Minit Mesyuarat Hem Bil 1 2020 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM) BIL 1 /2020

Tarikh : 11 Februari 2020

Hari : Selasa

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SKSL

Kehadiran :

1. En Safrul Kamalizam b Safar (Guru Besar)


2. Pn Rosyati bt Ismail (GPK Hal Ehwal Murid)
3. Pn Zaimah bt Anuar (GPK Pentadbiran)
4. En Muhammad Amri b Hj Osman (GPK Kokurikulum)
5. En Mohd Ghazali b Jaafar
6. Pn Siti Aisyah bt Hassan
7. Pn Surayni bt Abdul Sidek
8. Pn Nuraini bt Yan Engku Tanjung
9. Pn Noor Ain bt Mohd Yusoff
10. Dr Hani Syazillah bt Nordin
11. Pn Siti Nur Karmila bt Mohd Bakri
12. Pn Mazlina bt Md Zahir
13. Cik Farahatun Nailah bt Mansor

Tidak Hadir :

1. En Mohd Hairunizam b Muhammad Saman (Kursus di PPD Bentong)


2. En Mohd Zuraidi b MM Aboo Jubar (Jurulatih Olahraga)
3. En Asrolafandi b Mohd Ab Suki (Urusan Keluarga)
4. Pn Siti Amirah bt Mohd Rodzizan (Kelas Tambahan UPSR)
5. Cik Chin Jia Yi (Skuasy)
Perkara 1

Aluan Pengerusi dan Nota Pentadbiran

1.1 Sekolah perlu mengadakan POST MORTEM Program MAKMUR.


1.2 Semasa program MAKMUR dijalankan pada waktu rehat, perlu tambah beberapa
aktiviti antaranya memasang lagu nasyid atau bacaan Al-Quran.
1.3 Puan Zaimah mencadangkan supaya guru bergerak bersama murid ke kantin untuk
mengelakkan murid membuat bising di kantin.
1.4 Guru Besar mencadangkan supaya pengawas bertugas rehat awal bagi membantu
murid yang lain pergi ke kantin juga setiap meja makan murid diletakkan dengan 2
orang pengawas.
1.5 Puan Rosyati mencadangkan semua guru kelas menunggu murid semasa waktu
rehat di kantin.
1.6 En Muhammad Amri mencadangkan kutipan duit makanan berdasarkan nombor
meja di kantin.
1.7 Puan Noor Ain mencadangkan supaya diletakkan nama murid di meja makan.
1.8 Kaedah makan secara berkumpulan akan bermula pada 17 Februari 2020.

Perkara 2

Unit Displin/Pengawas

2.1 Majlis Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas
SPBT, Pengawas Surau, Ketua dan Penolong ketua kelas telah diadakan pada 03
Februari 2020.

2.2 Motivasi Kepimpinan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumberdan Ketua dan
penolong ketua kelas akan dijalankan pada 18 Februari 2020. Program bermula pada
jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

2.3 Motivasi ini dijalankan dalam peringkat dalaman bermaksud guru di sekolah sahaja
yang memberikan ceramah dan tidak melibatkan pihak luar. Antara pengisian motivasi
kepimpinan ini ialah belajar kemahiran berucap ketika mengacarakan majlis rasmi
sekolah.

2.4 Jadual bertugas pengawas sekolah akan dirombak balik kerana kekurangan
pengawas yang bertugas.

2.5 Perjumpaan pengawas sekolah adalah 5 kali seminggu.

Perkara 3

APDM

3.1 Data jumlah murid yang terkini adalah seramai 153 orang.

3.2 Semua guru hendaklah mengemaskini maklumat murid seperti gaji, bilangan ahli
keluarga di dalam APDM bagi memudahkan urusan pemberian bantuan kepada murid
yang berkenaan.

3.3 Semua guru boleh menggunakan manual e-kehadiran jika ada program di
sekolah.Buku manual kehadiran murid ada diletakkan di pejabat sekolah.

3.4 Guru-guru boleh merujuk dalam group whatsapps Guru kelas untuk mendapatkan ID
dan kata laluan APDM.

3.5 Guru kelas perlu mengemaskini maklumat diri murid di dalam APDM supaya tiada
Ralat yang keluar.

3.6 Semua guru perlu merekodkan amalan baik murid atau salah laku murid di dalam
SSDM.
Perkara 4

Bimbingan dan Kaunseling

4.1 Sambutan Hari Jadi bagi warga Januari dan Februari akan diadakan pada 28 Februari
2020.

4.2 Program Mentor-Mentee bagi murid tahun 6 berjalan seperti biasa.

4.3 Bilik Bimbingan dan Kaunseling berada di dalam Makmal Komputer sekolah.

4.4 Ujian Aptitud Tahun 6 akan dijalankan antara bulan Mac hingga April.

Perkara 5

Kantin dan Kesihatan

5.1 Keadaan kantin sekolah berada di dalam keadaan yang terkawal.

5.2 Keceriaan kantin akan dibuat dari masa ke semasa.

5.3 Menu kantin perlu diubah dan perlu ada menu khas.

5.4 Bulan Februari akan berakhir pemeriksaan pergigian di sekolah.

5.5 Tarikh untuk pemeriksaan mata murid akan dimaklumkan kemudian.

5.6 Program memberus gigi akan bermula pada 11 Februari hingga akhir tahun .

5.7 Pihak klinik telah menyediakan ubat gigi kepada murid.

Perkara 6

SPBT

6.1 Seramai 14 orang murid tidak mendapat buku Teks Bahasa Inggeris ”Super Minds”.

6.2 Pemeriksaan buku teks akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Pemeriksaan kali
pertama pada bulan Mac dan pemeriksaan kali kedua adalah pada bulan September.

