil
3. Ketiga individu Medal & Sijil
4. Keempat hingga ke-10 Medal & Sijil
9.0 Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, Sila
hubungi :
Puan Rafidah Binti Umar
GPK Kokorikulum SK Bandar Sunway Semenyih.

Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan


peluang kepada murid untuk terus mempamerkan kebolehan
dan kemahiran mereka dalam bentuk yang berbeza
(paparan Video) ekoran pengawalan aktiviti sempena
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan bagi menangani penularan
Coronavirus (Covid-19). Penyertaan murid dalam
pertandingan ini juga akan menjinakkan mereka untuk
mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu
kemahiran teknologi maklumat (lT) di samping
mempraktikkan ilmu kemahiran pasukan badan beruniform
mereka.

You might also like