Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 34

000912-12-0188

1.0 PENGENALAN

Isu aktiviti-aktiviti kemasyarkatan kerap didedahkan di dada akhbar dan ianya


telah menjadi isu sejagat. Aktivit-aktiviti kemasyarakatan merupakan aktiviti yang
menjadi platform baik untuk mengeratkan silaturahim, kerjasama serta membudayakan
hubungan antara masyarakat. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dikaitkan dengan program
yang mengetatkan ukhuwah sesama masyarakat seperti aktiviti gotong-royong. Oleh itu,
pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan yang boleh dijalankan serta mendapatkan pelbagai
persepsi masyarakat mengenai pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan ini. Justeru, pengkaji
akan menjalankan kajian terhadap aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan
perpaduan dalam kalangan penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau. Pengkaji
menjalankan kajian ini kerana penglibatan penduduk setempat dalam aktiviti
kemasyarakatan semakin luntur akibat peredaran masa.

Menurut internet, https://www.e-sentral.com/book/info/183142/PERPADUAN-


DAN-INTEGRASI-NASIONAL-2016, perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep
yang berkait rapat dan digunakan bersilih-ganti. Namun demikian, perpaduan dan
integrasi merujuk kepada dua proses yang berbeza. Perpaduan negara ialah satu keadaan
di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman
sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti
kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Manakala integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang merapatkan
masyarakat antara negeri dan wilayah bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang
mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.

Menurut internet, https://azamrahman.blogspot.com/2012/03/integrasi-perpaduan-


nasional.html, integrasi adalah satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama manakala perpaduan pula adalah proses
menyatukan pelbagai bangsa dalam sesebuah negara supaya mempunyai hasrat dan cita-
cita yang sama tentang negaranya.

1
000912-12-0188

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, perpaduan bermaksud keadaan


atau hal berpadu. Manakala integrasi pula membawa maksud gabungan dua atau
beberapa kaum menjadi satu kesatuan. Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang
menjadi aset penting dalam mempertahankan serta mengekalkan kedaulatan negara.
Perpaduan dan integrasi memainkan peranan yang penting dalam memacu kestabilan dan
kemajuan negara.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, kawasan bermaksud tempat yang
termasuk dalam sesuatu pemerintahan atau keadaan yang sama. Kediaman pula
bermaksud tempat tinggal.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, aktiviti bermaksud sesuatu yang
dilakukan mankala kemasyarakatan bermaksud hal-hal mengenai masyarakat.

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, wadah bermaksud bekas untuk
mengisi sesuatu atau alat, asas, medan, saluran untuk melakukan sesuatu dan
menyampaikan sesuatu.

Menurut internet ,
https://www.academia.edu/13295855/KONSEP_KHIDMAT_MASYARAKAT, aktiviti
kemasyarakatan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja kemasyarakatan yang
dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu.

Perpaduan menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
Perpaduan kaum dan integrasi nasional amat penting bagi negara Malaysia yang
mempunyai pelbagai kaum. Sejajar dengan Rukun Negara yang mendukung cita-cita
hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya,
memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama, menjamin satu cara
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Terdapat beberapa faktor yang menyulitkan proses integrasi dan perpaduan.


Antaranya ialah agama dan kepercayaan. Di Malaysia, setiap kumpulan etnik mempunyai
agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa,

2
000912-12-0188

kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan
memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini
menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai
kaum.

Selain itu, amalan ekonomi yang berlainan turut menghalang perpaduan dan
integrasi. Hal ini kerana setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan
mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang
tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang
berlainan jenis serta mengakibatkan perpaduan negara terancam.

Kesan yang muncul akibat ketidakwujudan integrasi dan perpaduan adalah


pembangunan negara akan terbantut berikutan masalah perpaduan yang berlaku. Negara
yang tidak lagi teratur, sedikit sebanyak akan menganggu pembangunan negara.
Berikutan kekurangan modal dalam negara, ekonomi yang tidak menentu, masalah
perpecahan kaum, masalah ekonomi dan ketidakpuasan hati oleh kaum kaum tertentu,
negara akan mengisytiharkan darurat. Maka, segala urusan pembangunan yang dirancang
akan tergendala. Sehubungan itu, imej negara akan tercemar. Hal ini akan menyebabkan
negara-negara lain akan membicarakan berkenaan negara Malaysia yang dalam keadaan
huru-hara sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara Malaysia yang
dikenali sebagai negara yang mempunyai pelbagai kaum dan bersatu padu akan dikenali
sebagai negara yang tidak aman dan kacau bilau kerana banyak masalah negara sama ada
dari segi ekonomi, politik ataupun sosial. Jenayah yang teruk akan berleluasa. Justeru,
nama baik negara Malaysia akan terjejas dan tidak lagi digelar sebagai negara yang aman
damai.

Rasional pengkaji untuk membuat kajian tentang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan


adalah kerana penglibatan penduduk setempat dalam aktiviti kemasyarakatan semakin
luntur akibat peredaran masa. Dalam hal ini, aktiviti kemasyarakatan memainkan peranan
yang penting kerana dapat membantu meningkatkan kesedaran komuniti mengenai
perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti penggalakan dan pengukuhan.
Perpaduan juga semakin goyah dalam kalangan penduduk setempat kerana orang ramai
semakin jarang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyrakatan akibat kekangan

3
000912-12-0188

masa kesan daripada kesibukan bekerja. Oleh itu, pelbagai aktiviti kemasyrakatan perlu
dijalankan dengan lebih giat di kawasan setempat sebagai contoh aktiviti gotong-royong,
lawatan ke rumah kebajikan ataupun aktiviti pengawasan kawasan di kawasan kediaman.

Ketidakwujudan integrasi dan perpaduan akan mendatangkan pelbagai masalah


kepada masa depan negara. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 tercetus akibat
ketiadaan perpaduan antara kaum. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan,
keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada
perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan
bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini adalah kerana memandangkan penduduknya
yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi,
lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat
perpaduan atau kekitaan dalam kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta
masalahnya.

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang haris diberi


perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi
negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan politik dan
negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap isu perpaduan
ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain menjaga
kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang
demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak perlu bekerjasama dalam
mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji menjalankan kajian ini berdasarkan kepada dua objektif kajian iaitu:

1. Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung


Balung Kokos, Tawau.

2. Mengkaji persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap


keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan.