6.3 Denda akan dikenakan kepada murid yang gagal membalut buku dan menconteng
buku. Denda yang dikenakan adalah sebanyak RM1.00 .
Perkara 7

Guru Penyayang/ Bina Insan

7.1 Guru yang bertugas hendaklah datang awal ke sekolah dan menunggu kedatangan
murid ke sekolah.

7.2 Bimbingan murid lelaki dan perempuan hendaklah dijalnkan sebanyak 2 kali setahun.

7.3 Majlis pelancaran program ”JOM KE SEKOLAH ” peringkat Daerah akan diadakan
pada 17 Februari 2020 di SMK sulaiman dan bermula pada jam 6.15 pagi.

7.4 Program Guru Penyayang yang dijalankan perlu bekerjasama dengan unit Bimbingan
dan Kaunseling.

Perkara 8

Kebajikan / RMT/Susu

8.1 Seramai 32 orang murid yang menerima Bantuan Awal Persekolahan. Berikut adalah
agihan jumlah murid mengikut kelas:

Tahun 1 : 9 orang

Tahun 2 : 2 orang

Tahun 3 : 1 orang

Tahun 4 : 8 orang

Tahun 5 : 6 orang

Tahun 6 : 6 orang

8.2 Murid yang menerima RMT adalah seramai 6 orang.

8.3 Seorang murid yang menerima bantuan daripada Yayasan Pahang iaitu Muhammad
Yusri dari kelas Tahun 6 Cemerlang.

8.4 Bantuan KWAPM akan dikeluarkan pada bulan Ogos.


Perkara 9

Perhimpunan, Majlis Rasmi dan Persijilan

9.1 Guru yang terlibat perlu membuat salinan sijil murid bagi penyertaan Rentas Desa,
Bola Jaring dan Skuasy.

9.2 Sijil Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pengawas
Surau, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas perlu dibuat salinan.

9.3 Bacaan doa, Skrip, Ikrar akan dibukukan untuk melancarkan majlis perhimpunan
rasmi sekolah.

9.4 Lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah perlu dimasukkan di
dalam ”telegarm” sekolah.

9.5 Lagu Dadah perlu dipasang sebulan sekali.

Perkara 10

Penjagaan Perabot dan Inventori

10.1 Guru besar akan memberikan LADAP berkaitan dengan ASET.

10.2 Murid Tahun 5 boleh menggunakan kelas mereka mulai besok.

10.3 Semua guru kelas perlu menjaga semua perabot yang terdapat di dalam kelas
terutamanya kelas Tahun 6 yang dapat sumbangan perabot dari SMK Sri Layang.

10.4 Jika ada kerusi atau meja yang rosak boleh maklumkan kepada PK HEM dan Guru
perabot.
Perkara 11

Hal-Hal Lain

11.1 Pn Zaimah mengingatkan semua guru kelas perlu memeriksa fail peribadi murid
sebelum diserahkan kepada murid yang bertukar dan yang berpindah masuk ke sekolah
ini.

11.2 Buku Kesihatan Murid dan Buku Laporan/Kemajuan murid perlu dimasukkan sekali
di dalam Fail Peribadi murid.

11.3 Pastikan murid yang baru masuk ke sekolah ada Buku Rekod Kesihatan dan Buku
Rekod Kemajuan Murid.

11.4 Pastikan murid baru ada Fail Perkembangan Murid yang dibawa daripada sekolah
lama.

11.5 En Ghazali mencadangkan agar membuat pembubaran AJK Kelab Guru

11.6 En Ghazali telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Kelab Guru.

11.7 Perlantikan AJK baru adalah seperti berikut

Pengerusi : Dr Hani Syazillah bt Nordin

Naib Pengerusi : Pn Surayni bt Abdul Sidek

Setiausaha : Pn Siti Nur Karmila bt Mohd Bakri

Bendahari : Cik Farahatun Nailah bt Mansor

11.8 En Amri meminta semua murid yang terlibat aktiviti kokurikulum perlu mencatat di
dalam buku PAJSK.

11.9 Semua kejohanan dan aktiviti dalaman yang disertai murid perlu di hantar laporan.

11.10 Guru yang menghantar murid keluar untuk aktiviti Kokurikulum perlu mengisi
maklumat diri dalam Borang Penggunaan Kereta Persendirian.
11.11 Seorang murid telah terpilih dalam pemilihan atlet iaitu Hafisha Husna daripada
kelas Tahun 6. Seramai 2 orang murid yang terpilih untuk MSSP dan MSSN iaitu Erisya
Yasmin dan Hafisha Husna.

11.12 Pn Nuraini memaklumkan beliau telah menghantar Lagu perhimpunan di


dalam ”telegram” sekolah.

11.13 Pn Rosyati mengingatkan semua guru perlu mengisi Buku Rekod Salah Laku dan
Buku Rekod Kawalan Kerja Rumah yang terdapat di dalam kelas. Buku tersebut akan
dikutip pada hujung bulan Februari.

11.14 Guru yang bertugas mingguan perlu mencatat segala aktiviti sepanjang minggu
terutama berkaitan keselamatan murid. Guru juga perlu mengingatkan tentang
keselamtan murid pada setiap hari.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.25 petang

Disediakan Oleh :

-------------------------------------------

(SITI AISYAH BT HASSAN)

S/U HAL EHWAL MURID,

SK SRI LAYANG,

69000 GENTING HIGHLANDS.

You might also like