Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MATAPELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN

SET 5 – MODUL CEMERLANG

TINGKATAN 5

MODUL 14 PERAKAUNAN UNTUK SYARIKAT BERHAD MENURUT

SYER
Set 5 – Modul Cemerlang Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

SOALAN MODUL 14

1 Pada 2 Mac 2018, modal syer Syarikat Susah Senang Berhad adalah seperti berikut :

Modal diterbitkan dan berbayar penuh :

1 500 000 unit 8% syer keutamaan RM3 000 000

2 000 000 unit syer biasa RM2 000 000

Keuntungan syarikat bagi lima tahun adalah seperti berikut:

Tahun Keuntungan (RM)


2014 350 000
2015 900 000
2016 -
2017 -
2018 720 000

Anda dikehendaki menghitung dividen 8% syer keutamaan dan syer biasa.

2 Syarikat Suka Duka Berhad menjalankan perniagaan membekalkan barangan alatan


pejabat.

Pada 2 Julai 2017, syarikat telah menerbitkan 2 000 000 unit 10% syer keutamaan pada
harga RM 2.00 sesyer dan 2 000 000 unit syer biasa pada harga RM1.00 sesyer.
Semua syer yang diterbitkan telah dilanggan dan dibayar penuh pada tarikh tutup
permohonan 16 Julai 2018.

Pada 3 Oktober 2017, syarikat memerlukan modal tambahan. Syarikat telah


menerbitkan 1 000 000 unit syer biasa pada harga yang sama seperti sebelum ini.
Semua syer tersebut telah dilanggan dan dibayar penuh pada tarikh tutup permohonan
16 Oktober 2017.

Anda dikehendaki :

(a) menghitung modal diterbitkan dan berbayar penuh.

(b) merekodkan terbitan syer dalam jurnal am.

(c) menyediakan:
(i) Akaun Permohonan 10% syer keutamaan dan Akaun Modal 10% syer
keutamaan

(ii) Akaun Permohonan syer biasa dan Akaun Modal syer biasa

(iii) Akaun Bank

(d) tunjukkan bahagian ekuiti pemilik syarikat dalam Penyata Kedudukan Kewangan
pada 30 Jun 2018.

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 1


Set 5 – Modul Cemerlang Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

3 Pada 16 Mac 2017, Syarikat Harum Manis Berhad telah menerbitkan 40 000 unit 8%
syer keutamaan RM2 sesyer dan 300 000 unit syer biasa RM1 sesyer. Semua syer
telah dilanggan dan dibayar penuh.

Pada 30 September 2017, syarikat itu telah memutuskan untuk memberi dividen interim
syer biasa 6% dan 8% syer keutamaan bagi tempoh 6 bulan pertama.

Pada 28 Februari 2018, untung bersih perniagaan ialah sebanyak 60 000. Lembaga
pengarah mengumumkan perkara yang berikut.
(i) Bayaran dividen akhir atas 8% syer keutamaan
(ii) Bayaran dividen akhir 4% kepada pemegang syer biasa.

Anda dikehendaki:

(a) menghitung :

(i) dividen interim 8% syer keutamaan

(ii) dividen interim syer biasa

(iii) dividen akhir 8% syer keutamaan

(iv) dividen akhir syer biasa

(b) Menyatakan perbezaan dividen interim dan dividen akhir

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 2


Set 5 – Modul Cemerlang Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

4 Petikan Penyata Kedudukan Kewangan daripada buku perakaunan Qaseh Berhad.

Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017

Ekuiti Pemilik RM
Modal Diterbitkan dan Berbayar Penuh
2 000 000 unit 10% syer keutamaan 2 000 000
4 000 000 unit syer biasa 4 000 000
6 000 000

Jadual di bawah menunjukkan keuntungan syarikat bagi tahun 2016 dan 2017.

Keuntungan
Tahun
RM
2015 200 000
2016 350 000

Maklumat tambahan:

(i) Untung bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 sebanyak RM730 000

(ii) Pada 30 Jun 2017, Lembaga Pengarah telah:


 Memutuskan pembayaran dividen interim 4% kepada pemegang saham
keutamaan dan 3% kepada pemegang saham biasa
 Mencadangkan dividen akhir 6% kepada pemegang biasa

Anda dikehendaki:

(a) Agihan dividen kepada semua pemegang syer bagi tahun 2015 dan 2016.

(b) Hitungkan dividen interim dan dividen akhir bagi tahun 2017.

SOALAN MODUL 14 TAMAT

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 3


Set 5 – Modul Cemerlang Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

SKEMA JAWAPAN MODUL 14


1 Anda dikehendaki menghitung dividen 8% syer keutamaan dan syer biasa.

PEMBAYARAN
PEMBAYARAN
DIVIDEN
KEUNTUNGAN DIVIDEN
TAHUN 8% SYER
RM SYER BIASA
KEUTAMAAN
RM
RM
2014 350 000 240 000 110 000
2015 900 000 240 000 660 000
2016 - 0 0
2017 - 0 0
2018 720 000 720 000 0

2 (a) menghitung modal diterbitkan dan berbayar penuh.