4
000912-12-0188

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Daerah Tawau

Peta 1:
Daerah Tawau,
Sabah

Sumber:

https://goo.gl/maps

Peta 1 menunjukkan kawasan kajian dijalankan di daerah Tawau yang terletak di


negeri Sabah, Tawau merupakan yang bandar ke-3 di Sabah. Tawau merupakan bandar
ke- 3 terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar ini dihubungkan
dengan Kota Kinabalu melalui jalan raya sejauh 500 km, laluan udara Lapangan Terbang
Tawau dan laluan laut melalui pelabuhan Tawau.

Daerah Tawau terletak di bahagian tenggara Sabah berdekatan dengan daerah


Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Daerah Tawau meliputi kawasan seluas
6125 km persegi atau 612506 hektar. Daerah Tawau berkongsi sempadan dengan
Kalimantan, Indonesia di selatan serta dikelilingi Laut Sulu di timur dan Laut Sulawesi di
Selatan. Tawau mempunyai 10 daerah atau mukim dan 81 Kampung yang terhimpun
dalam 2 kawasan Parlimen dan 6 Dewan Undangan Negeri. Parlimen Tawau
mengandungi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung, Apas dan Balung manakala

5
000912-12-0188

Parlimen Kalabakan mengandungi Dewan Undangan Negeri Merotai, Tanjung Batu dan
Sebatik.

3.2 Kampung Balung Kokos, Tawau

Peta 2: Kawasan kajian di Kampung Balung Kokos, Tawau

Sumber: http://maps.google.com

Foto 1:

Laluan masuk ke Kampung Balung Kokos, Tawau

Sumber: Kajian Lapangan 2019

6
000912-12-0188

Foto 2: Masjid Al-Firdaus Kampung Balung Kokos, Tawau.

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Foto 3: Papan tanda jalan di Kampung Balung Kokos, Tawau

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Kampung Balung Kokos, Tawau ini terletak di kawasan Balung dan terletak 45
minit daripada Bandar Tawau. Kampung ini terletak kira-kira 40 km daripada bandar

7
000912-12-0188

Tawau. Kampung Balung Kokos kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti
sekolah, klinik ibu dan anak, Pusat Internet 1Malaysia, mini perpustakaan dan pelbagai
lagi. Penduduk Kampung Balung Kokos yang majoritinya adalah berbangsa Kokos
terkenal dengan keunikan adat resam dan kebudayaan mereka tersendiri. Orang melayu
kokos yang menetap di Kampung Balung Kokos memeluk agama Islam yang berfahaman
sunnah waljamaah. Kegiatan utama penduduk di kampung ini ialah aktiviti pertanian
seperti penanaman hasil sendiri dan kelapa sawit. Penduduk dibekalkan kemudahan
elektrik, internet dan air walaupun masalah bekalan air kerap berlaku di kampung ini.
Masyarakat di Kampung Balung Kokos, Tawau hidup dalam keadaan yang aman dan
harmoni kerana mempunyai banyak ikatan persaudaraan dan pertalian darah.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian instrumen kajian, cara


mendapatkan responden, cara mendapatkan maklumat atau data daripada responden dan
cara memproses dan mempersembahkan data.

4.1 Pengenalan

Metodologi merupakan perkataan pinjaman perbendaharaan Bahasa Inggeris


Methodology. Ia berasal daripada dua gabungan patah perkataan Yunani iaitu metods
yang atau cara dan logos iaitu ilmu. Hasil gabungan perkataan Yunani methods dan logos
menjadi metodologi atau methodology memberikan pengertian suatu “ilmu tentang cara
mengadakan penelitian”.

Menurut Kamus Dewan, metodologi bermaksud bermaksud “cara melakukan


sesuatu atau system yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan”. Manakala dalam Kamus Oxford ketika menghuraikan pengertian Methodolody
dengan panjang dan lebar. Ia memberikan kesimpulan sebagai “suatu kaedah untuk
mengenal pasti sesuatu objek atau penggunaan masa dan system pembelajaran atau
mana-mana sistem yang efektif untuk melaksanakan sesuatu aktiviti”.

8
000912-12-0188

Menurut Sabitan Marican (2009), Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor
Sharizan Ali (2014), Metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
melaksanakan kajian ke atas subjek kajian tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Metodologi penyelidikan
merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya
dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian dan merumuskan apa
yang dikaji.

Pengkaji telah menggabungkan teknik penyelidikan kepustakaan dan lapangan


bagi menyempurnakan kajian ini. Kajian dimulakan dengan menggunakan teknik yang
pertama. Melalui penyelidikan perpustakaan ini, ianya dapat membantu pengkaji dalam
usaha memahami dasar-dasar dan pokok persoalan perbincangan kajian.

4.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis
data. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang
dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau dan mengkaji persepsi penduduk di
Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai
wadah integrasi dan perpaduan.

4.3 Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian ini,
instrumen yang digunakan untuk mendapatkan untuk mendapatkan data dengan
menggunakan kaedah kepustakaan, kaedah pemerhatian dan borang soal selidik.

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang Soal Selidik
Kualitatif Kepustakaan dan Pemerhatian

9
000912-12-0188

Dalam penyelidikan ini, pengkaji mengunakan dua pendekatan iaitu pendekatan


kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang
menekankan kepada fenomena-fenomena objektif yang dikawal melalui pengumpulan
dan analisis data. Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah dalam reka bentuk kaedah
kuantitatif. Kaedah ini dijalankan menggunakan instrumen kajian tinjauan untuk
mengenal pasti jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Balung
Kokos, Tawau dan mengkaji persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau
terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan.
Pendekatan kualitatif pula adalah bentuk kajian yang mengamalkan maklumat bersifat
kualitatif. Data kualitatif yang lengkap diperoleh dengan cara pemerhatian dan
kepustakaan. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini untuk mengenal pasti
jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau
dan mengkaji

persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti


kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan.

4.4 Cara Mendapatkan Responden

Kaedah penentuan adalah bermaksud kelompok orang atau benda yang ingin
dikaji. Pengkaji telah memilih kaedah persampelan rawak mudah dalam menentukan
responden kajian. Persampelan ialah satu proses di mana sebilangan kecil daripada
keseluruhan populasi dipilih dan dikaji untuk membolehkan pengkaji dapat membuat
generalisasi mengenai populasi itu. Faedah lain menggunakan kaedah persampelan ini
ialah pengkaji dapat membuat liputan yang agak luas dalam masa yang singkat dengan
menggunakan soal selidik yang terperinci. Tujuan utama persampelan ialah untuk
mendapatkan satu sampel yang mempunyai ciri-ciri umum populasi, terutamanya ciri-ciri
yang perlu diselidiki. Melalui kaedah ini, pengkaji telah mendapatkan responden-
responden yang terdiri daripada 30 orang penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau.
Responden terdiri daripada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Responden terbatas
kepada penduduk yang tinggal di Kampung Balung Kokos, Tawau dan mengisi borang
selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Kaedah persampelan ini digunakan

10
000912-12-0188

apabila saiz objek kajian terlalu besar. Bagi teknik pensampelan rawak mudah, setiap
penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau mempunyai peluang yang sama dipilih
sebagai seorang responden. 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada 30 orang
secara rawak mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat.

