Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Pengenalan

Kelapa sawit  merupakan sejenis tumbuhan palma di mana buahnya menghasilkan

minyak yang dikenali dengan lebih saintifik sebagai Elaeis Guineensis.1 Kelapa sawit terdiri

daripada dua spesies Arecaceae atau famili palma yang digunakan untuk pertanian komersil

dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Industri sawit Malaysia bermula pada

tahun 1917 apabila Ladang Tenmaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari

Rantau Panjang.2 Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersil beralih

daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (D x P). Kacukan D x P menghasilkan buah

tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan D x P berlaku secara mendadak pada awal

dekad 1960-an apabila Felda membuka tanah rancangan secara besar-besaran.3

Latar belakang penubuhan Syarikat Sime Darby Berhad akan disentuh terlebih dahulu

sebelum menjelaskan sumbangan dan kejayaan syarikat ini dalam ekonomi kelapa sawit. Hal in

bertujuan untuk mengenali sejarah syarikat multinasional ini dengan lebih mendalam lagi.

Perbincangan tentang syarikat ini bertumpukan kepada kegiatan Syarikat Sime Darby di

peringkat tempatan dan kebangsaan sahaja. Bagi menjelaskan kajian tersebut, pengkaji telah

meneliti pelbagai sumber primer dan sekunder tentang syarikat ini untuk memperoleh maklumat

yang diperlukan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, jelas bahawa dalam tempoh 10 tahun,

Syarikat Sime Darby telah Berjaya bergerak sebagai sebuah syarikat yang komited dalam

mengembangkan industri kelapa sawit di Malaysia. Keperihatinan pengkaji dalam kajian yang

dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat supaya Syarikat Sime Darby

dapat menjadi peneracu perniagaan yang dihormati rakyat Malaysia.


Latar belakang penubuhan Syarikat Sime Darby

Syarikat Sime Darby merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1910 dan

telah berkembang menjadi sebuah kumpulan antarabangsa yang dinamik dengan lebih 210 buah

syarikat ditubuhkan di 23 buah negara. Syarikat Sime Darby menerusi Sime Darby Plantation

menjalankan aktiviti penanaman pokok kelapa sawit. Sime Darby Plantation telah meluaskan

kawasan ladangnya di negara Malaysia, Indonesia, dan Liberia dimana syarikat ini mempunyai

keluasan tanah berjumlah 349 456 hektar di Malaysia, 289 423 hektar di Indonesia dan 220 000

hektar di Liberia. Syarikat Sime Darby kini menjadi syarikat konglomerat multinasional yang

bertapak kukuh di Malaysia yang terlibat bukan sahaja dalam industri perladangan malah industri

automotif, hartanah serta hospitaliti .Syarikat Sime Darby pada asalnya hanyalah syarikat yang

menguruskan ladang getah seluas 200 hektar.

Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, seorang ahli perniagaan British, William

Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor

perladangan getah. Syarikat ini beralih kepada penanaman kelapa sawit ,koko dan melibatkan

diri dalam pelbagai sektor yang lain. William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun

merupakan pengembara dari Scotland yang giat terlibat dalam perniagaan import dan eksport

serta perladangan kopi. Henry Darby pada ketika itu pula berusia 50-an merupakan seorang ahli

perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu. Pada era 1910-an, Sime

Darby telah membeli ladang getah dan kemudian mengembangkan sayap perniagaannya dengan

mengusahakan penanaman kelapa sawit.4


Syarikat Guthrie yang diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura telah

memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala

Selangor. Seterusnya pada tahun 1905, Syarikat Harrison and Crosfield telah membeli beberapa

ladang di Semenanjung Malaysia bagi mengusahakan tanaman teh dan kopi sebelum menukar

nama syarikat kepada Golden Hope Rubber Estate. Kemudiannya, Harrison and Crosfield

menjual tiga ladang milik syarikat itu kepada pihak Malaysia dengan harga 146 juta dollar dan

diserahkan kepada Pemodalan Nasional Berhad. Pada tahun 1990, Pemodalan Nasional Berhad

telah menukar nama syarikat tersebut kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB).5

Penguasaan penentuan harga getah oleh syarikat-syarikat British pada ketika itu tidak

digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Oleh itu, proses malaysianisasi syarikat-syarikat

ini dilakukan pada lewat era 1970-an, dimana separuh ekuiti Sime Darby dibeli oleh pelabur

Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad ketika syarikat itu semakin

berkembang dan menguasai saham Sime Darby. Seterusnya entiti Sime Darby Berhad dan

Consolidated Plantation Berhad digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur.