JENIS SYER PENGIRAAN (RM)


10% syer keutamaan 2 000 000 X 2 = 4 000 000
Syer biasa 2 000 000 X 1 = 2 000 000
Syer biasa 1 000 000 X 1 = 1 000 000
Jumlah modal diterbitkan dan 7 000 000
berbayar penuh

(b) merekodkan terbitan syer dalam jurnal am.

DEBIT KREDIT
TARIKH BUTIRAN
(RM) (RM)
2017
Julai 2 Permohonan 10% syer keutamaan 4 000 000
Modal 10% syer keutamaan 4 000 000
(merekod terbitan 10% syer keutamaan)

Julai 2 Permohonan syer biasa 2 000 000


Modal syer biasa 2 000 000
(merekod terbitan syer biasa)

Julai 16 Bank 6 000 000


Permohonan 10% syer keutamaan 4 000 000
Permohonan syer biasa 2 000 000
(merekod permohonan 10% syer keutamaan
dan syer biasa)

Okt 3 Permohonan syer biasa 1 000 000


Modal syer biasa 1 000 000
(merekod terbitan syer biasa)

Okt 16 Bank 1 000 000


Permohonan syer biasa 1 000 000
(merekod permohonan tambahan syer biasa)

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 4


Set 5 – Modul Cemerlang Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

(c) menyediakan:
(i) Akaun Permohonan 10% syer keutamaan dan Akaun Modal 10% syer keutamaan

Akaun Permohonan 10% syer keutamaan


2017 RM 2017 RM
Julai 2 Modal 10% syer 4 000 000 Julai 16 Bank 4 000 000
keutamaan

Akaun Modal 10% syer keutamaan


2017 RM 2017 RM
Julai 2 Permohonan 4 000 000
10% syer
keutamaan

(ii) Akaun Permohonan syer biasa dan Akaun Modal syer biasa

Akaun Permohonan syer biasa


2017 RM 2017 RM
Julai 2 Modal syer biasa 2 000 000 Julai 16 Bank 2 000 000
Okt 3 Modal syer biasa 1 000 000 Okt 16 Bank 1 000 000

Akaun modal syer biasa


2017 RM
Julai 2 Bank 2 000 000
Okt 3 Bank 1 000 000

(iii) Akaun Bank

Akaun Bank
2017 RM
Julai 16 Permohonan 10% syer 4 000 000
keutamaan
Permohonan syer 2 000 000
biasa
Okt 16 Permohonan syer 1 000 000
biasa

(d) tunjukkan bahagian ekuiti pemilik syarikat dalam Penyata Kedudukan Kewangan pada 30
Jun 2018.

Syarikat Suka Duka Berhad


Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 Jun 2018
Ekuiti Pemilik RM
Modal diterbitkan dan berbayar penuh
2 000 000 unit 10% syer keutamaan 4 000 000
2 000 000 unit syer biasa 2 000 000
1 000 000 unit syer biasa 1 000 000
7 000 000

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 5


Set 5 – Modul Cemerlang Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer

3 (a) menghitung :
(i) dividen interim 8% syer keutamaan
(ii) dividen interm syer biasa

JENIS SYER PENGIRAAN DIVIDEN INTERIM


(i) 8% syer keutamaan =( 40 000 unit syer X RM2 ) 8% X 6/12
= RM 3 200

(ii) Syer biasa =(3 000 000 unit syer X RM1) X 6%


= RM 18 000

(iii) dividen akhir 8% syer keutamaan


(iv) dividen akhir syer biasa

JENIS SYER PENGIRAAN DIVIDEN AKHIR


(i) 8% syer keutamaan =( 40 000 unit syer X RM2 ) 8% X 6/12
= RM 3 200

(ii) Syer biasa =(3 000 000 unit syer X RM1) X 4%


= RM 12 000

(b) Menyatakan perbezaan dividen interim dan dividen akhir

PERKARA SYER BIASA SYER KEUTAMAAN


Kadar dividen tidak tetap. Kadar dividen tetap.
Kadar dividen Bergantung pada prestasi Tidak bergantung pada prestasi
syarikat syarikat

Hak untuk mengundi Berhak mengundi dalam Tidak berhak mengundi


dalam mesyuarat agung mesyuarat agung

4 (a) Agihkan dividen kepada semua pemegang syer bagi tahun 2015 dan 2016.

10% SYER
TAHUN KEUNTUNGAN SYER BIASA
KEUTAMAAN
2015 RM 200 000 RM 200 000 0
2016 RM 350 000 RM 200 000 RM 150 000

(b) Hitungkan dividen interim dan dividen akhir bagi tahun 2017.

10% SYER
TAHUN KEUNTUNGAN SYER BIASA
KEUTAMAAN
2017 RM 730 000 RM 80 000 RM 120 000
2016 RM 350 000 RM 120 000 RM 240 000

SKEMA JAWAPAN MODUL 14 TAMAT

Disediakan Oleh Jurulatih Utama Prinsip Perakaunan Negeri Perak 6

You might also like