4.5 Cara Mendapatkan Maklumat / Data daripada Responden

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah yang relevan dalam proses


pengumpulan data agar terjamin kesahihannya dan memudahkan proses analisis data.
Data merupakan maklumat yang dikumpul dan dianalisis dalam suatu kajian. Hal ini
demikian suatu data yang diperoleh adalah maklumat asas kajian untuk dianlisis, diproses
atau dibuat kesimpulan. Klasifikasi data termasuklah perkataan, surat, carta, rajah, bil,
bacaan meter dan sebagainya. Data berdasarkan kepada dua pembahagian, yang pertama
merupakan data asas. Ia adalah maklumat yang didapati

terus daripada sumbernya atau objeknya. Manakala bahagian data yang kedua ialah yang
diperoleh daripada sumber-sumber kedua, contohnya penerbitan.

Antara kaedah yang digunakan dalam pengumpulan data ialah:

4.5.1 Kaedah Kepustakaan

Kaedah kepustakaan ialah teknik di mana seseorang mendapatkan data dan bukti
melalui kajian ke atas dokumen rekod instrumen kepustakaan utama yang pengkaji
peroleh daripada bahan ilmiah seperti buku-buku, makalah-makalah, Kamus Dewan dan
sumber internet berkaitan dengan jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di
Kampung Balung Kokos, Tawau dan persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos
terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan.

Penyelidikan kepustakaan digunakan ketika pengkaji mencari data-data


berhubung pengertian tajuk. Kajian ini juga digunakan dalam mendapatkan maklumat
berhubung jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Balung
Kokos, Tawau dan persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap
keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan.

11
000912-12-0188

Pengkaji juga menghuraikan secara terperinci berhubung jenis-jenis aktiviti


kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau dan persepsi
penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti
kemasyarakatn sebagai wadah integrasi dan perpaduan. Teknik penyelidikan kepustakaan
merupakan kaedah yang paling sesuai dalam menghuraikan data-data berkenaan. Untuk
mendapatkan data-data yang diperlukan, pengkaji telah menjejaki beberapa buat
perpustakaan serta bahan-bahan dokumentasi yang berkaitan dari jabatan-jabatan yang
berkenaan. Manakala dalam bab metodologi kajian, pengkaji menggunakan teknik
penyelidikan kepustakan dalam mendefinisikan satu-satu kaedah yang digunakan. Antara
beberapa buah perpustakaan yang dikunjungi oleh pengkaji untuk mendapatkan bahan-
bahan rujukan ialah:

1. Perpustakaan Wilayah Tawau.

2. Perpustakaan Siti Aisyah, Kolej Tingkatan 6 Tawau.

4.5.2 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian turut digunakan oleh pengkaji dalam melengkapkan kajian


ini. Kaedah pemerhatian melibatkan pancaindera manusia iaitu mata untuk memandang,
melihat dan mengamati lingkungannya sehingga memperoleh pengetahuan mengenai
lingkungan kajian tersebut.

Kaedah pemerhatian ini digunakan sepenuhnya oleh pengkaji dalam


melengkapkan huraian berhubung huraian berhubung jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan
yang dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau dan persepsi penduduk di Kampung
Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyaraktan sebagai wadah
integrasi dan perpaduan. Dalam pemerhatian yang dijalankan pada 5 Februari 2019 ini,
pengkaji meneliti dan mengamati sendiri beberapa jenis aktiviti kemasyarakatan dan
persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos terhadap keberkesanan aktiviti
kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan. Segala hasil yang diperolehi
melalui pengamatan atau pemerhatian dicatatkan secara ringkas kerana ditakuti maklumat

12
000912-12-0188

yang diperolehi hilang dari ingatan pengkaji. Kemudian barulah maklumat-maklumat


tersebut dikemaskinikan.

4.5.3 Borang Soal Selidik

Kaedah soal selidik digunakan apabila responden yang menjadi sasaran adalah
dalam kumpulan atau kelompok yang ramai. Kaedah soal selidik merupakan suatu
senarai yang terdapat rangkaian pertanyaan mengenai sesuatu hal atau dalam sesuatu
bidang.

Soal selidik merupakan nadi kaji selidik dengan erti kata ia merupakan pengganti
diri pengkaji di samping sebagai penyambung di antara pengkaji dengan responden. Oleh
yang demikian, soal selidik bermaksud suatu daftar atau senarai pertanyaan untuk
memperoleh data yang merupakan jawapan-jawapan daripada responden. Bagi
melengkapkan kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik untuk memperoleh data-
data yang berkaitan dengan jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di
Kampung Balung Kokos, Tawau dan persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos
terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan.
Satu set borang soal selidik yang mengandungi beberapa pertanyaan dan jawapan
dikemukakan kepada 30 orang responden di Kampung Balung Kokos, Tawau. Tujuan
penggunaan kaedah ini adalah sebagai pelengkap kepada data yang diperoleh oleh
penulis melalui kaedah-kaedah lain.

Soalan-soalan di dalam borang soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagain


yang menyentuh tentang data demografi responden, jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan
yang dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau dan persepsi penduduk Kampung
Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah
integrasi dan perpaduan. Sebanyak 30 set borang soal selidik diedarkan kepada 30 orang
responden pada 5 Februari 2019. Setiap soalan dalam bahagian B diberikan dua pilihan
jawapan iaitu ya atau tidak. Setiap soalan dalam bahagian C pula diberikan tiga pilihan
jawapan dan responden hanya diberikan memilih satu daripada jawapan-jawapan
tersebut.