Pada Januari 2007, tiga syarikat multinasional iaitu Guthrie Berhad, Golden Hope Plantation dan

Sime Darby digabungkan menjadi Synergy Drive. Pada 27 November 2007, ia ditukar nama

kepada Sime Darby Berhad sahaja.6 Kemudian Sime Darby Berhad menjadi syarikat terbesar di

Malaysia dari segi nilai bursa saham tempatan.

Pada era ini, Syarikat Sime Darby Berhad masih kekal di barisan hadapan dari segi

perladangan selain penglibatan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) , kemampanan dan

pengurusan agro iaitu sesuatu yang berkaitan dengan pertanian, tanah atau ladang. Hal ini kerana

Syarikat Sime Darby adalah syarikat Malaysia pertama yang berjaya memasuki pasar saham luar

negara seperti melalui pembukaan ladang di Indonesia dan pelbagai inovasi yang dilakukan oleh
syarikat itu selepas penggabungan syarikat tersebut. Syarikat Sime Darby Berhad turut dikenali

sebagai pengeluar terbesar bagi minyak sawit lestari yang diperakui oleh piawaian industri

negara. Syarikat konglomerat pelbagai ini telah menyaksikan banyak perubahan yang ketara

sejak tahun 1917 apabila penanaman komersil kelapa sawit yang pertama sekali dijalankan di

estet Tennamaram, Selangor.

Oleh sebab penglibatan Sime Darby dalam pelbagai jenis industri seperti industri

perladangan, hartanah, motor dan peralatan berat, kini syarikat Sime Darby Berhad telah dikenali

sebagai sebuah syarikat konglomerat antarabangsa yang terkenal seluruh dunia. Bilangan pekerja

menjelang tahun 2014 telah mencecah 103,507 orang.7 Syarikat Sime Darby menjalankan

operasi mereka di 26 buah negara termasuk beberapa wilayah tertentu di Taiwan, Thailand dan

Jerman .Visi syarikat ini adalah menjadi sebuah syarikat multinasional yang terkemuka

menyampaikan nilai mampan kepada semua pemegang kepentingan. Misi syarikat ini pula

komited untuk membangunkan portfolio yang mampan , berpegang kepada tadbir urus korporat

yang baik dan nilai-nilai etika yang tinggi, kami terus berusaha untuk memberikan pulangan

kewangan yang unggul melalui kecemerlangan operasi dan prestasi pencapaian yang tinggi,

menyediakan persekitaran untuk rakyat kita untuk merealisasikan potensi penuh mereka.

Sime Darby Plantation adalah cabang perladangan dan agri-perniagaan Kumpulan Sime

Darby, yang mewakili salah satu daripada lima bahagian kumpulan teras dalam syarikat ini .

Bahagian ini terlibat dalam penanaman dan pengurusan ladang kelapa sawit dan getah serta

kegiatan hiliran, agribisnis dan makanan, serta Penyelidikan & Pembangunan (R & D). Bahagian

ini meliputi seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak di Malaysia, Kalimantan, Sumatera dan

Sulawesi di Indonesia dan Liberia dengan bank tanah berjumlah 858,879 hektar, di mana
525,325 hektar telah ditanam dengan kelapa sawit dan 7,811 hektar dengan getah. Operasi

melibatkan pengurusan 204 estet dan 58 Unit Operasi Strategik.

Sime Darby Plantatiom adalah salah satu pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, yang

menghasilkan kira-kira 2.3 juta ton atau 4 peratus pengeluaran minyak sawit mentah dunia

(CPO) setiap tahun. Operasi Huluan meliputi pembangunan ladang kelapa sawit, penanaman

kelapa sawit, pengurusan ladang, pengilangan tandan buah segar (FFB) untuk CPO dan CPKO.

Selain kegiatan huluan, Sime Darby Plantation turut terlibat dalam pembuatan dan pengedaran

produk minyak dan lemak, biokimia oleokimia dan berasaskan minyak kelapa sawit, serta

barangan pengguna yang bergerak pantas. Kegiatan hiliran syarikat berada di 14 negara, dimana

penapisan Minyak Sawit Mentah (CPO) dilakukan untuk produk minyak dan lemak yang dapat

dimakan, oleokimia dan biodiesel. alsafah perniagaan Sime Darby Plantation dalam pembuatan

pelbagai produk kelapa sawit yang komprehensif adalah untuk mengekalkan kualiti tertinggi

sepanjang masa. Ini telah memastikan Syarikat mempunyai kelebihan dalam menjualnya dan

menetapkan Sime Darby Plantation Sdn Bhd selain daripada pertandingan.

