Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

BIL AGENDA TEKS

1 KATA-KATA Pengacara ( RUSYA )


ALUAN
Bismillahirrahmanirrahim….

Yang Berusaha
Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah
Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, merangkap
Penasihat PIBG SMK Raja Chulan

Yang Dihormati,
Encik Zul Safaruddin bin Mat
Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan

Yang Dihormati,
Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi
Naib Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan

Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Ruhaida binti Nordin


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Latizah binti Tan Kofli


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Kalthum binti Abdul Gani


Penolong Kanan Petang

Puan Zuraini binti Che Embi


Penolong Kanan Tingkatan Enam

Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi 2013/2014

Guru-guru Kanan, Ibu bapa dan guru-guru yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam sejahtera.

Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira.

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat


Ilahi kerana dengan izin dan keredhaanNya dapat kita berkumpul pada
petang ini bagi menyempurnakan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja Chulan
kali ke - 39 bagi sesi 2013/2014.
2 BACAAN DOA Pengacara ( HASMALINA )

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput Ustaz Nik
Abdul Malek bin Nik Hussain bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan.

(Doa)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Nik Abdul Malek bin Nik
Hussain atas bacaan doa tadi.
3 UCAPAN YDP Pengacara ( RUSYA )

Emas tempawan buatmu puteri


Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri
Bersama madah kata aluan

Hadirin dan hadirat,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Zul Safaruddin bin Mat,
Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan, untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakan.

(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zul Safaruddin bin
Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan di atas ucapan yang telah
disampaikan tadi.

4 UCAPAN Pengacara ( HASMALINA )


PENGETUA
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Hajah Sa’adiah binti Alang


Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Raja
Chulan kali ke-39. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan)

Dengan Bismillah kita mulai,


Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Sa’adiah binti
Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan di atas ucapan dan
perasmian sebentar tadi.

5 PENYAMPAIAN Pengacara ( RUSYA )


SIJIL DAN
CENDERAMATA Hadirin sekalian,

Kait kelapa kukur kelapa,


Kupas ubi buat pengat;
Hendak kulupa tak terlupa,
Kerana budi sudah terpahat.

Majlis pada petang ini diteruskan dengan Penyampaian Sijil dan


Cenderamata kepada Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja Chulan sesi
2013/2014.

Bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderamata, majlis dengan


hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang
Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, diiringi Tuan Haji Mahd
Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi
menyempurnakan acara. Majlis mempersilakan.

(Pengetua bersedia di pentas)

Majlis dengan ini menjemput AJK PIBG sesi 2013/2014.


Dipersilakan….

1) Encik Zul Safaruddin bin Mat


Yang DiPertua PIBG

2) Encik Abdul Rahim bin Haji Abdullah Azizi


Naib Yang DiPertua PIBG

3) Cik Norasmah binti Wahid


Naib Setiausaha PIBG

4) Tuan Haji Mohd Anwar binti Khalid


Bendahari PIBG

Seterusnya AJK Wakil Ibu Bapa, dijemput…

1) Encik Abdul bin Jamaludin


2) Encik Azmi bin Ibrahim
3) Encik Khiruddin bin Ahmad Tahir
4) Encik Noor Azman bin Hj Zainuddin
5) Encik Ahmad Redzuan bin Othman dan
6) Puan Rohaya binti Mohamed
Dijemput pula AJK Wakil Guru untuk menerima sijil dan cenderamata.
Dijemput….

1) Puan Ablin a/p Davadason Peter


2) Puan Norol Wahoda binti Othman
3) Encik Nor Azman bin Ahmad
4) Puan Nur Sabrina binti Abdul Hadi

Dijemput pula Juruaudit PIBG iaitu

1) Encik Wan Halim bin Wan Khalid, wakil bagi ibu bapa dan
2) Puan Mardiah binti Sari, wakil bagi guru

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah
Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan dan
Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran di
atas kesudian menyempurnakan acara tadi.