Jadual 1: Skala Likert 3 Aras yang Digunakan

13
000912-12-0188

Tidak Setuju 1
Tidak Pasti 2
Setuju 3

Jadual 2: Garis Panduan atau cut off Point bagi Skor min

Skor Min Tafsiran


1.00 - 1.50 Rendah
1.60 – 2.40 Sederhana
2.50 – 3.00 Tinggi

4.6 Memproses dan Mempersembahkan Data

Pada peringkat akhir kajian ini, kaedah statistik deskriptif digunakan dalam
penganalisaan data yang berbentuk skala Likert. Untuk memudahkan penganalisaan data,
skala Likert akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 3: Pengkelasan Skala Likert

1 2 3
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisaan data, pengiraan manual akan digunapakai.
Oleh itu, kekerapan, peratus dan min akan dijadikan data untuk dianalisis. Data yang
dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu jadual dan carta pai.

4.7 Rumusan

Metodologi kajian yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan


dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara
kajian yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah
dikenal pasti.

14
000912-12-0188

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas


responden terhadap kaedah pemerhatian, soal selidik dan kepustakaan yang telah
dijalankan berkaitan dengan jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di
Kampung Balung Kokos, Tawau dan persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos,
Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan
perpaduan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

5.1.1 JANTINA

Jadual 4 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk yang


tinggal di Kampung Balung Kokos, Tawau berdasarkan jantina.

Jadual 4: Jantina Responden

Jantina Bilangan (orang) Peratus (%)


Lelaki 15 50.00
Perempuan 15 50.00
Jumlah 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina.

15
000912-12-0188

Jantina
Lelaki
Perempuan

50% 50%

Rajah 1: Jantina Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam


kalangan penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau. Daripada 30 orang yang telah
disoal selidik sebanyak 15 orang responden ialah lelaki bersamaan dengan 50.00%.
Sementara itu, seramai 15 orang responden ialah perempuan bersamaan dengan 50.00%.

5.1.2 UMUR

Jadual 5 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk yang


tinggal Kampung Balung Kokos, Tawau berdasarkan umur.

Jadual 5: Umur Responden

Umur Bilangan (orang) Peratus (%)


21 hingga 30 tahun 11 36.67
31 hingga 40 tahun 6 20.00
41 hingga 50 tahun 9 30.00
51 hingga 60 tahun 4 13.33
Jumlah 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur.

16
000912-12-0188

Umur

21 hingga 30 tahun
13% 31 hingga 40 tahun
37% 41 hingga 50 tahun
51 hingga 60 tahun
30%

20%

Rajah 2: Umur Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 2 diatas menunjukkan demografi responden berdasarkan umur dalam


kalangan penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau. Daripada 30 orang yang telah
disoal selidik sebanyak 11 orang responden bersamaan 36.67% berumur 21 hingga 30
tahun. Manakala 6 orang responden bersamaan dengan 20.00% berumur 31 hingga 40
tahun. Responden yang berumur 41 hingga 50 tahun pula sebanyak 9 orang bersamaan
30.00%. Sebanyak 4 orang responden bersamaan 13.33% berumur 51 hingga 60 tahun.

5.1.3 PEKERJAAN

Jadual 6 menunjukkan pecahan responden daripada kalangan penduduk yang


tinggal di Kampung Balung Kokos, Tawau berdasarkan pekerjaan.

Jadual 6: Pekerjaan Responden

Pekerjaan Bilangan (orang) Peratus (%)


Kakitangan Awam 7 23.33
Pekerjaan Swasta 6 20.00
Bekerja Sendiri 7 23.33
Pelajar 6 20.00
Tidak Bekerja 4 13.33
Jumlah 30 100.00
Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 3 menunjukkan demografi responden berdasarkan pekerjaan.

17
000912-12-0188

Pekerjaan

Kakitangan Awam
13% Pekerja Swasta
23%
Bekerja Sendiri
20% Pelajar
Tidak Bekerja
20%
23%

Rajah 3: Pekerjaan Responden

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Rajah 3 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan pekerjaan dalam


kalangan penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau. Daripada 30 orang yang telah
disoal selidik sebanyak 7 orang bersamaan 23.33% ialah kakitangan awam. Sementara
itu, pekerja swasta yang telah disoal selidik sebanyak 6 orang bersamaan 20.00%.
Bilangan responden yang bekerja sendiri ialah 7 orang bersamaan dengan 23.33%.
Manakala bilangan responden tidak bekerja adalah sebanyak 4 orang bersamaan dengan
13.33%. Seramai 6 orang responden merupakan pelajar bersamaan dengan 20.00%.

5.2 JENIS-JENIS AKTIVITI KEMASYARAKATAN YANG DIJALANKAN DI


KAMPUNG BALUNG KOKOS, TAWAU

18
000912-12-0188

Jadual 7 menunjukkan jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung


Balung Kokos.

Jadual 7: Jenis-jenis Aktiviti Kemasyarakatan Di Kampung Balung Kokos, Tawau


Jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang Ya Tidak
Bil dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau Bil. Peratus Bil. Peratus
. (orang) (%) (orang) (%)
1. Pertandingan Masakan Kokos Anjuran Jiran 22 73.33 8 26.67
Wanita KRT
2. Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Jiran Wanita 26 86.67 4 13.33
KRT
3. Program Polis Bersama Masyarakat Berpisah 21 70.00 9 30.00
Tiada
4. Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Peladang dan 28 93.33 2 6.67
Penduduk Kampung.
5. Program Jiwa Murni Kesihatan Masyarakat 26 86.67 4 13.33

6. Program “Be Creative” Anjuran Pusat Internet 16 53.33 14 46.67


7. Program Pesta Kebudayaan Kokos 28 93.33 2 6.67
8. Sambutan Maulidur Rasul 28 93.33 2 6.67
9. Sambutan Majlis Kenduri Perkahwinan 28 93.33 2 6.67
10. Gotong-royong di Tanah Perkuburan Balung 28 93.33 2 6.67

Berdasarkan jadual 7 di atas, didapati bahawa Majlis Berbuka Puasa Bersama


Ahli Peladang dan Penduduk Kampung, Program Pesta Kebudayaan Kokos, Sambutan
Maulidur Rasul, Sambutan Majlis Kenduri Perkhawinan dan Gotong-royong di Tanah
Perkuburan Balung menjadi aktiviti utama penduduk di Kampung Balung Kokos,
Tawau. Paling ramai responden memberi jawapan ya kepada 5 aktiviti kemasyarakatan
tersebut iaitu seramai 28 orang responden atau 93.33% dan hanya 2 orang responden
sahaja bersamaan 6.67% yang memberikan jawapan tidak kepada aktiviti kemasyarakatan
ini.