Perkembangan Syarikat Sime Darby dalam perindustrian kelapa sawit Tawau dari tahun

2007-2017

Selepas penggabungan syarikat-syarikat multinasional Sime Darby, Guthrie Berhad dan

Golden Hope Plantation menjadi Sime Darby Berhad. Di Tawau, Sime Darby Plantation (Sabah)

Sdn Bhd memiliki dan mengusahakan empat buah estet perindustrian kelapa sawit yang berada

di Estet Imam, Estat Merotai, Estet Tiger dan Estet Bombalai. Estet-estet ini dikelilingi dengan

ladang kelapa sawit milik syarikat Sime Darby Berhad kira-kira seluas 46000 hektar tanah

menjelang tahun 2017. Setelah penggabungan syarikat ini dibawah satu nama pada 27 November

2007, Syarikat Sime Darby Berhad telah mengembangkan lagi potensi dan penguasaan mereka
menjadi pemacu negara dalam industri kelapa sawit. Estet-estet di daerah Tawau memberikan

kemudahan terhadap pekerja-pekerja buruh yang gigih mengusahakan estet tersebut. Hal ini

demikian, Syarikat Sime Darby Berhad memberikan peluang kepada pekerja buruh mereka untuk

menjana pendapatan secara adil tanpa paksaan.

Seperti yang dilakukan oleh syarikat-syarikat perladangan Sime Darby dan Golden Hope

Plantation dahulu, Syarikat Sime Darby Berhad meneruskan regulasi mereka di mana pekerja-

pekerja buruh disediakan pelbagai jenis kemudahan bagi menjaga kebajikan pekerja. Sebagai

contoh, tempat kediaman diperuntukkan secara percuma kepada perkerja yang berkhidmat

kepada syarikat. Sekolah rendah juga ditubuhkan di dalam estet-estet tersebut bagi memastikan

anak-anak buruh Syarikat Sime Darby Berhad mendapatkan pendidikan asas yang penting.

Kemudahan yang disediakan ini tidak terhad kepada pekerja yang bertugas di ladang mahupun di

pejabat. Dalam tempoh 10 tahun, Syarikat Sime Darby Berhad di Tawau mempunyai lebih

kurang 2900 pekerja yang berkhidmat di ladang eset-estet tersebut. Di keseluruhan Sabah pula,

Syarikat Sime Darby menempatkan kira-kira 5300 pekerja di estet.

Pada akhir tahun 2017, syarikat ini membuat inisiatif untuk menaikkan gaji minimum

pekerja buruh di estet-estet kepada RM1,050 sejajar dengan dasar kerajaan untuk

menyeimbangkan gaji minimum rakyat Malaysia. Namun begitu, pekerja ladang di ladang atau

estet-estet Sime Darby daerah Tawau turut menikmati insentif pendapatan berasaskan

produktiviti mereka, serta diberikan banyak manfaat dan subsidi lain yang disediakan oleh

syarikat. Sebagai contoh, tempat kediaman percuma, bekalan beras, elektrik bersubsidi, rawatan

perubatan percuma untuk pekerja dan tanggungan mereka.

Kemudian menjelang tahun 2009, Syarikat Sime Darby mula menaik taraf aktiviti

pengeluaran minyak sawit dengan menggunakan mesin yang berteknologi maju. Perkembangan
sterhadap modal pengeluaran minyak sawit ini bertujuan untuk memudahkan proses penghasilan

minyak sawit sesuai dengan peredaran masa .Di Tawau, apabila inovasi teknologi dalam

pengeluaran minyak sawit dijalankan ,industri kelapa sawit mula menunjukkan peningkatan

apabila Sime Darby Plantation mencatatkan keuntungan sebanyak 13% berbanding tahun

sebelumnya. Dari 16 Januari 2011 hingga 15 Januari 2012, pengeluaran FBB(fresh fruit bunches)

yang diperolehi daripada estet Sime Darby daerah Tawau sebanyak 330 299.350 tan kelapa

sawit. Sumber ini adalah data sebenar yang diperoleh hasil dapatan daripada kilang kelapa sawit