(Pengetua duduk)

6 CABUTAN Pengacara ( HASMALINA )


BERTUAH
Majlis pada petang ini diteruskan dengan acara cabutan nombor bertuah.
Para hadirin boleh melihat nombor pada muka hadapan buku program
masing-masing.

Dijemput Yang Berusaha Puan Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah,


Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, diiringi Tuan Hj Mahd Sharipuddin
bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan acara.
Dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua untuk mencabut 11 nombor yang bertuah.

( Cabutan 11 nombor dan nombor diberikan kepada pengacara )

Dijemput pemegang nombor bertuah untuk naik ke pentas menerima


hadiah.

Nombor bertuah yang pertama …..


Seterusnya nombor…..

( sehingga 11 nombor dibacakan )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah


Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan dan
Tuan Hj Mahd Sharipuddin bin Shaffie, Penolong Kanan Pentadbiran di atas
kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.

Tahniah kepada semua pemenang cabutan nombor bertuah.


Untuk pengetahuan para hadirin, acara cabutan nombor bertuah akan
disambung selepas tamat Mesyuarat Agung PIBG.
7 JAMUAN Pengacara ( RUSYA )
RINGAN
Hadirin dan hadirat,

Majlis akan berhenti rehat seketika untuk kita bersama – sama menikmati
jamuan ringan yang telah disediakan di kantin sekolah.

Mohon para hadirin untuk berkumpul semula di dewan ini pada jam ………..
untuk meneruskan majlis.

Dengan ini, dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk menikmati jamuan


ringan di kantin sekolah.

( Jamuan )

8 MESYUARAT Pengacara ( HASMALINA )


AGUNG PIBG
KALI KE 39 Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39.

Bagi meneruskan, majlis dengan ini diserahkan kepada Encik Zul


Safaruddin bin Mat, Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan. Dipersilakan.

( Pengacara mengundur diri sementara )

9 UCAPAN Pengacara ( RUSYA )


TAHNIAH
PENGACARA Sekalung tahniah kepada barisan baru Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Raja
Chulan sesi 2014/2015.

Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai


dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan
guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang
berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar
ini.
Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa,
amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan
sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkan sahsiah diri yang
cemerlang.

10 CABUTAN Pengacara ( HASMALINA )


BERTUAH
Seterusnya majlis diteruskan dengan cabutan nombor bertuah yang kedua.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput


…………………………………………………………………………………………
Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan sesi 2014/2015, diiringi oleh Puan
Hajah Sa’adiah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja
Chulan, bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.
Dipersilakan Tuan Yang DiPertua untuk mencabut 11 nombor yang bertuah.

( Cabutan 11 nombor dan nombor diberikan kepada pengacara )

Dijemput pemegang nombor bertuah untuk naik ke pentas menerima


hadiah.

Nombor bertuah yang pertama …..


Seterusnya nombor…..

( sehingga 11 nombor dibacakan )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada


………………………………………………………………………………………,
Yang DiPertua PIBG SMK Raja Chulan, dan Puan Hajah Sa’adiah binti
Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan di atas kesudian
menyempurnakan acara sebentar tadi.

( Yang DiPertua duduk )

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang cabutan nombor bertuah.

11 PENUTUP Pengacara ( RUSYA )

Dengan berakhirnya acara cabutan nombor bertuah tadi, maka berakhirlah


sudah Majlis Mesyuarat PIBG SMK Raja Chulan kali ke – 39 bagi tahun
2014.

Madah diungkap santun bitara,


Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati

Bintang barat terbitnya petang,


Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39
merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan
kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dengan ini, sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh…..
TEKS PENGACARA
MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 39
BAGI TAHUN 2014

TEMPAT : SMK RAJA CHULAN


TARIKH : 7 MAC 2014
MASA : 3 – 6 PETANG

PENGACARA :
1) PN RUSYA AZNITA YAHAYA
2) PN HASMALINA BINTI MAT SAID

You might also like