28 orang responden atau 93.33% memberi jawapan ya kepada Majlis Berbuka


Puasa Bersama Ahli Peladang dan Penduduk Kampung kerana aktiviti ini dapat

19
000912-12-0188

mengeratkan hubungan antara peladang bersama penduduk kampung. Bagi Program


Pesta Kebudayaan Kokos, penduduk mengunjungi program ini bertujuan untuk
mengekalkan budaya dan adat resam Kokos. Berikutan daripada itu, Sambutan Maulidur
Rasul pula mendapat sambutan daripada penduduk kerana kelahiran Nabi Muhammad
SAW disambut secara besar-besaran. Manakala Sambutan Majlis Kenduri Perkahwinan
disertai ramai untuk mengeratkan hubungan antara saudara mara dan jiran tetangga
semasa proses melaksanakan majlis ini. Gotong-royong di Tanah Perkuburan Balung
mendapat sambutan yang ramai kerana kerja amal di tanah perkuburan Balung dapat
meningkatkan kesejahteraan penduduk serta menanam nilai-nilai murni yang baik dalam
diri.

Selain itu, Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Jiran Wanita KRT dan Program Jiwa
Murni Kesihatan Masyarakat mendapat responden yang kedua terbanyak iaitu sebanyak
26 orang bersamaan 86.67% manakala hanya 4 orang sahaja bersamaan 13.33% yang
memberikan jawapan tidak kepada aktiviti ini. Hal ini kerana Majlis Khatam Al-Quran
dihadiri ramai kerana bertujuan untuk membina keyakinan bacaan dan penguasaan al-
Quran serta melaziminya dalam kehidupan.

Seterusnya, Pertandingan Masakan Kokos Anjuran Jiran Wanita KRT merupakan


aktiviti ketiga terbanyak dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau, 22 orang
bersamaan 73.33% menjawab ya manakala 8 orang bersamaan 26.67% menjawab tidak.
Aktiviti ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan wanita di Kampung Balung
Kokos, Tawau kerana ramai yang ingin berkongsi resepi dan bakat memasak makanan
tradisional kaum Kokos sebagai contoh belawis masak brengkes dan ayam begana.

Di samping itu, Program Polis Bersama Masyarakat Berpisah Tiada menjadi


aktiviti keempat terbanyak dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau, 21 orang
bersamaan 70.00% menjawab ya manakala 9 orang bersamaan 30.00% menjawab tidak.
Kunjungan penduduk adalah bertujuan untuk mewujudkan rasa kebersamaan PDRM
bersama masyarakat selain merungkai permasalahan rukun tetangga di Kampung Balung
Kokos, Tawau.

Tambahan pula, Program “Be Creative” Anjuran Pusat Internet menjadi aktiviti
kelima terbanyak dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau, 16 orang bersamaan

20
000912-12-0188

53.33% menjawab ya manakala 14 orang bersamaan 46.67% menjawab tidak. Aktiviti ini
mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penduduk kerana program ini diadakan
untuk membolehkan peserta yang terlibat menggunakan segala pengetahuan yang telah
mereka pelajari tentang asas dan kemahiran Adobe Photoshop dalam menghasilkan
sebuah poster produk yang menarik mengikut kreativiti masing-masing.

5.3 MENGKAJI PERSEPSI PENDUDUK DI KAMPUNG BALUNG KOKOS,


TAWAU TERHADAP KEBERKESANAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN
SEBAGAI WADAH INTEGRASI DAN PERPADUAN

Jadual 8: Persepsi Penduduk Di Kampung Balung Kokos, Tawau Terhadap


Keberkesanan Aktiviti Kemasyarakatan Sebagai Wadah Integrasi dan Perpaduan.

Bil. Persepsi penduduk di Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju


Kampung Balung Kokos,
terhadap keberkesanan
aktiviti kemasyarakatan Min
Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus
sebagai wadah integrasi dan
(orang) (%) (orang) (%) (orang) (%)
perpaduan

1. Platform terbaik dalam 1 3.33 6 20.00 23 76.67 2.73


mengeratkan hubungan
silaturahim, kerjasama serta
membudayakan penjagaan
persaudaraan.
2. Memupuk kemesraan antara 1 3.33 11 36.67 18 60.00 2.57
anggota masyarakat
3. Masyarakat yang bersatu 1 3.33 5 16.67 24 80.00 2.77
boleh membentuk
perpaduan dalam suatu
komuniti serta dapat
menjamin kesejahteraan
hidup

21
000912-12-0188

4. d 1 3.33 11 36.67 18 60.00 2.57


5. Memupuk keharmonian dan 0 0.00 8 26.67 22 73.33 2.73
keamanan dalam kalangan
penduduk
6. Melahirkan masyarakat 1 3.33 8 26.67 21 70.00 2.67
yang saling membantu
7. Merapatkan ukhuwah 0 0.00 5 16.67 25 83.33 2.83
sesama penduduk
8. Meningkatkan 0 0.00 8 26.67 22 73.33 2.73
persefahaman dalam
kalangan penduduk
9. Meningkatkan interaksi dan 1 3.33 4 13.33 25 83.33 2.80
komunikasi dalam kalangan
penduduk
10. Dapat mengenali jiran 1 3.33 6 20.00 23 76.67 2.73
dengan lebih rapat lagi
11. Memupuk sikap bertolak 1 3.33 6 20.00 23 76.67 2.73
ansur dan amalan hormat-
menghormati dalam
kalangan penduduk
12. Mewujudkan semangat 0 0.00 6 20.00 24 80.00 2.80
kekitaan dalam kalangan
penduduk
Purata Min Keseluruhan 2.72

Sumber: Kajian Lapangan 2019

Jadual 8 menunjukkan taburan min bagi objektif tentang persepsi penduduk di


Kampung Balung Kokos, Tawau. terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai
wadah perpaduan dan integrasi.

Berdasarkan analisis keputusan data, 12 daripada 12 persepsi penduduk di


Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai
wadah perpaduan dan integrasi mempunyai skor min yang tinggi iaitu platform terbaik
dalam mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan

22
000912-12-0188

persaudaraan.(min = 2.73), memupuk kemesraan antara anggota masyarakat (min =


2.57), masyarakat yang bersatu boleh membentuk perpaduan dalam suatu komuniti serta
dapat menjamin kesejahteraan hidup (min = 2.76), memupuk perasaan bertimbang rasa
dan prihatin terhadap komuniti di persekitaran (min =2.57), memupuk keharmonian dan
keamanan dalam kalangan penduduk (min = 2.73), melahirkan masyarakat yang saling
membantu (min = 2.67), merapatkan ukhuwah sesama penduduk (min = 2.83),
meningkatkan persefahaman dalam kalangan penduduk (min = 2.73), meningkatkan
interaksi dan komunikasi dalam kalangan penduduk (min = 2.80), dapat mengenali jiran
dengan lebih rapat lagi (min = 2.73), memupuk sikap bertolak ansur dan amalan hormat-
menghormati dalam kalangan penduduk (min = 2.73) dan mewujudkan semangat
kekitaan dalam kalangan penduduk (min = 2.80).