Merotai. Kilang kelapa sawit Merotai ataupun Merotai Oil Mill merupakan satu-satunya kilang

memproses minyak sawit milik Sime Darby Plantation Sdn Bhd yang terletak di Tawau.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Merotai Oil Mill ini adalah memproses minyak

sawit yang kemudiannya dijadikan sebagai produk seperti minyak masak yang dijual pada harga

yang rendah dan berpatutan di pasaran Malaysia. Di Tawau, minyak masak tempatan Aliff

keluaran Sime Darby Berhad boleh didapatkan di pasaraya sekitar bandar ini. Produk minyak

masak ini dijamin halal serta sesuai untuk penggunaan pelbagai lapisan masyarakat dalam resepi

masakan. Kilang kelapa sawit Merotai menggunakan teknologi canggih serta kaedah saintifik

terkini dalam pemprosesan kelapa sawit mengekstrak bahan mentah yang berkualiti tinggi.

Kilang kelapa sawit ini menghasilkan minyak sawit secara langsung serta menggunakan kos

pengeluaran yang rendah. Kilang ini memastikan agar segala peraturan dipatuhi supaya tidak

menyumbang kepada pelbagai jenis pencemaran.

Menjelang tahun 2010, Syarikat Sime Darby memantapkan sistem operasi melalui

penggunaan mesin berteknologi tinggi yang dibekalkan oleh Sime Darby Industrial. Traktor

CAT berfungsi yang telah dinaiktaraf digunapakai dalam aktiviti pengekstrakan buah kelapa

sawit mentah daripada ladang-ladang milik Syarikat Sime Darby Berhad yang berada di sekitar
Tawau seperti di estet Merotai, estet Imam, estet Table dan estet Tiger. Perubahan teknologi

dalam aktiviti pengekstrakan bahan mentah Syarikat Sime Darby ini telah memudahkan proses

pengeluaran minyak sawit tanpa bergantung kepada tenaga buruh sebagaimana yang berlaku

pada tahun-tahun sebelum ini. Setelah penggabungan Syarikat Sime Darby dengan Golden Hope

Plantation dan Guthrie Sdn. Bhd. , syarikat ini masih menggunakan tenaga buruh secara manual

dalam proses mendapatkan bahan mentah mereka sebelum diproses. Walaupun aktiviti

pengekstrakan dilakukan secara manual, hasil produk yang diperolehi daripada tenaga-tenaga

buruh ini masih mampu menjamin dapatan yang berkualiti tinggi.

Sime Darby Plantation yang terletak di Tawau turut mengkhususkan diri dalam

pembangunan dan penyelidikan demi menghasilkan produk minyak sawit yang lebih berkualiti.

Antara kaedah saintifik yang digunakan adalah teknologi enzim moden selain menginovasikan

DNA bahan mentah yang diperolehi.

Pencapaian serta kejayaan Syarikat Sime Darby kepada ekonomi negara

Industri minyak sawit adalah salah satu pemacu ekonomi utama sektor pertanian di

negara-negara membangun seperti Malaysia dan Indonesia, serta berpotensi diusahakan di

negara-negara lain dari utara dan selatan khatulistiwa. Di Malaysia, industri ini menyediakan

pekerjaan secara langsung dan tidak langsung kepada lebih daripada satu juta orang. Industri

minyak sawit ini menawarkan peluang pekerjaan dan kehidupan yang stabil kepada pekebun-

pekebun kecil. Pada tahun 2000, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ditubuhkan

bertujuan untuk menjalankan dan mempromosikan penyelidikan dan pembangunan pembiakan


pokok kelapa sawit, pemakanan minyak sawit dan penggunaan oleokimia yang berpotensi.

MPOB komited untuk membantu industri memaksimumkan produktiviti dan pengeluaran,

memperkenalkan teknologi baru dan mewujudkan peluang bagi industri minyak sawit Malaysia.

Di Malaysia, ladang kelapa sawit membentuk 69% daripada tanah pertanian atau 13.9%

daripada jumlah kawasan tanah. Kajian oleh Penilaian Sumber Hutan baru-baru ini mendedahkan

bahawa daripada kawasan penanaman kelapa sawit global sebanyak 239.82 juta hektar pada

tahun 2009, minyak sawit hanya menyumbang 1.9% dalam perdagangan eksport Malaysia.

Namun Walau bagaimanapun, 1.9% ini mampu membekalkan 11.1% (18.25 juta tan metrik)

keluaran minyak dan lemak sayuran global dan menyumbang 25.6% (16.37 juta tan) daripada

perdagangan eksport Malaysia dalam industri minyak pada tahun 2009. Sime Darby Plantation

Sdn Bhd menumpukan perhatian kepada aktiviti pengeluaran, pemprosesan, penapisan minyak

sawit menjadi lemak khusus, minyak boleh dimakan dan produk berkaitan kelapa sawit untuk

pemasaran dan pengedaran sama ada di luar atau dalam negara.

