Ilmu SBDKL

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tarikh : 8 Mei 2020

Soalan

Huraikan ilmu-ilmu yang terdapat dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur dalam
konteks pembangunan insan.

Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia atau akhirat dan zahir dan
batin. Ilmu juga merupakan pengetahuan tentang sesuatu bidang yang disusun secara
bersistem menurut kaedah yang tertentu. Ilmu dapat digunakan untuk memajukan diri dalam
kehidupan. Terdapat beberapa ilmu yang dapat diperolehi dalam teks Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur seperti ilmu politik, ilmu keagamaan, ilmu pertanian, ilmu kesetiausahaan,
dan ilmu perniagaan.

Antara ilmu yang terdapat dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur ialah ilmu
politik. Penguasaan ilmu politik terutama yang berkaitan dengan keperluan rakyat dalam satu
kawasan pilhan raya mampu memenangi hati rakyat. Contohnya, YB Mohd. Yusof yang
merupakan wakil rakyat memahami dan menggunakan pengalaman dalam ilmu politik untuk
terus mendapat sokongan rakyat dengan berusaha mengadakan pelbagai projek bagi
membantu rakyat antaranya ialah kerjasamanya dengan Encik Muhammad untuk
memindahkan penduduk kampung Pulai ke rancangan Felda. Jelaslah bahawa, penguasaan
ilmu politik mampu membantu seseorang dalam memahami senario politik negara untuk
membolehkan kita mencurahkan bakti kepada negara.

Selain itu, ilmu keagamaan juga terdapat dalam teks Saudagar Besar dari Kuala
Lumpur. Ilmu keagamaan penting dalam diri seseorang kerana mampu untuk membentuk
modal insan yang seimbang dan cemerlang. Contohnya, Lebai Maarup amat mementingan
ilmu keagamaan dan berdakwah kepada masyarakat kampung supaya mendekati Allah serta
mematuhi ajaran agama. Ramai masyarakat kampung mula solat dan sembahyang berjemaah
di surau termasuklah Kemat Jerangkung dan Sudin. Golongan muda turut belajar mengaji al-
Quran daripada beliau. Jelaslah bahawa, ilmu agama mampu membentuk diri seseorang
individu agar menjadi lebih bertakwa dan mematuhi ajaran agama.

Ilmu yang terdapat di dalam teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang seterusnya
ialah ilmu pertanian. Ilmu pertanian adalah perlu sekiranya seseorang ingin menceburkan diri
dalam usahawan tani. Contohnya, Cik Puan Tipah mempunyai ilmu pengetahuan yang
mendalam tentang tanaman orkid sehingga dia mampu membuka lading orkid di Jeram
Medang. Hal ini secara tidak langsung telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
di sekitarnya. Tegasnya, ilmu pertanian bukan sahaja boleh dijadikan sebagai sumber
pendapatan tetap tetapi juga boleh menjadi pendapatan sampingan bagi mereka yang tidak
mempunyai pekerjaan lain.

Di samping itu, ilmu kesetiausahaan juga dapat dilihat dalam teks Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur. Ilmu kesetiausahaan adalah penting bagi meningkatkan kecekapan sesebuah
organisasi. Contohnya, Mahani yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan lima
meneruskan pengajian dalam bidang kesetiausahaan. Setelah setiausaha Encik Muhammad
berhenti, Mahani telah diterima menjadi setiausaha di pejabatnya. Beliau merupakan
seseorang setiausaha yang cekap bekerja dan pintar.Tegasnya, kejayaan Mahani ini boleh
menjadi pendorong seseorang untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang diminati agar dapat
menjadi pekerja yang berjaya pada masa akan datang.

Akhir sekali, ilmu perniagaan juga merupakan salah satu ilmu yang dapat diperolehi
berdasarkan teks Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Ilmu perniagaan mampu mengangkat
martabat atau status sosial seseorang individu. Contohnya, Encik Muhammad menimba ilmu
perniagaan melalui pengalamannya bekerja dengan sebuah syarikat inggeris di Kuala
Lumpur. Pengalamannya itu telah membantu beliau untuk membuka syarikat perlombongan
sendiri. Jelaslah bahawa kejayaan Encik Muhammad ini boleh dijadikan inspirasi oleh kita
untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Kesimpulannya, penguasaan pelbagai ilmu dalam kehidupan penting dalam konteks


pembangunan insan kerana dengan adanya ilmu, seseorang mampu meningkatkan taraf
hidup. Ilmu seharusnya dikuasai oleh setiap individu kerana ilmu merupakan pemangkin
kejayaan dalam kehidupan.

You might also like