Berdasarkan jadual 8 di atas, persepsi utama penduduk di Kampung Balung


Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah perpaduan
dan integrasi ialah merapatkan ukhuwah sesama penduduk dengan min tertinggi iaitu
2.83. Jumlah responden yang menyatakan setuju bahawa persepsi utama penduduk di
Kampung Balung Kokos terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah
perpaduan dan integrasi adalah seramai 25 orang responden bersamaan dengan 83.33%. 5
orang responden iaitu 16.67% menyatakan tidak pasti dengan kesan tersebut. Hal ini
kerana ukhuwah atau persaudaraan dapat dieratkan lagi melalui aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan yang bertujuan untuk merapatkan integrasi dan perpaduan sesama
penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau.

Seterusnya, meningkatkan interaksi dan komunikasi dalam kalangan penduduk


mempunyai min kedua tertinggi iaitu sebanyak 2.80. Jumlah responden yang menyatakan
setuju adalah seramai 25 orang bersamaan dengan 83.33%. 4 orang responden iaitu
13.33% menyatakan tidak pasti dengan kesan tersebut. 1 orang responden bersamaan
3.33% lagi menyatakan tidak setuju terhadap kesan tersebut. Hal ini kerana interaksi dan
komunikasi dalam kalangan penduduk dapat dipertingkatkan lagi melalui pelaksanaan
aktiviti kemasyarakatan di Kampung Balung Kokos, Tawau kerana penduduk jarang
berinteraksi sesama sendiri akibat kesibukan bekerja.

23
000912-12-0188

Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk mempunyai nilai min


yang sama seperti meningkatkan interaksi dan komunikasi dalam kalangan penduduk
iaitu sebanyak 2.80. Jumlah responden yang menyatakan setuju adalah seramai 24 orang
responden yang bersamaan dengan 80.00%. 6 orang responden bersamaan 20.00%
menjawab tidak pasti dengan kesan tersebut. Hal ini kerana kehidupan masyarakat yang
lebih aman dan harmoni dapat diwujudkan dalam kalangan penduduk Kampung Balung
Kokos, Tawau.

Selain itu, masyarakat yang bersatu boleh membentuk perpaduan dalam satu
komuniti serta dapat menjamin kesejahteraan hidup memperolehi min ketiga tertinggi
iaitu sebanyak 2.77. Jumlah responden yang menyatakan setuju adalah sebanyak 24
orang responden bersamaan dengan 80.00%. 5 orang responden bersamaan dengan
16.67% menjawab tidak pasti dengan kesan tersebut manakala 1 orang responden
bersamaan 3.33% menjawab tidak setuju. Hal ini kerana perpaduan dalam satu komuniti
dapat dicapai melalui pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di Kampung Balung Kokos,
Tawau.

Berdasarkan jadual di atas, platfrom terbaik dalam mengeratkan hubungan


silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan persaudaraan memperolehi min
keempat tertinggi iaitu sebanyak 2.73. Jumlah responden yang menyatakan setuju adalah
sebanyak 23 orang responden bersamaan 76.67%. 6 orang responden bersamaan dengan
20.00% menyatakan tidak pasti dengan kesan tersebut manakala 1 orang responden
bersamaan 3.33% menjawab tidak setuju. Hal ini kerana aktiviti kemasyarakatan boleh
menjadi platform terbaik dalam mengeratkam hubungan silaturahim dalam klangan
penduduk.

Kesan memupuk kehamonian dan keamanan dalam kalangan penduduk


mempunyai nilai yang sama seperti platform terbaik dalam mengeratkan hubungan
silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan persaudaraan iaitu sebanyak 2.73.
Jumlah responden yang menjawab setuju adalah sebanyak 22 orang responden bersamaan
dengan 73.33%. Manakala 8 orang responden bersamaan dengan 26.67% menjawab tidak
pasti dengan kesan tersebut. Hal ini kerana keharmonian dan keamanan dalam kalangan
penduduk dapat dipelihara lagi melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

24
000912-12-0188

Kesan meningkatkan persefahaman dalam kalangan penduduk turut mempunyai


nilai min yang sama iaitu sebanyak 2.73. Jumlah responden yang menjawab setuju adalah
sebanyak 22 orang responden iaitu bersamaan dengan 73.33%. Manakala 8 orang
responden bersamaan 26.67% menjawab tidak pasti dengan kesan tersebut. Hal ini kerana
aktiviti kemasyarakatan terbukti dapat meningkatkan persefahaman dalam kalangan
penduduk Kampung Balung Kokos, Tawau.

Kesan dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lagi juga mempunyai nilai min
yang sama iaitu sebanyak 2.73. Jumlah responden yang menjawab setuju adalah
sebanyak 23 orang responden bersamaan 76.67%. 6 orang responden bersamaan 20.00%
menjawab tidak pasti terhadap kesan tersebut manakala 1 orang responden bersamaan
3.33% menjawab tidak setuju. Hal ini kerana melalui aktiviti kemasyarakatan yang
dijalankan, penduduk dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lagi .

Kesan memupuk sikap bertolak ansur dan amalan hormat-menghormati dalam


kalangan penduduk iaitu sebanyak 2.73. Jumlah responden yang menjawab setuju adalah
sebanyak 23 orang responden bersamaan 76.67%. 6 orang responden bersamaan 20.00%
menjawab tidak pasti terhadap kesan tersebut manakala 1 orang responden bersamaan
3.33% menjawab tidak setuju. Hal ini kerana pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dapat
memupuk sikap bertolak ansur dan amalan hormat menghormati dalam kalangan
penduduk Kampung Balung Kokos, Tawau.

Seterusnya, melahirkan masyarakat yang saling membantu merupakan nilai min


kelima tertinggi ialah 2.67. Jumlah responden yang menjawab setuju adalah sebanyak 21
orang responden bersamaan 70.00%. 8 orang responden bersamaan 26.67% menjawab
tidak pasti dengan kesan tersebut. 1 orang responden bersamaan 3.33% menjawab tidak
setuju. Hal ini kerana melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan, penduduk
Kampung Balung Kokos, Tawau dapat melahirkan masyarakat yang saling membantu.