Menjelang tahun 2017, Syarikat Sime Darby Berhad menguruskan hampir satu juta

hektar tanah, dan menanam kelapa sawit di kawasan berkeluasan lebih 640,000 hektar.Ia juga

menguruskan kira-kira 100,000 hektar tanah lain untuk program pekebun kecil. Entiti baru itu

juga bakal memiliki modal pasaran sebanyak RM46.9 bilion menjadikannya sebagai syarikat

senaraian terbesar di Bursa Malaysia berdasarkan harga saham syarikat-syarikat terbabit pada 6

Ogos lalu. Saham Sime Darby kini mengalami peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding

RM31 bilion ketika penggabungan itu diumumkan November tahun lalu. Ia meliputi lebih

83,000 hektar ladang kelapa sawit yang ditanam, 10.000 hektar dalam persediaan untuk kelapa

sawit, lebih 5,600 hektar untuk tebu, 9,000 hektar padang ragut dan 12 kilang.
Di samping itu, permintaan minyak sawit yang semakin meningkat telah meningkatkan

perkembangan Sime Darby Plantation Sdn Bhd dalam industri minyak sawit Malaysia. Sime

Darby Plantation Sdn Bhd menjadi salah satu pembekal minyak sawit paling besar kerana

menghasilkan 5% daripada minyak sawit mentah dunia setiap tahun. Perniagaan hiliran Sime

Darby telah meliputi 14 buah negara dan terlibat dalam pembuatan nilai tambah produk ke dalam

biodesel. Permintaan terhadap minyak sawit semakin berkembang setiap tahun dalam industri

makanan kerana kajian mengesahkan bahawa penggunaan minyak sawit yang selamat dimakan

dalam masakan adalah lebih sihat berbanding minyak masak yang sering digunakan dalam

kehidupan seharian.

Dari pandangan ekonomi, Syarikat Sime Darby Berhad mencatat keuntungan selepas

cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) berjumlah RM1.727 bilion bagi tahun kewangan

menjelang 30 Jun 2018. Syarikat Sime Darby memaikan peranan yang sangat penting dalam

ekonomi Malaysia kerana syarikat konglomerat ini merupakan pengeksport utama negara.

Syarikat ini juga menduduki tempat yang keempat dalam menjadi penyumbang terbesar ekonomi

negara kerana terdapat peningkatan yang besar dalam jangkaan pendapatan negara kasar (GNI)

daripada RM53 bilion pada tahun 2009. Berikutan dengan itu, Pusat Kecemerlangan

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Sime Darby Plantation telah menyumbang kepada

banyak pembangunan tersebut dengan sebilangan besar ahli sains, teknokrat dan ahli agronomi.

Kesimpulan

Esei ini menegaskan bahawa sejak awal Syarikat Sime Darby ini digabungkan bersama

Syarikat Guthrie Berhad dan Golden Hope Plantation, Syarikat Sime Darby telah Berjaya
menempatkan diri sebagai antara salah satu penyumbang kepada ekonomi negara lebih-lebih lagi

dari segi pengeksportan minyak sawit. Syarikat Sime Darby yang berpegang teguh kepada visi

dan misi mereka iaitu menjadi sebuah syarikat multinasional terkemuka menyampaikan nilai

mampan kepada semua pihak berkepentingan. Visi dan misi ini telah menjadi garis panduan

yang optimum dan fleksibal untuk membawa syarikat Sime Darby pergi lebih jauh dan bertapak

kukuh di pasaran antarabangsa,Hal ini kerana,  kerajaan Malaysia

menganggap industri perladangan, khususnya minyak sawit, sebagai salah satu tonggak ekonomi

negara. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh syarikat ini seperti  menambahbaik mutu

keluaran dengan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) setiap masa akan

Dalam hubungan ini, Kementerian, bersama-

samadengan pihak industri, akan melipatgandakan usaha ke arah peningkatan daya saing,termasu

k melaksanakan langkah-langkah memaksimumkan produktiviti, mengoptimum

kecekapan pengeluaran, meningkatkan kualiti dan nilai ditambah ke atas produk-produk  berasas

kan komoditi, khususnya sektor perladangan kelapa sawit.


NOTA HUJUNG

1
Abdullah Aziz, “Industri Kelapa Sawit”

You might also like