Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TEMA: SEJARAH EKONOMI

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SYARIKAT SIME DARBY DALAM


PENANAMAN KELAPA SAWIT DI TAWAU ( )

PENGENALAN

Menurut Daning (1974), syarikat Multinasional merujuk kepada firma yang membuat

pengeluaran sekurang-kurangnya di sebuah negara asing. Syarikat Sime Darby merupakan

syarikat multinasional yang bertapak di Malaysia dalam industri perladangan, hartanah,

automotif, tenaga serta hospitaliti. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1910 dan telah

berkembang menjadi sebuah kumpulan antarabangsa yang dinamik dengan lebih 210 buah

syarikat ditubuhkan di 23 buah negara. Syarikat Sime Darby menerusi Sime Darby Plantation

menjalankan aktiviti penanaman pokok kelapa sawit. Sime Darby Plantation telah meluaskan

kawasan ladangnya di negara Malaysia, Indonesia, dan Liberia dimana syarikat ini mempunyai

keluasan tanah berjumlah 349 456 hektar di Malaysia, 289 423 hektar di Indonesia dan 220 000

hektar di Liberia. Syarikat Sime Darby telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala

Lumpur dengan modal pasaran melebihi US$2.9 billion pada 30 Jun 2000.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti latar belakang penubuhan Syarikat Sime

Darby. Latar belakang penubuhan Syarikat Sime Darby adalah sangat penting bagi membantu

memahami kepentingan organisasi ini yang mempunyai lebih daripada 100 tahun pengalaman

dalam industri perladangan terutamanya kelapa sawit.

1
Selain itu, kajian ini bertujuan untuk memperlihatkan perkembangan Syarikat Sime

Darby dalam perindustrian kelapa sawit di Tawau dari tahun ( ). Pengkajian ini adalah penting

bagi menjelaskan perkembangan penanaman kelapa sawit terhadap ekonomi Tawau di mana

kelapa sawit merupakan hasil ekonomi terbesar bandar tersebut.

Penghasilan kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan pencapaian serta kejayaan

Syarikat Sime Darby kepada ekonomi negara. Syarikat Sime Darby banyak menyumbang kepada

ekonomi kerana Sime Darby pernah wujud sebagai salah satu pengeluar kelapa sawit terbesar di

Malaysia.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam penulisan kajian ini. Terdapat tiga

masalah yang ingin dikaji. Antarannya, kajian ini bertujuan untuk mengupas apakah sejarah

penubuhan Syarikat Sime Darby. Malahan, kajian tentang latar belakang adalah penting bagi

membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan penubuhan organisasi ini yang melibatkan diri

dalam pelbagai jenis industri sebagai sebuah syarikat multinasional.

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti apakah dan bagaimanakah

perkembangan yang dilaksanakan Syarikat Sime Darby dalam penanaman kelapa sawit di

Tawau. Aspek ini dikaji bagi memahami bagaimana aktiviti dijalankan oleh Syarikat Sime Darby

sebagai sebuah organisasi untuk meluaskan penanaman kelapa sawit dan mengembangkan

potensi Tawau dalam industri perladangan.

Selain itu, penghasilan kajian mengungkapkan persoalan tentang sejauhmanakah

kejayaan Syarikat Sime Darby dalam industri penanaman kelapa sawit dalam tempoh tahun

2
( ). Kajian ini dapat meninjau perkembangan dan kejayaan Syarikat Sime Darby serta

pencapaian yang telah diperolehi oleh syarikat ini.

SKOP KAJIAN

Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian iaitu Kawasan

kajian, tempoh kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi kawasan kajian, ia berfokuskan kepada

ibu pejabat Sime Darby Tawau yang terletak di kawasang yang dikelilingi perladangan kelapa

sawit di daerah Merotai. Kawasan ini terletak 20 km dari bandar Tawau.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh

tahun iaitu dari tahun ( hingga ). Tempoh masa ini dipilih kerana berlaku perubahan dan

perkembangan penanaman kelapa sawit yang signifikan. Malah dalam tempoh tersebut juga

berlakunya peristiwa yang memberi impak yang besar terhadap syarikat multinasional ini.

Manakala dari segi aspek kajian, terdapat tiga isu yang dikaji. Kajian ini cuba untuk

mengupas latar belakang penubuhan Syarikat Sime Darby sebagai sebuah syarikat multinasional

negara. Kajian ini juga berfokus kepada perkembangan penanaman kelapa sawit di Tawau

sehingga menjadikan bandar ini sebagai antara pengeluar minyak sawit terbesar negara. Di

samping itu, kajian ini turut memberikan tumpuan kepada kejayaan yang dicapai oleh Syarikat

Sime Darby dalam industri perladangan di mata dunia.