Di samping itu, memupuk kemesraan antara masyarakat mempunyai nilai min


keenam tertinggi ialah 2.57. Jumlah responden yang menjawab setuju adalah sebanyak 18
orang responden bersamaan 60.00%. 11 orang responden bersamaan 36.67% menjawab
tidak pasti terhadap kesan tersebut manakala 1 orang responden bersamaan 3.33%

25
000912-12-0188

menjawab tidak setuju. Hal ini kerana kemesraan antara masyarakat dapat dipupuk
melalui pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan ini.

Berdasarkan jadual di atas, memupuk perasaan bertimbang rasa dan prihatin


terhadap komuniti di persekitaran turut mempunyai nilai min yang sama seperti
memupuk kemesraan antara masyarakat iaitu nilai min sebanyak 2.57. Jumlah responden
yang menjawab setuju adalah sebanyak 18 orang responden bersamaan 60.00%. 11 orang
responden bersamaan 36.67% menjawab tidak pasti terhadap kesan tersebut manakala 1
orang responden bersamaan 3.33% menjawab tidak setuju. Hal ini kerana aktiviti
kemasyarakatan dapat memupuk perasaan bertimbang rasa dan prihatin terhadap
komuniti di persekitaran.

Kesimpulannya, purata min keseluruhan untuk persepsi penduduk di Kampung


Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah
perpaduan dan integrasi ialah 2.72. Merapatkan ukhuwah sesama penduduk merupakan
kesan utama aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan dalam
kalangan di Kampung Balung Kokos, Tawau dan mencatatkan nilai min tetinggi
sebanyak 2.83. Memupuk kemesraan antara anggota masyarakat, memupuk perasaan
bertimbang rasa dan prihatin terhadap komuniti di persekitaran pula mencatakan nilai
min terendah iaitu sebanyak 2.57.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji aktiviti kemasyarakatan sebagai


wadah integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk di Kampung Balung Kokos,
Tawau. Objektif pertama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis
aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di Kampung Balung Kokos, Tawau. Manakala
objektif kedua pula adalah untuk mengkaji persepsi penduduk di Kampung Balung
Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi
dan perpaduan.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, seramai 30 orang penduduk di Kampung


Balung Kokos, Tawau telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Terdapat tiga

26
000912-12-0188

kaedah kajian yang telah digunakan oleh pengkaji untuk menjalankan kajian ini, iaitu
kaedah pemerhatian, borang soal selidik dan kepustakaan. Seramai 30 orang responden
telah dipilih secara rawak dalam kalangan penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau
untuk menjawab satu set borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 15
orang lelaki dan 15 orang perempuan dipilih untuk menjawab satu set borang soal selidik.
Kebanyakkan responden iaitu 11 orang terdiri daripada penduduk berumur 21 hingga 30
tahun.

Setelah mengumpulkan data atau maklumat daripada responden melalui borang


soal selidik, pengkaji menggunakan kaedah pengiraan manual untuk menganalisis data.
Data dianalis secara statistic deskriptif melalui pengiraan manual tersebut, kekerapan,
peratus dan min akan diperolehi. Seterusnya, data dipersembahkan dalam bentuk jadual,
carta air dan graf bar.

Dapatan kajian mendapati terdapat 10 jenis-jenis aktiviti kemasyarakatn yang


diadakan di Kampung Balung Kokos, Tawau iaitu Pertandingan Masakan Kokos Anjuran
Jiran Wanita KRT, Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Jiran Wanita KRT, Program Polis
Bersama Masyarakat Berpisah Tiada, Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Peladang dan
Penduduk Kampung, Program Jiwa Murni Kesihatan Masyarakat, Program “Be Creative”
Anjuran Pusat Internet, Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Majlis Kenduri
Perkahwinan dan Gotong-royong di Tanah Perkuburan Balung . Dapatan kajian
menunjukkan bahawa jenis aktiviti utama dijalankan di Kampung Balung Kokos, Tawau
adalah Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Peladang dan Penduduk Kampung, Program
Pesta Kebudayaan Kokos, Sambutan Maulidur Rasul, Sambutan Majlis Kenduri
Perkahwinan dan Gotong-royong di Tanah Perkuburan Balung dengan peratus tertinggi
sebanyak 93.33%.

Aktiviti kemasyarakatan Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Peladang dan


Penduduk Kampung mengumpulkan data responden yang memilih Ya sebanyak 28 orang
bersamaan 93.33%. Manakala responden yang memilih Tidak adalah sebanyak 2 orang
bersamaan 6.67%. Selain itu, Program Pesta Kebudayaan Kokos, responden yang
memilih Ya adalah sebanyak 28 orang bersamaan 93.33% manakala bilangan responden
yang memilih Tidak adalah sebanyak 2 orang bersamaan 6.67%. Seterusnya, Sambutan

27
000912-12-0188

Maulidur Rasul di mana jumlah responden yang memilih Ya adalah sebanyak 28 orang
manakala responden yang memilih Tidak adalah sebanyak 2 orang bersamaan 6.67%. Di
samping itu, Sambutan Majlis Kenduri Perkahwinan responden yang memberikan
jawapan Ya ialah sebanyak 28 orang bersamaan 93.33% manakala yang menjawab Tidak
sebanyak 2 orang bersamaan 6.67%. Tambahan pula, Gotong-royong di Tanah
Perkuburan Balung yang memberikan jawapan Ya ialah sebanyak 93.33% manakala
yang memberikan jawapan Tidak adalah sebanyak 2 orang bersamaan 6.67%.

Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat 12 persepsi


penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti
kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan iaitu Platform terbaik dalam
mengeratkan hubungan silaturahim, kerjasama serta membudayakan penjagaan
persaudaraan, memupuk kemesraan antara anggota masyarakat, masyarakat yang bersatu
boleh membentuk perpaduan dalam suatu komuniti serta dapat menjamin kesejahteraan
hidup, memupuk perasaan bertimbang rasa dan prihatin terhadap komuniti di
persekitaran, memupuk keharmonian dan keamanan dalam kalangan penduduk,
melahirkan masyarakat yang saling membantu, merapatkan ukhuwah sesama penduduk,
meningkatkan persefahaman dalam kalangan penduduk, meningkatkan interaksi dan
komunikasi dalam kalangan penduduk, dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lagi,
memupuk sikap bertolak ansur dan amalan hormat-menghormati dalam kalangan
penduduk, mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk.

