Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

“KEDAH SEJAHTERA”

UUM/CAS/PPP/A-5
10 April 2011

Untuk perhatian
Puan Hajah Thaniah Bt Hussein

Melalui dan salinan

Tuan Haji Alis Bin Puteh


Pensyarah Penasihat,
Persatuan Pengurusan Pendidikan,
Kolej Sastera dan Sains,
Universiti Utara Malaysia

Tuan/ Puan

PERMOHONAN TAJAAN BAS BAGI PROGRAM “TAUTAN BUDAYA MERENTASI DESA”.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pengurusan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia


akan mengadakan program baktisiswa bagi pelajar-pelajar jurusan pendidikan. Butiran
program adalah seperti berikut :

Tarikh : 22-25 September 2011

Tempat : Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu

Penyertaan : 40 orang

Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah lawatan ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu
Batu Rakit, rumah anak yatim Tunas Harapan Darul Hilmi, Masjid Tengku Tengah Zaharah,
perkampungan Losong dan Masjid Kristal. Sehubungan dengan ini, pihak jawatankuasa
berharap agar pihak tuan/puan bermurah hati untuk menaja sebuah bas bagi perjalanan
kami di sekitar Kuala Terengganu seperti yang telah disenaraikan di atas (sila rujuk lampiran
I -tentatif program).

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan maklumat lanjut mengenai program ini dan
berminat untuk memberikan tajaan, bolehlah berhubung dengan Nurul Ain bt Ismail (012-
7838761) dan Noor Hafizah bt Mohd Mokhtar (019-4487926).

Keprihatinan pihak tuan/puan menyumbang untuk program ini, kami dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

…………………………………………
(Nurul Ain binti Ismail)
Pengarah Projek,
Program “ Tautan Budaya Merentasi Desa”

You might also like