3
SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa kajian ilmiah yang berkait rapat dengan kegiatan ekonomi di

Malaysia. Antara kajian yang berkait rapat dengan kajian berkenaan adalah kegiatan penanaman

koko. Hasil kajian yang boleh dikaitkan dengan tajuk ini ialah kajian yang dikenali sebagai “

Pasaran Positif Koko “oleh Sofyan Rizal Ishak pada tahun 2015 terbitan MyMetro.. Menurut

artikel ini walaupun negara mencatatkan peningkatan dalam aspek perolehan eksport biji dan

produk koko namun pengeluaran biji koko tempatan turut terjejas ekoran persaingan penggunaan

tanah oleh kerana komoditi lain seperti kelapa sawit. Kajian ini menarik minat penulis untuk

membuat kajian berkaitan industri koko di Tawau yang juga merupakan salah satu sumber

ekonomi utama suatu ketika dahulu.

Selain itu, penulisan yang bertajuk “ Tawau Sejarah dan Keunikannya : Pemilikan

Ladang-Ladang Getah Oleh Orang Jepun.” oleh Abdullah Hussin pada tahun 2014 terbitan AG

Publications. Penulisan ini menunjukkan pembelian ladang getah British oleh syarikat Jepun di

Tawau apabila permintaan terhadap getah semakin meningkat pada kurun yang ke 20. Kajian ini

menarik minat penulis untuk mengkaji estet-estet milik Jepun mengenai kegiatan ekonomi yang

dijalankan di lokasi tersebut dimana Tawau memulakan langkahnya sebagai tapak perladangan

getah secara besar-besaran.

Kajian ilmiah seterusnya ialah “ Pertumbuhan Ekonomi Global Malaysia Lebih Perlahan”

oleh Nasuha Badrul Huzzaini pada tahun 2013 diterbitkan oleh Berita Harian menyatakan

bahawa pelaburan awam yang lemah dalam negara mempengaruhi pertumbuhan ekonomi

Malaysia seperti pendekatan berhemah terhadap projek-projek pembangunan infrastruktur

negara. Namun, dikatakan pertumbuhan ekonomi negara akan terus berkembang menjelang

4
tahun 2020. Artikel ini menarik minat penulis untuk membuat kajian yang mendalam mengenai

perkara-perkara yang boleh menjejaskan ekonomi Malaysia yang semakin ke arah status negara

maju.

KAEDAH KAJIAN

Dalam menghasilkan karya ilmiah ini, penulis menggunakan 3 kaedah untuk

mendapatkan maklumat. Pada awalnya, penulis menjalankan kaedah kepustakaan bagi

memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan kepustakaan ini dijalankan di

perpustakaan tempatan iaitu Perpustakaan Wilayah Tawau serta bantuan rangkaian computer

ataupun komputer.

Selain itu, penulis mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan-soalan

telah dirangka bagi mendapatkan maklumat mengenai kajian ini. Antara pihak yang terlibat

adalah pegawai dan pengurus di Pejabat Sime Darby Berhad Tawau.

Penulis juga menjalankan kajian lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan

penulis melihat sendiri pejabat dan persekitaran ladang kelapa sawit milik Syarikat Sime Darby.

Maklumat yang diperolehi akan dicatat.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang terdiri

daripada pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan

menjelaskan latar belakang dan sejarah Syarikat Sime Darby dalam penanaman kelapa sawit

5
secara umum. Penulis juga akan mengaitkan tujuan kajian ini dengan sejarah penubuhan

syarikat.

Pada bahagian isi pula, penulis akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada 3 aspek. Aspek yang pertama ialah mengupas latar belakang dan sejarah

Syarikat Sime Darby dengan lebih mendalam. Seterusnya, penulis akan membincangkan tentang

perkembangan penanaman kelapa sawit yang berlaku di Tawau hasil pengusahaan Syarikat Sime

Darby. Tambahan pula, penulis juga akan menghuraikan pencapaian yang telah dicapai oleh

Syarikat Sime Darby dalam industri peladangan yang dianggap sebuah kejayaan.

Aspek yang terakhir iaitu bahagian kesimpulan, penulis akan membuat rumusan

berdasarkan kajian yang telah dibuat.

PENUTUP

Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat menambah

pemahaman tentang Syarikat Sime Darby sebagai sebuah organisasi yang bersifat multinasional

bukan hanya terlibat dalam industri perladangan malahan sektor hartanah, pemotoran dan

logistik.

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Laporan Tahunan Syarikat Sime Darby Tawau

Laporan Tahunan Syarikat Sime Darby

6
Temubual

Pegawai Pejabat Sime Darby Berhad Tawau

Sumber Sekunder

Sofyan Rizal Ishak, “ Pasaran Positif Koko “, MyMetro, 2015.

Abdullah Hussin, “ Tawau Sejarah dan Keunikannya : Pemilikan Ladang-Ladang Getah Oleh
Orang Jepun.”, AG Publications, 2014.

Nasuha Badrul Huzzaini, “ Pertumbuhan Ekonomi Global Malaysia Lebih Perlahan”, Berita
Harian, 2013

You might also like