Majoriti responden bersetuju bahawa pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan ini


merapatkan ukhuwah sesama penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau dengan nilai
min sebanyak 2.83. Persepsi merapatkan ukhuwah sesama penduduk mengumpulkan data
responden yang memilih Tidak Pasti sebanyak 5 orang manakala yang menjawab tidak
adalah seramai 25 orang.

Kesimpulannya, pelbagai aktiviti kemasyarakatan boleh dilaksanakan bagi


memantapkan integrasi dan perpaduan dalam kalangan penduduk setempat seperti aktiviti
gotong-royong, melakukan kerja amal dan melawat tempat-tempat kebajikan. Hal ini
kerana, aktiviti kemasyarakatan dapat mewujudkan platform yang baik dalam
mengeratkan silaturahim, kerjasama dan kebudayaan kebersihan. Oleh itu, pengkaji

28
000912-12-0188

berharap agar integrasi dan perpaduan dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat dan
penduduk setempat.

RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Aziz. 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ilham Nasuha (2015). Karangan: Aktiviti-aktiviti Memupuk Perpaduan Kaum Di


Malaysia. Dicapai pada Julai, 20, 2015, dari
http://blogbmspm.blogspot.com/2016/05/karangan-aktiviti-aktiviti-memupuk.html

Kamus Dewan Bahasa, 2010. Edisi Keempat Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Sukry Ramli (2017). Aktiviti Kemasyarakatan Perlu Berterusan. Dicapai pada
Oktober, 14, 2017, dari
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2017/10/337257/aktiviti-kemasyarakatan-
perlu-berterusan

Nor Faizah Mohamed. “Program Erat Silaturahim” dlm. Harian Metro, 23 Disember
2014

29
000912-12-0188

Nurul Huda Hassan (2017). 150 Sertai Program Khidmat Masyarakat. Dicapai pada
November, 7, 2018, dari http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/150-sertai-
program-khidmat-masyarakat-1.782301

Pentadbir JBS Perak (2017). Aktiviti Kemasyarakatan Sebagai Medium Memupuk


Semangat Perpaduan Sesama Rakyat. Dicapai pada Disember, 13, 2018 dari
http://www.jbsn.gov.my/en/jbs-perak/item/4973-aktiviti-kemasyarakatan-sebagai-
medium-memupuk-semangat-perpaduan-sesama-rakyat.html

Wikipedia (2019). Integrsasi. Dicapai pada Februari, 2, 2019, dari


https://id.wikipedia.org/wiki/Integrasi_sosial

Wikipedia (2019). Perpaduan. Dicapai pada Februari, 6, 2019, dari


https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan

LAMPIRAN

TEMA 2: INTEGRASI DAN PERPADUAN: KAWASAN KEDIAMAN

ISU: AKTIVITI – AKTIVITI KEMASYARAKATAN

TAJUK: AKTIVITI KEMASYARAKATAN SEBAGAI WADAH INTEGRASI


DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN PENDUDUK DI KAMPUNG
BALUNG KOKOS, TAWAU

BORANG SOAL SELIDIK

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM KERTAS 4

KOD MATA PELAJARAN : 900/4

STPM TAHUN 2019

30
000912-12-0188

Makluman kepada Responden:

Soal selidik ini adalah untuk memenuhi keperluan penilaian kerja kursus bagi mata
pelajaran Pengajian Am Kertas 4. Soal selidik bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis
aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di Kampung Balung Kokos, Tawau dan mengkaji
persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos, Tawau terhadap keberkesanan aktiviti
kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan perpaduan. Segala maklumat yang diberikan
akan dirahsiakan dan ia hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

Soal selidik ini mengandungi 4 muka surat dan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
Bahagian A, B dan C.

BAHAGIAN A – Profil Demografi Responden

Arahan: Tandakan (✓) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki Perempuan

2. Umur

21 hingga 30 tahun 41 hingga 50 tahun

31 hingga 40 tahun 51 hingga 60 tahun

31
000912-12-0188

3. Pekerjaan

Kakitangan Awam Bekerja Sendiri Tidak Bekerja

Pekerja Swasta Pelajar

Bahagian B: Objektif 1 - Mengenal pasti jenis-jenis aktiviti kemasyarakatan yang


diadakan di Kampung Balung Kokos, Tawau.

1) Ya

2) Tidak

Arahan: Sila tandakan (✓) pada ruangan jawapan yang disediakan.

Bil. Jenis - jenis aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di


Kampung Balung Kokos, Tawau 1 2
1. Pertandingan Masakan Kokos Anjuran Jiran Wanita KRT

2. Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Jiran Wanita KRT

3. Program Polis Bersama Masyarakat Berpisah Tiada

4. Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Peladang dan


Penduduk Kampung.
5. Program Jiwa Murni Kesihatan Masyarakat

32
000912-12-0188

6. Program “Be Creative” Anjuran Pusat Internet

7. Program Pesta Kebudayaan Kokos

8. Sambutan Maulidur Rasul

9. Sambutan Majlis Kenduri Perkahwinan

10. Gotong-royong di Tanah Perkuburan Balung.

Bahagian C: Objektif 2 - Mengkaji persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos,


Tawau terhadap keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah integrasi dan
perpaduan.

1) Tidak setuju

2) Tidak Pasti

3) Setuju

Arahan: Tandakan (✓) pada ruangan yang disediakan.

Bil. Persepsi penduduk di Kampung Balung Kokos terhadap


keberkesanan aktiviti kemasyarakatan sebagai wadah 1 2 3
integrasi dan perpaduan.
1. Platform terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturahim,
kerjasama serta membudayakan penjagaan persaudaraan
2. Memupuk kemesraan antara anggota masyarakat

33
000912-12-0188

3. Masyarakat yang bersatu boleh membentuk perpaduan dalam


suatu komuniti serta dapat menjamin kesejahteraan hidup
4. Memupuk perasaan bertimbang rasa dan prihatin terhadap
komuniti di persekitaran.
5. Memupuk keharmonian dan keamanan dalam kalangan
penduduk
6. Melahirkan masyarakat yang saling membantu
7. Merapatkan ukhuwah sesama penduduk
8. Meningkatkan persefahaman dalam kalangan penduduk
9. Meningkat integrasi dan komunikasi dalam kalangan penduduk
10. Dapat mengenali jiran dengan lebih rapat lagi
11. Memupuk sikap bertolak ansur dan amalan hormat-menghormati
dalam kalangan penduduk
12. Mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk

34

You might also like